BAB
32
Alisa
mendekati Alina yang begitu asyik memerhati beberapa jambangan bunga di ruang
tamu. Siapa yang hantar bunga awal-awal pagi begini? Haruman bunga ros memenuhi
ruang tamu. Wangi! “Acu, siapa yang bagi bunga ros ni? Untuk siapa? Wangi!”
Alisa memegang jambangan bunga ros merah yang berada di atas meja. Senyuman
terukir di bibirnya. Dia suka bunga ros.
“Abah!
Untuk ibu.” Ringkas jawapan Alina.
Senyuman
Alisa hilang apabila mendengar nama itu. Jambangan bunga yang berada di
tangannya diletakkan dengan kasar. “Patut la busuk.”
“Aiii….bukan
ke baru sekejap tapi Angah puji wangi.” Usik Alina.
“Bila?
Mana buktinya? Acu ada rekod ke?” Alisa menjeling kea rah jambangan bunga yang
berada di situ. Pasti nak ambil hati ibu? Bunga ros merah bukannya bunga
kegemaraan ibu.
Alina
hanya ketawa kecil. Lucu betul Angah ni! Setiap kali bercakap mesti ada
perkataan bukti atau rekod. Maklumlah peguam.
“Hmm…Along
mana?”
“Market!
Beli ikan dan sayur.”
“Ibu?”
“Dapur!”
“Sakit
mata la bila nampak bunga-bunga ni!” kata Alisa sambil melangkah ke dapur.
“Sekejap
wangi sekejap busuk! Hidung Angah mesti ada masalah. Acu rasa selepas ini Angah
kena lakukan medical check up. Deria bau tu penting, Angah!” Alina ketawa
besar.
Alisa
membuat mimic muka mendengar usikan Alina. Langkahnya di atur ke dapur untuk
membantu ibunya di dapur.
Alina
menyusun jambangan bunga itu dengan penuh berhati-hati. Senyuman tidak lekang
di bibirnya. Alina membawa jambangan bunga yang telah diletakkan ke dalam pasu
ke meja makan. Kakinya kaku secara tiba-tiba bila melihat wanita yang berdiri
di muka pintu. “Kak Sofea!”
“Ya,
aku! Kenapa kau terkejut? Oooo…rupanya di sini kau dan mak kau bersembunyi dari
mama aku ye!” Sofea memasuki rumah itu tanpa diundang. Matanya melihat segenap
sudut rumah banglo milik Iskandar. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki di
sini.
“Kau
ingat bila kau berjaya tinggal di rumah, kau telah berjaya merampas Abang Is
dari aku.” Tengking Sofea. Jambangan bunga yang menghiasi rumah itu menaikkan
lagi kemarahan Sofea. “Bunga ni Abang Is beri pada kau ke?”
“Bukan!
Kak Sofea sudah salah faham.”
“Kau
ingat aku bodoh ke? Kau ingat aku tak tahu ke agenda kau yang sebenarnya. Kau
mahu balas dendam kan !
Kau nak rampas Abang Is dari aku sepertimana mama aku pernah rampas ayah kau
dari mak kau kan .”
“Bisingnya!
siapa yang menyalak awal-awal pagi ni!”
Alisa tiba-tiba muncul. Suara Sofea dapat didengarnya dari dapur.
Sofea
terkejut melihat wanita yang muncul entah dari mana. Matanya melirik ke arah
Alina yang berdiri tidak jauh darinya . Memang betul ada dua orang Alina. “Siapa kau?”
“Siapa
aku? Takkan kau tak dapat teka siapa aku lagi! Sedap tak fresh orange yang aku
buat untuk kau hari tu.” Alisa berjalan sambil tersengih. Kedua-dua belah
tangannya diletakkan di belakang .
“Jadi
kaulah orangnya!” Bulat matanya apabila mendengar pengakuan wanita itu.
Disebabakan oleh air fresh orange itu, aku dan kakak telah minum bergelen-gelen
air untuk menghilangkan pedas. Entah berapa biji cili perempuan ni letak.
“Aku
Alisa. Kakak kembar Alina.” Alisa mendekati Alina dan meletakkan tangannya di
bahu Alina.
“Kembar!”
nada suara Sofea meninggi. Mereka berdua memang seiras. Aku tak dapat bezakan
yang mana satu Alina. Aku mesti beritahu mama tentang ni. Memang betul ada dua
Alina. “Siapa yang buat pipi aku lebam sebegini, hah?” tengking Sofea. Jari
telunjuknya ditunjukkan pada pipinya yang lebam. “Siapa?”
“Secret!”
“Secret!”
Sofea merenung Alisa. Otaknya kosong. Secret tu apa? Perempuan ini sengaja nak
naikkan darah aku. Taka pa! Inilah masanyaHutang lama belum dibayar lagi.
Tunggu, sekejap lagi kau akan tahu bagaimana aku nak ajar kau dua beradik.
“Rahsia!”
“Kau
!” Tangan kanannya sudah diangkat untuk menampar Alisa.
Dengan
pantas, Alisa mengeluarkan kuali bertangkal satu di tangan kanannya.
Sofea
tergamam. Tangannya teragak-agak untuk menampar.
“Tunggu
apa lagi! Kalau berani, tampar la.” Alisa merenung wanita yang berambut merah
itu.
“Angah!”
Alina terkejut. Pasti Angah bawa kuali tu dari dapur.
“Tahu
pun takut! Kau ingat penampar dapat menyelesaikan masalah ke? Kau dengan mak
kau sama sahaja.”
“Apa
maksud kau?”
“Perangai
kau, mak kau dan adik kau sama saja. Pentingkan diri sendiri! Obsess! Hmm…satu
perkataan yang sesuai untuk kau bertiga! Gila.” Alisa tersengih. Memang gila
pun.
“Kau!”
Sofea menunding jari kea rah Alisa. Berani kata aku gila! Perempuan ni memang
dah nak kena dengan aku ni.
“Aku
tak takut dengan kau. Kalau kau datang dengan seangkatan tentera pun, aku tak
takut sebab orang macam kau tak layak menjadi musuh aku. Faham tak? Low class!”
“Hey!
Kau tu low class. Orang kampung! Kau patut sedar diri siapa asal usul kau!”
marah Sofea. Low Class! Itu perkataan aku faham.
“Aku
terima asal usul aku. Ya, memang aku orang kampung! Ibu aku orang kampung. Aku bangga dengan asal
usul aku. Sekurang-kurangnya aku tahu asal usul aku. Walaupun aku orang
kampung, aku pernah tinggal di London
selama 25 tahun. Membesar dan bersekolah di sini. Belajar di Universiti Oxford . Diri aku lengkap
dengan ilmu pengetahuan. Malah sekarang ni aku seorang peguam dan mempunyai
firma guaman sendiri. Jika nak dibandingkan dengan kau, apa yang kau ada! Otak
kosong!Poket kosong! Itu pun duit makan minum pakaian minta kat mak lagi. Tak
rasa malu ke?”
“Hey,
jaga sikit mulut kau!” Tangan Sofea sudah bergetar-getar. Berani dia hina aku!
“Ini
mulut aku! Aku ada hak nak cakap apa yang aku suka. Kau peduli apa?”
“Kau!”
“Aku
tak faham dengan mak kau! Apa lagi yang dia tak puas hati dengan ibu aku! Dia
sudah dapat segala-galanya. Apa yang dia nak dari ibu aku lagi?”
“Mak
kau nak rampas papa dari mama!”
“Rampas!
Apa buktinya ibu aku nak rampas bapak kau, hah? Ibu aku dah pun failkan
penceraian dengan Dato’ Kadir. Kenapa pula ibu aku nak rampas Dato’ Kadir dari
mak kau. Fikir la, sikit. Jangan asyik guna otak tu untuk bergedik dengan
lelaki sahaja.” Alisa membuat mimic muka.
“Angah!
Stop it! Don’t make it more badly than this.” Nasihat Alina. Muka Sofea sudah
merah padam menahan marah.
“Acu!
Dengan perempuan macam ni jangan diberi muka sangat, nanti dipijaknya kepala
kita.”
“Kau,
adik kau dan ibu kau seumpama parasit. Asyik menumpang kekayaan orang sahaja.
Tak ada maruah diri.”
“Apa
buktinya kami ni seumpama parasit. Ada
ke kami minta duit dari Dato’ Kadir? Ada
ke? Satu sen duit dia, kami tak ingin la. Kalau kau sekeluarga nak sangat harta
Dato’ Kadir, kau ambil sahajalah.” Marah Alisa. Matanya tidak berkelip merenung
wanita itu. Dia mulai bengang dengan sikap wanita itu.
“Bukti!
Sekarang ni buktinya! Ini rumah Abang Is. Kenapa kau bertiga tinggal di sini?
Tak mengaku lagi ke? Perangai macam parasit.
Bukti sudah ada di depan mata. Anak dan mak sama sahaja, Parasit!”
“Dia
memang nak kena ni!” Alisa ingin sahaja menghayun kuali yang berada di
tangannya di muka Sofea. Namun sempat di halang oleh Alina.
“Auntie
yang benarkan mereka bertiga tinggal di sini.” Tiba-tiba sahaja ada suara yang
menyampuk perbualan mereka. Maria melangkah masuk diekori oleh Dr. Nazri. Maria
merenung tepat ke arah anak sulung Kartika. Ibu dan anak sama sahaja. Sering
memperlekehkan orang lain.
“Eloklah
auntie ada di sini! Kenapa auntie benarkan mereka tinggal di sini? Auntie tahu kan , perangai mereka
yang sebenar macam mana! Suka ambil kesempatan di atas kebaikkan orang lain.
Papa dah pun buang mereka sekeluarga, kenapa auntie masih berbuat baik pada
mereka. Mereka tiada kaitan dengan auntie!”
“Ya,
memang Abang Kadir sudah buang mereka tetapi hakikatnya mereka berdua masih
lagi suami isteri yang sah. Jika mereka sudah bercerai sekalipun, auntie tetapi
anggap Kak Munirah dan anak-anak seperti saudara auntie sendiri. Tiada apa yang
akan berubah.”
“Auntie!”
jerit Sofea geram. Sakit hatinya bila Auntie Maria menyebelahi musuhnya.
“Auntie
rasa lebih baik Sofea balik sekarang! Balik.” Tegas Maria. Tak hormat orang tua
langsung. Menjerit sesuka hati dia sahaja. Rimas! Macam ni nak jadi menantu
aku, jangan bermimpi la.
“Tapi
auntie!” Sofea masih tidak berpuas hati. Dia melirik matanya kea rah Alina dan
Alisa. Alisa tersenyum kambing.
“Balik!”
Maria meninggikan suaranya. Dia sudah tak tahan lagi melayan kerenah Sofea.
Sofea
menghentak kakinya beberapa kali untuk melepaskan geram. Dia terus berlalu
pergi. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan marah. Aku takkan
mengaku kalah. Aku akan datang lagi.
“Sikit-sikit
hentak kaki! Spesis kuda agaknya.” Alisa bersuara.
Maria
tersenyum apabila mendengar kata-kata wanita yang berambut sanggul itu. Pasti
ini adalah Alisa.
“Angah
ni!” Alina menjeling pada Alisa yang sedang ketawa kecil. Alina berjalan
mendekati Maria. Dia terus bersalaman dengan Maria. Dia mengalihkan
pandangannya pada Dr Nazri dan senyum.
“Auntie
Maria dari mana? Rumah ke?” soal Alisa sebaik saja bersalam dengan Maria.
“Hospital!Hmm….macam
mana Sofea boleh tahu kamu bertiga ada di sini?” soal Maria hairan.
“Anak
auntie!”
“Iskandar!”
Maria terkejut. Apa yang berlaku?
“Maria
ke? Ingatkan siapa yang datang tadi!” tegur Munirah. Senyuman terukir di
bibirnya. Dia baru sahaja selesai memasak.
Maria
tersenyum. Fikirannya masih tertumpu pada apa yang dikatakan oleh Alisa tadi.
Iskandar!
*********************************
Alina
merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia sedang menanti apa yang ingin
dikatakan oleh lelaki itu. Mereka berdua sedang berdiri di taman yang terletak
di belakang rumah itu. “Dr. Nazri! Tadi Dr. Nazri kata ada hal nak cakap dengan
Lina! Apa halnya?”
“Hmm….dulu
Lina pernah berjanji dengan saya, kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar
awal dari hospital hari tu Lina akan keluar temujanji dengan saya!” Dr. Nazri
tersenyum. Dia merenung wajah wanita yang menjadi teman mimpinya selama ini.
“Apa!”
Alina terkejut. Temujanji! Bila masa aku pernah berjanji dengan Dr Nazri.
“Lina
sudah lupa ke?’ Wajah Dr. Nazri berubah.
“Seingat
Lina, Lina tak pernah berjanji apa-apa pun pada Dr. Nazri! Agaknya Dr. Nazri
tersilap kot.”
“Tetapi
hari itu, Lina kata kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar awal dari
hospital, Lina sanggup keluar temujanji dengan saya walau ke mana pun. Lina tak
ingat ke?”
Dahi
Alina berkerut. Macam ada sesuatu yang tak kena sahaja? “Bila? Di mana?
Tarikhnya?”
“21
Januari! Di café Hospital. Pukul 3.50 petang.” Beritahu Dr. Nazri secara
terperinci.
Alina
mengetap bibir menahan geram. Jika mengikut tarikh yang diberitahu oleh Dr.
Nazri, orang yang bersama pada hari itu adalah Angah!
“Maksud
Lina, bukan Lina ke yang bersama saya hari itu!” Dr. Nazri sedar akan perubahan
wajah Alina.
“Ya!
Angah, Acu tahu Angah sedang menyorak di belakang pokok. Come out, now!”
Alisa
mengeluarkan kepalanya di sebalik pokok tersebut. Alisa tersengih. Tahu-tahu
saja aku sedang mengintip mereka berdua. “Macam mana Acu boleh tahu Angah ada
di sini?” soal Alisa.
“I’m
part of you, remember!” Bulat mata Alina merenung kembarnya. Sehari kalau tidak
mendatangkan masalah, tak sah!
Alisa
ketawa. Langkahnya diatur mendekati mereka berdua. “So, what’s up?”
“What’s
up? Angah, cuba
terangkan kepada Acu apa yang berlaku?”
“Errrr…sebenarnya
waktu tu, Angah tak ada cara lain. Maaf ye!”
“
Angah! Dr. Nazri, Lina minta maaf la di atas sikap nakal kembar Lina. Dia
memang suka buat sesuatu suka hati dia sahaja. Lina minta maaf.”
“Tak
mengapa!” Dr. Nazri tersenyum kelat. Harapanya untuk bertemujanji bersama Alina
pudar.
“Tetapi
jika Dr. Nazri tetap ingin bertemujanji dengan Alina, boleh sahaja!” kata Alisa
secara tiba-tiba. Dia mengenyitkan matanya pada Alina.
“Boleh
ke?” suara Dr. Nazri kembali ceria.
“Angah!”
“Janji
tetap janji kan !”
“Angah
yang sepatutnya keluar dengan Dr. Nazri sebab Angah yang memulakan semua ini.”
“Ya,
memang Angah yang memulakan semua ini tetapi janji tetap janji. Kita kena
kotakannya. Yang penting sekarang ini ialah siapa yang Dr. Nazri ingin keluar
untuk bertemujanji? Siapa Dr
Nazri?’ Alisa melihat kea rah Dr. Nazri.
“Aaaa….Dr.
Alina!” jawab Dr. Nazri dengan segera.
“Acu,
dengar tak? Dr. Alina! Angah bukan Dr. Alina. Jika lihat kad pengenalan Angah,
nama Angah adalah Alisa bukannya Alina.” Alisa masih sengih. Dia seronok bila
mengenakan adiknya. Dia tahu Dr. Nazri sukakan adiknya. Seperti biasa Alina
akan mengelakkan dirinya apabila ada lelaki yang ingin mendekatinya.
Wajah
Alina merah menahan geram. Dia tahu apa yang cuba dilakukan oleh Alisa sekarang!
“Angah!”
“Kalau Dr . Alina tak
sudi keluar dengan saya, saya tak paksa!” Dr. Nazri bersuara. Dari tingkahlaku
Alina, dia sudah dapat menduga yang Dr. Alina tidak ingin keluar dengannya.
Mungkinkah Dr. Alina sudah berpunya?
“Aaa….Bukan
begitu, Dr Nazri. Saya sudi. Bila?” Alina rasa bersalah
“Esok!”
nada suara Dr. Nazri kembali ceria apabila mendengar persetujuan Alina. Senyuman
lebar di bibirnya. Impiannya menjadi kenyataan.
“Esok!”
Dahi Alina berkerut. Cepatnya. Aku belum bersedia lagi.
Alisa
mendekati Alina. “Good luck!” bisik Alisa.
Dengan pantas Alina mencubit lengan
kanan Alisa, Alina mengetap bibirnya. Inilah peluang untuk menghukum Alisa.
Alisa
mengetap bibirnya rapat. Sakit. Dia cuba menahan kesakitan akibat
dicubit oleh Alina. Sakitnya! Berbisa betul tangan Acu ni! Wajah Alisa berubah
merah.
“Alisa,
awak tak sihat ke? Kenapa muka awak merah tiba-tiba?” soal Dr. Nazri hairan.
“Aaaa….I’m
fine!” Tanpa membuang masa, Alisa menarik tangannya supaya tidak menjadi mangsa
balas dendam dari Alina. Jika dibiarkan, pasti lebam tangan aku ni “Aaa…Along dah
balik. Saya nak pergi tolong.” Alisa terus berlalu pergi dari situ. Lebih baik
aku beredar dari sini! Bahaya! Kalajengking tengah mengamuk. Langkahnya diatur
menuju ke kereta Mazda 2 milik Aleya.
Alina
merenung Alisa. Perangai Alisa seperti kebudak-budakkan. Bila nak matang? Dahi
Alina berkerut. Alina lihat Alisa memberitahu sesuatu pada Aleya. Serentak Aleya berpaling dan tersenyum ke arahnya.
Alina faham di sebalik senyuman Aleya. Pasti Angah telah ceritakan
segala-galanya pada Along. Mulut tempayan. Alina membuat mimic muka. Keluar
temujanji? Di dalam hati, Alina mula susah hati. Ini semua gara-gara Angah.
Disebabkan oleh Angah, aku yang jadi mangsanya.
**************************************************
Alisa
meletakkan beberapa beg plastic yang mengandungi barang-barang dapur yang
dibeli oleh Aleya di atas meja. Banyaknya! “Ibu, banyaknya barang-barang dapur!
Ibu nak buat kenduri ke?” Alisa menggeluarkan barang yang dibeli oleh Aleya.
Satu persatu dikeluarkan. “Celeri!Germe des Petits Pois (tauge)! Gourde amere
(peria)! Radis (lobak)! Piments (cili)! Ail(bawang putih)!Oigpons(bawang
besar)! Gingembre(halia)! Pousse de bamboo (rebung)!. Ibu boleh tak kalau ibu
masak Rebung masak lemak! Angah teringin nak makan! Masa belajar, Tina selalu
cerita tentang rebung masak lemak yang dimasak oleh ibunya setiap kali balik ke
Malaysia .
Ibu tahu tak masak rebung masak lemak?” soal Alisa. Matanya bercahaya melihat
rebung itu.
“Tentulah
ibu tahu!” Munirah tersenyum.
Maria
menolong Munirah memotong bawang. Hari ini Kak Munirah menjemput aku sekeluarga
untuk makan tengahhari bersamanya hari ini.
Tangan
Alisa beralih pula pada beg plastik biru yang ada di sinki. Dia mengeluarkan
satu persatu. “Poulet (ayam)!Veau( daging)!Crevette (udang)! Crabe (ketam)!
Maquereau (ikan kembung)! Wah, banyaknya. Boleh masak macam-macam ni!” kata Alisa.
Sekarang ni dia sudah atur pelbagai jenis resipi berdasarkan apa yang ada tadi.
“Makan!
Makan!” bebel Aleya meletakkan baki barang-barang yang telah dibelinya sebentar
tadi di atas meja.
“Kita
makan untuk hidup, Along!” jawab Alisa tersengih.
“Ya,
memang kita makan untuk hidup tetapi jika makan melepasi hadnya, itu sebenarnya
makan untuk diri sendiri. Tamak!” Alina mencelah. Dia menolong Aleya mengangkat
barang yang selebihnya di kereta. Macam mana Along beli semua barang ni seorang
diri? Jika aku tahu, aku ikut Along tadi.
“Selagi
kita masih bernyawa di muka bumi ini, kita seharusnya mencuba semua jenis
makanan. Kita seharusnya menikmati semua
itu jika tidak kita yang rugi. Betul tak, Along?” Alisa berpaling kea rah Aleya
yang sedang mengasingkan barang-barang yang telah dibelinya.
“Ya!”
jawab Aleya endah tak endah. Jika bercakap dengan Alisa, jangan harap la kita
boleh menang. Lebih baik iyakan sahaja.
“Tengok
tu, Along pun setuju dengan Angah.”
“Along
setuju sebab Along malas nak melayan kerenah Angah.” Alina mengerling sekilas
pada Alisa.
“Jealous!
Ibu, semua barang-barang ini cukup untuk bekalan sebulan. Lagi dua hari kita
nak balik ke London !
Atau ibu ada jemput orang untuk makan tengahari bersama hari ini?” Alisa dapat
menghidu sesuatu. Dia melihat tepat kea rah ibunya yang sedang duduk memotong
bawang. Alisa mula berasa pelik.
Maria
melihat kea rah Munirah yang tiba-tiba terdiam apabila mendengar soalan Alisa.
Kalau Alisa tahu yang Kak Munirah jemput Abang Kadir makan bersama, pasti bergegar
rumah ni.
“So,
memang betul la ibu jemput lelaki itu makan di sini!” tegas Alisa. Matanya
dialihkan kea rah Alina.
Alina
berdehem beberapa kali. “Bukan Acu yang jemput abah!” Alina menoleh ke sudut
lain.
“Along,
tahu kan ! Why
did you agree to let him lunch with us?” marah Alisa.
“Jangan
nak salahkan Along, okey! Along dah cakap tetapi ibu tetap jugak nak jemput
lelaki itu.”
“Ibu
sedar tak apa yang ibu lakukan sekarang ini mengeruhkan lagi keadaan. Tadi
Sofea dah datang, Angah yakin sekejap lagi Datin Kartika pasti akan datang ke
sini. Jika dia nampak lelaki itu datang ke sini, Angah tak tahu apa yang akan
terjadi.”
“Angah!
Jika Datin Kartika datang ke sini, baguslah! Kita boleh duduk berbincang dan
selesaikan segala kekusutan yang terjadi. Selesaikan secara aman!”
“Aman!”
Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Ibu tahu kan
perangai Datin Kartika macam mana?”
“Angah!
Kita mesti cuba .
Walauapapun yang terjadi, kita mesti mencuba. Mungkin kita berbincang antara
hati ke hati, segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti yang ibu
inginkan.” Munirah cuba
menyakinkan Alisa.
“Along,
say something!” kata Alisa melihat Aleya mendiamkan diri.
“What!
Ibu takkan dengar cakap kita. Just let it go! Kita lihat apa yang akan terjadi
nanti.”
“Along!”
jerit Alisa. Begitu senang Along membiarkan semua ini terjadi.
“Stop
it! Angah, behave yourself. Angah tak malu ke kat Auntie Maria?” Munirah
melihat kea rah Maria yang duduk memerhati mereka berempat. Malu!
Alisa
terdiam bila melihat Auntie Maria melihat ke arahnya. Wajahnya masam. Ibu
memang degil. Patut la Along malas nak bersuara.
“Hmmm…..Macam
mana dengan rebung masak lemak?” soal Alina secara tiba-tiba.
“Cancel!”
jawab Alisa tanpa teragak-agak. Tak ada mood nak makan! Alisa mengetap bibirnya.
Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan ibu.
Aleya
hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“Macam
budak-budak!” Alina ketawa. Maria tersenyum melihat gelagat Alisa.
“Along!
Mana garam dan gula yang ibu suruh beli tadi?”
Munirah
mencari di setiap beg plastic yang dibawa balik oleh Aleya. Tiada pun.
“Tiada
ke?” soal Aleya menolong ibunya mencari.
“Aaaa….
Rasanya Along terlupa nak beli.” Aleya
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut.
“Ya
Allah, Along! Macam mana ibu nak masak kalau tak ada gula dan garam.” Munirah
melihat barang-barang dapur yang telah dibeli
“Maaf
ibu!”
Alisa menoleh ke arah kakaknya.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Cerdik jugak kakak aku ni! Aku yakin
Along sengaja tak beli garam dan gula sebab nak sabotaj makan tengahhari hari
ini.
Aleya
sedar Alisa tersenyum lebar ke arahnya. Aleya segera menoleh kea rah lain.
Kenapa pulak Angah ni tengok aku? Nanti ibu sedar aku sengaja tak beli garam
dan gula. Rosak rancangan aku nanti! Turn
away.
Dahi
Alisa berkerut. Along bukannya seorang yang pelupa! Pasti ada udang di sebalik
batu ni. Alisa syak sesuatu. Dia turut sama merenung Aleya.
“Jangan
risau, Auntie Munirah! Masa on the way datang ke sini, Is dah beli garam dan
gula.” Iskandar berjalan masuk ke dapur sambil menunjukkan beg plastic yang
berisi garam dan gula.
“Kami
rasa pasti garam dan gula auntie dah nak habis. Tak sangka tekaan kami tepat.”
Kata Zahari mengekori Iskandar dari belakang. Dia tersenyum. Kata-kata Iskandar
memang tepat. Pasti Aleya atau Alisa akan sabatoj lunch hari ini.
Senyuman
Alisa hilang. Dia mengetap bibirnya. Kenapa mamat ni boleh datang? Tak kerja
ke?
Aleya
merenung Iskandar seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Kau sengaja nak
cabar aku!
Alina
tersenyum melihat reaksi Aleya dan Alisa. Hampir nak terkeluar biji mata mereka
berdua merenung Iskandar dan Zahari. Pasti Along dan Angah tengah bengang
sekarang ni! Mereka dah jumpa lawan mereka sekarang ni.
“Terima
kasih! Is memang penyelamat, auntie!” Munirah tersenyum lebar. Lega hatinya.
“No
problem!” Iskandar menoleh ke arah Aleya dan mengenyitkan sebelah matanya pada
Aleya. Pasti darah kau tengah mendidih sekarang ni. Kau ingat aku tak tahu apa
rancangan kau, Aleya. Tujuan dia datang awal hari ini ialah untuk memastikan
tiada siapa akan merosakkan makan tengahhari hari ini.
5 comments:
hehe..aduii klakar sguh.mis nie myibuk jer.. lina nk dating ngn dr nazri..wahhh gempak..
best hihihihi
nak lagi....=)
assalamualaikum. writer bila nak upload lagi cite nii...dah lama tunggu tapi x de pun
kak xupdate lg ke??
Post a Comment