BAB
33
“Tangan Munirah masih sakit lagi
ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir merenung wanita yang sedang memasak itu. Walaupun
menggunakan sebelah tangan, Munirah masih cekap memasak.
“Sikit sahaja. Hmm..terima kasih
sebab bagi bunga ros tu. Lain kali tak payah susah-susah beri bunga pada
Munirah. Membazir sahaja.” Tangannya masih ligat mengacau rebung masak lemak
yang dimasaknya.
“Apa yang susahnya! Selama ini abang
tak pernah beri apa-apa pada Munirah. Hanya sekadar bunga sahaja. Munirah suka
tak?”
“Macam mana nak suka? Bunga ros
bukan bunga kesukaan ibu. Ibu suka orkid bukannya ros. “ Alisa tiba-tiba
menyampuk. Dia terus mengambil lauk untuk dihidangkan di ruang makan. Sakit
hatinya melihat ibunya berdua-duaan dengan lelaki itu. Alisa sekilas memberi
jelingan pada lelaki itu sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.
“Hish…budak bertuah ni! Awak jangan
dengar cakap Alisa tu.” Munirah mengeluh kuat. Semakin hari perangai anak
daranya itu memeningkan kepalanya.
“Abang tak tahu Munirah suka Orkid.
Esok abang beri Munirah bunga Orkid ye.” Wajah Dato Syed Mohd Kadir berubah.
Dia rasa bersalah. Bunga kesukaan Munirah pun aku tak tahu. Aku main agak
sahaja.
“Awak tak payah beri saya apa-apa
pun. Hari Rabu ni Munirah akan balik ke London .
Apa-apa pun Munirah tak nak.”tutur Munirah dengan lembut. Matanya masih melihat
ke arah periuk yang mengandungi masakan rebung masak lemak itu. Dia tak berani
bertentangan mata dengan Dato Syed Mohd Kadir. Dia takut dia akan lemah.
Cintanya pada lelaki itu tetap tidak pudar.
“Boleh tak Munirah tinggal di sini
lebih lama lagi? Munirah beritahu sahaja apa yang abang perlu lakukan supaya
Munirah dan anak-anak tinggal di sini. Apa sahaja?” rayu Dato Syed Mohd Kadir.
Dia masih berharap. Selagi Munirah tidak pulang ke London , dia masih ada masa dan peluang untuk
mengubah fikiran Munirah.
“Awak!Keputusan kami tetap tidak
akan berubah. Pemergian kami untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Bermacam-macam masalah akan timbul jika kami masih berada di sini. Munirah
tidak ada pernah menghalang awak berjumpa dengan anak-anak. Walauapa yang
terjadi mereka tetap anak-anak awak. Awak ayah kandung mereka, Awak berhak.”
Munirah cuba
tersenyum.
“Abang nak Munirah dan anak-anak.
Itu sahaja yang abang nak.”
“Topik ni lagi! Tak ada topic lain
lagi ke?” Alisa terus menarik kerusi di dapur dengan kasar. Dia tak boleh
biarkan ibu berdua dengan lelaki itu. Dia bimbang ibu akan mengubah fikirannya.
Lebih teruk jika ibu berubah hati.
“Angah!”
“Makanan sudah siap dihidangkan.
Ibu, rebung masak lemah dah masak ke belum?” Wajah Alisa serius.
“Lagi 2 minit akan siap.”
Dato Syed Mohd Kadir tersenyum
melihat gelagat Alisa. Terlalu protective. “Angah, suka makan apa?” soal Dato
Syed Mohd Kadir.
“Western food.” Jawab Alisa acuh tak
acuh
“Alisa ni sebenarnya semua makanan
dia makan. Tolak kayu dan batu sahaja dia tak makan. Masakan kampung macam
gulai nangka, gulai batang pisang, acar dan macam lagi. Kalau tak ada salad dan
sambal belacan, jangan harap dia nak makan.” Beritahu Munirah.
“Ibu!” Alisa membuat mimic muka. Ibu
ni bocor rahsia orang.
“Suka makanan kampung rupanya. Ingat
lidah orang putih.” Zahari mencelah. Dia terus duduk di kerusi yang
bersebelahan Alisa.
Alisa berdehem berberapa kali.
“Tiba-tiba saja ada lalat besar di dapur ni! Ibu, mana Shelltox ? Nak sembur
lalat ni!”
“Shelltox! Sekejap!” Zahari bangun
dan terus membuka pintu cabinet yang berdekatan dengan peti sejuk. Sebotol
Shelltox diambilnya. “Mana lalatnya?” soal Zahari terus menyembur pada kaki
Alisa.
Alisa terkejut dan terus bangun.
“You!” Alisa menunding jari ke arah Zahari.
Dia tahu Zahari
sengaja menyembur ke arahnya.
“Yes!” Zahari tersenyum kambing.
Alisa berjalan mendekati Zahari.
Alisa cuba
menarik botol Shelltox dari tangan
Zahari. “Aku tahu kau sengaja kan !”
“Ya.” Jawab Zahari. Tangan Zahari
memegang erat botol Shelltox apabila Alisa cuba merampas botol itu darinya.
“Aku tahu apa agenda kau yang
sebenarnya.” Alisa mengetap bibirnya. Nada suaranya separuh berbisik.Dia masih
cuba menarik botol itu. Tenaga Zahari memang kuat. Walauapapun aku mesti rampas
botol ni, biar aku sembur Shelltox ni pada muka lelaki ni.
“Aku pun tahu agenda kau yang
sebenarnya, Alisa.” Zahari menarik Shelltox itu agar dekat padanya. Dia takkan
mengalah pada wanita itu. Zahari menghampiri Alisa. Wajahnya mereka semakin
dekat. Masing-masing tak ingin mengaku kalah.
“Ini Alisa! Aku sanggup guna apa
cara sekalipun agar rancangan kau gagal. Faham tak!” Alisa merenung tepat ke
arah Zahari. Wajahnya didekatkan lagi pada Zahari.
“Begitu juga aku. Aku akan pasti
Uncle Kadir dan Auntie Munirah bersatu semula.”
“Kau!” Tangan Alisa bergetar menahan
geram. Botol Shelltox masih tidak lepas dipegangnya.
Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir
terkebil-kebil merenung mereka berdua. Apa kena dengan budak-budak ni? Berebut
botol Shelltox?
“What’s going on here?” kata Aleya
yang tiba-tiba muncul di dapur. Dia merenung Alisa dan Zahari. Dekatnya!
Alina turut sama ada di situ. “Wah,
dekatnya! Kalau nak ehem..ehem…pun, tunggu la kahwin dulu.” Usik Alina. Rasanya
jarak muka mereka 3cm kot.
Alisa terkejut. Dia baru sedar
wajahnya begitu dekat dengan wajah Zahari. Dia terus melepaskan botol Shelltox
secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang apabila dirinya dekat dengan
lelaki itu. “Pervert guy!” jerit Alisa
terus berlalu keluar dari dapur. Wajahnya merah.
Zahari tergamam. Dahinya berkerut.
Dia tak faham apa yang berlaku. Pervert guy!
Aleya hanya menggelengkan kepalanya
beberapa kali. Pandangannya dialihkan pada ibunya. Kenapa la lelaki ni selalu
melekat dengan ibu? Teruk la kalau macam ni.
Alina masih tersenyum merenung
Zahari. Nampaknya ada peluang Abang Zahari menjadi abang ipar aku!
“Ibu, rebung masak lemak dah siap ke
belum? Semua lauk dah siap dihidangkan. Kalau sejuk, nanti tak sedap. Dato’
Kadir, saya rasa ini bukan tempat Dato’ kan !”
“Ehemm….ramai betul bodyguard yang
menjaga Munirah.” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum dan berlalu pergi. Kadang-kala
dia terasa lucu dengan perangai anak-anaknya.
“Acu tolong ibu!” arah Aleya.
“Ok!” Alina segera berjalan
mendekati ibunya. Mangkuk kosong diambilnya untuk meletakkan rebung masak lemak
yang telah dimasak oleh ibunya.
“En Zahari, lunch sudah sedia.”
Aleya merenung lelaki itu.
“Hmm…Baiklah!” Zahari terus
meletakkan botol Shelltox kembali ke tempat asalnya. Langkahnya diatur
meninggalkan mereka bertiga. Dia dapat merasakan aura seram dari Aleya. Patut
la Alisa dan Alina takut pada Aleya. Auranya boleh buat bulu roma aku berdiri
tegak.
“Tengok tu, ibu! Singa betina sudah
menjelma.” Alina tersengih bila melihat Zahari seolah-olah takut pada Aleya.
“Cepat! Masukkan rebung masak lemak
tu dalam mangkuk. Sudah pukul 12.30 tengah hari dah. Jangan buat tetamu
tertunggu lama.” Tegas Aleya.
“Baiklah!” akur Alina. Suara Along
dah boleh buat aku kecut perut.
*************************************************
“Ibu duduk di sini!” kata Aleya
menarik kerusi supaya ibunya duduk bersebelahan dengannya. Dia tak mahu ibunya
duduk di sebelah lelaki itu.
Munirah melepaskan keluhannya.
Kata-kata Aleya diturutkan sahaja.
Iskandar hanya menggelengkan
kepalanya beberapa kali. Mengawal tak kena gaya . Dato Syed Mohd Kadir hanya memerhati.
Jika aku nak ambil hati Munirah, aku kena ambil hati Alisa dan Aleya dahulu. Dia
sudah mula memasang strategi.
Setelah Munirah duduk, Alisa dan
Aleya duduk di sebelah ibunya. Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal
beberapa kali.
“Tak sangka pula Auntie Munirah ada
bodyguard. Agaknya kalau Auntie pergi toilet, mereka ni pasti ikut.” Zahari
bersuara.
“Itu semestinya. Orang kata air yang
tenang tidak semestinya tiada buaya. Kita perlu mencegahnya dari berlaku. Betul
tak, Along?” Alisa menoleh ke arah Aleya. Aleya yang tersenyum sinis sambil
matanya tepat merenung Zahari.
Zahari menelan air liurnya. Kelat!
Dia terus mati kata-kata sebaik sahaj Aleya merenung ke arahnya.
“Aiii…kenapa kau tiba-tiba diam ni?”
soal Iskandar. Hairan.
“Lidah aku ni tiba-tiba saja jadi
keras bila Aleya tengok aku macam tu.” Zahari membisik perlahan.
Iskandar hanya tersenyum. Dia
melihat ke arah Aleya Sifatnya yang suka
mendiamkan diri kadang kala membuat orang rasa gementar.
“Hmmm…jemput la makan! Jangan
malu-malu. Masakan kampung saja.”Munirah bersuara.
“Banyak betul auntie masak! Memang
patut pun Auntie jadi Chef kat London .”
Puji Dr.
Nazri. Hampir meleleh air liurnya melihat rebung masak lemah yang berada di
hadapannya.
“Biasa-biasa saja. Makan la. Maria,
jemputlah makan!” Munirah tersenyum. Hatinya gembira melihat ramai tetamu
datang makan tengah hari bersamanya hari ini. Meriah! Selalunya kalau makan
mereka berempat sahaja.
Maria hanya tersenyum. Dah lama dia
makan makanan seperti ini. Semasa memasak tadi pun, dia sudah terliur. Baunya
saja dah mengetar jiwa.
Iskandar menggaul nasi yang dipenuhi
dengan rebung masak lemak dan ikan goreng yang diambilnya sebentar tadi. Nasi
itu disuapkan ke mulut. Air mukanya berubah apabila dia mula mengunyah. Matanya
bulat. Masinnya. Jika dia nak buang , apa kata Auntie Munirah nanti.
Perlahn-lahan dia menelan nasi tersebut. Iskandar melihat nasi di pinggannya.
Garam! Iskandar terus melihat kea rah Aleya yang duduk bertentangan dengannya.
Ini mesti kerja Aleya. Aleya hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa
yang berlaku. Iskandar melihat Zahari yang begitu selera makan. Dahi Iskandar
berkerut.
“Kenapa Is?’ soal Zahari.
“Nasi aku ada garam.” Bisik
Iskandar.
“Garam! Nasi aku tak ada pun.” Jawab
Zahari. Dia melihat pinggan miliknya. Tiada apa-apa pun.
Iskandar menolak pinggannya agar
dekat pada Zahari. Bulat mata Zahari melihat timbunan garam pada bawah nasi.
Zahari terus mencapai gelas sirap di
sebelahnya. Sebaik sahaja dia minum, wajahnya berubah. Pandangannya dialihkan
kea rah Iskandar.
Iskandar hairan! “Kenapa?”
“Manisnya! Ini bukan air sirap
tetapi air gula.” Bisik Zahari. Dia merenung gelas yang berisi air sirap. Entah
berapa senduk mereka letak air gula di dalam air ini.
“Pasti mereka kenakan kita.” Kata
Iskandar.
“Zahari! Is! Kenapa tak makan?” soal
Maria hairan.
“Mungkin nasi tak cukup kot. Nak
tambah lagi ke?” jawab Aleya secara tiba-tiba. Dia terus menambah nasi ke dalam
pinggan Iskandar. Iskandar terkejut. “Jemput la makan! Jangan segan-segan.”
Aley tersenyum. Sekarang giliran kau pula makan nasi garam.
Bibir Iskandar terketar-ketar
menahan geram. Ingin marah tetapi apa kata Auntie Munirah dan Uncle Kadir.
Perlahan-lahan Iskandar cuba
mengukir senyuman. “Terima kasih!”
“Zahari, air awak nak air lagi ke?
Gelas tu kecil pasti tak cukup kan .”
Alisa bangun dan terus mengambil mug di sisinya dan diletakkan pada Zahari.
Zahari tercengang. Besarnya mug!
Pasti ini bukan air sirap tetapi air gula lagi. Mereka memang berniat nak
kenakan aku dan Is. Ternyata mereka berdua bukannya orang yang normal. Mampus
aku nak habis satu mug ni! Tak pasal-pasal aku kena kencing manis nanti. Gula
dan Garam!
Alina melihat telatah kakak
kembarnya. Hmm…nampaknya Abang Is dan Abang Zahari dah terkena. Sebaik-baiknya
lebih baik jika Abang Is dan Abang Zahari tidak cari pasal dengan Along dan
Angah. Mereka berdua ni tidak normal. Entah apa yang Along dan Angah letak
dalam nasi dan air mereka berdua. Mungkin garam dan gula. Alina tersenyum
sendirian.
**********************************************
Alisa meletakkan sepinggan buah epal
dan buah lai di atas meja di ruang tamu. Jika tak kerana ibu, tak ingin aku nak
hantar ni.
“Terima kasih, Angah!” Dato Syed
Mohd Kadir tersenyum. Dia cuba
untuk memperbaiki hubungannya dengan Alisa dan Aleya.
“Dato’ pasti ke saya ni Alisa!” kata
Alisa secara tiba-tiba.
Kata-kata Alisa membuatkan Kadir
tercengang. Aku tersalah lagi ke? Dia mulai keliru
“Angah!” tegur Munirah. Dia tahu
Alisa sengaja ingin menduga Dato Syed Mohd Kadir.
“Yang berdiri di hadapan Uncle
sekarang ni adalah Alisa. Dia sengaja nak peningkan kepala Uncle. Untuk
pengetahuan Uncle, senang saja nak bezakan mereka bertiga. Berdasarkan kepada
pemerhatian Zahari, mereka bertiga ni mempunyai style rambut yang berbeza.
Alina selalu melepaskan rambutnya malah Alina juga sering memakai cekak di
kepalanya. Alisa pula, dia sering menyanggulkan rambutnya. Manakala Aleya, dia
selalu mengikat rambutnya. Sekarang ni, yang berdiri di hadapan kita adalah
wanita yang menyanggul rambutnya. Ini bermakna dia adalah Alisa, betul kan !”
Alisa memandang Zahari dengan hati
yang panas membara. Lelaki ini memang tak serik lagi ke? Sepatutnya aku letak
satu paket gula dalam mug air tadi.
“oooo…di sini rupanya perempuan tak
tahu malu ni menyembunyikan diri.” Kata Kartika apabila kakinya melangkah masuk
ke banglo itu malah diiringi 2 orang anak perempuannya. Matanya bulat melihat
suaminya yang turut sama berada di situ. “Apa abang buat di sini?” soal Kartika
dengan suara yang lantang.
Dato Syed Mohd Kadir bangun. “Salah
ke aku nak melawat isteri dan anak-anak aku? Selama ini aku pergi mana, ada kau
peduli?”
“Kartika, sabar! Jangan salah
faham.” Munirah bangun.
“Kau diam! Kau Memang sengaja jemput
suami aku ke sini sebab kau nak jerat dia supaya balik ke pangkuan kau kan ! Kau ingat aku tak
dapat baca helah kau ke?” jerit Kartika.
“Kartika, sumpah kakak tak pernah
fikir macam tu. Kakak jemput Dato’ Kadir sebab hari Rabu ni, kami akan pulang
ke London .
Kakak ingat selesaikan segala-galanya sebelum kakak pergi. Kakak takkan rampas
apa yang telah menjadi milik Kartika.”
“Bohong! Kau ingat aku budak-budak
lagi ke? Nak percaya cakap kau bulat-bulat.” Marah Kartika.
“Munirah masih isteri aku! Aku ada
hak nak datang ke sini.” Tegas Dato Syed
Mohd Kadir. Perangai Kartika sudah melampau. Macam mana aku boleh mengahwini
wanita ini?
“Abang!”
“Papa sedar tak tujuan mereka
sebenarnya adalah untuk mengikis harta papa? Mereka ni parasit.” Sofea
bersuara.
“Parasit! Hey, siapa yang sebenarnya
yang parasit ni? Keluarga kau ke keluarga aku, hah! Selama kami tinggal di
sini, satu sen pun duit Dato’ Kadir , kami tak pernah guna jika nak
dibandingkan dengan keluarga kau. Entah berapa juta keluarga kau belanja.
Keluarga kau tu yang parasit sebenarnya.” Alisa bersuara. Dia geram dengan
Sofea yang menuduh keluarganya.
“Mama, tengok! Dia kata kita
parasit, mama!” Sofea mengadu pada ibunya.
“Macam ini kau didik anak kau? Tak
ada budi bahasa langsung.” Kartika merenung wanita berambut sanggul itu.
“Jangan nak salahkan ibu aku pulak!
Anak kau pun apa kurangnya! Kurang ajar! Tak ada budi bahasa langsung. Jika nak
bandingkan antara aku dan anak kau, aku lebih baik lagi.” Kata Alisa.
“Angah! Jaga sikit bahasa tu. Jangan
cakap lepas sahaja.” Tegur Munirah.
Dato Syed Mohd Kadir merenung Alisa. Dia memang berbeza dari
Alina. Jika Alina, dia pasti akan mendiamkan diri. Sifatnya seperti Munirah
manakala Alisa lantang bersuara. Apa yang dia tidak puas hati, dia akan
suarakannya
“Ibu, orang macam mereka ini kalau
kita buat baik pun, mereka takkan hargai walau sedetik pun. Buang masa sahaja.
Betul tak, Acu?” Alisa menoleh kea rah Alina yang baru saja keluar dari dapur.
Langkah Alina menjadi kaku melihat
kehadiran 3 orang tetamu di rumah itu. Dia baru sahaja selesai membasuh pinggan
di dapur. Masalah besar ni. Wajahnya pucat.
“Mama, ada dua orang Alina!” Suziela
terkejut.
Kartika tidak percaya dengan apa
yang dilihatnya. Memang benar ada 2 orang Alina.
“Mama, kan Sofea sudah cakap! Alina ni ada kembar
sebenarnya.” Kata Sofea. Pada mulanya
ibu tidak percaya, sekarang bila ada di depan mata baru ibu tahu aku tidak
berbohong.
“I’m Alisa! Kembar Alina.” Alisa
tersenyum. Dia mendekati Alina dan meletakkan tangannya di bahu Alina. “Tetapi
kau bertiga belum mengenali seorang lagi kembar kami iaitu Aleya! Kakak kembar
kami.”
“Apa!” Kartika terkejut besar. Kakak
kembar kami!
“Ya! I’m Aleya. Kakak kembar Alisa
dan Alina. Akhirnya kita dapat berjumpa secara face to face tanpa perlu
menggunakan identity Alina.” Aleya keluar dari dapur. Langkahnya diatur kemas
mendekati adiknya. Tiada secalit senyuman di bibirnya
“Mama! Satu! Dua! Tiga! Mereka ada
tiga.” Suhaila menunding kea rah mereka bertiga.
Bibir Kartika terketar-ketar menahan
geram. Tiga! Aku bermimpi ke? Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya sekarang. Ketiga-ketiga wanita ini memang seiras.
“Aleya, Alisa dan Alina adalah anak
aku dan Munirah. Yang kau kenal selama ini hanyalah Alina tetapi aku pasti kamu
bertiga pernah berjumpa dengan Alisa dan Aleya melalui identity sebagai Alina.”
Kata Dato Syed Mohd Kadir dengan bangga.
Akhirnya dia dapat memperkenalkan anak-anaknya pada Kartika, Sofea dan Suziela.
Kewujudan Aleya, Alisa dan Alina perlu diketahui umum. Mereka berhak dikenali
sebagai anak aku. Pewaris harta aku!
“Hanya kami sahaja yang tidak tahu
kewujudan mereka berdua.” Kartika menunding jarinya tepat pada Aleya dan Alisa.
Aleya mengatur setapak ke
hadapannya. “Perlu ke Datin tahu tentang kami? Tentang kami Datin jangan risau.
Jika Datin tidak mengacau keluarga kami, kami takkan mengganggu keluarga
Datin.”
“Jadi kau sedang mengugut aku
sekarang ni ke?” Kartika merenung tepat pada wanita yang mengikat rambut itu.
Wajahnya selamba dan serius.
“Ini bukan mengugut tetapi sebagai
amaran. Peringatan jika lebih tepat lagi. Pasti Datin tak mahu nama Datin atau
anak-anak Datin terpampang di dada akhbar lagi.”
“Maksudnya, hari itu adalah kerja
kau kan !”
“Ya! Saya boleh buat lebih teruk
dari itu lagi, Datin. Saya boleh buat Datin kehilangan segala-galanya. Jadi
jangan sesekali bermain dengan keluarga kami kerana semua rahsia Datin, saya
tahu termasuklah….” Aleya tersenyum
Bulat mata Kartika mendengarnya. Apa
maksudnya? Adakah dia tahu rahsia yang selama ini hanya aku sahaja yang tahu.
Mustahil.
“Kau!” Sofea terus mendekati Aleya.
Dia ingin menampar Aleya tetapi Aleya sempat mengelak. Tangan kanan Sofea
dipegang dan dikilas ke belakang.
“Sakit! Mama, sakit!” jerit Sofea mengerang
kesakitan.
“Kakak!” jerit Suziela melihat air
muka Sofea berubah merah.
“Apa! Tak sakit!” Aleya menarik
tangan kanan Sofea dengan kuat. Biar dia rasa.
Suziela cuba untuk menolong Sofea
tetapi dihalang oleh Alisa.
“Nak ke mana? Atau kau pun nak turut sama merasai apa yang
kakak kau rasa sekarang ni!”
Suhaila menelan air liurnya
perlahan-lahan. Dia melihat ke arah Sofea yang masih mengerang kesakitan.
“Along! Cukup!” tegas Munirah. Aleya
sudah melampau kali ini.
“Kau dan anak-anak kau memang
penghancur kebahagian aku!” marah Kartika. Dia melangkah mendekati Munirah.
Hari aku mesti ajar wanita ini supaya dia sedar di mana dia berpijak sekarang
ini. Langkah terhenti apabila ada seseorang menghalang perjalanannya.
“Cukup, Kartika! Jangan buat kecoh
di sini! Aku beri amaran pada kau, jangan ganggu Munirah dan anak-anak aku
lagi. Jika tidak jangan harap nama kau ada dalam wasiat aku, satu sen pun kau
takkan dapat. Kau sepatutnya sedar status kau! Kau hanya isteri kedua aku.”
Kartika terpana dengan kata-kata
suaminya. Hatinya menjadi sebak secara tiba-tiba. Air matanya mula
bergelinangan. “Abang sudah lupa ke siapa yang bersama abang selama 26 tahun
ini?”
“Ya, aku tak pernah lupa siapa yang
berada di samping aku selama ini. Kau yang bersama aku selama ini tetapi aku
takkan pernah lupa apa yang kau pernah buat pada aku selama 26 tahun. Kau tak
layak menjadi isteri aku. Kau tak pernah ikhlas mencintai aku, kau hanya
mencintai duit, harta dan status aku sahaja. Kau ingat aku tak tahu apa yang
telah kau buat di belakang aku. Kau ingat aku buta ke?”
“Abang!”
“Balik! Bawa anak-anak kau balik.
Sekali lagi aku beri amaran pada kau, jangan ganggu isteri dan anak-anak aku
lagi, Jika aku dapat tahu kau dan anak-anak kau masih mengganggu anak-anak aku
lagi, kau tunggu dan lihat apa aku akan lakukan pada kau. Aku telah melakukan
kesilapan besar apabila aku menjadikan kau sebagai isteri aku. Sekarang ni kau
tiada apa-apa makna dalam hidup aku,” Tegas Dato Syed Mohd Kadir. Dia harus
melindungi Munirah dan anak-anaknya.
Aleya melepaskan Sofea dengan kasar.
Sofea memegang tangannya yang sakit itu dan terus mendekati ibunya.
Kartika melihat orang
disekelilingnya yang memerhati ke arahnya. Pandangan mereka terhadap Kartika
telah memberi jawapan tentang pandangan mereka terhadapanya. Tiada siapa yang
menyebelahi dirinya.
“Mama!”Suziela memegang lengan
ibunya yang masih kaku membisu. Air matanya deras mengalir.Ternyata dirinya
sudah tiada lagi di hati lelaki itu. Pandanganya dialihkan tepat pada Munirah
yang sedang melihat dirinya. Kau ingat kau akan dapat memiliki suami aku
kembali ke? Tidak, aku tak benarkan.
“Auntie, Is rasa lebih baik jika
auntie beredar dari sini.” Iskandar bersuara.
Maria yang turut sama yang berada di
situ hanya diam memerhati.
“Abang Is! Halau kami ke?” Sofea
bersuara. Sakit hatinya bila Iskandar menyebelahi mereka.
“Ini untuk kebaikkan semua pihak.”
Jelas Iskandar. Dia menoleh ke arah Aleya yang diam membisu. Iskandar perasaan
dahi Aleya berkerut.
“Mari kita balik! Tetapi kau perlu
ingat Munirah, aku takkan mengalah pada orang seperti kau.” Kartika terus
menarik tangan anak-anaknya supaya beredar dari situ.
“Tapi ibu….” Suziela hairan kenapa
ibunya ingin pergi begitu sahaja. Mereka berempat ini belum diajar lagi.
“Balik!” Kartika terus mengheret
tangan Suziela supaya mengekorinya.
“Lelaki! Bila habis manis, sepah
terus dibuang.” Aleya bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Kartika dan
anak-anaknya sudah hilang dari pandangannya. Aleya terus mengorak langkah
beredar dari situ. Ya, keadaan ini takkan berakhir lagi! Selagi aku, ibu dan
adik-adik aku masih belum menjejakkan kaki di dalam kapal terbang, kami belum
lagi selamat. Pasti dendam Datin Kartika pada ibu semakin menebal. Kerana
dengki dan cemburu, mereka sanggup buat apa sahaja.
Dato Syed Mohd Kadir terkejut dengan
kata-kata Aleya. Pasti kata-kata tersebut ditujukan pada dirinya.
Alisa melepaskan keluhan dengan
kuat. Alisa mengekori Aleya.
“Abah tahu tak, kata Abah tadi telah
mengguris perasaan Datin Kartika. Walau seburuk mana pun perangai Datin
Kartika, abah adalah suaminya. Abah tak berhak cakap begitu pada Datin
Kartika.” Alina begitu kecewa dengan
sikap ayahnya. Dia berjalan meninggalkan mereka semua. Mungkin inilah sebabnya
kenapa Along dan Angah tidak membenarkan ibu bersama semula dengan abah. Mereka
bimbang ibu akan terluka lagi.
“Alina!” Dato Syed Mohd Kadir
terkejut. Adakah kata-kata aku tadi melampau? Dato Syed Mohd Kadir menoleh pada
Munirah.
“Kata Alina memang benar! Apa yang
awak lakukan sekarang ini adalah sepertimana yang awak pernah lakukan pada
Munirah dahulu? Munirah pernah rasa apa
yang Kartika rasa sekarang ni. Munirah rasa perkara yang perlu awak lakukan
sekarang ini adalah meminta maaf pada Kartika. Dia mesti tengah sedih sekarang
ni. Awak pujuklah dia. Bincang elok-elok. Awak ada rumahtangga yang perlu awak
selamatkan. Belum terlambat lagi.” Munirah tersenyum. Langkahnya diatur
meninggalkan Dato Syed Mohd Kadir yang masih kebingungan.
Maria mengeluh dengan kuat. “Abang
tak pernah berubah. Macam mana Kak Munirah nak percaya pada abang” Maria
menggelengkan kepalanya. Dia juga kecewa dengan sikap abang sepupunya itu.
Hanya Iskandar, Zahari dan Dr. NAzri
yang masih berada di sisi Dato Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir
melepaskan keluhan dengan kuat apabila dirinya dipersalahkan.
2 comments:
mslh mkin rumit lah npknya.. apa yg katika akan buat lps nie yek..bhaya btl..
kak..thx utk n3 penat tgu..ari2 dtg jeguk.. selamat hari raya aidiladha...
sis rase2nye bile novel ni nak dicetak yer...nak sgt tau kesudahan citer ckembar tiga ni... :)
Post a Comment