Bab 34 (Part 2)
“Sedap betul ikan siakap tiga rasa
yang maria masak. boleh tak beri resipi pada akak.”
“Hish….Kak Munirah ni, masakan Maria
tidak standing dengan kakak. Masakan kakak lagi sedap dari ini. 5 Star!” Maria
tersenyum. Dia berasa senang setiap kali berbual dengan Kak Munirah.
“Tak adalah! Akak baling saja
bahan-bahan yang ada. Kalau sedap tu, kira nasib baik saja la.” Munirah
melawak. Maria ketawa mendengar kata-kata Munirah.
“Aaa…masa Aleya dan Alisa hantar
kakak tadi, mereka nampak macam tergesa-gesa sahaja. Ada masalah ke?” soal Maria. Semasa Munirah
datang tadi dia sedang memasak, dia tak sempat bertanya.
“Mereka berdua tu bukannya boleh
duduk diam. Ada
saja kerjanya.” Munirah tersenyum. Dia tahu pasti sekarang ni mereka berdua
mengintip temujanji antara Alina dan Dr. Nazri. Macam la aku tak kenal perangai
anak-anak aku tu.
“Penerangan kakak pukul berapa ?”
soal Maria.
“10.00 pagi!” jawab Munirah.
“Jadi kakak sudah bertekad untuk
pergi ke?” soal Maria. Dia merenung wanita yang bertudung litup itu.
“Maria sendiri tahu kan sebab apa kakak perlu pergi kan !”
“Kakak tak buat apa-apa kesalahan
pun! Ini tak adil.”
“Adil atau tidak! Itu bukan
persoalannya, Maria. Sejak Dato’ Kadir halau akak pada 26 tahun yang lalu, akak
sudah sedar. Akak perlu undur diri. Semua ini bukan milik akak.” Munirah
memegang lembut tangan Maria. “Pemergian akak bukannya bermaksud akak akan
memutuskan hubungan akak dan Maria. Hubungan kita tetapi sama. Maria boleh
hubungi atau melawat akak di sana
bila-bila masa”
“Abang Kadir memang bodoh. Kerana
ego, dia memilih perempuan macam Kartika! Hah, sekarang ni memang padan muka
Abang Kadir. Balasan dia.” Maria sengaja meninggikan suaranya. Dia tahu Abang
Kadir sedang mendengar perbualan mereka. Disebabkan persitiwa semalam, Abang
Kadir malu untuk berdepan dengan Kak Munirah.
“Perkara yang dah berlalu, kita
lupakan sahaja, Maria! Kami berkahwin disebabkan oleh orang tua kami. Akak reda
dengan semua ini. Tiada secalit benci pun pada Dato’ Kadir. “
“Jika kakak tidak membenci Abang
Kadir, kenapa kakak tidak dapat menerima Abang Kadir kembali.”
“Ya, memang akak tidak membenci
Dato’ Kadir tetapi akak tidak dapat lupa apa yang pernah dia buat terhadap
akak. Akak tak sanggup tempohi semua itu lagi. Biarlah hubungan suami isteri
kami setakat ini sahaja. Akak tak mahu dia lakukan perkara yang sama pada
Kartika. Biarlah akak seorang yang merasai segala keperitan itu. Insya-Allah,
Kartika akan berubah satu hari nanti. Percayalah.” Munirah cuba menyakinkan Maria. Dia sedar
niat Maria baik malah tujuannya adalah untuk menyatukan keluarga Dato Syed Mohd
Kadir.
“Kakak!” Maria menggenggam erat
tangan Munirah. Hatinya terasa berat untuk melepaskan Kak Munirah pergi.
Deruan
enjin kereta di halaman rumah mengejutkan mereka berdua. Matanya mereka tepat
melihat ke arah pintu. Siapa yang datang? Pintu dibuka. Alisa, Aleya dan Alina
meluru masuk.
“Ibu, mana dia? Mana lelaki tu?”
soal Alisa. Dia melihat ke arah ibunya. Matanya meliar melihat ke kiri dan
kanan. Segenap sudut ruang tamu itu diperhatikannya. Tiada sesiapa pun! Hanya
ibu dan Auntie Maria sahaja.
“Siapa dia yang kamu cari ni,
Angah!” Dahi Munirah berkerut. Dia merenung mereka dengan penuh persoalan.
Maria melihat wanita yang berbaju
kemeja berbelang merah putih. Alisa!
Adalah dia yang Alisa maksudkan adalah Abang Kadir.
“Aaaa…..” Alisa mulai
tergagap-gagap. Anak matanya dilirik perlahan-lahan pada Aleya.
“Nobody, ibu!” Aleya menjawab pada
pihak Alisa.
“Ya ke? Kamu bertiga jangan nak tipu
ibu! Siapa yang Angah maksudkan tadi? Seperkara lagi, kenapa tadi masuk macam
pencuri sahaja. Beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?”
Munirah menggelengkan kepalanya. Dia malu pada Maria dengan sikap anak-anaknya
yang semakin hari ,semakin melampau perangai mereka.
“Kami minta maaf, Auntie Maria!”
kata Aleya dengan segera. Matanya masih lagi mencari. Dia yakin Dato Syed Mohd
Kadir ada di sini.
Maria hanya tersenyum.
“Eh, Acu! Bukan ke tadi Acu keluar
dating dengan Dr. Nazri tetapi macam mana pulak Acu boleh bersama dengan Along
dan Angah?” soal Munirah hairan.
“Ibu ni! Acu bukannya keluar dating
dengan Dr. Nazri . Acu hanya teman Dr. Nazri keluar sahaja.” Tegas Alina. Ibu
sama seperti Along dan Angah.
“Terpulanglah!” Munirah mengeluh.
Mereka bertiga ni ada bermacam-macam kerenah. Dia tahu Dr. Nazri ada hati pada
Alina. Sikap Alina memang pelik Setiap lelaki yang akan mendekatinya pada dia
akan mula menjauhkan diri sama seperti Aleya dan Alisa. Kenapa mereka bersikap
begitu? Dahinya berkerut bila melihat gelagat Aleya dan Alisa yang seolah-olah
sedang mencari sesuatu. “Apa lagi yang kamu berdua cari ni?” Munirah
meninggikan suaranya.
“Tak ada apa-apa, ibu!” ringkas
jawapan Alisa. Dia tersengih.
“Ibu, Along rasa kita perlu
balik sekarang. Banyak barang yang barang yang belum pack lagi.”
“Sekarang! Awal lagi. Biar ibu
berborak dengan Maria sekejap lagi.” Kata Munirah.
“Tak boleh, ibu! Tak sempat kalau
pack malam nanti.” Alisa bersuara. Alina hanya mendiamkan diri. Dia hanya
menjadi pemerhati.
“Hish…budak-budak ni! Pagi tadi,
kamu berdua beriya-iya sangat nak hantar ibu ke rumah Auntie Maria. Sekarang ni
pulak, kamu berdua beriya-iya mengajak ibu balik. Apa kena dengan kamu berdua
ni?” Munirah geram dengan perangai Aleya dan Alisa. Pagi tadi suruh aku berbual
panjang dengan Maria. Apa kena dengan anak-anak aku ni?
“Kalau Along dan
Angah nak balik, kamu bertiga balik dulu. Petang nanti ambil ibu balik.”
“Tak boleh!” jawab Aleya dan Alina
serentak. Ibu tak boleh berada di sini. Tidak sama sekali
Munirah terus bangun. Dia tidak
dapat menahan lagi. “Ya, Allah! Budak-budak ni! Cuba Along dan Angah beritahu ibu,
kenapa ibu tak boleh duduk di sini? Beritahu ibu sekarang.” Muka Munirah sudah
merah kerana menahan geram.
“Sebab abang!” Dato Syed Mohd Kadir
terus keluar dari tempat persembunyiannya. Munirah berpaling dan terkejut.
Aleya dan Alisa hanya merenung lelaki yang menghampiri mereka yang berada di
ruang tamu.
“Rasanya mereka tahu abang berada di
sini!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum ke arah mereka bertiga. Dia masih belum
dapat membezakan mereka bertiga lagi. Hanya seorang dari mereka yang membalas
senyumannya. Itu pasti Alina. Manakala 2 orang wanita yang merenungnya
seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.
Munirah menoleh ke arah Aleya dan
Alisa. “Jadi, inilah sebab kenapa Along dan Angah menyuruh ibu balik!”
Aleya dan Alisa hanya mendiamkan
diri. Pasti ibu tengah marah sekarang ini.
Melihat kedua-dua orang anaknya itu
mendiamkan diri, Munirah hanya mampu melepaskan keluhannya perlahan-lahan.
“Baguslah! Awak ada di sini! Ada
perkara yang Munirah ingin bincangkan! Malam ni selepas sembahyang isyak, awak
jemput saya di rumah. Kita keluar makan.” Beritahu Munirah.
“Apa!” jerit Aleya dan Alisa
serentak. Suara mereka berdua begitu kuat .Kata-kata ibu mereka sebentar tadi
mengejutkan semua orang. Alina, Maria dan Dato Syed Mohd Kadir turut sama
tercengang.
“Ya!” kata Munirah.
“Kenapa ibu nak keluar dengan lelaki
ni? Ibu nak berbaik semula dengan lelaki ni ke? Ibu demam ke?’ soal Alisa
bertubi-tubi. Dia tidak berpuas hati.
“Ibu ada sebab kenapa ibu perlu
keluar dengan ayah kamu. Ini hal ibu. Ibu ada hak untuk buat apa saja yang ibu
mahu.”
“Kami takkan benarkan! Ibu sedar tak
apa yang ibu hendak lakukan sekarang ini.” Aleya bersuara.
“Ini malapetaka!” Alisa menyampuk.
“Ibu ada sebab kenapa ibu nak keluar
dengan ayah kamu. Kamu berdua tak berhak nak menghalang ibu.” Munirah merenung
Aleya dan Alisa.
Dahi Alina berkerut melihat mereka
bertiga. It’s not good.
“Kami tetap akan menghalang ibu
dengan apa cara sekalipun agar ibu tidak akan keluar dengan lelaki tu.” Tegas Alisa
“Kamu berdua tetap tak mahu beri
muka pada ibu ke?” Munirah sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Munirah
bangun dan menghampiri Aleya dan Alisa
“Ya!” jawab Aleya dan Alisa
serentak.
“Baiklah! Kalau macam tu, ini yang
kamu berdua nak kan !”
Munirah mengetap bibirnya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menarik telinga
Aleya. “Kamu berdua tak pernah dengar cakap ibu.”
“Sakit! Sakit!” jerit Aleya apabila
telingan kanannya ditarik oleh ibunya. Sakit!
Munirah melepaskan telinga Aleya.
Kini giliran Alisa pula.
.
Alisa cuba mengelak tetapi tangan
Munirah begitu pantas menarik telinga kiri Alisa
“Ibu! Aduh, sakit Ibu!” Alisa memegang
tangan ibunya yang menarik telinga
kirinya.
“Kamu berdua ni degil!” kata Munirah
lagi.
Alina menutup mulutnya menahan
ketawa. Sudah lama dia tak melihat scene ini! Rasanya sudah 8 tahun, itulah
kali terakhir ibu menarik telinga Along dan Angah. Mungkin kelakuan Along dan
Angah hari ini membuat ibu hilang sabar.
Mata Maria tidak berkelip melihat
apa yang berlaku. Selama ini Kak Munirah seorang lemah-lembut, tenang dan
jarang melihat dia memarahi orang. Sekarang ini wanita itu lain dari wanita
yang dikenalinya dahulu.
“Munirah! Lepaskanlah! Abang,
kasihan Alisa.” Dato Syed Mohd Kadir risau. Wajah Alisa sudah berubah merah.
“Abah, jangan risau!Along dan Angah
sudah biasa dengan semua ini.” Alina ketawa. Itu la tak nak dengar cakap ibu, kan dah kena!
“Awak! Kita jumpa malam ini. Maria,
akak minta maaf sebab tidak dapat berborak panjang dengan Maria hari ini. Akak
minta maaf atas apa yang berlaku.” Bibir Munirah muncung kea rah Aleya dan
Alisa. Telinganya masih belum melepaskan telinga Aleya dan Alisa. “Jom balik!”
Munirah melepaskan telinga Aleya dan Alisa.
Alisa dan Aleya akur dengan
kata-kata ibunya. Mereka memegang telinga mereka yang masih sakit. Muka mereka
muram. Aleya menjeling ke arah Dato Syed Mohd Kadir sebelum melangkah keluar
dari rumah itu.
Alina terus menghampiri Auntie Maria
dan Dato Syed Mohd Kadir. Dia bersalaman dengan mereka berdua. “Auntie, Lina
balik dulu. Esok kita jumpa kat airport ye.” Pandangannya dialihkan pada
ayahnya. “Abah jangan risau. Perkara ni normal bagi Along dan Angah.” Alina
tersengih. Dia melangkah laju meninggalkan mereka. Dia bimbang Aleya akan
meninggalkannya.
Maria memandang ke arah Dato Syed
Mohd Kadir. Dia tiba-tiba ketawa. “Family abang lucu la.” Bila teringatkan
peristiwa tadi, dia tidak menahan diri dari ketawa. Ingatkan selama ini tiada
siapa yang dapat menjinakkan Aleya dan Alisa. Rupanya dalam diam, kak munirah
ni berisi jugak.
Dato Syed Mohd Kadir hanya
tersenyum. Dia menyesal kerana telah mensia-siakan masa selama 25 tahun tanpa
mengenali mereka bertiga. Bagaimana wajah mereka ketika berusia 1 bulan,
setahun, 10 tahun dan 13 tahun. Dia sudah terlepas semua itu. Hatinya sebak
bila mengingatkan mereka berempat akan meninggalkan dirinya. Dia teringat
kata-kata Munirah. Mesti Munirah ingin membincangkan tentang penceraian kami! Dato
Syed Mohd Kadir mula susah hati.
2 comments:
hahaha pdan muka aleya n alisa... fuhyoo kak gak ibu nie..igat jnis lembut.. agak2 apa yg ibu nk bcgkn dgn dato kadir.. cian gak kt dato kdir..tp iye lah kalo ati dh terluka kn..
Rasanya cerita ni digarap semula sebab pernah baca sebelum ni tapi terhenti lama, apa agaknya kesudahan cerita ni, adakah Munirah dan Dato' Kadir berbaik semula. Adakah rahsia Datin Kartika terbuka? Saya juga tertanya adakah kedua-dua anak Datin Kartika adalah anak Dato' Kadir sebab perangai mereka tidak matang dan tidak menghormati ayahnya.
Post a Comment