BAB
35(Part1)
Alisa duduk menyandarkan dirinya
pada sofa di ruang tamu. Beberapa kali dia bergerak membetulkan kedudukkannya.
Wajahnya serius. Keputusan ibu untuk keluar bersama Dato Syed Mohd Kadir merunsingkan
hatinya.
“Angah! Jangan risau! Ibu takkan
berbaik semula dengan abah.” Alina duduk di sebelah Aleya.
Aleya masih diam membisu
“Macam mana Acu tahu? Ibu beritahu
ke” soal Alisa.
“Tak
tetapi Acu pasti tujuan sebenar ibu keluar dengan abah adalah untuk
menyelesaikan semua perkara ini.”
“Acu yakin ke ?” sindir Alisa. Kenyataannya
ibu masih mencintai lelaki itu.
“Angah sendiri tahu sikap ibu kan ! Sama seperti Along
dan Angah. Jika sudah membuat keputusan, jangan harap la nak berpatah balik.
Degil.” Alina membuat mimic muka.
“Along, nampak tak? Amboi, sekarang
ni bila bercakap main lepas saja tetapi bila depan Auntie Kartika, Sofea dan Suziela……,
mulut tu kunci rapat. Pijak semut pun tak mati.”
Alina menjeling pada Alisa.
“Bisingnya! Dari dalam bilik, ibu
dah dengar suara kamu berdua.” Munirah keluar dari biliknya. Satu langkah demi
satu langkah diatur.
“Amboi, cantiknya ibu malam ni!
Maklumlah special day.” Usik Alina terus mendekati ibunya. Pandangannya
dialihkan pada Aleya dan Alisa yang hanya memerhati. Wajah mereka kelat.
“ Biasa sahaja.” Munirah melirikkan
matanya ke arah Aleya. Dia tahu mereka berdua bimbang tentang dirinya. “Don’t
worry about me! Nothing will change.” Munirah tersenyum. Dia terdengar deruan
enjin kereta di halaman rumah. “Hmm….Dato’ Kadir dah sampai. Ibu pergi dulu.”
Munirah terus berlalu keluar.
Aleya dan Alisa melihat ke luar
melalui tingkap. Setiap gerak geri ibu mereka diperhatikan. Alina turut sama
melihat.
“Macam mana dia tahu ibu suka
orkid?” Aleya meninggikan suaranya apabila melihat Dato Syed Mohd Kadir memberi
sejambak bunga orkid pada ibunya. Dia terus melihat kea rah Alina.
Alina terus mengangkat kedua-dua
belah tangannya. Dia faham maksud di sebalik pandangan Aleya. Pasti Along ingat
aku yang beritahu abah. “Not me!”
“Actually, I did.” Alisa mengaku.
Dia tersengih. “Angah tak sengaja. Terlepas cakap. Sorry!”
Aleya menggelengkan kepalanya
beberapa kali. Dia melihat kembali ke luar rumah. Kereta BMW X6 milik Dato Syed
Mohd Kadir telah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
Alina perasaan akan perubahan wajah
kakak kembarnya. “Along tak percaya ibu ke?”
“Along percaya pada ibu tetapi ibu
tak percaya pada lelaki itu.” Tegas Aleya.
“Hmmm…kalau macam tu, jom kita ikut
ibu!” cadang Alina secara tiba-tiba.
Aleya dan Alisa terkejut.
“Biar betul!” Bulat mata Alisa. Ini
pertama kali Acu mencadangkan sesuatu yang di luar jangkaan.
“Acu tahu ke mana ibu pergi makan
bersama abah. Sebelum ibu pergi tadi, ibu beritahu Acu.”
“Pelik! Kenapa ibu beritahu Acu
sebab ibu pasti tahu Acu ni bukannya reti simpan rahsia?” Alisa melihat Aleya
yang masih berdiam diri.
“Angah!” Alina mengetap bibirnya
sambil merenung tepat pada Alisa yang sering memerli dirinya.
“Sebab ibu mahu kita ikut ibu.”
Aleya bersuara.
“Why?” Alisa terkejut dengan
kata-kata Aleya.
“Along tak pasti. Lebih baik kita
pergi sekarang!” Aleya terus mencapai baju sejuknya. Cekak rambut yang
dipakainya dibetulkan. Kunci kereta Audi Q7 berwarna merah yang baru dibelinya
semalam dicapainya. Alisa dan Alina mengekori Aleya.
************************************
“Macam mana dengan makanan di sini?
Sedap kan !
Abang selalu makan di sini. This is my favorite restaurant. Do you like it?” Dato
Syed Mohd Kadir tersenyum. Nasi goreng
pattaya telah habis di makannya. Dia sengaja membawa Munirah ke sini. Dia mahu
Munirah tahu serba sedikit tentang dirinya.
“Sedap!” Munirah hanya mampu
tersenyum. Dia berasa janggal apabila
bersama Dato Syed Mohd Kadir. Hanya mereka berdua. Kadir telah menempah seluruh
restaurant hanya untuk mereka berdua sahaja. Munirah berasa janggal. Layanan Dato
Syed Mohd Kadir terhadap dirinya
membuatkan dia sedikit takut. Dia takut jika pendiriannya berubah. “Hmm….tujuan
Munirah ajak awak keluar adalah untuk membincangkan tentang kita. Awak tahu kan Munirah akan balik ke London esok! Munirah harap perkara mengenai
kita dapat diselesaikan dengan segera.”
“Kenapa Munirah? Kenapa? Abang tahu
sikap abang dahulu telah mengecewakan Munirah tetapi abang berjanji abang
takkan mengulangi semua itu lagi.”
“Awak baliklah ke pangkuan Kartika.
Awak masih lagi boleh membuka lembaran baru bersama Kartika. Antara kita sudah
tamat sejak 26 tahun yang lalu. Biarlah kita membawa haluan masing-masing.
Mengenai anak-anak awak berhak terhadap mereka. Munirah takkan menghalang jika
awak berjumpa dengan mereka. Berkenaan Aleya dan Alisa, Munirah yakin satu hari
nanti mereka dapat menerima awak.”
“Abang nak Munirah bukannya Kartika.
Seharusnya hubungan antara abang dan Kartika yang tamat.” Dato Syed Mohd Kadir terus memegang tangan kanan Munirah.
Dengan pantas Munirah menarik
tangannya dari dipegang oleh Dato Syed Mohd Kadir. Dia terkejut dengan tindakan
Dato Syed Mohd Kadir. Jantungnya berdegup kencang bila Dato Syed Mohd Kadir memegang tangannya.
“Munirah tak tahu apa lagi cara yang
Munirah dapat buat agar awak faham. Kita sepatutnya sudah tiada apa-apa lagi.
Awak perlu ingat siapa isteri awak selama 26 tahun ni? Kartika! Kartika yang
berada di sisi awak selama ini. Setiap manusia ada kekurangannya begitu juga
Kartika. Awak sebagai suami sepatutnya awak menegur dan guide dia ke jalan yang
benar bukannya biarkan dia terumbang ambing seperti sekarang ni.”
“Abang mencintai Munirah. I love
you!” Dato Syed Mohd Kadir merenung
Munirah.
“Awak yakin ke awak mencintai
Munirah, Dato’ Kadir? Senang betul cinta awak berubah. Sekejap awak cinta
Kartika dan sekarang ni awak kata awak mencintai Munirah pula. Lakonan apa yang
awak sedang mainkan sekarang ini?” sindir Munirah.
“Abang tak bohong! Percayalah! Abang
harap kita dapat bersama semula.”
“You not in love with me, Dato’
Kadir. Semua itu hanya sementara sahaja. Keinginan awak adalah untuk memenuhi
kekosongan dan kesunyian yang ada dalam diri awak. Let me free!” ucap Munirah
dengan lembut.
“Susah
sangat ke untuk Munirah memahami cinta abang? Abang hanya mencintai Munirah
seorang saja.” Dato Syed Mohd Kadir masih merayu. Wajahnya sedih. Sedih kerana
Munirah tidak mempercayai cinta yang telah dilafazkan dari hatinya.
“Bagaimana pula dengan Kartika?
Bukankah awak mengahwini Kartika kerana awak mencintai dirinya? Awak sudah lupa
ke? Apa yang telah awak cakapkan pada Munirah sewaktu awak halau Munirah dari
rumah awak ?” Munirah mula berasa geram. Cinta? Adakah lelaki ini memahami
maksud perkataan tersebut? Adakah kerana dia mencintai aku lantas dia melayan
aku seperti sampah pada 26 tahun yang lalu? Inikah namanya cinta! Munirah
merenung lelaki itu. “Kartika adalah wanita yang satu-satunya wanita yang aku
cintai sehingga akhir hayat aku. Cinta dan kasih sayang aku hanya pada wanita
bernama Kartika. Dia akan menjadi ibu pada anak-anak aku. Kau hanya layak
menjadi orang gaji aku sahaja. Status kau sebagai isteri aku hanya sementara
sahaja. Sekarang ni ibu bapa aku sudah tiada, baik kau berambus dari sini. Kau
pergi saja ke mana kau suka. Kau sakit ke mati ke? Aku tak mahu ambil tahu.
Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku!” Kelopak mata Munirah mulai berair.
Setiap kata Dato Syed Mohd Kadir terhadap dirinya pada hari dia dihalau keluar
dari rumah banglo mewah masih lagi segar
di ingatannya. Baginya, itu adalah sejarah hidup yang tidak dilupainya sehingga
sekarang.
“Awak nak dengar lagi yang selebihnya ke?”
“Munirah!” Bibir Dato Syed Mohd
Kadir terketar-ketar menahan sebak.
Nampaknya dia benar-benar telah melukai hati wanita ini. Dia kesal dengan apa
yang telah berlaku. Jika masa dapat diputar semula, aku takkan melakukan
kesilapan seperti ini. Jika aku menerima Munirah seadanya, mungkin aku hidup
bahagia bersama Munirah dan anak-anak aku.
“Cukup, Dato’ Kadir! Antara kita
sudah berakhir. Awak harus terima kenyataannya. Munirah harap walaupun kita
bukan suami isteri lagi, kita boleh menjadi seorang kawan.” Munirah cuba
tersenyum. Dia tak mahu menyebabkan Dato Syed Mohd Kadir stress kerana itu tak
baik untuk kesihatannya.
“Tidak. Abang tak mahu menjadi
kawan. Abang mahu Munirah menjadi isteri abang!” Dato Syed Mohd Kadir tiba-tiba bangun. Matanya masih tepat
memandang wajah Munirah.
“Mustahil untuk kita kembali menjadi
suami isteri. Dato Kadir. Kenapa begitu sukar awak menerima kenyataan ini?
Sekarang ini isteri awak adalah Kartika bukan Munirah.” Tegas Munirah.
Kedegilan Dato Syed Mohd Kadir membuat
dia rimas.
“Abang akan ceraikan Kartika!” kata Dato
Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba.
Munirah terkejut dengan kata-kata Dato
Syed Mohd Kadir sebentar tadi. Ceraikan
Kartika.”Awak dah hilang akal ke? Perceraian bukannya permainan, Dato Kadir.”
“Untuk memiliki Munirah, abang
sanggup buat apa sahaja. Sekarang ni Munirah dan anak-anak abang lebih penting
dari segala-galanya. Abang tidak mencintai Kartika.”
Munirah mengetap bibirnya menahan
geram. Nafasnya turun naik. “Jika awak tidak menyintai Kartika, kenapa awak
mengahwini Kartika?”
“Sebab abang ingin membuktikan
pilihan abang adalah tepat berbanding pilihan mak ayah abang namun abang telah
melakukan kesilapan. Pilihan mak ayah abang adalah tepat. Mereka tahu siapa
yang terbaik untuk menjadi isteri abang. Hanya abang yang buta ketika itu.
Setelah Munirah pergi, baru abang sedar rupa-rupanya abang sudah jatuh cinta
pada Munirah. Hidup abang kosong selepas pemergian Munirah. Abang tidak pernah
bahagia bersama Kartika. Inilah balasannya.”
“Awak fikir Munirah akan percaya
semua ini. Munirah tak pernah lupa siapa awak yang sebenarnya? Awak tu playboy!
I’m not stupid anymore. For your information, I don’t love you” tegas Munirah.
“You love me!” Dato Syed Mohd Kadir
tersenyum lebar.
“What! Apa buktinya?” Munirah
merenung lelaki itu. Apa maksudnya di sebalik semua ini?
“Bukti!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum.
“Your dairy!”
Bulat mata Munirah mendengarnya. Ya,
memang hari itu aku tertinggal dairi aku. Dia baca kesemuanya ke? Munirah mula
gelisah. Segala isi hatinya tercatat di dalam dairi itu.
Dato Syed Mohd Kadir tersenyum lebar melihat reaksi Munirah.
“Sehingga sekarang awak masih mencintai abang kan !”
“Tidak! Itu dulu. Sekarang Munirah
tiada apa-apa perasaan pada awak lagi. Awak boleh fikir apa saja yang awak mahu.
Please let me go! Ini untuk kebaikan semua pihak. Percayalah” Munirah merayu
“No!” tegas Dato Syed Mohd Kadir.
‘Fine! You can do whatever you want
to do. I will do everything to make sure you divorce me, Dato Kadir.” Nada
suara Munirah sudah berubah. Munirah mencari sesuatu di dalam beg tangannya.
Sebentuk cincin dikeluarkannya. “Ambil ni! Cincin ini tak pernah menjadi milik
Munirah. Ini kepunyaan awak. Suka hati awak nak buat apa pun.” Munirah
meletakkan cincin perkahwinan mereka di atas meja.
Dato Syed Mohd Kadir terkejut dengan tindakan Munirah.
“Keputusan Munira takkan berubah.
Munirah tetap berharap awak akan mengubah fikiran awak dan memberi peluang pada
Kartika. I hope we can be friends. Tentang anak-anak kita, Munirah takkan
menghalang awak dari berjumpa mereka kerana awak juga berhak terhadap mereka.”
“Munirah!”
“Along! Angah! Acu! Ibu nak balik.”
Kata Munirah secara tiba-tiba. Dia sengaja meninggikan suara. Dia percaya pasti
Aleya, Alisa dan Alina berada berhampiran dengannya.
Dahi Dato Syed Mohd Kadir berkerut. Dia melihat Aleya, Alisa dan Alina
keluar di sebalik pokok besar yang hampir dengan meja mereka. Sejak bila mereka
berada di sini?
Munirah bangun! Alina lebih dahulu
mendekati ibunya. Alisa cuba untuk mendekati Dato Syed Mohd Kadir tetapi dihalang oleh Aleya. “Angah dan Acu
pergi ke kereta dulu bersama ibu.” Aleya memberi kunci kereta pada Alisa.
“Tapi!”
“Just go, Angah!” tegas Aleya.
“Ok! Jom, ibu!” kata Alisa. Mereka
bertiga berjalan meninggalkan Aleya dan Dato Syed Mohd Kadir. Munirah sempat
memandang ke belakang melihat Aleya dan Dato Syed Mohd Kadir. Dia hanya mampu
mengeluh.
Aleya berdiri memandang lelaki itu.
Setiap perbualan ibu dan lelaki ini telah didengari dengan jelas. “ I dah call
Iskandar. He will come to drive you home.”
“Abah sedar abah telah gagal
menjalankan tanggungjawab abah. Abah harap abah dapat menjalankan tanggungjawab
abah jika Aleya dapat menerima abah.”
“Whatever happens, you still our
father! But it’s impossible to accept you to be part of our life! Sejak dari
mula lagi, awak bukan sebahagian dari kami. Kami hidup tanpa seorang ayah dan
kami akan menjalani hidup kami kembali seperti biasa. Kami bahagia dengan
kekurangan yang kami ada. So I merayu pada awak supaya menunaikan permintaan
ibu. Just once, let her be happy. Be free from you.” Kata Aleya. Kali ini dia
tidak berkeras dengan Dato’ Kadir. Kenyataan tetap kenyataan. Lelaki yang
berdiri di hadapannya ini tetap ayah kandungnya. “I minta maaf jika selama ini
I dan Alisa telah menyakiti dan mengasari awak. Kami minta maaf.” Kata Aleya
dan terus berlalu pergi.
Badan Dato Syed Mohd Kadir tiba-tiba menjadi kaku. Inilah kali pertama
Aleya tidak bercakap kasar padanya. Renungannya juga tidak seperti selalu. Dia
melihat kelibat Aleya hilang dari pandangannya. Dato Syed Mohd Kadir mengusap dadanya perlahan-lahan. Tiba-tiba
terasa sakit. Setiap kali memikirkan Munirah dan anak-anaknya akan meninggalkan
hatinya berasa sedih. Maaf, Aleya! Abah tak dapat lakukan semua itu. Abah
sayang kamu semua. Kerana sayang, abang akan mendapatkan kembali keluarga abah
yang telah lama hilang.
Selain Aleya, Alisa dan Alina ada
juga orang lain yang berada di situ! Pokok jarum yang berada di sisinya dicabut
tanpa disedarinya. Hatinya sakit melihat mereka berkumpul seperti keluarga.
“Kenapa kau dan anak-anak kau begitu berani memijak maruah aku? Kau fikir aku
ni apa, hah!” kata Kartika. Sejak dari tadi dia mengekori Dato Syed Mohd Kadir.
Sudah beberapa hari Dato Syed Mohd Kadir tidak pulang ke rumah. Selepas yang
berlaku pada malam itu, Dato Syed Mohd Kadir tak pernah untuk pulang untuk
memujuk dirinya. Dirinya dibiar terkapai-kapai sendirian. Lelaki itu
benar-benar sudah berubah hati. Perasaan benci sudah menguasai segala-galanya.
“Aku akan pastikan kau terima akibatnya, Munirah! Apa yang akan kau rasa jika
salah seorang anak kau tiada? Kartika tersenyum sendirian.
2 comments:
fuh!! tegas gak munirah ea..mkin bca cite nie mkin kcian plk ngn dato kadir..biar lah dato kadir n munirah bsma kmbli.. mkin rumit lah keadaan lps nie..apa lah yg datin kartika nk lakukan..
sis lily..bile la citer nak cetak ni....sudah lama ku menanti..huhuhu
Post a Comment