BAB 35 (Part 2)
Aleya menutup pintu keretanya. Semua
beg telah dikeluarkan. 2 jam lagi pesawat akan berlepas. Aleya terkejut dengan
kehadiran mereka bertiga.
“Cuaca baik kan hari ini!” tegur Zahari sambil
tersengih.
“Rasanya sekejap lagi mendung la.”
Alisa membuat mimic muka. Dia dah datang!
“Ya ke? Kalau hujan baguslah! Lagi
bagus kalau ribut pasti penerbangan akan tergendala kan !”
“Kau!” Alisa menunding jari pada
Zahari.
“Aiii…..awal-awal pagi dah bergaduh!
Ada apa-apa ke
ni?” usik Alina. Macam anjing dan kucing. Berjumpa saja mula bergaduh!
“Acu jangan cuba nak naikkan darah Angah yang
telah mendidih ni!” Alisa mengalihkan pandangannya. “Dr. Nazri! Rasanya Alina
perlukan bantuaan awak. Maklumlah, tengok beg yang dibawanya terlalu banyak.
Kasihan dia kan !
Pasti awak tak mahu menjadi lelaki yang tidak gentlemen di mata Alina kan !” giliran Alisa
pula.
“Maaf!” Dr. Nazri terus mendekati
Alina dan membantunya membawa beg yang berada di tangan Alina. Senyuman masih
tidak lekang di bibir Dr.Nazri.
“Thank you!” kata Alina pada Dr.
NAzri . Perlahan-lahan pandangannya dialihkan pada Alisa. Angah ni memang
sengaja nak balas dendam.
“You’re welcome!” Alisa pula yang
menjawabnya. Dia sengaja membuat mimic muka untuk menyakiti hati Alina.
Iskandar melihat kea rah Aleya yang
hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius. Dia terkejut apabila mendapat panggilan
dari Aleya semalam. Tiba-tiba sahaja menyuruh menghantar Uncle Kadir. Kenapa?
Bukan ke dia begitu membenci Uncle Kadir? Sepatutnya dia tidak mengambil peduli
tentang Uncle Kadir. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran Aleya, aku tak
faham la.
Aleya sedar Iskandar sedang merenung
ke arahnya. Pandangannya dialihkan kea rah lain. What’s his problem?
“Jom! Nanti terlewat pula!” kata
Munirah. Alina membantu Munirah begitu juga Aleya.
“Auntie pergi dulu, nanti Is
menyusul kemudian. Ada
barang tertinggal di kereta.” Kata Iskandar. Dia terlupa sesuatu.
***************************
Mereka sudah berada di entrance
KLIA. Alisa terus mendekati Aleya apabila sedar Dato’ Kadir sedang menanti
mereka. Tanpa berlengah, Alina terus bersalam dengan Dato Syed Mohd Kadir. Dato
Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia mengusap lembut rambut anak bongsunya. Dato Syed
Mohd Kadir melihat ke arah Munirah yang tersenyum ke arahnya.
“Along! Angah! Salam Dato’ Kadir.
Kita dah nak berlepas ni.” Arah Munirah. Dia tak mahu anaknya menjadi seorang
anak yang derhaka.
“What!” Alisa meninggikan suaranya.
“Kenapa kami mesti bersalam dengan lelaki ini?”
“Angah!”
“Alisa, awak sedar tak banyak mata
sedang memerhati ? Awak memang suka buat kecoh kan ! Suka tarik perhatian” kata Zahari.
Disebabkan oleh suara Alisa, orang ramai yang berada di situ melihat kea rah
mereka.
Alisa memandang ke sekelilingnya.
Memang benar kata Zahari! Aleya menarik Alisa mendekati. “Just do it.”
“Tapi Along!” Alisa enggan menuruti
kata-kata ibunya.
“Angah mahu ke ibu berubah fikiran secara tiba-tiba dan membuat
keputusan tinggal di sini lagi.” Bisik Aleya.Dia tidak mahu membuat kecoh di
sini lebih-lebih lagi di tempat awam. Kenapa semenjak dia menjejakkan kakinya
di sini hatinya berada tidak sedap! Berdebar-debar seolah-olah ada perkara yang
akan berlaku. Dahi Aleya berkerut.
Wajah Alisa berubah. “Baiklah!”
Dengan cepat Alisa bersetuju, dia tak mahu berada di sini lagi. Rimas!
Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang mulutnya seperti burung kakak tua.
Alisa dan Aleya bersalaman dengan
Dato’ Kadir buat pertama kalinya. DIa hampir menanggis apabila memegang tangan
mereka berdua. Alisa teragak-agak
menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tangan Dato’ Kadir,
ditarikanya dengan pantas. Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya dengan
kerenah Alisa. Giliran Aleya pula, dia menoleh kea rah Munirah yang memerhati.
Dia hanya ingin menjaga hati ibunya sahaja. Aleya menghulurkan tangannya dan
bersalaman dengan Dato’ Kadir. “ I buat semua ini disebabkan oleh ibu!” kata
Aleya secara tiba-tiba.Dato’ Kadir hanya
tersenyum apabila mendengar kata-kata Aleya
.
Munirah mengeluh. Mereka berdua ni
sama sahaja.
“Ibu masuk dulu. Along baru teringat
Along tertinggal sesuatu di dalam kereta.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Macam
mana aku boleh terlupa kunci rumah, Dia memberi tiket penerbangan dan passport
pada Alina sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.
“Angah nak ikut!” kata Alisa terus
mengekori Aleya yang sedang melintasi jalan. “Along, tunggu!”
Aleya berpaling apabila mendengar
suara Alisa dan berdiri menanti Alisa. Dia melihat tiada kereta dan dia berdiri
di tengah jalan.
“Nak melarikan diri macam la orang
tak tahu.” Kata Alina. Deruan enjin kereta menarik perhatian Alina. Dia menoleh
dan melihat sebuah kereta wira putih bergerak laju ke arah Aleya dan Alisa yang
tidak sedar akan kehadiran kereta itu.
“Along! Angah! Kereta!” jerit Alina.
Dia tergamam melihat kereta itu semakin laju menghampiri mereka berdua.
Aleya dan Alisa berpaling dan
terkejut melihat kereta itu sedang bergerak laju menghampiri mereka berdua.
Aleya menoleh ke arah Alisa yang berada di sisinya. Dengan sekuat tenaga yang
ada Aleya menolak Alisa ke tepi. Aleya melihat kereta itu begitu dekat
dengannya. Alisa jatuh terduduk di tepi jalan.
“Along!” jerit Munirah. Hampir saja
tersentap jantungnya melihat Aleya berdiri di situ manakala kereta masih
bergerak laju menghampiri anaknya.
Kereta itu semakin dekat. Dekat!
Aleya memejamkan matanya. Aleya terkejut apabila tubuhnya ditarik ke tepi.
Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Kini, dia berada di dalam
dakapan Iskandar. Aleya memegang lengan Iskandar. Tangannya masih
terketar-ketar.
Dato Syed Mohd Kadir menarik nafas lega melihat Iskandar menarik
Aleya ke tepi . Jika tiada Iskandar, entah apa yang akan terjadi pada Aleya.
Zahari terus menghampiri Alisa yang
masih terduduk di tepi jalan. “Awak taka pa-apa ke?” soal Zahari.
“I’m ok!” kata Alisa mencuba untuk
bangun tetapi kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit.
“Kaki awak terseliuh ke?” soal
Zahari risau. Dia membantu Alisa bangun.
“Sikit saja. Along?” Alisa melihat
ke arah Aleya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada Along! “Pemandu kereta
gila! Tak nampak orang ke? Dia ingat sini Litar Sepang ke?” bebel Alisa.
Seketika Alisa terlupa akan persengketaan mereka berdua
Zahari tersenyum melihat Alisa. Tak
habis-habis membebel.
“Ibu tunggu sini. Acu nak tengok
Along dan ANgah! Abah tolong jaga ibu!” Alina segera menghampiri Alisa yang
dekat padanya. Dr. Nazri mengekori Alina
“Baiklah!” kata Dato Syed Mohd Kadir.
Dia melihat wajah Munirah yang kelihatan risau dengan apa yang berlaku tadi. Dato
Syed Mohd Kadir menggenggam erat
tangannya. Kali ini dia memang sudah melampau! Kartika!
“Aleya, awak selamat sekarang ni!
Kereta tu sudah tiada.” Kata Iskandar. Mujurlah tadi dia sempat menarik Aleya.
Aleya masih lagi berada di dalam dakapannya.
Aleya membuka matanya
perlahan-lahan. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di dalam dakapan
Iskandar. Wajahnya bertukar merah. Segera dia menjarakkan dirinya dari
Iskandar. Aleya melihat kea rah lain. Dia malu untuk bertentangan mata dengan
Iskandar. Kenapa aku berperasaan seperti ini? Walauapapun Iskandar telah
menyelamatkannya. “Aaa…Terima kasih.” Ucap Aleya. Dia menoleh kea rah Alisa.
Dia menarik nafas lega melihat Alisa selamat. Kaki Aleya pantas melangkah
meninggalkan Iskandar.
Dahi Iskandar berkerut. Dia terkejut
dengan kelakuan Aleya tadi. Malu! Dia malu ke? Tak sangka wanita keras seperti
Aleya ni ada juga perasaan malu. Rupa-rupanya dia ada perasaan juga. Iskandar
tersenyum. Dia mengatur langkah mengikuti langkah Aleya yang mendekati Alisa.
“Along! Are you ok?” soal Alina. Dia
risau.
“I’m fine! Angah!” Aleya melihat
Alisa.
“I’m ok cuma terseliuh sikit.” Alisa
tersenyum. Dia memeluk Aleya. “Nasib baik, tiada apa-apa yang terjadi pada
Along. Jika tidak, Angah akan bersalah seumur hidup Angah.”
Aleya mengusap bahu Alisa
perlahan-lahan. “That’s my job as your older sister.” Aleya tersenyum dan
matanya dialihkan pada ibunya yang sedang memerhati kea rah mereka. Ibu pasti
terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
Munirah membalas senyuman yang
dilemparkan kepadanya. Hatinya masih tidak tenang. Selagi mereka tidak pergi
dari sini, nyawa anak-anaknya dalam bahaya. Nalurinya kuat mengatakan apa yang
berlaku sebentar tadi adalah angkara Kartika. Wanita seperti Kartika sanggup
melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan dirinya tidak tergugat. Aku
mesti bawa anak-anak pergi dari sini. Setiap detik begitu berharga lebih-lebih
lagi jika ia berkaitan dengan anak-anaknya.
3 comments:
fuhyoo nsb baik xde pape blaku..gila btl.. nie msti agkara kartika.. cpt lah korg blik.. klo x...entah apa lg yg kartika akan rcgkn.. bhaya btl.. aleeya cm ada bunga2 cinta bkal bputik jer..hihi
kak thx utk n3.. tp napa pendek sgt kak..xsmpt nk fiil dh bersabug..huhu..
lagi,,lagi dan lagi n3..... :)
bila nak update lagi???????
Post a Comment