BAB
36
Dato Syed Mohd Kadir meluru masuk ke rumahnya. Matanya meliar
mencari kelibat Kartika. Apa yang berlaku pagi tadi, dia amat yakin itu adalah
angkara Kartika. Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi. Selama ini dia
diamkan sahaja apa yang Kartika lakukan. Jika sesuatu terjadi pada Aleya dan
Alisa tadi, dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Kartika perlu
diajar.
“Uncle, sabar! Bawa mengucap! Jangan
diikutkan sangat perasaan tu! Mungkin itu hanya kebetulan saja.” Kata Iskandar
mengekori Dato Syed Mohd Kadir. Sebaik saja Auntie Munirah dan anak-anaknya
masuk ke balai berlepas, Uncle Kadir terus bergegas berlalu dari situ.
“Is, Uncle tak dapat bersabar lagi
jika ini berkaitan dengan nyawa anak-anak Uncle! Jika Is tidak selamatkan Aleya
tadi, Uncle tidak dapat memikirkan apa yang akan terjadi pada Aleya.”
Langkahnya diatur menaiki anak tangga. Pasti Kartika berada di dalam bilik.
Sejak dari tadi dia cuba
untuk menghubungi Kartika tetapi tidak dijawab.
“Abang Is!” Sofea terkejut melihat
kedatangan Iskandar di rumahnya. Senyuman lebar di bibirnya. Pasti Abang Is nak
jumpa aku! Nak ajak keluar ke? Sofea sudah berangan-angan. Kakinya berhenti
menuruni tangga.
“Sofea, mama kau mana?” soal Dato
Syed Mohd Kadir.
“Mama! Kat kolam renang.” Jawab
Sofea. Matanya masih tetap merenung Iskandar. Handsome Abang Is hari ini. Sofea
merenung Iskandar dengan menggoda.
Dahi Iskandar berkerut. Apa kena
dengan si Sofea ni? Iskandar mula rasa tidak selesa.Tiba-tiba saja meremang
bulu roma aku ni! Iskandar terus mengekori Uncle Kadir yang berjalan pantas
menuju ke swimming pool.
“Abang Is! Nak pergi mana tu?” soal
Sofea terus mengekori Iskandar.
Langkah Dato Syed Mohd Kadir diatur pantas menghampiri Kartika yang sedang
berbual dengan seseorang melalui telefon. Kehadiran Kadir tidak disedarinya.
“Bodoh! Kerja senang macam tu pun kau tak boleh nak buat. Jangan harap kau
dapat satu sen dari aku.” Kartika terus mematikan panggilan itu. Dia
memusingkan badannya dan terkejut apabila Kadir berdiri di belakangnya.
“Abang!”
“Kau berbual dengan siapa tadi?”
tanya Dato Syed Mohd Kadir. Matanya masih tidak lepas merenung wanita yang
pernah dicintainya.
“Aaa…kawan! Puan Sri Melor!
Aaa….bila abang balik?” Kartika tidak berani bertentang mata dengan suaminya.
Adakah tadi dia dengar perbualan aku dengan Seman? Kartika mula risau dan
gementar. Dia sedar kehadiran Iskandar bersama suaminya.
“Sejak bila kau ambil berat pasal
diri aku? Selama ni aku balik ke tak balik ke, ada kau kisah!”
“Kenapa dengan abang ni? Selalu sahaja
cari kesalahan Tika!”
“Kau berani tanya aku kenapa?” Mata Dato
Syed Mohd Kadir sudah merah menahan
geram. Masih berpura-pura lagi. “Kau ingat aku tunggul kayu ke? Aku belum bodoh
lagi, kau tahu tak! Selama ini apa yang kau, aku buat tak tahu saja. Aku
pejamkan mata saja. Aku biarkan kau buat apa saja yang kau mahu.”
Kartika tercengang mendengar
kata-kata Dato Syed Mohd Kadir. Apa maksudnya? Matanya tidak berkelip memandang
Dato Syed Mohd Kadir.
“Aku tahu dengan siapa kau habiskan
duit yang selama ini aku beri pada kau. Aku kenal setiap anak ikan yang kau
pelihara selama ni. Nama dan tempat tinggal mereka pun aku tahu! Setiap orang
kau jumpa, bila kau jumpa malah di mana kau jumpa pun aku tahu termaksudlah
lelaki yang kau upah untuk melanggar anak-anak aku pagi tadi. Kau ingat aku tak
tahu semua itu ke, Kartika!” jerkah Dato Syed Mohd Kadir.
Hampir tersentap jantung Kartika
mendengarnya. Bibirnya terketar-ketar. “Abang jangan nak tuduh Tika yang
bukan-bukan! Di mata abang, Tika ni jahat kan sehingga abang sanggup menuduh perkara
yang Tika tidak buat.” Bohong Kartika.
“Kau masih nak berbohong pada aku
lagi! Kau ingat aku percaya ke? Kau nak buktikan! Baiklah! Aku akan suruh orang
aku bawa lelaki itu datang sini. Aku nak dengar apa yang dia akan cakap nanti!”
Sofea menghampiri mereka dan hairan
dengan apa yang berlaku. Kenapa papa marah mama? Dia mendekati Iskandar. “Apa
yang berlaku?” soal Sofea sambil tangannya memegang lengan Iskandar yang sasa
itu.
Iskandar berpaling. Dia malas nak
melayan kerenah Sofea. Dia terus menarik tangannya dan melangkah beberapa tapak
agar jauh dari Sofea.
“Kalau kau nak aku panggil polis pun
boleh! Biar mereka jadi saksi”
Kartika menggenggam erat tangannya.
“Ya! Memang Tika upah orang untuk langgar anak-anak kesayangan abang! Abang dah
dengar kan !
Dah puas hati?” Kartika mengaku. Dia sudah tak tahan lagi. Sekarang ni nak jadi
apa pun jadilah. “Kalau ikutkan hati, Tika mahu perempuan tu dan anak-anaknya
mati!”
“Kau!” Dato Syed Mohd Kadir mengangkat tangannya dan ingin menampar
Kartika namun sempat dihalang oleh Iskandar.
“Tak berbaloi kalau Uncle tampar
auntie sekarang ni!”
Sofea terus mendekat ibunya. “Papa,
kenapa dengan papa ni? Papa dah lupa ke siapa yang selama ini menjaga papa
selama 26 tahun? Mama! Mama yang berada di sisi papa. Papa dah tak ingat semua
itu ke? Sejak kehadiran perempuan tu dan anak-anaknya, papa sudah lupa pada
mama dan kami. Papa dah lupa ke pengorbanan ibu selama ini.”
“Ya, memang benar selama 26 tahun ni
mama kau berada di sisi aku tetapi pernah ke dia menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang isteri! Pernah ke? Aku dibiarkan keseorangan dan terkapai-kapai
seorang diri. Makan dan minum aku, ada mama kau peduli. Tak sama sekali. Aku
lapar ke ada dia peduli! Sewaktu aku terlantar di hospital, ada kau dan mama
kau jaga aku? Tak! Pengorbanan! Pergorbanan apa yang dia pernah buat untuk aku!
Zero! Tak ada apa-apa pun. Yang kau dan mama kau tahu adalah menghabiskan duit
aku. Shopping, melancong sana sini dan buat plastic surgery. Hampir keseluruhan
badan plastic. Itu yang kau katakan pergorbanan. Selain itu, berhibur dengan
lelaki muda! Perasaan diri tu muda sehingga tak ingat yang mana halal dan
haram. Ini ke yang perlu dijadikan sebagai contoh isteri yang baik.”
“Abang jangan nak menghina Tika!” jerit
Kartika. Nafasnya turun naik.
“Aku tak hina kau tetapi itu
kenyataannya. Hakikatnya! Siapa kau yang sebenarnya! Aku dah banyak kali beri
amaran pada kau supaya jangan ganggu Munirah dan anak-anak aku tetapi kau tetap
buat jugak. “
“Oo….sekarang ni kesalahan Tika, abang nampak. Kesalahan abang
sendiri abang tak nampak! Bukan ke dulu abang pernah cakap pada Tika yang abang
sangat membenci perempuan yang bernama Munirah? Abang dah lupa ke semua tu?”
jerit Kartika. Berdesing telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dato
Syed Mohd Kadir
“Ya! Dulu memang aku benci Munirah
tetapi sebenarnya pada waktu tu juga aku telah jatuh cinta padanya tanpa aku
sedari. I love her. Tetapi disebabkan keegoan aku, kebodohan aku, aku berkahwin
dengan kau. Sekarang ni aku sudah buat keputusan! Keputusan yang sepatutnya aku
buat sejak dulu lagi.” Tegas Dato Syed Mohd Kadir. Ya, demi Munirah dan
anak-anak aku! “Kartika Bt. Abdul Halim, aku ceraikan kau dengan talak satu.”
“Uncle!” Iskandar terkejut apabila
Uncle Kadir melafazkan cerai pada Auntie Kartika.
Kartika tergamam. Wajahnya pucat
lesi.Tiba-tiba sahaja badannya menjadi kaku malah juga bibirnya. Aku tersalah
dengar ke? Matanya tidak berkelip melihat lelaki yang telah menjadi suaminya
selama 26 tahun. Tak mungkin.
“Papa! Kenapa papa buat mama macam
ni?” marah Sofea.
“Keputusan aku muktamad! Aku dah
beri amaran tetapi kau degil. Sekarang ni jangan nak salahkan aku! Peluang yang
aku pernah beri selama 26 tahun ini kau tak pernah nak hargai. Sekarang kau dah
bebas, Kartika! Kau boleh buat apa yang kau suka. Kau boleh keluar dengan
anak-anak ikan kau tanpa bimbang tentang status kau sebagai isteri aku. Rumah
ini aku beri pada kau. Tentang pampasan kau, aku akan suruh lawyer aku hubungi
kau. Antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Kau boleh hidup dengan cara kau.”
Kata Dato Syed Mohd Kadir mula mengatur
langkah meninggalkan Kartika dan Sofea. Apa yang dia lakukan sekarang ini
adalah tindakan yang tepat.
“Abang fikir dengan menceraikan
Tika, abang akan bahagia bersama perempuan tu.” Air mata Kartika mengalir deras
membasahi pipinya. Aku dah hilang segala-galanya. Aku dah kalah
.
Langkah Dato Syed Mohd Kadir terhenti. “Aku bahagia ke tak? Itu bukan
urusan kau lagi.” Kata Dato Syed Mohd Kadir kembali menyambung langkahnya meninggalkan
rumah itu. Iskandar melihat beberapa saat ke arah Auntie Kartika yang sedang
menangis teresak-esak di sisi Sofea. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Jika
Auntie Kartika bertolak ansur dalam hal ini, perkara ini tidak akan terjadi.
Iskandar mengatur langkah mengekori jejak Uncle Kadir. Tangisan Kartika semakin
kuat kedengaraan.
**************************************
Sebulan kemudian
…..
Dahi Tina berkerut melihat ramai
orang yang sedang makan di Restoran Sri Bayu. Jam tangan Gucci di tangan
kanannya dikerling sekali imbas. Patut la ramai orang, sekarang ni time orang
lunch. Setiap orang yang berada di dalam restoran diperhatinya seorang demi
seorang mencari kelibat Alisa. Dia terkejut apabila menerima panggilan telefon
dari Alisa setelah sebulan Alisa dan keluarganya pulang ke London.Alisa ingin
berjumpanya di sini. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja ada orang
melambai ke arahnya. Patut la aku tak dapat cam Lisa, dia dah ubah penampilan
rupanya. Tina mengatur langkah menghampiri Alisa.
“Patut la dari tadi aku cari kau tak
jumpa, rupanya kau dah ubah imej.” Tegur Tina terus menarik bangku dan duduk
.
“Keluarga aku baru balik dari umrah
so lepas balik tu aku buat keputusan untuk bertudung macam kau!” Alisa tersengih
sambil membetulkan tudung hijau yang dipakainya.
“Auntie Munirah dan kembar kau dah
ada di Malaysia
ke?” Tina terkejut.
“Ya! Dah seminggu kami di sini!”
“Bukan dulu kau kata kau tak nak
pulang ke sini lagi?”
“Ya! Sebenarnya itu hanya decoy
saja.” Alisa tersengih.
“Sebenarnya aku dan keluarga aku
sudah buat keputusan untuk tinggal di Malaysia . Dah 26 tahun kami
merantau di negera orang dan kami rasa dah sampai masanya kami tinggal di
tanahair kami sendiri. Oh ya, aku belum lagi ucapkan tahniah kat kau.
Tahniah….sekarang ni kau dah bergelar isteri. Aku minta maaf sebab tak datang
pada hari perkahwinan kau, Tina. Kau dah tak boleh la bermain dengan aku lagi!”
Alisa memegang tangan Tina. Dia tersenyum.
“Main!”
“Maksud aku, jadi gila-gila macam
aku.” Alisa ketawa.
Tina turut sama ketawa. “Finally,
kau mengaku jugak yang kau tu sebenarnya gila.”
“Oh….ini hadiah untuk kau dan
suami.” Alisa mengambil sesuatu dari beg tangannya. Beg tangannya yang besar
itu diselongkarnya. Itu la suka sangat beli beg tangan besar. Semua barang aku
letak dalam ni. Mana hadiah Tina ni? Alisa mengeluarkan satu persatu barangnya.
Akhirnya, dah dapat. Dia memberi pada Tina. “Kecil bukan sebarang kecil ye!
Kecil-kecil berisi.”
“Thanks!” Tina menyambut pemberian
Alisa padanya.
“Sebenarnya aku ada hal nak minta
kau tolong.”
“Hal apa?”
“Aku nak buka syarikat guaman di JB,
so kau ada tak kenalan kau di sana ?”
“JB? Kenapa kau tak buat saja di
sini?” soal Tina.
“Kau tahu kan sebabnya, Tina. Aku ada di KL pun
sekejap saja. Selepas segala urusan selesai, kami akan balik ke JB.”
“Hmm…aku rasa ada perkara yang
sepatutnya kau tahu! Tentang Uncle Kadir.” Tina teragak-agak untuk bercakap
mengenai Uncle Kadir. Dia tahu nama itu begitu sensitive pada Alisa tetapi
Alisa perlu tahu.
“Kau ni Tina suka spoils mood aku
la. Kau kan
tahu aku tak suka dengar nama tu lagi.”
“Tetapi aku rasa kau perlu tahu
perkara ni!”
“Perkara apa?”
“Kau tahu tak Uncle Kadir dan Auntie
Kartika dah bercerai!”
“Bercerai!” Terbeliak biji mata
Alisa mendengarnya.
“Selepas kau dan keluarga kau pergi,
Uncle Kadir mengamuk lepas tu dia terus ceraikan Auntie Kartika. Puncanya aku
tak tahu.”
“Bercerai!” nada suara Alisa
bergetar. Dia terus mencapai cermin mata hitam yang berada di atas meja dan
memakainya. Dia mula resah. Dia melihat ke kiri dan kanan.Jika mereka sudah
bercerai, bermakna peluang lelaki itu berbaik semula dengan ibu adalah tinggi. Adakah
ini adalah sebab kenapa setiap kali Peguam Amran ingin berjumpa Dato’ Kadir
bermacam-macam alasan diberikan. Sakit la! Meeting la! Outstation la. Dia cuba
untuk menangguhkan perkara ini.
Tina hairan melihat gelagat Alisa
yang secara tiba-tiba memakai cermin mata hitam. “Apa kena dengan kau ni,
Lisa?”
“Abang kau ada cerita apa-apa tak?”
“Sekarang ni abang aku dah pandai
berahsia dengan aku! Jangan harap la dia nak cerita apa-apa. Dia tahu aku
berpihak pada kau. Oh ya, hari itu aku ada terdengar perbualan abang aku dengan
Abang Is. Hmm….aku dengar mereka sedang cari Auntie Munirah. Itu saja yang aku
dengar. Selebihnya aku tak dapat dengar dengan jelas.”
“Eee…serabut kepala aku macam ni!
Ingatkan selepas kami pergi, keadaan pasti reda tetapi ribut pulak yang
terjadi. Dia ingat selepas bercerai dengan Datin Kartika, ibu aku akan kembali
ke sisinya. Huh, dia silap. Aku dan Along akan menentang habis-habisan”
“Gaya kau bercakap ni macam nak pergi
berperang.” Tina ketawa.
“Kau pasti ke mereka dah bercerai?”
soal Alisa lagi. Dia perlu kepastian.
“Ya! 100% aku pasti. Seluruh rakyat Malaysia
tahu Uncle Kadir dan Auntie Kartika dah bercerai.”
“Eee…kenapa boleh jadi macam ni?”
“Dah mereka berdua tiada jodoh,
setakat itu saja jodoh mereka berdua. Itulah takdir namanya.” Kata Tina. Anak
matanya membesar sebaik sahaja melihat lelaki yang sedang melambai tangan ke
arahnya. Abang! Apa abang buat di sini? Mampus aku macam ni. “Lisa, aku rasa
kau kena beredar sekarang ni. Abang aku on the way ke sini sekarang ni.”
Alisa menoleh dan terkejut melihat
Zahari mula melangkah masuk ke restoran itu. Macam mana dia boleh ada di sini? Kecil
betul KL ni! Alisa pantas mencapai beg tangannya dan bangun. “Aku call kau
nanti, Tina!”
“Ok! Cepat!” kata Tina risau jika
Alisa dapat ditangkap oleh abangnya.
Alisa segera bergegas keluar melalui
pintu belakang restoran itu.
“Siapa tu?” tanya Zahari hairan
melihat gelagat wanita itu sebaik sahaja menghampiri Tina yang sedang duduk.
Siapa tu?
“Kawan Tina! Hmm…apa abang buat kat
sini?” soal Tina. Dia ingin mengubah topic perbualan mereka.
“Hmm….Hal kerja.”
“Aaa….Tina, pergi dulu! Ada hal.” Tina segera
beredar dari situ. Dia bimbang jika dia berada di situ lebih lama
bermacam-macam soalan yang diajukan oleh abangnya.
Zahari menggaru kepalanya yang tidak
gatal beberapa kali. “Pelik betul, perangai Tina hari ni. Macam ada rahsia
saja!” Dia terus duduk di meja yang telah diduduki oleh Tina sebentar tadi. Dia
hairan melihat dompet yang berada di atas kerusi di sebelahnya. Zahari
mengambil dompet itu dan menoleh ke kiri dan kanan. “Siapa yang tertinggal
dompet ni?” keluh Zahari lantas dia
membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemilik. Dia tecengang sebaik sahaja
melihat kad pengenalan pemilik itu. Senyuman terukuir di bibirnya.
************************************
Alisa melangkah laju menuju ke
restoran itu. Hish..macam mana aku boleh tertinggal dompet. Cuai betul! Matanya
melirik ke kiri kanan. Dia bimbang jika terserempak dengan Zahari. Mungkin
Zahari dah beredar dari sini. Hampir sejam aku tunggu di tandas. Malang betul nasib aku
hari ini!Macam mana aku boleh cuai? Alisa mendekati kaunter restoran itu.
“Maaf! Cik, tadi saya ada tertinggal dompat di sini? Ada tak sesiapa yang jumpa dompet saya.”
Belum sempat pekerja wanita itu
menjawab persoalannya. “Are you looking for this, Miss Alisa?” Satu suara mencelah
perbualan mereka berdua. Alisa memejamkan matanya beberapa saat. Dia kenal
siapa pemilik suara itu. Hari ini adalah hari yang malang buat aku. Alisa berpaling. Dia melihat
Zahari mengatur langkah menghampirinya sambil tangan kanannya memegang dompet
milik Alisa. Alisa terus menanggalkan cermin mata hitamnya.
“What do you want?”
“Penampilan awak sekarang buat saya
terkejut. Fuh, berubah 100%. Dah boleh tercalon sebagai bakal menantu pilihan”
Zahari merenung Alisa dari atas ke bawah. Senyuman masih terukir di bibirnya.
“Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku
ke?” soal Alisa secara tiba-tiba. Matanya masih melihat dompet yang berada di
tangan Zahari. Aku perlu ambil dompet aku dengan segera.
“Boleh jugak! Esok aku hantar orang
meminang kau.”
“Crazy guy!” Alisa cuba untuk merampas dompet dari
tangan Zahari tetapi Zahari bertindak pantas darinya. “Give me back my purse!”
“No! Awak tinggal di mana sekarang
ni?” soal Zahari sambil menunjukkan dompet Alisa yang dipegangnya.
“Itu bukan masalah kau, Zahari!”
Alisa mengetap bibirnya menahan geram.
“Really!”
“Yeah! So awak tak nak beri balik
dompet aku ye!”
“Selepas awak jawab soalan saya, I
give this back to you. Don’t worry, I keep my promise.”
“Ok! This is my answer!” Alisa terus
menendang kaki kanan Zahari.
Zahari terus memegang kakinya yang
sakit akibat ditendang oleh Alisa. “Kau dah gila ke?” marah Zahari. Aduh,
sakit! Wajah Zahari merah keran cuba
menahan kesakitan akibat tendangan Alisa. Orang yang berada di situ terkejut
dengan apa yang berlaku. Setiap mata yang berada di situ melihat ke arah mereka
berdua.
“I don’t care!” Alisa mengambil dompetnya dari Zahari dengan
kasar. “Jangan cari kami lagi jika awak masih berrdegil lagi. Aku akan patahkan
kedua-dua kaki awak tu, faham!” Alisa membuat mimic muka dan segera mengatur
langkah dengan laju. Aku mesti segera tinggalkan tempat ini.Dia bimbang jika
Zahari akan mengekorinya.
“Alisa!” Zahari cuba mengatur langkah setapak
tetapi kaki kanan Zahari rasa sakit. Dahi Zahari berkerut. Sakitnya! Dah patah
ke tulang kaki aku ni?
“Encik, taka pa-apa ke?” soal
pekerja restoran itu. Dia hanya melihat apa yang berlaku.
“I’m fine!” jawab Zahari. Alisa
sudah hilang entah ke mana. Tak apa! KL ni kecil saja. Kami akan jumpa kau
juga. Jaga-jaga!
*******************************
Alina melihat gulai ketam yang
terhidang di atas meja. Hampir meleleh air liurnya melihat gulai ketam yang
telah dimasak oleh Aleya.
Aleya meletakkan jag air sirap yang
dibancuhnya sebentar tadi di atas meja. Dia melihat Alina yang masih berdiri
dan melihat ke arah mangkuk yang berisi gulai ketam itu tanpa berkelip mata
walau sesaat pun. Aleya hanya menggelengkan kepalanya. “Acu, pergi panggil ibu!
Makanan dah siap.”
“Ok!” Alina tersenyum. Dia terkejut
apabila Alisa muncul secara tiba-tiba di dapur. Wajahnya cemas seolah-olah
sesuatu telah berlaku.
“Kita ada masalah besar!”
“Ah…Angah ni setiap kali balik mesti
bawa masalah besar. Kali ini dengan siapa Angah bergaduh?”
“Hish…Acu ingat Angah ni suka
bergaduh dengan orang ke?” Alisa meninggikan suaranya. Dia geram Alina tiba-tiba
mencelah. Ada
perkara yang dia perlu beritahu. “Angah
tak ada masa nak bermain dengan Acu! Along!” pandangannya dialihkan pada Aleya.
“Tadi semasa Angah jumpa Tina, Angah terserempak dengan Zahari. Sekarang ni dia
dah tahu kita semua berada di Malaysia.” Beritahu Alisa.
“Malaysia ni bukannya besar sangat,
lambat-laun mereka akan tahu di mana kita berada sekarang ni.” Alina mencelah.
“Ya tetapi itu bukan masalahnya.
Masalahnya ialah Dayo’ Kadir dan Datik Kartika sudah bercerai.
“bercerai!” kata Aleya dan Alina
serentak. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
“Mereka sudah bercerai!” sampuk
Munirah. Dia terkejut. Dia tidak pernah minta kesudahannya seperti ini. Munirah
mengorak langkah menuju ke meja makan.
“Ya! Kata Tina, sudah 2 bulan mereka
bercerai. Kata Tina lagi, sekarang ni mereka sedang mencari kita. Ibu, kita
mesti pergi dari sini.” Alisa resah.
“Kita takkan pergi ke mana-mana,
Angah! Kita tetap akan tinggal di sini.”Kata Aleya.
“Along!” Alisa terkejut dengan
keputusan Aleya.
“Ya! Betul kata Along tu, ibu sudah
bosan dengan semua ini. Mereka bercerai atau tidak. Itu bukan masalah kita. Itu
hal mereka. Kita adalah orang luar. Kita tiada apa-apa kaitan dengan mereka.”
“But he still your husband.” Kata
Alisa cuba
untuk mengingatkan ibunya.
“Ya, sekarang memang ibu masih
isteri dia tetapi ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir.”
“Mustahil dia akan lepaskan ibu! Dia
sudah ceraikan Datin Kartika. Ibu tak nampak ke apa yang dia nak dari kita jika
dia menjumpai kita semua.” Alisa masih bertegas.
“Jika dia berjumpa dengan kita pun,
keputusan ibu takkan berubah. Angah, jangan risau. Perkara yang Angah takutkan
itu, tak mungkin akan berlaku.” Tegas Munirah. Dia sudah bosan dengan semua
ini. Sampai bila mereka harus bersembunyi? Tak boleh ke mereka hidup normal
seperti orang lain?
“Along percaya pada ibu. Tentang
Dato’ Kadir, Angah tak perlu risau.”
“Along!” Alisa masih tidak berpuas
hati.
“Angah! Jika Along boleh percaya
ibu, kenapa Angah tak boleh? Sudahlah, Angah! Jom makan! Tadi Along masak gulai
ketam, lauk kegemaran Angah.” Alina tersengih dan memaut lengan Alisa.
“Gulai ketam!”
“Ya. Pagi tadi Along pergi market.
Dia beli 2 kilo ketam.” Beritahu Alina. Dia sengaja mengalihkan perhatian
Alisa.
“2 kilo!” Alisa tersengih. Buat seketika
dia lupa apa yang berlaku. Dengan pantas dia menuju ke meja makan dan duduk.
Matanya tidak berkelip merenung gulai ketam itu. Dia suka makan ketam begitu
juga dengan Along dan Acu.
“Ibu!
Jom makan! Jangan difikirkan sangat tentang perkara tadi. Apa yang akan berlaku
selepas ini, kita akan menghadapinya bersama-sama.” Kata Aleya sambil
tersenyum. “Jom!” kata Aleya.
1 comment:
fuh akhirnya bcerai jugak.. 2 lah tika ko tamak sgt.. takut dgn byg2 sdri.. apa lah jd lps nie yek..
thx kak.. stiasa mnti n3 dr akak..:-)
Post a Comment