BAB
37(Part1)
“Kesihatan Uncle sekarang ini
semakin baik.” Dr. Nazri tersenyum selepas memeriksa tekanan darah Dato Syed
Mohd Kadir.
“Alhamdulilah. Ini semua jasa Nazri!
Uncle ikut semua nasihat yang diberikan oleh Zahari.” Dato Syed Mohd Kadir membetulkan lengan baju kemejanya. Dalam
tempoh sebulan ini, tahap kesihatannya semakin baik. Dia ingin sembuh dengan
cepat. Dia perlu mencari Munirah dan anak-anaknya yang hilang entah ke mana.
“Nazri yakin satu hari nanti Uncle
akan berjumpa dengan Auntie Munirah. Ini semua hanya bergantung pada takdir.”
“Uncle tahu!” Dato Syed Mohd Kadir cuba tersenyum.
“Assalammualaikum!” Iskandar
tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Uncle Kadir. Zahari berada di belakangnya.
Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.
“Waalaikumussalam!” jawab Dato Syed
Mohd Kadir dan Dr. Nazri serentak.
“Macam mana dengan keadaan Uncle
hari ini?” soal Iskandar.
“Getting better!” jawab Dato Syed
Mohd Kadir.
“Zahari, kenapa dengan kaki kau tu?”
soal Dr. Nazri melihat cara Zahari berjalan.
Zahari mengeluh sebaik sahaja
melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu. Iskandar hanya tersengih.
“Ini kerja anak Uncle Kadir, Alisa.”
“Alisa!” Dato Syed Mohd Kadir terkejut apabila nama anaknya disebut.
“Alisa! Aku tak faham!” kata Dr.
Nazri tercengang.
“Ya,Alisa! Siapa lagi. Aku rasa
mereka sekeluarga dah balik ke Malaysia .
Kebetulan aku terserempak Tina dan Alisa di restoran. Rupanya selama ini Tina
berhubung dengan Alisa. Geramnya. Aku tanya di mana dia tinggal, tup…tup! Ini
jawapannya.” Zahari menarik seluar di kaki kananya untuk menunjukkan kesan
lebam di kakinya.
Iskandar ketawa. Dr. Nazri hanya
mampu menggelengkan kepalanya. Setiap kali Zahari berjumpa Alisa pasti mereka
berdua akan bergaduh. Macam anjing dan kucing.
“Yang buat aku lebih geram lagi bila
Tina tak mahu beritahu aku di mana mereka tinggal sekarang ni. Aku tahu Tina
tahu di mana mereka berada sekarang ni! Dia dah lupa ke aku ni abang dia.” Kata
Zahari. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Puas aku bertanya, Tina tidak mahu
beritahu.
“Kau jangan risau, Zahari! Jika
benar mereka berempat ada di KL, kita akan jumpa mereka tak lama lagi.”
Iskandar tersenyum. Perkara itu dia akan uruskan sekarang ni.
“Uncle, jangan bimbang. Tak lama
lagi Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah, Alina, Aleya dan Alisa.” Dr.
Nazri melihat kea rah Uncle Kadir.
“Kau ke atau Uncle Kadir yang tak
sabar jumpa mereka? Macam la kami ni tak tahu apa yang sedang bermain di
fikiran kau sekarang ni!” Usik Zahari. Dia mengenyitkan matanya pada Dr. Nazri!
Isi hati kau tu aku dah lama tahu. Zahari tersengih.
Dato Syed Mohd Kadir turut sama
tersenyum. Hatinya lega selepas mendapat tahu isteri dan anak-anaknya berada di
Malaysia .
Akhirnya aku dapat bertemu dengan mereka. Kali ini aku akan berusaha agar
mereka dapat menerima aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Setiap hari
selepas menunaikan solat, dia sering berdoa agar hati mereka terbuka untuk
menerima dirinya. Keluarganya akan lengkap selepas ini.
Iskandar turut sama tersenyum
melihat reaksi Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle
Kadir sekarang ini. Dia harap kali ini semuanya akan berjalan dengan lancar.
*****************************************
Alisa melabuhkan punggungnya di
sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk
menonton drama. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan
untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along
pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi
enjin kereta.
“Along keluar dengan ibu!”
“Ke mana?” soal Alisa.
“Rumah abah!”
“Apa!” Suara Alisa tiba-tiba
meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa
lagi.
“Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita
nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa
kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kita bukannya
criminal. Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi
ke mana-mana pun, ada limit!
Alisa tercengang dengan pertanyaan
Alina.
“Dengan melarikan diri macam ni,
perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan
menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.
“Acu ingat perkara ini akan selesai
dalam sekelip mata saja ke?”
“Tak! Acu tahu semua ini mengambil
masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar
risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama
berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas
Alina.
“Acu rasa Dato’ Kadir akan
menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak
berpuas hati.
“Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan
menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak
melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini
ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”
Alisa melepaskan keluhan dengan
kuat. “Honestly, Acu! Angah juga bosan dengan semua ini.”
Alina tersenyum. Dia memegang lembut
tangan Alisa. “ Acu tahu!”
“Angah harap perkara ini dapat
diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.
5 comments:
alaaa kak.. ckit nya n3.. huhu.. xbyk aksi..
Satu Dua Tiga 2013 xde jaul kat kedai ke??
aiii xde lg ke n3 br kak..
Lamanye.... n3 almost a month please next plse.....
x de lagi ker n3 baru? harap2 cepat2 laa upload bab seterusnya yea writer =)
Post a Comment