BAB
1
Usai menunaikan solat Subuh, Villa terus
membuka kain telekung yang membaluti tubuhnya. Kemudian kain telekung dilipat
dan diletakkan di dalam almari. Sekilas ekor mata melihat jam dinding yang
tergantung di dalam biliknya. “Alamak dah pukul 6.30 pagi.” Kata Villa bergegas
keluar dari biliknya dan menghampiri bilik yang mempunyai bunga kalung berwarna
pink.
“Za, bangun! Dah pukul 6.30 pagi. Bangun solat subuh!”
Pintu bilik Zarina diketuk beberapa kali. “Za! Bangun cepat! Hari ini Za ada
kelas pukul 8.00 pagi kan!” Villa meninggikan suaranya. Dia masih tidak putus
asa memanggil anak saudaranya Zarina. Dia tak mahu Zarina meninggalkan tanggungjawab
sebagai orang islam.
Pintu bilik Zarina dibuka dan matanya masih tertutup
rapat. Rambut berserabut. “Mak Su, Za cuti hari ni. Za dah beritahu Mak Su
semalam kan!” Beritahu Zarina dan terus menutup pintu bilik. Dia tak suka jika
tidurnya terganggu.
Villa menggaru kepala yang tak gatal. ‘Ops terlupa
pulak’. Langkah diatur ke bilik yang bersebelahan dengan Zarina. Dia terkejut
apabila Zakri terlebih dahulu membuka pintu. Zakri tersenyum. “Zack dah solat
tadi. Mak Su turunlah dulu. Tentang adik-adik biar Zack uruskan.” Itulah tugas
Mak Su selama 8 tahun. Selepas kematian mama dan papa, tugas itu dipikul oleh
Mak Su.
Villa tersenyum lebar. Antara Zarina dan Zakri, Zakri
lebih matang lagi. Sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya. Jika nak
harapkan Zarina, Zubir dan Zain dibiarkan sahaja. Nasib baik ada Zakri.
“Baiklah! Mak Su turun dulu. Selepas Mak Su siapkan breakfast Mak Su naik
semula, hari ini hari Isnin .....Zack ada assembly di sekolah hari ni kan!”
Zakri hanya mengganggukkan kepala.
Villa menuruni anak tangga sehingga ke tingkat bawah. Dia
berjalan menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka. Dengan pantas Villa menggeluarkan
bahan-bahan untuk masak bihun goreng, segala-galanya sudah siap dipotong. Api
dapur dibuka. Bahan-bahan masakan dimasukkan ke dalam kuali. Beberapa minit
kemudian, bihun goreng sudah siap dimasak. Minuman telah siapkan terhidang di
atas meja di ruang dapur.
Villa menaiki anak tangga dan berjalan menuju ke bilik
Zubir dan Zain. Simbol pintu dipulas. “Wah! Handsome baby boy Mak Su hari
ni.” Villa tersenyum melihat Zain yang
sedang menyikat rambutnya sendiri di cermin.
“Mak Su, Zain bukan baby boy lagi. Zain dah 8 tahun.”
Zain mencebik bibik. Tanda merajuk.
“Kenapa? Dulu Zain tak kisah pun ....kalau Mak Su panggil
baby boy.” Villa hairan.
“Itu dulu, Mak Su! Sekarang ni, baby boy Mak Su dah ada
girlfriend.” Beritahu Zubir sambil ketawa. Tangannya ligat memeriksa buku-buku
di dalam beg sekolahnya. Dia takut tertinggal buku pula.
Zain tertunduk malu. Wajahnya merah.
“Girlfriend!”
Villa terperanjat. Terkebil-kebil Villa melihat anak saudara kesayangannya yang
dijaga sejak berumur satu tahun. Biar betul! Alahai, baru darjah dua dah ada
girlfriend. Budak-budak sekarang ni terlebih maju. Aku yang dah berumur 30
tahun pun, tak ada boyfriend lagi.
“Hetty
namanya, Mak Su. Cantik!”
“Bila
nak bawa Hetty jumpa Mak Su?”
“Tak
boleh, Mak Su. Hetty malu nak jumpa Mak Su.”
“Malu!”
Dahi Villa berkerut.
“Mak
Su, sudah. Tak payah nak layan adik lebih-lebih. Cinta monyet saja. Takkan
bertahan lama pun. Esok lusa ....putus la.” Zubir mencelah.
“Cinta
monyet tu apa, Mak Su?” soal Zain. Terkebil-kebil melihat Villa.
Villa
mengalih pandangannya perlahan-lahan pada Zubir. “Mak Su rasa Abang Zubir lebih
tahu.” Villa tersenyum lebar.
Pandangan
Zain dialihkan pada Zubir. “Abang Zubir!”
Zubir
membuat mimic muka. ‘Alamak, mampus aku kali ini. Jika aku terangkan pada adik,
pasti ada soalan akan menyusul kemudian.’ Setiap jawapan yang diberi, akan
diakhiri dengan pertanyaan. Sebab itu kami akan sentiasa elakkan diri dari
bercakap menggunakan perkataan baru. Argh ....aku terlepas cakap pula. Zubir
menggaru kepala yang tak gatal.
“Mak
Su!” Zakri berdiri di muka pintu. Zakri sudah siap berpakaian seragam sekolah.
“Jom,
breakfast! Nanti lambat pula pergi sekolah.” Dengan pantas Zubir meloloskan
diri keluar dari biliknya. Beg sekolah dicapai. ‘Nasib baik Abang Zack datang, kalau
tak sampai esok aku menjawab soalan adik.
Villa
hanya mampu menggelengkan kepala.
Zain
memegang tangan Villa dengan lembut. “Abang Zubir tak jawab pun, Mak Su.” Zain
membuat muka sedih. Selagi pertanyaan dia tak dijawab, selagi itulah dia akan
bertanya. “Mak Su, beritahulah.” Zain membuat muka sedih.
Zakri
hanya tersengih.
Giliran
Villa pula menggaru kepala yang tak gatal. ‘Zubir! Zubir! Patutlah IQ 110,
pandai betul kalau bab mengelak. Tak pasal-pasal pulak, aku nak kena jawab.’ Villa
hanya mampu tersenyum. Rambut Zain diusap lembut.
“Adik!
Hari adik ada ujian kan! Nanti Abang Zubir beritahu adik selepas balik sekolah.
Boleh?” kata Zakri dengan lembut.
Zain
masih mencebik mulut. Dia berfikir. “Boleh!” jawab Zain dengan nada suara
perlahan. Hampa!
“Jom!
Kita turun bawah. Hari ni Mak Su masak sedap.” pujuk Zakri. Tangan Zain dicapai
lembut. Zakri tersenyum pada Villa.
Villa
menggunakan gerakkan mulut agar Zain tidak mendengarnya. “Thank You.”
Zakri
membalas dengan mengangguk kepala. Dia masih lagi memegang tangan Zain dan
berjalan seiringan keluar dari bilik.
Villa
tersenyum melihat gelagat Zakri dan Zain. Tak sangka begitu cepat masa berlalu.
Tahun ini genaplah 8 tahun pemergian arwah kakak dan Abang Zaidi akibat nahas
jalan raya. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan pulang dari kerja, sebuah
lori dari arah bertentangan hilang kawalan dan melanggar kereta mereka. Arwah
kakak dan Abang Zaidi meninggal di tempat kejadian. Masa itu, Zarina, Zakri,
Zubir dan Zain masih kecil lagi terutamanya Zain yang hanya berusia 9 bulan. Zain
membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Frame photo yang terletak di atas
almari diambil. Wajah kakaknya diusap perlahan-lahan. “Kakak, Villa janji
selagi Villa masih hidup, Villa akan jaga anak-anak kakak dengan baik. “ Villa
mengesat air matanya yang mengalir tanpa disedari.
*************************************
3 comments:
kak lily xde lg ke bab baru satu,dua,tiga??
wahh kak lily citer baru sehhh..gempak la..ape lg sambung...
1,2,3 bile nk publish ekk sis?...x sabor nak pelok si kembar tu...
Betul 2 1 2 3 bila nak update
Post a Comment