BAB 37 Part 2
Alisa melabuhkan punggungnya di
sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk
menonton drama. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan
untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along
pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi
enjin kereta.
“Along keluar dengan ibu!”
“Ke mana?” soal Alisa.
“Rumah abah!”
“Apa!” Suara Alisa tiba-tiba
meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa
lagi.
“Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita
nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa
kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kita bukannya
criminal. Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi
ke mana-mana pun, ada limit!
Alisa tercengang dengan pertanyaan
Alina.
“Dengan melarikan diri macam ni,
perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan
menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.
“Acu ingat perkara ini akan selesai
dalam sekelip mata saja ke?”
“Tak! Acu tahu semua ini mengambil
masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar
risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama
berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas
Alina.
“Acu rasa Dato’ Kadir akan
menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak
berpuas hati.
“Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan
menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak
melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini
ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”
Alisa melepaskan keluhan dengan
kuat. “Honestly, Acu! Angah pun dah bosan dengan semua ini.”
Alina tersenyum. Dia memegang lembut
tangan Alisa. “ Acu tahu!”
“Angah harap perkara ini dapat
diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.
6 comments:
Lama..... menanti cipot jek yg kuar...
cian kt kembar nie jd mgsa keadaan.. tp nsb baik didikan munirah mjdkn anak2 nya bjaya..
akak, dah lama tunggu cerita nie. hope akak sambung laju laju. hehe ;)
perghhh giler lama menunggu....bile nak kuar ni sis...x sabar nak peluk ni...
assalamualaikum kak azimah bila nak update satu dua tiga
Assalamualaikum kak azimah . Novel satu dua tiga dah diterbitkan ke ? Nak aa full story . Best sangat . Hope novel ni dibukukan .
P/s : cepat cepay sikit update entry baru cita ni . Hehe
Post a Comment