BAB 10
Seminggu kemudian …..
Anak mata
dikecilkan sedikit melihat barang-barang keperluan dapur yang penuh di atas
meja makan. “Mak, banyaknya barang. Nak buat kenduri ke?” Satu persatu barang
di dalam beg plastic dikeluarkan. Ada bawang, ada halia, ada bawang putih, ada
serai ….. macam-macam lagilah. Mak oiii, banyak betul.Ini kalau buat kenduri 5
hari 4 malam, belum tentu habis.
Hajah
Salmiah menoleh seraya tangan basah dilap dengan kain putih. Dia baru selesai
basuh daging lembu yang nak dimasak untuk makan tengahhari nanti. “ Daging
korban banyak. Mak Teh hang bagi! Pak Akob bagi! Mak Jah pun bagi. Dalam peti
ais tu penuh dengan daging. Simpan lama-lama tak elok. Mak ingat nak masak
daging rebus lepas tu cicah air asam. Mesti sedap. Lepas tu mak nak masak
daging dendeng, daging goreng lada hitam, daging pattaya dan daging masak
hitam. Menu hari ni semua daging.”
Liya
terkejut besar. “Mak……. Takkanlah mak nak masak semuanya daging. Mak tahu tak
kalori daging berapa? Tinggi, mak! Tak pasai-pasai orang rumah ni tumbang lepas
tu masuk hospital sekali. Kalau nasib tak baik boleh ting tong nanti. Tak ka
naya nanti!”
“Hish…
mulut hang ni! Itu mak tahu. Lepas makan tu mak buat jus untuk turunkan
kolestrol. Kita semua minum la. Tadi mak tengok kat TV. Apa nama dia …. Aaa….
Spicy juice. Nampak macam sedap ja. Betik, nenas, tauge, bawang putih dan air
asam jawa, kita blend sekali. Aaa… nanti turunlah kolestrol.” Beritahu Hajah
Salmiah bersungguh-sungguh.
“Mak…..”
Liya rasa macam nak menangis saja. Air muka terus berubah keruh. Gulp…. Air
liur yang ditelan rasa pahit. Liya terus
menepuk dahi. Punggah ! Spicy juice! Mampus aku! Entah apa rasanya. Aku
dah la tak suka tauge. Tak dapat bayangkan nak blend semua tu. Tak ke naya!
Lepas minum nanti boleh jamin ke selamat. Mak ni…. Lepas pencen suka sangat
tengok TV, asyik terpengaruh. Ada saja resipi jus baru. Aku tak mau minum. Tak nak ….. Aku mesti cari
alasan. Mata meliar kiri kanan mencari idea. Aaa… dapat. “Mak, sat gi Liya tak
join makan sekali. Liya tolong mak masak
ja, Liya kena jumpa Pak Saad ketua kampung. Ada hal katanya. “
“Hal apa
pulak? Tengok ni banyak lauk ni, sapa nak makan.”
“Balik
nanti Liya makan. Tu … ayah ada, abang ada lepas tu hari ni kan kawan abang nak
balik. Aaaa….. mesti habis semua ni tapi mak simpanlah sikit kat Liya. Kempunan
Liya nanti. “ Liya tersengih. Dalam hati Liya ketawa, kini giliran abang pulak.
Selalunya aku la terkena, awai-awai lagi abang aku dah lepaskan diri dari minum
air jus mak. Kali ni biaq dia kena. Baru padan muka. Puas hati aku. “So…. Mak
nak Liya buat apa dulu?” tanya Liya. Semakin lebar senyuman Liya. Dia tak sabar
nak tolong. Lengan baju sudah dilipat. Bersedia untuk memasak.
************************************
Setelah
selesai membersihkan kandang, Liya terus menyandarkan diri di tiang. Peluh di
dahi dikesat menggunakan tuala kecil yang diikat di leher. Fuh…. Basah lencun
baju aku ni. Mana taknya, hampir sejam bersih kandang ni. Sarung tangan getah
ditanggalkan. “Man! Dan! Pi rehat dulu. Lepas 10 minit kita bersih kandang
sebelah tu pulak.” Beritahu Liya pada dua orang pekerjanya.
“OK, kak!”
jawab Man dan Dan serentak.
“Liya!”
Liya
menoleh. “Ya…. Aku kat sini.” Sahut Liya. Dia keluar dari kandang lembu.
Ghani
datang menghampiri Liya. “Kat sini hang rupanya. Puas aku cari. Tekak ni dah
sikit asyik panggil nama hang saja.”
“Tu la ….
Ada teknologi tapi tak mau nak guna. Phone kan ada, call ja. Eee…. Itu pun nak
aku bagitau ka!”
Ghani
menepuk tahu secara tiba-tiba. “Betui jugak cakap hang. Aku lupa la. He he he
….”
“Pasai pa?”
“Pasai
kolam takungan najis! Aku rasa kena besarkan lagi. Semalam hujan, kolam tu terus penuh. Takut melimpah nanti.”
Beritahu Ghani. Dia baru saja balik dari melihat kolam takungan najis di ladang
mereka. Tujuan kolam takungan najis dibina untuk elakkan najis mencemari
sungai, mata air dan kawasan berhampiran.
“Aku pernah
terfikir jugak. Lagipun bilangan lembu dan kambing makin bertambah. Kandang pun
nak kena tambah lagi. Ghani, aku cadang nak beli tanah arwah Mak Jun kat
sebelah tu. Yang dekat kaki bukit tu. Dari dok terbiar macam tu.”
“Tapi tanah
tu kan dah jadi milik anak arwah Mak Jun yang dok Kuala Lumpur tu.”
“Tahu. Tu
yang aku nak jumpa Pak Saad. Kot-kot Pak Saad ada no phone depa. Boleh aku
contact. Bincang dulu. Kalau dapat beli, aku cadang nak bina kandang lagi.
Empat ke lima kandang macam tu la. Sekali dengan kandang kambing. Okey tak?“
cadang Liya.
“Aku ikut
ja. Hang tu bos. Yang pasti jangan lupa up sikit gaji aku.” Ghani tersengih.
Sepanjang beberapa tahun bekerja dengan Liya, alhamdullilah semuanya berjalan
dengan lancar. Kata orang kerja dengan adik beradik, susah sikit. Iyelah kalau
dah bergaduh, boleh tutup syarikat tu. Hati orang kita tak tahu kan. Tapi Liya
lain, dia tahu jaga hati pekerjanya. Kebajikan pekerja dijaga. Majoriti pekerja di sini, anak-anak jati
kampung ni. Asalkan ikhlas dan rajin bekerja, Liya akan terima. Lagipun gaji
jugak lumayan. Siap dua kali bonus. Siapa tak nak! Semakin lebar Ghani
tersenyum melihat Liya.
“Dah aku
agak! Hang memang …. pantang ada peluang.” Liya ketawa kecil melihat gelagat
sepupu yang setahun lebih tua darinya.
“Dah ada
peluang, rebat la.” Ghani turut sama ketawa. Tiba-tiba teringat sesuatu, Ghani
berhenti ketawa. “Eh… hang tak balik rumah ke? Bukan ke Mak Lang buat
makan-makan sikit kat rumah. Tadi mak aku call, suruh aku bawa Zaiton dan
anak-anak pi rumah hang. Mak Lang jemput semua. Adik-beradik ja la. Tapi hang
buat apa kat sini? Tak tolong Mak Lang ka? Aaaa.. aku tahu ni mesti nak lari .
Maklumlah malas nak buat keja.”
“ Eh! Eh!
Excuse me , jangan main-main tuduh. Sebelum datang sini, aku dah tolong mak aku
masak. Tuduh tanpa bukti berdosa tau.”
“Betui ni
hang tak nak ikut aku balik? Nanti Mak Lang tanya aku nak jawab apa?” tanya
Ghani. Iyelah aku ni pekerja tapi balik awal dari bos. Memang tak boleh la….
Confirm kena marah.
“Cakap ja
aku jumpa Pak Saad sebab nak beli tanah. Habis citer! Kalau mak aku tanya
lebih-lebih, suruh calling ja.”
“Roger bos.
Aaaa….. tak sabar aku nak makan masakan Mak Lang. Rasanya dah lama jugak Mak
Lang tak buat makan-makan kat rumah. Semua makanan Mak Lang masak, semuanya sedap.
Kalau Mak Lang buat gulai kawah batang pisang, pasti ramai orang beratur kat
rumah hang minta gulai kawah batang pisang mak hang. Sekali cuba nak beratus kali.” Puji Ghani
melambung-lambung.
“Sedap!
……Aaaa…… sedap!” sinis Liya sambil tersengih. Memanglah mak masak sedap tapi
apa yang menanti selepas ini aku ja yang tahu. Inilah peluang hang minum
minuman kesihatan mak aku tu. Aku cakap hang tak pernah nak percaya, biar hang
rasa. Baru padam muka hang. Liya ketawa di dalam hati.
“Lain macam
ja aku tengok. Ini mesti ada apa-apa! Cakap cepat!” Ghani mengecil mata dan
dapat rasakan sesuatu tak kena.
“Ada apa?
Tak ada apa-apa pun. Baliklah cepat. Nanti Zaiton merajuk, hang jugak yang
susah. Lepas aku habis bersihkan kandang sebelah tu, aku jumpa Pak Saad dulu
sebelum balik. Baliklah” suruh Liya. Cerdik jugak aku ni! Ada peluang terus aku
tukar topic! Kalau tanya lebih-lebih
kantoi pulak nanti. Baik aku kona topik ke tempat lain.
“Ya tak ya
jugak. Aku terlupa pulak pasai Zaiton .Aku
balik dulu“ Bergegas Ghani meninggalkan Liya.
“Takut bini
rupanya!” Liya tersengih melihat telatah Ghani. Liya menoleh melihat
pekerja-pekerjanya yang sedang berehat. “Man! Dan! Lekas! Kita sambung kerja.
Habis cepat, boleh kita balik cepat.”
Man dan Dan
yang sedang berehat terus bangun dan melangkah ke kandang yang nak dibersihkan
seterusnya.
*******************************
“Assalammualaikum
….” Selipar terus ditanggal. Liya melangkah masuk melalui pintu dapur. Dia
menoleh ke kiri dan kanan. Kosong! Sunyi! Aik…. Mana depa semua? Pintu
ternganga luas tapi orang tak ada pun. Bahaya betul! Kalau penyagak masuk, tak
ke naya? Tiba-tiba Liya memegang perut yang berbunyi. “Lapar!” Laju saja
langkah dituju ke dapur. Satu persatu tudung periuk dibuka. Liya tersenyum
lebar . “Ada lagi ! Sayang jugak mak kat aku. “ Liya mencapai senduk dan pinggan. Dia sudah tak sabar nak menjamu
selera.
“Baru balik
ke?”
Liya
terkejut. Mata terkebil-kebil melihat lelaki yang tersenyum padanya. Siapa
mamat ni? Entah- entah ….. Liya terus
membuka langkah silat dengan senduk dan pinggan yang masih ada di tangan.
“Berani hang masuk rumah orang! Siang-siang hari pun berani nak mencuri.
Tahulah aku nak ajar hang nanti. “ Wajah Liya serius.
Lelaki itu turut
sama terkejut.
“Liya!”
sergah Hajah Salmiah yang baru saja melangkah ke dapur.
“Mak!
Jangan dekat. Tu… tu… pencuri!”
Hajah
Salmiah menoleh dan terus ketawa. “Hang ni dah buang tabiat ka? Handsome macam
ni hang kata pencuri. Ni bukan pencuri! Hang tak kenal ka? Cuba tengok
betui-betui…. Ini Adli! Kawan abang hang tu. Ala… yang penyewa baru tu?”
“Apa!” Anak
mata dikecilkan. Biar betul! Liya cuba bayangkan semula lelaki yang datang dua
minggu lalu. Ada jambang! Rambut panjang! Bila buang semula ….. aaaa….
Betullah! Kalau ni tak ada jambang lagi. Rambut pun dah potong dan disikat
kemas. “Aaaa … Betul la!” Kepala disengetkan sedikit ke kiri. Liya membetulkan
semula posisi dia berdiri. Rasa malu pulak!
“Apa yang
kecoh ni? Dalam bilik dah dengar.” Hazri turut sama ada di situ.
“Ni
ha….Liya ingat Adli ni pencuri!”
beritahu Hajah Salmiah.
“Muka
handsome macam ni hang ingat pencuri! Confirm! Mata hang ada problem. Esok
abang bawa hang pi check mata, kot-kot la ada something wrong.”
“I’m fine!
Mata Liya still lagi terang dengan jelas. “ Liya mencebik bibir Tak abis-abis
nak naikkan darah aku. Pandangnya berlari ke arah Adi. “Adi, Liya minta maaf.
Nasib baik tak belasah tadi. Itulah lain kali jangan simpan rambut dan jambang
panjang sangat. Orang tak tak kenal nanti. Macam sekarang ni barulah handsome.”
“Saya pun
salah jugak. Saya minta maaf. Tak sangka pula Liya boleh terkejut tadi.”
Tiba-tiba
saja badan Liya menjadi kaku! Suara tu ….. suara tu macam aku pernah dengar.
Mustahil! Mustahil! Takkanlah …… Jantung Liya berdenyut kencang dan
pandangannya masih tak berganjak memandang wajah Adi. Masa seolah-olah terhenti
seketika.
“Eee… skema
betul! Tak payah nak buat drama minta maaf kat sini! Jom! Banyak barang kau tak
kemas lagi.” Hazri menarik lengan Adi agar keluar bersama.
Hajah
Salmiah mendekati Liya. “Ehemm….” Hajah Salmiah berdehem beberapa kali. Dia
sedar Liya tak lepas memerhati Adi.
“Sudah! Sudahlah tu! Kalau Liya nak, mak boleh tolong pinangkan Adi
untuk Liya.”
Liya
tersedar! “aaaa… hish, mak ni! Ke situ pulak! Tak baik tu, kacau kebahagiaan
orang lain. Kasihan kat girlfriend dia nanti.”
“Kacau apa
bendanya? Dah putus pun!”
“Apa!”
“Liya ada
chance la! Kalau Liya nak mak boleh tolong.”
“Hish ….
Mak ni! Liya lapar. Tadi makan bihun sup ja dengan Pak Saad. Kenyang sekejap
ja. ” Dengan serta merta Liya terus menukar topik perbualan. Dengan pantas
tangan membuka rice cooker, nasi
disenduk masuk ke dalam pinggan. Dalam masa yang sama, dahi berkerut berfikir.
Suara tu! Memang betul suara dia. Aku kena siasat hal ini. Aku nak tahu.
3 comments:
Nak Lagi. Kempunan la nak tunggu entry baru.
Fuh kak lama nya tgu n3 msuk.. Apa jd kt dorg yg mnum jus tu ek.. Dh hansem pun adi kn bgus..
Lamanya nak tunggu entry baru...kak, ada novel baru akak tak kat pesta buku nanti...
Post a Comment