Bab 1
Senyuman
terukir di bibir mungil milik JJ. Gelagat kanak-kanak berusia sepuluh tahun
bersama datuknya menarik perhatiannya sejak bersarapan pagi di hotel. Kelihatan rapat dan mesra. Dia begitu sabar melayan kerenah cucunya yang
nakal.
Lensa kamera
dihala ke arah mereka berdua. JJ menangkap gambar mereka berdua tanpa disedari.
Dia suka melihatnya. Memori seperti patut ditangkap. “Bertuah kalau dapat datuk
penyayang seperti ni.” Puji JJ seraya melihat datuk budak itu membuang biji
tembikai sebelum diberi pada cucunya. Dia tersenyum. Beberapa saat kemudian,
senyuman JJ mati. “Tak semua datuk sebaik ni.” Sinis suara JJ. Tiba-tiba dia
teringat datuknya.
Enam belas tahun yang lalu …..
“Kau dengan
emak kau memang bawa sial dalam keluarga aku.” Jerkah Tan Sri Isa.
JJ yang
berusia sepuluh tahun ketika itu menangis teresak-esak bila dijerkah seperti
itu. Dia memeluk erat teddy bear berwarna putih itu. Dia begitu takut dengan
lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini
“Abah! Tak
baik cakap macam tu.” Jeffery terus mendukung JJ. Dia mengesat sisa-sisa air mata JJ. “Don’t cry! Uncle ada.
Sayang, jangan menangis yer.” Pujuk Jeffery.
“Jeff!”
tegah Tan Sri Isa melihat anak bongsunya memujuk budak kecil itu. Hatinya rasa
panas. Dia tak suka Jeffery rapat dengan budak sial itu.
“Abah! Kalau
pun abah bencikan abang Musa dan kak Aton, Jasmin tak bersalah. Abah tak
kasihan ke kat Jasmin? Cukuplah, abah! Abang Musa dan Kak Aton pun dah tak ada.
Siapa nak jaga Jasmin selain kita. Kita
darah daging dia. Satu-satunya saudara terdekat dia ada.” Nasihat Jeffery.
Walaupun masa dah berlalu, benci abah pada Abang Musa dan Kak Aton tak pernah
padam. Abang Musa sanggup tinggalkan segala-galanya demi Kak Aton. Maklumlah,
Kak Aton bukan calon menantu pilihan abah. Hanya orang biasa dan seorang
pelukis jalanan. Kemalangan jalan raya dua hari lalu meragut nyawa mereka
berdua. Mujurlah JJ tak ada sama dalam kereta tu.
“Budak sial
ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak
nak tengok muka dia. Sakitkan hati aku saja. Sejak abang kamu keluar dari rumah
ni, aku hanya ada seorang anak saja … Kamu,Jeff!” marah Tan Sri Isa. Dia tak
sangka Musa memilih pelukis jalanan itu. Hatinya hancur lebur.
“Abah!”
Kepala Jeffry digeleng pantas.
“Aku dah
bagi macam-macam kat dia. Segala kemahuan dia , aku ikut tapi dia pilih
perempuan tu dari aku. Aku ni bapak dia. Aku besarkan dia. Tapi dia tetap pilih
perempuan yang dia tak tahu asal usul jadi isteri dia. Apa kekurangan Rosa,
hah? Anak Tan Sri Jalani. Anak orang berada. Educated! Cantik! Aku pilih perempuan yang setaraf
dengan kita tetapi dia tetap nakkan perempuan tu. “ Tan Sri Isa mengungkit
kisah lalu.
“Itu namanya
jodoh, abah!”
“Argh! Jodoh
ke bodoh! “ Tiba-tiba jari ditunjukkan ke arah JJ. Renungan tajam masih pada
JJ. “Budak tu bukan cucu aku. Hantar dia ke rumah anak-anak yatim. Biar dia
tinggal kat situ. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Aku tak nak dia bawa sial
dalam family ni.”
“Abah!”
jerkah Jeffry secara tiba-tiba. Dia tak
tahan sabar lagi. Tak habis-habis dengan perkataan sial. Percaya sangat benda
karut tu. Orang dah tak ada, patutnya ada rasa simpati. Ini tak, semakin tebal
benci. Dia menoleh ke arah Jasmin yang masih menangis di bahunya. Walaupun
masih kecil, dah tentu Jasmin faham apa yang berlaku sekarang ni. Dia tak
sangka sekejam itu hati ayahnya. “Kalau abah tak nak jaga Jasmin, biar Jeff
yang jaga.” Jeffry terus meninggalkan Tan Sri Isa.
“Jeff!”
jerit Tan Sri Isa.
Lamunan JJ
terhenti sebaik saja bunyi telefon bimbit mengganggunya. JJ tersenyum.
“Sweetie!
Kau pergi mana? Puas aku call.”
“Hish…. Tak
reti bagi salam ke?”
“Assalammualaikum,
Cik Jasmin Junaidah.” Ucap Nana.
“Waalaikumussalam,
Cik Nana! Aaa… ada apa?” Kamera Nikon diletakkan di atas meja.
“Ada apa kau
tanya aku!” Suara Nana separuh tinggi. Ada perkara yang dia ingin tahu tentang
teman serumahnya. Kedatangan lelaki ke rumah mereka minggu lepas benar-benar
menimbulkan tanda soal. “Kau tahu tak dari minggu lepas aku call. Asyik tak
dapat saja.”
“Nana! Kau
tahu kan tempat yang aku pergi tu dalam hutan. Kawasaan pendalaman pulak tu.
Mana ada line phone! Aaa.. Kenapa ni? Ini baru saja aku stay kat hotel di Ho
Chi Minh city. Kalau kau nak tahu aku balik bila, flight tiket aku esok pagi. Aku balik sendiri, kau tak payah datang ambil
aku.” Beritahu JJ. Dia tahu Nana pasti
penat. Maklumlah kerja nurse mesti shift tak ikut waktu. Kadang-kadang tu
terpaksa standby.
“Itu aku tak
nak tahu. Yang aku nak tahu siapa Tan Sri Isa?” tanya Nana tanpa berselindung.
Setahu aku la, JJ anak yatim piatu. Dah tak ada saudara mara. Tapi kenapa
tiba-tiba lelaki yang datang hari tu cakap dia lawyer Tan Sri Isa, datuk JJ.
Sepanjang enam tahun aku kenal JJ, tak pernah pun dia sebut yang dia ada datuk.
Tan Sri pulak tu.
JJ terdiam
apabila nama Tan Sri Isa disebut. Badan kaku secara tiba-tiba. Dah lama aku tak
dengar nama tu.
“Sweetie,
are you listening?” soal Nana bila suasana sunyi sepi.
“Dia nak
apa?” tanya JJ. Kenapa tiba-tiba cari aku selepas enam belas tahun? Apa dia
nak? Bukan ke dia dah buang aku jauh dari hidup dia? Apa dia nak lagi? Argh
….Why should I care!
“Jadi
betullah kau ada datuk! Kenapa kau tak pernah citer kat aku?”
Bibir
digigit rapat. Kalau boleh aku tak nak ingat kisah silam aku dengan Tan Sri Isa.
Tapi macamlah aku tak kenal perangai Nana macam mana … kalau tak dapat apa dia
nak jangan haraplah hidup aku senang selepas ni. Nak tak nak kena cerita jugak.
“Long story, okey! Lagipun aku punya kisah nak sama dengan kau tapi version lain sikit dari kau. Balik nanti aku
citer. Apa dia nak?”
“Datuk kau
tak datang tapi lawyer datuk kau yang datang. Nama dia …. Zakaria. Dia nak
cakap dengan kau.”
Dahi JJ
sedikit berkerut. Berfikir. Macam pernah dengar! Ingat- ingat lupa pulak.
“About what?”
“Tak tahu.
Aku tanya tapi dia tak nak cakap. Dia nak tahu kau kat mana.”
“So kau
beritahu ….”
“Of course
tak la … Hello! Aku baru kenal dia, takkan nak beritahu. Tapi dia ada
tinggalkan name card dia, dia nak kau call dia bila dah balik sini.” Beritahu
Nana. Dia melihat kad nama yang ada di tangannya. “ Sweetie, aku nak kena pergi
ni. Shift aku dah sampai. Aku tunggu kau balik esok. Rasanya aku nak kena cuti
jugak. Tak sabar nak dengar story kau! Bye.” Kata Nana sebelum menamatkan
panggilan mereka berdua.
“Macamlah
story aku best sangat. Ada-ada saja kau ni, Nana!” Kepala digeleng beberapa
kali. Tiba-tiba air muka JJ berubah serius. Kenapa tiba-tiba cari aku sekarang
ni? Apa dia nak dari aku? Kalau nak cari aku semata-mata nak cakap aku ni bawa
sial kat family dia … baik tak payah! Aku pun tak ingin nak ada kena mengena
dengan Tan Sri Isa. Apa-apa aku tak nak! Walaupun aku sebatang kara tapi
alhamdulilah aku gembira. Susah senang
aku seorang tanggung. Aku tak perlukan sesiapa pun. Dia masih ingat kata-kata Tan Sri Isa
terhadapnya lebih-lebih kat arwah ibu bapanya. Sial! Memang itu perkataan dia
selalu lemparkan kat aku dan arwah ibu. Di mata dia, kami ni hina dan jijik
maklumlah tak setaraf dengan keluarga dia. Aku takkan lupa renungan lelaki itu
setiap kali pandang aku. Aku dapat rasakan kebencian dia. Terlalu benci! Tangan kanan digenggam erat.
Kata-kata itu bermain-main di telinganya.
“Excuse me!”
JJ berpaling
bila ada suara menegur. Siapa pulak mamat ni? JJ memandang lelaki itu dari atas hingga
bawah.
“Do you
remember me?” tanya lelaki itu.
Bibir
digigit rapat. Siapa? Aku kenal ke? Argh …. Malas nak layan! “Get lost!”
Lelaki itu
terkejut dan terdiam beberapa saat. “Actually ….”
“Get lost!”
Kali ini suara JJ lebih kuat dari tadi. Dia tak nak diganggu.
“But …..”
Tiba-tiba JJ
bangun dan terus meninggalkan lelaki itu. Dia jeling kat lelaki itu. Aku peduli
apa! Aku tak kenal kau pun. Dia tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun.
Langkah diatur pantas menuju ke biliknya.
****************************
Dua bulan kemudian …….
Zakaria
datang menghampiri Tan Sri Isa yang sedang menanti kedatangan dia. Yang pasti
Tan Sri Mahmood nak tahu progress.
“Duduk,
Zakaria!” pelawa Tan Sri Isa.
“Terima
kasih, Uncle!” Zakaria duduk.
“Kau dah
jumpa budak tu?”
“Jasmin,
Uncle!” Zakaria tahu Tan Sri Isa sengaja tak menyebut naka cucu tunggalnya.
Sebenarnya dia sendiri terkejut bila Tan Sri Isa suruh dia cari Jasmin selepas
enam belas tahun. Sebelum ni jangan haraplah … sebut nama pun dah melenting.
“Jumpa tak?”
“Tak,
Uncle!”
“Apa!”
“Roomate dia
cakap, Jasmin dah pindah selepas dapat tahu kedatangan saya hari tu.” Beritahu
Zakaria. Agaknya Jasmin tak nak ada apa-apa kaitan dengan Tan Sri Isa.
Air muka Tan
Sri Isa terus berubah.
“Selepas
tamat boarding school, Jasmin terus berpindah
ke New Zealand. Duit yang selalu saya masukkan dalam akaun bank Jasmin
tak pernah disentuh selama ini. Kemudian dia sambung belajar di university
sana. Ada degree dan master dalam business. Habis saja study, dia jadi
humanitarian photographer. Sebab itu dia jarang ada di rumah. Dia banyak travel
merata tempat. Kadang-kadang tu dua tiga bulan baru dia balik. Selain itu, dia
juga melukis. Boleh dikatakan dia pelukis terkenal di sana. Ada gallery kat
Auckland. Hasil jualan lukisannya diderma pada badan-badan NGO.”
Tan Sri Isa
masih mendiamkan diri.
“Ini gambar
Jasmin” Zakaria meletakkan sekeping
gambar di atas meja yang berdekatan dengan Tan Sri Isa. “Uncle, boleh saya tahu
kenapa Uncle suruh saya cari Jasmin?” tanya Zakaria sekali lagi. Dia ingin
tahu.
“Zakaria!
Uncle dah cakap kan ini arahan. Buat saja! Uncle nak kamu bawa dia balik Malaysia.”
Tegas Tan Sri Isa.
“Uncle kena
faham! Kalau Jasmin tanya, apa saya nak jawab. Selama enam belas tahun ni,
Uncle tak pernah ambil tahu langsung pasal Jasmin but now …. Uncle nak saya
bawa Jasmin balik ni. Jasmin nak ke, Uncle? Tengok sekarang ni, dia hilang
tanpa dikesan.”
“Dia nak ke
tak nak ke? Kamu heret dia balik sini. Kamu upah PI, suruh diorang cari dia
sampai dapat. Ini arahan Uncle, Zakaria. Uncle tak nak lagi kamu tanya soalan ni.
Dan Uncle ingatkan sekali lagi, jangan beritahu Ikwan pasal hal ini. Uncle tak nak dia tahu lagi.” Tan Sri Isa terus bangun dan meninggalkan Zakaria.
Zakaria
mengeluh. Kepala digeleng beberapa kali. “Degil betul! Aduh…. Macam-macam hal!”
Zakaria terus bangun. Sekilas ekor mata bergerak melihat gambar Jasmin! Zakaria
tersenyum. Dah besar pun anak Musa. Cantik orangnya. Yang penting hati dia
baik. Sanggup menolong orang susah. Pasti kau bangga Musa.
3 comments:
nice story
terubat rindu :D
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment