BAB 13
Kepala dijengulkan sedikit keluar
di muka pintu. Setiap gerak geri Liya diperhatikan dan dianalisa satu persatu.
Dahi Hazri sedikit berkerut. Sejak kebelakangan ini dia dapat rasakan ada
sesuatu yang tak kena pada kembarnya. Liya nampak lain. Selepas kemalangan Liya
disahkan menghidap PTSD atau lebih dikenali sebagai Post-Traumatic Stress
Disoder. Liya lebih suka mendiamkan diri dan mengasingkan diri dari orang
ramai. Teringat pula kata Dr. Hani beberapa tahun yang lalu, ada sesuatu yang
dipendam oleh Liya sehinggalah sekarang. Selagi Liya tak luahkan, selagi itulah
Liya tidak dapat menangani trauma ini.
Beberapa tahun yang lalu ….
Hazri meraup wajah beberapa kali.
Mata masih tidak lepas memandang Liya yang masih terlantar tidak sedarkan diri
di katil. Sayu hatinya melihat keadaan Liya, tubuh Liya dipenuhi dengan wayar.
Sudah beberapa bulan Liya tidak sedarkan diri. Hazri sangat rindu nak dengar
suara Liya ketawa. Dah lama tak bergaduh dengan Liya, maklumlah gaduh style
adik-beradik. Gaduh mengusik! Tanpa Liya, jiwa aku kosong . Setiap saat aku tak
henti-henti berdoa agar Liya cepat sedar, tak sanggup aku lihat Liya begini. Kaku terlantar di atas
katil. Malah Dr. Edward ada beritahu untuk bersiap-sedia untuk sebarang
kemungkinan. Hampir luruh jatuh aku dibuatnya. Tak dapat bayangkan hidup aku
tanpa Liya. Kami sentiasa bersama dan kami kongsi segala-galanya. Hazri bangun
dari sofa dan mendekati Liya. Dia melabuhkan punggung di kerusi di sebelah
katil Liya. Tangan kiri Liya digenggam lembut.
“Please, Liya! Wake up! I need
you. Kita pernah berjanji kan, akan sentiasa bersama. Walauapa yang terjadi
kita akan bersama, don’t leave me alone! I need you, Liya.” Bibir Hazri
bergetar. Dia cuba menahan sebak namun gagal. Dia tak bayangkan jika Liya
benar-benar tinggalkan dirinya. Dunianya pasti gelap gelita.
“Look! I’m here for you.
Disebabkan Liya, abang sanggup extend satu semester demi Liya. Bangunlah, Liya.
Kasihan kat mak ayah! Please! Liya!” Tangisan Hazri semakin kuat. Dia tak kuat
lagi. Tangan Leya diletakkan di pipi malah gengaman semakin erat. Kepala
ditundukkan sedikit. Aku takkan lepaskan Liya. Takkan!
“Aaaaa… Abang…..”
Hazri terkejut dan terus bangun.
Dia memandang wajah Liya yang dibalut. Kelopak mata Liya sedikit terbuka.
“Aaaa… Abang!” tutur Liya dengan
nada suara cukup perlahan.
“Liya dah sedar! Syukur
alhamdulilah …..” Hazri tersenyum. Dia gembira mendengar suara Liya. Kalau mak
ayah tahu, pasti depa gembira.
“Kaa…. Karen! Ya..Yana! Zeeee…
Zetty!” Walaupun sukar untuk bercakap, Liya tetap juga bercakap. Dia ingat apa
yang berlaku. Setiap detik tak mungkin dia lupa.
Hazri terkejut dengan soalan
Liya. Ini bukan waktu yang sesuai. Belum masanya Liya tahu. Hazri tak berani
bertentang mata dengan Liya. “Shish…. Jangan cakap banyak, Liya tak sihat lagi.
Rehat dulu. Abang panggilkan doktor!” Hazri cuba mengelak.
“Aaaa Are they …..” Kelopak mata
kiri Liya mula berair. Dia faham di sebalik reaksi Hazri.
“Liya! Please!” Hazri cuba
tenangkan dia. Emosi Liya masih tak stabil. Berita kematian Karen, Yana dan
Zetty akan memudaratkan lagi kesihatan Liya. Mereka bertiga adalah orang
penting dalam hidup Liya.
“No! No!” jerit Liya. Dia meraung
menangis begitu kuat. Wajah Karen, Yana dan Zetty mula berlegar di ruang minda.
Kenangan mereka mula-mula bertemu sehinggalah di saat kemalangan itu berlaku.
Liya tidak dapat menerima hakikat.
Dengan pantas, Hazri menekan
butang loceng. Beberapa saat kemudian, beberapa orang jururawat datang bersama
Dr Edward. Dia menyuruh Hazri keluar agar mereka senang melakukan kerja mereka.
Hazri terus melangkah keluar.
Wajah diraup beberapa kali dengan kasar. Hazri resah mendengar suara Liya
menjerit. Luluh hati Hazri melihat apa yang terjadi tadi. Tanpa disedari Hazri
menangis seraya badan tersandar di dinding.
“Tengok apa aaaaa……” tegur Haji
Razali yang kebetulan baru melangkah masuk ke dapur. Dia hairan melihat anak
terunanya yang sedang terhendap-hendap di pintu dapur.
“Ayah! Hish… nasib baik tak gugur
jantung ni!” Dada diusap perlahan-lahan. Dia terkejut bila ada suara yang
menegur dari belakang. Begitu asyik memerhatikan Liya yang sedang sidai pakaian
di luar.
“Kalau gugur, ayah tangkap dan
letak balik jantung Hazri tu.” Jawab Haji Razali yang diiring dengan ketawa.
“Ada-ada ja ayah ni!”
“Dari tadi ayah tengok hang asyik
skodeng Liya, kenapa? Tak puas lagi ke tengok 24 jam kat rumah ni. Kalau nak
skodeng pun, skodeng anak dara kampung ni! Boleh jadi bini!”
“Ke situ pulak! Ayah perasaan
tak? Kebelakangan ni perangai Liya pelik. Asyik tersengih! Masak pun tersengih!
Basuh pinggan pun tersengih! Bancuh air pun tersengih jugak. Ayah tak rasa
pelik ka?”
“Hang tu yang pelik ayah tengok!
Adik hang termenung, hang kalut! Adik hang sedih, hang kalut jugak. Ni
tersengih pun, hang kalut. Habis tu hang nak adik hang jadi macam mana? Cuba
habaq mai kat ayah!”
“Honestly, Hazri suka Liya
gembira tapi gembira Liya semacam sikit. And then pulak Liya rapat dengan Adli,
balik kerja mesti singgah kat pangkin tu dan berborak dengan Adli. Sebelum ni
tak pernah pun macam tu, buat tak hairan saja. One more thing, dulu Hazri yang
selalu panggil Adli makan tapi sekarang ni Liya sendiri volunteer diri nak
panggil Adli. Ayah nampak tak? ” Adi beritahu apa yang bersarang di dalam
hatinya selama ini. Dia nampak Liya dan Adli semakin rapat. Risau jugak!
Kot-kot Liya terjatuh cinta kat Adli tu. Tak ke naya nanti!
“Ooooo….. Ayah dah faham. Ini
mesti kes cemburu. Jealous sebab Liya rapat dengan Adli, betul tak? Biarlah.
Cakap kosong saja. Takkanlah dengan kawab baik sendiri nak jelous. ”
“Susah betul cakap dengan ayah
ni! Positif sangat!” Kepala digeleng
kepala beberapa kali.
“Suka hati hanglah. Ayah dah
lambat, nak pi jumpa Tok Iman sat. Mak hang mana?” Haji Razali menoleh ke kiri
dan kanan mencari kelibat isterinya. Tak ada. Kosong! Patutlah sunyi saja rumah
ni!
“Pi rumah Mak Cik Senah, nak
minta daun cenohom sebab mak nak masak asam pedas hari ni.” Beritahu Hazri. Mak
ada beritahu sebelum keluar tadi.
“Elah… Tu alasan mak hang saja.
Ingat ayah tak tahu tujuan mak hang pi sana. Nak gosiplah tu dengan Kak Senah! Suka
sangat sibuk hal orang. Hazri, kenapa hang tercegat kat sini lagi? Eh … bukan
ke kelas tuisyen start pukul 9.30 pagi?” Haji Razali cuba ingatkan. Dia sempat
mengerling anak mata ke arah jam dinding di dapur. Dah pukul 9.10 pagi. Setiap
hari Ahad, Hazri akan mengajar kelas tuisyen secara percuma untuk budak-budak
kampung di sini yang akan menduduki SPM tahun. Dah dua tahun Hazri mengajar.
Katanya nak berbakti kepada masyarakat di sini. Berkongsi ilmu yang dia ada.
“Alamak!” Hazri terkejut. Tangan
kanan diangkat. Jam tangan jenama Casio direnung. Betullah dah pukul 9.10 pagi.
Aduh! Aku tak prepare lagi apa aku nak ajar hari ni. Bergegas Hazri berlari
meninggalkan ayahnya.
“Itulah suka sangat skodeng
orang. Sapa yang susah!” bebel Haji Razali.
“Awat ayah ni pagi-pagi lagi dah
membebel?” tegur Liya. Dia baru selesai sidai baju di luar.
“Sapa lagi…. Abang hang la! Liya,
Ayah nak keluar jumpa tok iman. Bagitau mak hang! Aaa… mungkin ayah tak balik
makan tengahhari, depa ada buat makan sikit-sikit kat sana.” Beritahu Haji
Razali.
“Baik ayah!” Liya tersenyum. Dia
berdiri di muka pintu seraya melambai ke arah ayahnya sehinggalah kereta Toyota
Vios milik Haji Razali hilang dari pandangannya.
*********************
Hazri menutup buku dan tersenyum
memandang lima belas orang pelajarnya yang akan menduduki SPM tak lama lagi. “
Jangan lupa buat kerja rumah yang saya bagi tu. Next week, saya nak tengok.
Oklah! Kamu semua boleh balik sekarang tapi jangan melencong kot lain pulak.
Terus balik rumah tau.” Pesan Hazri.
“Bangun! Terima kasih, cikgu!” Fuad
selaku ketua kelas terus bangun dan diikuti beberapa orang pelajar lain.
“Sama-sama!” Hazri tersenyum.
Pemadam papan hitam di ambil. Sekilas Hazri memandang ke arah pintu melihat
pelajar-pelajarnya yang dah beransur pulang. Hazri kembali menyambung kerjanya.
Papan hitam dipadam dengan bersih dan kemudian dia menyusun kerusi dan meja
agar lebih teratur. Hazri melangkah keluar dan memastikan pintu berkunci. Tak
nak pula kalau ada benda yang hilang. Lagipun dia dah bersyukur bila ketua
kampung benarkan dia gunakan bangunan kecil yang terletak bersebelahan dengan
masjid secara percuma.
Bag digalas di belakang. Enjin
motor vespa dihidupakan. “Let’s go home, sayang!” kata Hazri sebelum memulas
minyak. Perlahan-lahan motor vespa bergerak menuju ke pintu keluar masjid.
Tiba-tiba sebuah kereta Posche
911 berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan pintu keluar masjid sehingga
menyebabkan Hazri brek motor secara tiba-tiba. Nyaris-nyaris nak berlanggar. Hazri
merenung kereta mewah itu. Masih tak bergerak.
“Amboi! Amboi! Aku tahulah kereta
hang tu mahai tapi agak-agaklah nak parking depan pintu keluar masjid. Gunalah
akai sikit.” Bebel Hazri. Dia sengaja menekan hon beberapa kali agar kereta
mewah itu beredar dari situ. Tetapi
kereta mewah itu masih juga tidak bergerak. “Argh, memang nak kena ni! Saja nak
cari pasai dengan aku. ” Hazri terus turun dari motor vespa dan bergerak
menghampiri kereta itu. Tingkap diketuk. Disebabkan cermin kereta tinted
terlalu gelap hingga menyukarkan Hazri melihat siapa pemandu kereta mewah itu.
Hazri bergerak ke tempat pemandu dan sekali lagi cermin diketuk.
Akhirnya pintu kereta dibuka
dengan kasar, seorang wanita yang memakai t-shirt merah tanpa lengan dan skirt
pandek keluar seraya menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai. “Excuse me!
Kalau pecah cermin kereta I, you ada duit nak bayar ke? Kereta I mahal tahu
tak” marah wanita itu dek kerana cermin kereta diketuk.
Hazri merenung wanita itu.
Bertambah mendidih darahnya sekarang ini.
“Argh… mahal ke tak? Saya peduli apa? Sekarang ni kereta mahal Cik ni
dah halang saya nak keluar. Cik nampak tak cik
letak kereta cik depan pintu
masjid? Cik ada mata tak? Masa belajar memandu, tak belajar ke? Cik nak saya
langgar kereta Cik ke?” Hazri sudah mula bengang. Jari ditunjukkan ke arah pintu masuk masjid.
“What!” Tiba-tiba wanita itu
ketawa melihat vespa milik Hazri .
“Motor you nak langgar kereta I? Come on, logiklah sikit. Motor buruk tu kalau
langgar kereta I silap-silap motor you tu yang hancur berkecai.” Perli wanita
itu.
Hazri mengetap bibir menahan
geram. Rasa nak pecah gegendang telinga ni bila perempuan tu ketawa. Berani
betul perempuan ni perli vespa kesayangan aku! Dia siapa nak kutuk vespa
kesayangan aku! At least, vespa aku tu harta warisan keluarga aku. Sebelum
sempat Hazri membuka mulut, perempuan itu terlebih dulu mencelah.
“By the way, you tahu tak rumah
Shahrul Adli? Dia baru jer pindah.”
Hazri melihat wanita itu. kenapa
dia tanya pasal Shahrul Adli? Dahi Hazri sedikit berkerut Siapa perempuan ni?
Apa kaitan dia dengan Adli?
“Hello! You dengar tak? Do you know him? I mean cousin
I, Shahrul Adli. Opsss… sorry! I terlupa, you mesti tak faham I cakap apa kan!
You orang kampung kan, mana tahu cakap English. “ perli Zalika.
Hazri mendengus kuat. Wah..Wah…
Bisa betul mulut perempuan ni! Dah la masuk kampung orang! Tak sedar diri
langsung. Anak mata Hazri terus membulat besar. Cousin! Takkanlah sassy cousin
yang Adli selalu cakapkan tu! Mungkin dialah kot. Tak apa! Biar aku ajar kau
dulu! Aku peduli apa kau ni sepupu Adli. “Pensyarah UNIMAP yang baru pindah tu ka?”
Hazri mula memancing umpan.
“Ya! Rumah dia kat mana? Puas I
call, asyik masuk voicemail jer. ” Zalika tersenyum. Dia gembira. Jari ni dah
nak tercabut asyik call Abang Adli, Itulah datang tak nak beritahu, kononnya
nak surprise. Inilah padahnya. Yang aku tahu rumahnya area Mata Ayer.
“Oooo… Rumah dia jauh. Ada pen
dan kertas tak?” Semakin lebar senyuman Hazri. Jauh? Sedangkan dekat jer! Tak
sampai 5 minit pun. Tapi disebabkan perempuan ni kutuk motor aku, aku kena ajar
dia sikit. Masuk kampung orang, beradablah sikit.
“Ada” jawab Zalika terus berlari
dan mengambil kertas dan pen dalam perut kereta.
Pen dan kertas disambut dan Hazri
mula melukis peta kononnya jalan itu ke rumah Adli. Hazri menahan diri dari
ketawa. Nasib kaulah kau nak pergi mana!Sampai Thailand pun tak apa! “Dah siap! Good luck!” Setelah selesai, Hazri
memberi semula kertas dan pen milik wanita itu.
Zalika tersenyum melihat peta ke
rumah Adli. Dia tak sabar nak jumpa Adli.
“Oh ya! Next time kalau nak masuk
kampung orang, tutuplah aurat tu sikit. Jangan asyik nak jimat kain saja.”
Sempat lagi Hazri perli. Dia menunjuk pakaian wanita itu begitu menjolokkan
mata
Zalika mendengus. “Whatever!
Kalau tak suka, jangan tengok.” Zalika terus masuk ke dalam perut kereta
sebelum meluncur laju meninggalkan perkarangan masjid.
“Buruk betul perangai! Memang
patut Adli panggil kau, sassy! Orang dah tolong bukannya nak ucap terima kasih,
terus blah macam tu saja. But it’s okey, bukannya aku tolong pun. “ Adli
tiba-tiba ketawa dengan kuat. Tak dapat bayangkan riak wajah perempuan tu bila
sedar yang peta tu peta tipu. Nasib kaulah…. Hazri naik Vespa kesayangannya
seraya bersiul. Hati rasa gembira hari ni, iyalah dapat kenakan orang.
Hazri menegur setiap orang
kampung yang dia jumpa. Dia begitu ramah menegur mereka. Semua orang kampung
dia kenal. Maklumlah hidup berjiran kenalah saling tegur-menegur. Tak
semestinya jiran sebelah rumah saja kita kena ambil tahu. Dalam islam, konteks
kejiranan sangat penting kerana ia akan
menjana satu kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni. Disebabkan itulah
Islam menekankan betapa pentingnya hidup berjiran dan ia bukan hanya perlu
dipraktikkan untuk sesama masyarakat islam malah tak kira agama, bangsa,
keturunan dan bahasa. Dengan ini, kita akan hidup bahagia dan gembira.
Hazri membelok kiri. Tak sabar
pulang ke rumah. Terbau-bau masakan asam pedas mak! Semakin berbunyi perut ni.
Anak mata dikecilkan sedikit agar apa yang dilihat sekarang ini nampak jelas.
Bibir digigit rapat. “Hish…. Pantang aku tak ada saja, mulalah.” Bebel Hazri.
Hon terus dibunyikan beberapa kali.
Hazri memberhentikan vespa di
hadapan Liya dan Adli. “Buat apa?” sergah Hazri. Pandangan tajam ke arah mereka
berdua. Ada bau curiga.
Liya menghadiahkan jelingan maut
bila perbualan mereka berdua diganggu. Dalah hati, tak henti-henti menyumpah
perangai Hazri. Langsung tak bagi aku pelung nak cakap dengan Adli, tup-tup dah
tercongak kat sini. Argh… menyampah.
“Kau ni agak-agaklah. Boleh pekak
telinga kami dengar hon kau ni!” Kepala Adli digeleng beberapa kali seraya
tersenyum. Dia masih memegang mangkuk yang berisi asam pedas ikan pari.
“Jangan nak tukar topic! Pasai pa
kau sembang berdua dengan adik aku ni? Jangan-jangan kau dengan adik aku dah
declare jadi couple belakang aku.” Teka Hazri. Dia dapat rasakan ada sejenis
aura antara mereka berdua. Aura cinta ke? Aaaa… jangan buat pasai! Sekejap
wajah Liya dipandang dan sekejap pula wajah Adli dipandang.
Liya terkejut. Muka bertukar
merah kerana malu. Pandangan Liya dan Adli bertaut. Segera Liya memandang ke arah lain dan
dengupan jantung membuatkan Liya tak keruan. Dia terus menampar belakang Hazri
dengan cara ini Hazri takkan syak sesuatu. “Hish….. jangan abang nak merepek! Suka cakap
yang bukan-bukan. Tak benda lain ke nak fikir? Malas nak layan! Huh….” Dengan
pantas Liya berjalan laju menuju ke rumah sebelum proses soal jawab
berlanjutan.
“Tengok tu! Tak habis cakap lagi
dah blah…. Eee……” Adli masih rasa tak puas hati melihat Liya sudah masuk ke
dalam rumah.
“Ni ha …. Mak kau suruh adik kau
bagi asam pedas ni kat aku. “ Hazri menunjukkan mangkuk yang dipegang tadi
“Kenapa dengan kau ni, Adli ? Masa on
the way, kepala kau ada terhantuk kat mana-mana tak? Iyelah, lain macam aku
tengok kau ni. Sihat ke tak?“ gurau Adli. Dah masak dengan perangai Hazri sejak
tinggal di sini. Jangan haraplah aku boleh borak dengan Liya. Langsung tak bagi
aku rapat dengan Liya, kononnya aku cuba nak pikat Liya. Eeee… macam mana boleh
fikir sampai ke situ pulak? Hazri …. Oooo…. Hazri oiii…. Lawak pun ada jugak.
“Aku sihat la. “ jawab Hazri acuh
tak acuh. Sedikit Hazri menarik nafas lega, kurang sikit bebanan kat dada
ni. “Tapi ….. “
“Tak habis lagi?” keluh Adli.
“Tak….. Kau cakap apa dengan adik
aku?”
“Ucap terima kasih and then aku
tanya pasal harga seekor lembu sekarang ni berapa.”
“For what?”
“Aku ingat nak buat kenduri arwah
kat mak aku.”
“Ooooo…. Kalau macam tu kau tanya
saja aku, aku tahu. Harga kambing! Harga kerbau! Harga kuda! Semua aku tahu.
Kalau kau nak, aku uruskan semua. ”
“Eee…. Teruk betul perangai kau!
Macamlah aku tak tahu niat kau! Cemburu tak bertempat. Baik kau balik!” arah
Adli. Dia sudah malas nak layan perangai Hazri. Adli menanggalkan seliper jepun
sebaik saja melangkah masuk. Langkah terhenti bila nama dipanggil. Adli
menoleh.
“Tadi aku call kau, tak dapat!
Masuk voicemail pulak tu. Battery habis ke?” Tiba-tiba Hazri teringat sepupu
Adli.
Adli terkejut dan menepuk tahu
secara tiba-tiba. “Alamak aku tertinggal phone kat ofis. Tak apalah, esok aku
pergi ambil. ”
“Ya ka? Tak per ke? Kot-kot la
ada orang call nanti.”
“Ala … Tak ada siapa nak call aku
hujung minggu ni. Aku kan sebatang kara.” Jawab Adli dengan sengaja membuat
mimic muka sedih.
Hazri melepaskan keluhan dengan
perlahan. Rasa kasihan pulak. Nasib kaulah, Sassy girl! Kalau sesat tu,
pandai-pandailah kau cari jalan pulang. Alah negeri Perlis ni kecik saja. Kona
kanan kona kiri sampailah. GSP ada. Cara
Adli cakap macam tak tahu saja cousin sassy dia datang, argh biarlah. Bukan
masalah aku pun. Hazri tersenyum secara tiba-tiba. “ Pandai betul kau susan
ayat! Tengok hati aku dah cair. Kalau macam tu aku teman kau makan.”
“Wo… Woooo… Stop right there! Ini
asam pedas aku punya seorang. Kalau kau nak, kau balik makan kat rumah kau. Aku
nak makan seorang, tak nak share. “ tegas Hazri. Pintu besi pagar terus ditutup
malah dikunci.
“Eee….. kedekut nak mampus!”
Hazri ketawa kecil.
“Memang pun ….” Adli turut sama
ketawa. Dia sendiri rasa lucu dengan perbuatannya.
“Aku cou dulu!” Vespa Hazri mula
bergerak menuju ke garaj. Bau masak asam pedas dah meresap masuk ke dalam
rongga hidup. Tak sabar rasanya nak makan.
Vespa Hazri dipakir di sebelah motor Liya. Langkah laju menerjah masuk ke dalam rumah.
2 comments:
Kak check balik ada error
salam, nice blog..jenguk juga blog saya kat http://ceritaberemosi.blogspot.com/
Post a Comment