Bab
4
Jasmin tersenyum melihat hasil lukisan
dia yang dah siap dilukis. Hampir tiga jam dia melukis. Dia berpuas hati dengan
hasil lukisan dia. Konsep lukisan dia kali ini adalah kanak-kanak. Di sini dia
cuba ceritakan mengenai kehidupan kanan-kanak yang tinggal di kawasan
pendalaman. Dia cuba sampaikan message
disebalik lukisan ini. Berus masih ada di tangannya. Jasmin menoleh apabila pintu studio dibuka.
“Akhirnya aku sampai jugak. Kau tahu
tak ? Aku ni dah macam orang gila. Nak sampai sini saja, aku keluar ikut pintu
belakang. Lepas tu pulak aku naik bas.Empat kali aku pusing taman nak pastikan
dia tak ikut aku. Jalan sikit, tengok
belakang! Takut jugak kalau dia ikut. “ Nana terus melabuhkan punggung di sofa. Beg pakaian Jasmin
diletakkan di sebelahnya. Mulai hari ini, Jasmin akan tinggal di studio, takut
pulak terjumpa dengan Bazli nanti. Dia datang membawa pakaian dan barang
keperluan Jasmin untuk beberapa hari ini.
“Kau tu terlebih over sangat, Itulah
suka sangat tengok citer CSI! Bones! Criminal Minds!. Selalu fikir yang
bukan-bukan. Tak ada maknanya dia nak ikut kau.“ Jasmin gelak besar. Dia tahu
kedatangan Bazli di sini.
“Eh… Eh… Kau jangan pandang ringan
hal ini! Dia lain sikit dari ayah dia.”
“Lain macam mana! Bazli tu okey jer!
Masa aku kecik-kecik dulu, dialah yang selalu teman aku bermain.” Jasmin masih
ingat lagi, setiap kali dia menangis … Bazli pasti bagi ice cream kat dia.
Tiba-tiba Nana terus bangun. Dia
mendekati Jasmin. “Dia tu licik! Kau tahu tak? Tadi Jess call aku, dia cakap
ada orang nak jumpa kau. Nak address la! Contact no la. Kononnya nak jumpa kau lepas tu nak beli
lukisan kau. Nasib baiklah, aku ni lebih cerdik. Awal-awal lagi aku dah inform
kat Jess. Jangan bagitahu apa-apa pun info pasal kau kat sesiapa pun. Kalau ada
orang nak jumpa, call aku dulu.” Terang Nana. Mujurlah selepas jumpa dengan
Bazli hari tu, tiba-tiba saja teringat kat Jess, manager gallery milik
Jasmin. Kalau Jess bagi contact no
Jasmin kat Bazli, tak ke naya nanti.
“Bagus! Bagus! Mujurlah aku ada
bestfriend macam kau.” Puji Jasmin.
“Memang bagus sangatlah. Bestfriend
merangkap rakan subahat kau. Sama-sama aku tanggung dosa tipu orang.” Sindir
Nana.
Jasmin gelak besar.
“Kali ni kau guna watercolor ke?
Selalunya kau suka pastel.” Nana mengamati lukisan Jasmin. Sejak berkawan
dengan pelukis ni, semua benda pasal lukisan aku tahu. Tanya jer apa pun,
memang aku terror.
“Yup! Macam mana?” tanya Jasmin. Dia
ingin juga tahu pendapat Nana.
“Nice! Aku faham message yang kau
cuba sampaikan dalam lukisan ni. Not bad!” Pandangan Nana beralih pula melihat
kepingan gambar yang tergantung di studio. Nana mengamati setiap gambar yang
tergantung di situ. “Ini gambar masa trip kau kat Vietnam ke?”
“Ya.”
“Mamat cop Vietnam handsome tak? Kot
kot la taste kau orang Vietnam pulak.” Usik Nana sambil tersengih. Sejak aku
kenal Jasmin, hobi dia memang suka ambil foto. Tak kisahlah siapa atau apa!
Kata Jasmin, melalui foto kita akan belajar untuk melihat dan memahami
segala-galanya. Setiap foto ada ceritanya sendiri. Like old saying, a picture
is worth a thousand words. Mula-mula tu memanglah aku tak faham langsung tapi
lama-lama aku faham apa yang Jasmin cuba nak orang lain lihat di sebalik foto
yang diambilnya. Setiap kegembiraan, kesusahan dan kesedihan .. itu semua kita
boleh lihat dalam foto ini. Foto-foto ini jugak akan dipamerkan di gallery
Jasmin. Nana bangga kerana mempunyai kawan seperti Jasmin. Seorang yang berhati mulia dan sanggup menolong orang lain walaupun
berlainan bangsa dan agama. Sanggup menerjah masuk hutan atau tempat pendalaman
demi membantu mereka yang susah. “ Lepas
ni kau nak ke mana pulak?” tanya Nana. Dia tahu Jasmin takkan tinggal lama di
sini. Pasti dah ada destinasi yang seterusnya.
“Simbu!”
“Simbu! Apa tu? Tak pernah dengar
pun.” Dahi sedikit berkerut. Pertama kali dia dengar perkataan Simbu.
“Itulah kau ni apa-apa pun tak tahu.
Simbu tu terletak di negara Papua New Guinea! Dekat jer dari sini. Aku pergi
seminggu jer. Lagipun aku dah janji dengan kau kan. Awal bulan depan, kita nak
pergi holiday kat Bali kan.”
“Bagus! Bagus! Aku ingatkan kau dah
lupa. Aku ni dah ambil cuti seminggu. Aku nak kita releks kat sana. Lagipun dah
lama kita tak cuti sama-sama.” Nana
tersengih bila Jasmin masih ingat janji mereka berdua. “Oklah! Aku blah dulu.
Nanti aku lama-lama kat sini, mamat tu tahu pulak.”Nana nak peluk Jasmin tapi
ditegah oleh Jasmin. Sempat lagi Jasmin menunjukkan bajunya yang kotor dengan
watercolor. “ Nasib baik! Apa-apa call. Bye Sweetie.” Nana sempat membuat
flying kiss kat Jasmin sebelum melangkah keluar meninggalkan Jasmin seorang
diri.
*******************************
Nana ketawa terbahak-bahak bila
ingatkan kereta Bazli masih dipakir di hadapan rumahnya. Padan muka kau! Kau
ingat rumah aku ni ada satu pintu saja. Jangan haraplah aku nak bawa kau jumpa
JJ. Nana memasuki kawasan belakang rumahnya.
“Akhirnya balik jugak.”
Nana terkejut bila disapa dari
belakang. Hampir bulat biji mata melihat Bazli yang sedang duduk di buaian
belakang rumah.
“Balik dari mana? Oooo… I know!
Balik dari jumpa Jasmin kan!” Bazli cuba tersenyum. Pada hakikatnya dia cuba
sembunyikan rasa geramnya. Aku dah agak mesti minah ni keluar. Aku tak terfikir
pulak dia keluar ikut pintu belakang. Eee.. bodohnya aku. Kalau tak, aku dah
jumpa Jasmin.
“Mana ada! I jumpa kawan I.”
“No …. You jumpa Jasmin kan! You takut I ikut sebab
tu you keluar ikut pintu belakang kan!” Bazli datang mendekati Nana.
“Eh… You ni tak faham bahasa ke? I
dah cakap jumpa kawan I tadi. I tak jumpa JJ pun.” Nana mula naik angin.
“You ingat I percaya ke? Cuba tengok
cara you masuk rumah tadi, dah macam pencuri. Terhendap-hendap! Dah jelas you
tahu mana Jasmin sekarang ni! “ tegas Bazli.
Nana mengetap bibir menahan geram.
“Eee… Susah betul cakap dengan orang tak reti bahasa ni! Suka hatilah nak
percaya atau tak. Bukan I rugi apa-apa pun.”
“Okey! Fine! Still tak nak mengaku.
I akan tunggu di sini sehingga you cakap di mana Jasmin sekarang ni. I tak
kisah pun kalau stay kat sini lama-lama. Lagipun halaman belakang rumah you
besar! Boleh I pasang khemah di sini.” Bazli memerhati keadaan sekeliling
belakang rumah itu. Bersih. Landskap pun simple jer. Ada buaian kecil di
sini. Mungkin tempat mereka berehat!.
Nana menjerit secara tiba-tiba. Dia
lepaskan geram yang sedang membuak-buak membakar hatinya. Semakin dilayan, semakin sakit hati aku ni!
Bazli tersentak terkejut. Dah
kenapa? Kena histeria ke? Jerit tak tentu pasal.
Penyapu yang ada di situ terus
dicapai oleh Nana. Penyapu diangkat tinggi
dan dihayun tepat hampir terkena badan Bazli. Matanya tepat ke
arah Bazli.
“Stop! Stop! You dah gila ke? You
nak pukul I ke?” Langkah diundur beberapa tapak. Muka Bazli pucat lesi. Bimbang
jika dipukul dengan penyapu. Panas baran jugak minah ni. Nasib baik sempat elak
tadi.
“I belum gila lagi. Tapi kalau I
pukul you pun, I tak salah. You dah ceroboh rumah I, I hanya nak pertahankan
diri saja. So …get out! Kalau you tak nak penyapu ni hinggap kat muka you, baik
you blah. Shooo! Shooo!” Nana sengaja mengangkat penyapu untuk takutkan Bazli
sehinggalah Bazli keluar dari halaman belakang. “Kalau I dapat tahu you ceroboh
masuk kawasaan rumah I, I takkan teragak-agak report kat polis. So… jangan
datang sini lagi.” Nana sempat memberi amaran.
“I tak takut la. Ini Bazli! Takkan
pernah putus asa. I akan cari Jasmin sampai dapat. Lepas tu I akan bawa Jasmin
balik ke Malaysia.” Jerit Bazli melihat Nana berjalan masuk ke rumah.
Nana menoleh. “Whatever!”
Bazli mencekak pingggang! Terasa
bahang di wajahnya sekarang ni. Dia sempat melirik ke arah Nana yang sudah
masuk ke dalam rumah. “That women really really
…. Argh! Macam mana boleh jadi nurse! Garang nak mampus” Bazli tak tahu
perkataan apa yang sesuai untuk luahkan perasaan geramnya sekarang ni.
***********************************
Sebaik saja kaki melangkah keluar
dari lobby hospital, Nana membetulkan jaket jeans yang dipakai. Sejuk! Meremang
bulu roma! Dia membetulkan beg tangan yang disangkut dibahu. Dia baru saja
habis shift pagi.
“Nana! Bye! Bye!”
“Bye! Bye! See you tomorrow, Lana!”
Nana melambai ke arah rakan sekerjanya. Nana tersenyum. Nana menggosok tangan
beberapa kali agar rasa haba. Dah lama tinggal sini tapi aku tetap tak tahan
sejuk. Fuh… berapa suhu hari ini? Sejuknya. “Hmm… Malas aku nak balik rumah,
nanti bergaduh dengan mamat tu. Ehhh.. dah lima hari! Takkan tak nak balik
Malaysia lagi. Eee.. menyampah aku.” Nana bercakap seorang diri. Badan memang
dah letih. Kalau tak ada mamat tu, dah selamat aku tidur. Entah-entah dah
bermimpi pergi Bali. Nana ketawa seorang diri-diri. Excited sangat nak pergi!
“Rasanya otak you dah mereng, lebih
elok kalau buat check up sekarang.”
Nana menoleh bila ada suara
menyampuk. Wajah Nana berubah serius. “Apa you buat kat sini? You follow I ke?”
marah Nana.
“Hello! Ini hospital. Siapa pun
boleh keluar masuk sini?” kata Bazli. Dia sudah tak sanggup tunggu lagi. Setiap
kali nak dekat, minah ni mesti keluarkan paper spray. Takut aku! Lagipun kalau
kat sini, minah ni tak berani buat apa-apa. Maklumlah ini tempat kerja dia.
Takkan nak buat kecoh. Apa-apa pun aku kena settle hari ni, esok aku dah nak
balik Malaysia.
“Really! Pergilah masuk! Banyak
katil kosong lagi.” Perli Nana dan terus melangkah meninggalkan Bazli. Sebelum
dia tanya soalan cepu emas, baik aku lari dulu.
“Wait!” Bazli terus mengejar Nana
dan menghalang perjalanan Nana.
“What do you want again?”
“Jasmin! Miss Nana, I merayu! Please
tell me where is she right now!”
“Kenapa? Kenapa mesti dia balik
Malaysia?” tanya Nana.
“Ini arahan datuk Jasmin, Tan Sri
Isa!” jawab Bazli.
“Kenapa? Selepas lapan belas tahun,
kenapa tiba-tiba saja nak JJ balik? Untuk dihina! Untuk dicaci! Untuk
pengetahuan you, JJ tak nak ada kena mengena dengan Tan Sri Isa. Seperti mana
Tan Sri Isa buang JJ dari keluarga , seperti itu jugaklah JJ buang Tan Sri Isa
dari hidup dia. She’s happy right now.
Jangan nak rosakkan kebahagiaan dan kegembiraan JJ di sini. Okey! I mengaku I tahu di mana JJ sekarang
ni. As her bestfriend, I won’t betray her. I takkan beritahu you apa-apa pun.
Baliklah … Dan ini pesanan JJ untuk Tan Sri Isa.” Nana mengeluarkan telefon
bimbitnya. Semalam JJ hantar voice massage. Guna jika Bazli masih berkeras
ganggu aku.
“Bazli! Just tell him, forget about
me. Leave me alone!” Kedengaran suara Jasmin bercakap. Walaupun pandek tapi tegas.
“Dah dengar kan! So … Have a nice
trip back to Malaysia.” Nana tersenyum dan terus melangkah meninggalkan Bazli
yang masih kaku berdiri di situ.
Bazli melepaslah keluhan dengan
kuat. Dia benar-benar dah mati akal. Dia tak tahu nak jawab apa dekat ayahnya
nanti. Ternyata dia gagal nak bawa Jasmin pulang.
No comments:
Post a Comment