BAB
5
Bazli duduk termenung di Café Ria. Muk
berisi air latte masih tidak di minumnya. Dia tak peduli orang keluar masuk di
situ. Fikirannya masih memikirkan Jasmin. Ibu jari digigit.
“Wei …. Malu la, dah tua pun nak hisap jari lagi.” Ikwan yang baru
saja sampai terus menarik tangan Bazli. “Kau ni dah kenapa?”
- Ikwan -
“Sorry! Kau bila sampai?”
“Baru jer sampai! Kau ni ada masalah
ke? Kalau kau gigit jari, mesti ada masalah besar. Citer la kat aku! Maybe aku
boleh tolong.”Ikwan faham sangat dengan perangai Bazli kalau ada masalah. Kalau
ada masalah besar, mesti gigit ibu jari. Dah macam budak-budak lima tahun.
Bazli memandang muka Ikwan dulu
sebelum mengeluh.
“Cakaplah!”
“Tak boleh!”
“Eh ..bila pulak kau pandai berahsia
dengan aku ni. Beritahulah, aku nak dengar ni.” Pujuk Ikwan.
“Bukan aku tak nak beritahu kau tapi
ni amanah orang. Ikutkan hati memang aku nak bagitau kau tapi …. Memang tak
boleh. Ini amanah Tok Ayah.” Jelas Bazli. Ikwan cucu angkat Tan Sri Isa.
Sepatutnya Ikwan patut tahu pasal Jasmin. Dia memang berhak. Lepas tiba dari
KLIA, aku dan ayah terus berjumpa Tok Ayah. Aku beritahu semuanya tapi Tok Ayah
tetap juga berkeras suruh aku bawa pulang Jasmin. Bila aku tanya sebabnya, Tok
Ayah cakap ini arahan. Sakit kepala aku memikirkannya. Sekarang tanggung jawab
ayah dah jatuh ke tangan aku. Aku ditugaskan bawa Jasmin balik ke Malaysia
dengan apa-apa cara sekalipun. Takkanlah aku nak culik Jasmin tu …. Memang
kerja gila. Tak pasal-pasal nanti aku masuk lokap.
“Tok Ayah!” Tiba-tiba Ikwan
tersenyum. “Ini pasti pasal Jasmin kan!”
“Kau tahu?” Air muka Bazli terkejut.
“Dah lama aku tahu. Kau ingat aku ni
jenis minum, makan , tido! Of course aku tahu, Bazli. Cuma aku tak tahu kisah
antara Jasmin dan Tok Ayah. Aku pernah tanya Mak Bedah. Mak Bedah cakap Tok
Ayah tak suka nama Jasmin disebut. Mak Bedah cakap dia tak boleh citer. Kalau
nak tahu, dia suruh aku tanya Tok Ayah sendiri.”
“Kau tanya tak?” soal Bazli.
“Tak! Dah Tok Ayah tak nak citer,
aku malas nak tanya. So .. alang-alang kita dah masuk bab ni kan, apa kata kau
saja yang citer kat aku.” Ikwan tersengih. Sebenarnya dia tahu pasal Jasmin
bila dia terdengar perbualan Tok Ayah dengan Uncle Zakaria sepuluh tahun yang
lalu. Dia terkejut jugak bila dapat tahu Tok Ayah ada cucu. Iyalah sepanjang tinggal di situ, tiada siapa
pernah sebut pasal Jasmin. Foto Jasmin
pun tak ada.
“Hmmm….. mulut aku tiba-tiba rasa
gatal.” Bazli menggaru mulut secara
tiba-tiba. Serba salah jadinya.
“Nampak tu! Mulut kau dah bagi
hint. Citerlah …. “
“Yelah. Aku beritahu sebab kau ni
berhak tahu pasal Jasmin.” Bazli membetulkan kedudukkannya seraya anak mata
memandang ke kiri dan kanan. “Kisah pasal Uncle Musa dan Auntie Halimation, ibu
aku yang citer. Sejak kecil lagi, Tok ayah dah plan segala-galanya untuk Uncle
Musa. Semuanya ditentukan untuk Uncle
Musa. Suka atau tak, kena ikut. Nasib baiklah Uncle Musa bukan jenis melawan,
apa saja cakap Tok ayah … Uncle Musa ikut. Maklumlah Uncle akan warisi empayer
dia satu hari nanti. Sehinggalah satu hari …..”
“Uncle Musa jumpa Auntie
Halimation.” Ikwan mencelah.
Bazli mengangguk perlahan-lahan.
“Tok ayah nak kahwin Uncle Musa
dengan anak kenalan Tok ayah. Orangnya setaraf dengan Uncle Musa. Dari segi
nama, keluarga, kekayaan dan pangkat. Berbeza dengan Halimaton. Hanya seorang
pelukis malah anak yatim piatu. Macam-macam Tok ayah buat untuk pisahkan mereka
berdua sehinggalah Uncle Musa buat keputusan untuk kahwini Auntie Halimaton
secara senyap. Bila Tok ayah dapat tahu
terus Tok ayah halau Uncle Musa. Uncle
Musa keluar rumah sehelai sepinggang. Tapi Uncle Musa tak menyesal dengan
pilihan dia malah dia bahagia hidup bersama Auntie Halimaton walaupun mereka
hidup susah. Sebenarnya dalam diam, Tok Ma jumpa Uncle Musa. Seorang ibu tak
tergamak nak biarkan anaknya hidup susah. Tok Ma bagi rumah pusaka keluarga Tok
Ma kat mereka berdua tinggal sehinggalah satu hari Tok Ma kemalangan semasa
perjalanan pulang dari melawat Uncle Musa. Tok Ma meninggal dunia sebaik saja
tiba di hospital. Bila Tok ayah dapat tahu, Tok ayah naik angin. Dia kata
Auntie Halimation bawa sial dalam keluarga dia. Dia tuduh Auntie Halimaton
penyebab Tok Ma kemalangan. Kami sendiri tak tahu macam mana tok ayah boleh
fikir macam tu.” Cerita Bazli.
Dahi Ikwan berkerut.
“Selepas tu pulak, Uncle Musa dengan
Auntie Halimaton accident. Waktu tu mereka berdua one the way nak ambil Jasmin
kat Kedah. Ada program kem khemah ibadat kat sana. Kali ini tok ayah kata Jasmin bawa sial. Waktu tu
Jasmin kecik lagi, dia baru saja kehilangan mak ayah. Tak abis-abis perkataan sial yang tok ayah
akan cakap setiap kali nampak Jasmin. Bila Tok ayah nak hantar Jasmin study kat
boarding school kat UK, nasib baiklah
time tu Uncle Jeff balik. Uncle Jeff tentang keputusan tok ayah. Uncle Jeff
sendiri yang akan jaga Jasmin. Tapi Allah Taala lebih sayangkan Uncle Jeff,
selepas beberapa bulan pemergian Uncle Musa … Uncle Jeff terlibat dalam
kemalangan. Tok ayah sedih sangat-sangat. Dalam tahun yang sama, tok ayah
kehilangan kedua-dua anaknya. Tok ayah salahkan Jasmin dalam hal ini. Dia terus hantar Jasmin study di UK.” Bazli
mengeluh. Peristiwa lapan belas tahun yang lalu masih segar di ingatannya.
“Masa nak hantar Jasmin ke airport,
aku ada time tu. Jasmin menangis. Dia merayu kat tok ayah supaya jangan hantar
dia kat UK . Dia kata dia lebih rela dihantar di rumah anak-anak yatim.
Bayangkanlah budak sepuluh tahun cakap macam tu. Tapi tok ayah berkeras hantar
dia jugak. Ayah aku bagitau masa dalam flight,
Jasmin tak henti-henti menangis. Dia mesti sedih. Satu-satunya saudara
terdekat dia … malah darah dagingnya sendiri halau dia macam tu saja. Masa dia
kat UK, tok ayah tak lawat Jasmin langsung.”
“Sekali pun tak pernah?”
Bazli geleng kepala beberapa kali.
“Kalau cuti sekolah ?…. Aaaa… kalau
hari raya?”
“Asrama tulah rumah Jasmin
sehinggalah dia habis belajar. Ayah dan ibu aku ada nak pergi lawat Jasmin kat
sana tapi ditegah oleh tok ayah. Setiap kali hari raya, ayah aku mesti duduk
termenung. Aku tahu dia fikirkan Jasmin kat sana tapi apa boleh buat. Kalau
ayah aku pergi lawat Jasmin, tok ayah cakap dia akan hantar Jasmin jauh tanpa
pengetahuan ayah aku. So apa ayah aku boleh buat!”
“Takkan tak ada rasa simpati
langsung. Sikit pun jadilah. Hakikatnya Jasmin tu satu-satunya darah daging
dia. Pewaris dia! Cucu tok ayah.” Ikwan rasa tak percaya dengan apa yang di
dengarnya. Tok ayah yang aku kenal selama ini tak sama sepertimana yang Bazli
cerita.
“Orang kalau dah dikuasai dengan
perasaan benci dan marah, semua tu dia
dah lupa. Sebab itu masa tok ayah ambil kau jadi cucu angkat , kami terkejut.
Malah dia jaga dan layan kau dengan penuh kasih sayang tapi Jasmin dibuang jauh
dari hidup dia. Selepas enam belas tahun, tiba-tiba saja tok ayah suruh ayah
aku cari Jasmin. Kami tak tahu kenapa tiba-tiba saja sebut nama Jasmin. Bila
ditanya, ini arahan.”
“Maksud kau. … selama ini Uncle
Zakaria pergi New Zealand sebab Jasmin ada di sana.” Tiba-tiba Ikwan teringat yang Bazli ada
beritahu yang Uncle Zakaria kerap pergi sana.
“Yup!”
“Jumpa?”
Bazli melihat tepat wajah Ikwan.
“Kalau jumpa, dah lama ayah aku bawa Jasmin balik!. First time ayah aku jumpa
roommate Jasmin di Auckland, Jasmin tak ada. Seminggu kemudian ayah aku pergi
lagi, roommate Jasmin … Miss Nana cakap yang Jasmin dah pindah selepas dapat
tahu kedatangan ayah aku.”
“So dia lari ….”
“Yup! Dalam masa dua tahun, ayah aku
cari tapi tak jumpa. Yang ada hanya gallery dia saja di Auckland. Staff dia juga cakap, Jasmin jarang datang ke
situ. Dia suka travel satu dunia.
So no clue where is she right now!
… sekarang ini tanggungjawab ayah aku
diberikan kat aku. So turn aku pulak cari Jasmin. Yang masalahnya sekarang,
satu-satunya orang yang tahu di mana Jasmin sekarang ni tak nak beritahu aku.
Geram betul aku dengan Miss Nana tu. Argh …..”
“Miss Nana, housemate Jasmin tu.”
“Kalau kau nak tahu, selama ini dia
tipu ayah aku hidup-hidup. Pandai betul berlakon kononnya tak pernah jumpa
Jasmin. Hakikatnya mereka berdua berhubung sehinggalah sekarang.”
“So kau nak buat apa? Jangan cepat
putus asa. Aku rasa Tok ayah dah insaf.
Dia dah tua sekarang ni. Mungkin tok ayah nak minta maaf kat Jasmin. Kau
tahu kan ego tok ayah tu tinggi. Nak dengar tok ayah minta maaf memang jarang.
Kau mesti cari Jasmin dan bawa dia balik jumpa tok ayah.” Ikwan memberi
semangat. Dah tiba Jasmin balik. Aku tak nak Tok ayah tatap lagi foto lama tu
dan termenung sendiri. Aku tahu tok ayah menyesal. Bak kata pepatah air
dicincang takkan putus. Walauapa yang terjadi, Jasmin satu-satunya cucu tunggal
dan darah daging dia di dunia ni.
“Itulah .. aku tengah fikir macam
mana cara dia!” Bazli mengetap bibir dan wajah bertukar serius. Tiba-tiba wajah
sahabat baiknya dipandang. “Kau!”
“Apa!” Ikwan hairan .
“setiap kali ada kes, macam mana kau
settle kes kau?”
“Apa kaitan kes aku dengan kau? Aku
tak faham” Ikwan masih tertanya-tanya.
“Maksud aku, kau ada suspek! Tapi
suspek tu sembunyikan diri so kau tak dapat cari dia. Macam mana cara kau buat
supaya suspek tu keluar dari tempat persembunyian dia?”
“Hmmm… Senang saja. Aku trick suspek
tu. Umpan suspek tu keluar! “
“That’s it!” Bazli bangun secara
tiba-tiba. Dia ketawa sekuat hati tanpa hiraukan orang ramai yang dah ada di
situ. Aku dah dapat idea.
“Kau nak trick Jasmin balik sini?
Hello! Jasmin tu bukan penjenayah, okey! Kau ingat senang-senang dia percaya!”
Kepala digeleng beberapa kali. Dia dah faham maksud di sebalik soalan Bazli
tadi.
Bazli terus duduk. “Hello, Bro! Ini
Bazli. Kau tengok apa aku akan buat nanti.
Wait and see!” Bazli tersengih.
“Good luck!” Ikwan ketawa kecil. “
Bazli! Jasmin tu … Orangnya macam mana?” Tiba-tiba hatinya terdetik ingin tahu.
Bazli membetulkan posisi duduk agar
lebih selesa. Wajah budak perempuan bujur sirih yang selalu duduk di atas
buaian di halaman belakang rumah masih segar di ingatannya. Itulah tempat
Jasmin setiap kali dimarahi tok ayah. Duduk menangis dan termenung di situ
sambil memegang teddy bear kesayangannya.
“Jasmin! Hmm.. orangnya lemah lembut, baik hati, penyabar dan sopan
santun. Setiap kali tok ayah marah, Jasmin tak pernah melawan. Kau mesti suka
Jasmin kalau jumpa dia. She’s very nice person. Sama seperti Auntie Halimaton.”
“Tak sabar aku nak jumpa dia.” Kata
Ikwan.
*****************************************
Jasmin tersenyum melihat gelagat
beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain-main. Suara gelak ketawa mereka
membuatkan Jasmin terhibur. Dah hampir seminggu Jasmin berkampung di sini. Dia
dan beberapa ahli sukarelawan yang lain datang untuk membaiki sekolah di
kampung ini yang rosak akibat dilanda ribut bulan lepas. Kehadiran mereka
disambut baik oleh ketua kampung di situ. Walaupun mereka hidup serba
kekurangan namun mereka kaya dengan budi bahasa.
“Miss JJ! Good morning!” tegur budak
perempuan yang ada di situ.
“Morning, dear!” balas Jasmin seraya tersenyum dan melambai ke
arah budak perempuan itu. Dia terus berjalan melalui jalan-jalan kecil menuju
ke sekolah kecil yang terletak di tengah-tengah perkampungan itu. Dirinya
disapa setiap terjumpa orang kampung. Hampir saja orang kampung di situ
dikenalinya. Ada sebuah van putih
dipakir di hadapan sekolah itu. Jasmin berlari mendekati van itu. Pasti
barang-barang keperluan sekolah itu dah sampai.
- Jasmin -
“Mario! Sorry, I’m late!” Jasmin minta maaf. Dia tak sedar pagi tadi.
Mungkin penat sebab lukis pemandangan di dinding sekolah itu.
“It’s okey! You know, they like your
painting so much.” Mario tersenyum. Dia mengangkat keluar kotak yang ada di
dalam van itu. Jasmin turut sama membantu. Beberapa ahli sukarelawan dan
penduduk kampung membantu mereka angkat
beberapa buah kotak yang masih banyak di dalam van.
Jasmin mengeluarkan buku-buku dari
kotak tadi dan disusun kemas di atas rak.
Sedikit sebanyak buku ini nanti dapat membantu pelajar-pelajar di sini
nanti. Sekolah di kampung ini memang daif. Hanya ada dua kelas saja dan mereka
terpaksa berkongsi kelas. Memang kasihan. Rasa sedih melihat mereka belajar di
sini. Walaupun serba kekurangan namun keinginan mereka untuk belajar tak pernah
pudar. Kekurangan yang ada tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar.
“Miss JJ! Is it true … you leaving
tomorrow?” tiba-tiba ada budak lelaki menegur Jasmin.
Jasmin tersenyum. “Yes! Why, Ahmed?”
“Why are you leaving?” nada suara
Ahmed kedengaran sedih.
Jasmin mendekati Ahmed dan memegang
tangan Ahmed dengan lembut. “Don’t be sad. I will come again. Don’t worry. I will bring your favorite chocolate bar next
time. A lot of it. “
“Really! Promise!”
“Promise!” janji Jasmin. “So you
must study hard and don’t miss class again. Can you do it for me?”
Ahmed mengangguk kepala tanda
setuju.
Jasmin memeluk Ahmed. Rambut Ahmed
diusap lembut. Rasa sedih untuk tinggalkan Ahmed. Sepanjang aku tinggal di
sini, Ahmed selalu ikut aku ke mana saja. Ke mana aku pergi, dia mesti ada. Aku
dah anggap Ahmed sekeluarga seperti family aku sendiri. Ayah dan ibu Ahmed pun
baik orangnya. “Be a good boy okey!” Pelukan Jasmin semakin erat. Tanpa
disedari air mata mengalir membasahi pipi. Terasa berat untuk berpisah dengan
Ahmed. Ahmed dah seperti ahli keluarga aku sendiri. Keluarga yang aku tak
pernah ada selama ini. Begitu cepat masa berlalu, keesokkan harinya kami semua
akan berangkat pulang.
No comments:
Post a Comment