Day 1
Assalammualaikum semua .... Saya nak cerita sedikit pasal
pengalaman pergi ke Krabi awal bulan May 2018. Saya pergi bersama adik, mak
cik, sepupu & the geng (seramai 9 orang)
Hmm... Hmmm... Asalnya trip ni kami plan tahun lepas lagi.
Mula-mula nak naik flight , bila kira-kira balik mahal jugak kosnya. Iyalah nak
kena naik kat KLIA, Air Asia tak ada direct flight dr Penang ke Krabi so kami
cari jalan lain. Nasib baiklah, sepupu
ada kawan yang keje part time jadi tour guide. Mujurlah agensi travel dia, ada
trip ke Krabi. Tengok itinerary nampak okey. Trip ke Krabi 3H 2M , seorang
RM430. Okey kan termasuk dengan hotel sekali. Lagipun sepupu saya memang pandai
tawar menawar .... Heheheh....
Kami bertolak hari Jumaat. Berkumpul di rumah sepupu.
Lagipun driver/guide datang ambil kami kat situ. So saya dan adik tidur di
rumah Mak Cik. Sebelah jer pun dengan rumah sepupu. Van datang pukul 4.30 pagi .
Excited nak pergi krabi punya pasal pukul 3 pagi, saya dah bangun. Hahahah....
Hujan dari semalam still tak henti-henti. Risau jugak. Sebelum pukul 4.30 pagi,
kami semua dah siap. Maklumlah kami semua jenis on time.
Kami tunggu ... tunggu .. tunggu.... Van still tak sampai
jugak.Hujan pulak makin rancak turun. Sepupu pun apa lagi terus la contact
kawan dia tu. Rupa-rupanya baru on the way, dia tak terjaga katanya. Pukul 5
lebih baru kami bertolak. Kami sampai kat R & R Gurun pukul 6.30 pagi,
cepat-cepat kami pergi sembahyang Subuh. Ramai betul orang kat surau. Maybe destinasi
mereka pun sama macam kami. Hehehe. Lepas sudah sembahyang, kami terus bertolak
ke Bukit Kayu Hitam.
Van berhenti secara tiba-tiba, saya ingatkan dah sampai.
Maklumlah terlelap sekejap. Sepupu cakap siapa nak pi tandas, pergi cepat nanti
dah tak singgah dah. Lebih kurung 20 minit jugak kami kat Free Duty Shop,
tandas kat situ berbayar. 30sen ... mahai! GST
sekali kot.
Ramai jugak org berhenti kat sini.
Kami tiba di Immigration Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pukul
8.20 pagi. Kereta tak banyak lagi time tu. Yang banyak bas. Berderet-deret
dengan bas saja. Kami pun turun check passport kat Immigration Malaysia.
Semuanya lepas. Alhamdulillah .... Lepas tu kami pergi pulak kat Immigration
Thailand, mak oiiii..... banyaknya kereta. Bersusun-susun! Kaunter 4 atau lima,
saya tak ingat sangat. Kat sini, jangan lupa letak borang putih a.k.a
arrival/departure form yang dah siap diisi dalam passport. Wajib selit RM2. Kalau tak bagi,
duduklah kat situ. Jangan harap depa nak stamp passport kita. Sampai saja kat
kaunter, cepat-cepat turun dari van. Iyalah, kat belakang tu banyak lagi kereta
beratur. Yang geram tu, ada jugak dari kaunter lain mai kat kaunter kami. Siap
potong line. Wah ... memang tak aci ni. Kami pun apa lagi, suruh diorang
beratur. Main shortcut pulak.
Bersusun-susun
Lepas urusan kami selesai, our guide parking van kat tepi.
Dia cakap dia kena declare van dulu kat immigration Thailand. Nasib baik
sekejap saja. Lepas tu guide kami berhenti lagi, singgah kat Danok. Katanya tak
tukar duit Thai lagi. Danok dekat sempadan saja. Well, first time masuk
Thailand .... excited jugak. Semua benda saya tengok , hahaha... Struktur kedai
di Danok tak sama macam tempat kita. Memang lain. Tiang elektrik di sana memang
klasik. Hehehe ....
Dari sempadan nak ke Krabi mengambil masa 4 jam, lebuh raya
kat sana pun lain dari kita. Memang berbeza. Naik motor siap tak pakai helmet
lagi. Releks saja. Kalau kat Malaysia, memang dah kena saman. Di Thailand,
wajib penumpang pakai seat belt. Kalau tak, kena saman. Guide kami cakap, polis
Thai memang suka tahan kereta Malaysia.
Jaga-jaga! Wajib pakai seat belt tau.
Tiba-tiba saja van berhenti kat satu kedai tepi jalan, Kedai
makan Kak Piah. Orang Patani, pandai cakap melayu. Yang penting, halal. Guide kami cakap kedai ni
famous dengan sup daging. Tapi saya tak order
pun, lagipun adik saya dah order .... nanti saya tapau dia jer. Hahaha
..... Well, lauk-lauk kat Thai ..... tak sama
macam kat Malaysia. Saya dan mak cik sama-sama tersengih sebab kami tak tahu nak ambil lauk apa.
Finally, saya ambik kerabu ayam. Mak
Oiii..... pedasnya terus saya minum teh o ais
.... Mak Oiii..... manisnya. Fuh.... boleh kena kencing manis macam ni.
Adik saya gelak sebab dia tahu saya tak tahan pedas. Dia suruh rasa sup
daging dia. Wahhh... memang sedap .
Thumbs up! Daging memang lembut. Wajib
cuba. Ramai jugak orang berhenti kat sini.
Tak sempat nak snap gambar sup daging, dah habis kami makan. Ini sejenis ulaman kat sana. Bila ditanya ulam apa, mereka sendiri tak tahu nama ulam ni. Hahaha..
Sejam lebih kami sambung perjalanan, van kami berhenti lagi.
Macam R & R jugak. Ada tempat makan (Halal), ada tandas, ada surau. Our
guide bagi kami masa 30 minit untuk sembahyang Zohur. Bila tengok jam, terkejut
jugak baru pukul 1 lebih. Baru teringat sepupu ada cakap, waktu di Thai lewat
sejam dari kita. Surau dia okey! Selesa ! Besar. Tapi tempat ambik wuduk memang open,
boleh tengok kereta lalu lalang lagi. Heheheh... Kat situ, wajib beli pelam potong. Memang
sedap. Rugi kalau tak rasa.
Kami sambung perjalanan semula. Lagi dua jam kami akan
sampai, nasib baiklah cuaca baik. Cerah saja. Sepanjang perjalanan kami, banyak
betul motor –motor besar dari Malaysia. Laju ja potong kami. Dah nama motor
besar, kenalah bawa laju ... betul tak?
Kami berhenti di destinasi kami yang pertama, Trang Andaman
Gateway. A very nice stop. Kat situ sesi tangkap gambar bersama-sama. Wajib ambil gambar kat
situ.Ambillah banyak mana pun, free! Ada replica gajah. Banyak tau
gajahnya. Orang pun ramai. Cuaca memang panas terik, maklumlah pukul 2.35 petang.
Our guide bagi kami tangkap gambar puas-puas. Tapi kalau rasa nak terbuang,
janganlah pergi tandas kat situ. Tandas
memang banyak tapi banyak rosak. Bau tu jangan cakaplah.... Terlebih wangi ....
Faham-faham sendirilah yer ....
Destinasi seterusnya ialah Le Khaokob Cave, Trang. Dalam pukul 3.20 petang kami sampai kat sini.
Orang tak ramai kat situ. Tempatnya sejuk saja. Hijau ..... Aktiviti kat sini
naik sampan masuk gua melalui sungai kecil. Caj masuk 100
baht. Semua orang masuk kecuali saya dan kawan Mak cik. Hehehe ... Sebenarnya
saya dah baca pasal tempat ni, nak masuk memang okey tapi nak keluar nanti ...
kita kena baring dalam sampan sebab jalan keluar gua tu memang sempit. Dah
bagitau kat adik tapi dia still nak naik jugak. It’s okey! Saya pun tunggu
mereka kat pondok area itu. Wahhh... anjing-anjing kat situ memang banyak.
Besar pulak tu. Masa menunggu, ada la wanita Thai ni datang dekat kami. Dia
cerita apa pun kami tak faham. Panjang betul dia bercerita. Cakap bahasa Thai, memang sepatah kami tak
faham. Kami berdua tersengih saja, bila saya speaking orang putih ... dia terus
diam dan terus bangun. Muka kami macam orang Thai kot .... Heheheh ....Nak
dekat setengah jam lebih jugak kami tunggu baru mereka keluar, masing-masing
gelak sebab mereka tak sangka yang jalan keluar gua tu memang sempit
sangat-sangat. Sikit lagi nak tercalar muka. Adik cakap ada jugak orang
belakang mereka yang terjeit-jerit.
Tempatnya memang gelap. Fuh... nasib baik tak naik. Heheheh... Selamat!
Ini tempatnya... |
Ini sampan yang nak naik tu ... |
Comei kan... |
Sepatutnya destinasi seterusnya elephant trekking tapi kami
semua sepakat tak mahu pergi. Sebab kami semua kasihan kat gajah-gajah tu,
tak sanggup tengok bintang terseksa macam tu. So kami proceed terus ke Suk
Sahoi, Fossil Beach souvenir centre. Tempat tu memang area Krabi. Hujan mula
turun renyai-renyai. Kami sampai Krabi dalam pukul 4.10 petang. Disebabkan kami
makan tenggahari awal tadi, perut masing-masing mulalah buat hal. Kami makan
kat kedai makan area Ao Nang Beach.
Hmm.... tak ingat nama kedai tu. Orang Patani, boleh cakap melayu. Saya order nasi goreng
udang dengan teh o ais. Airnya tetap manis
....kalau Teh o ais pun dah
manis, teh ais confirm lagi manis. Hmm.... nasi goreng dia boleh la. Macam nasi
goreng cina. Saya minta sambal belacan heheheh .....sambal belacan tak rasa
pedas pun. Saya try tom yam dia, sedap.
Rasanya kalau kat sana better makan nasi putih dan tom yam. Baru berbaloi. Nasi
goreng biasa-biasa saja. Lepas makan our
guide bawa kami jalan-jalan sekitar Ao Nang,
tak turun pun .... Malam nanti baru kami terjah sini.
Teh o' Ais manis... |
Dah kenyang, kami pun pergi ke next destination. Tempat beli
souvenir. Macam2 ada kat sini. Memang murah. Ada t-shirt , ada bag, ada
fridge magnet , key chain, kerongsang, gelang mutiara ... macam-macamlah. Boleh
rambang mata. Tempatnya tepi pantai jer . saya tak sempat nak skodeng pantai dia
macam mana sebab cuaca dah mula gelap. Sepupu dah mula panggil sebab kami
dah nak kena check in resort. Lagipun
kami semua dah penat.
Wajib serbu tempat ni ... Hehehehe |
Tak sampai sepuluh minit kami dah sampai resort kami, dekat
rupanya denga fossil beach. Kami stay dua malam di Anyavee Nammao Beach
Resort. Baru buka hujung tahun lepas.
Tempat memang baru lagi. Masa ambil nak ambil kunci, our guide beritahu yang
ada tiga bilik tingkat atas yang berhadapan dengan pantai dan tiga bilik lagi
tingkat bawah berhadapan dengan pool. Pilih nak bilik yang mana satu. Saya
cepat-cepat pilih bilik tingkat atas berhadapan dengan pantai. Dah berangan nak
tengok sunset nanti. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................
sunset tu tengok dalam mimpi jerlah. Memang la pintu bilik kami berhadapan
dengan pantai tapi bertentangan kami ada bilik lain lagi. Hahahah ....Cis...
kena tipu. Yang best tu, our guide pun
pilih bilik macam kami jugak. Sama-sama terkena. Bilik memang luas, selesa dan bersih cuma ..... kat sini mereka tak provide seterika. So
bawa tudung yang tak payah iron.
Tempat berteduh selama dua malam ... |
Lepas berehat, mandi dan sembahyang, saya dan adik keluar
sebab sebelum kami naik tadi sepupu dah pesan. Pukul lapan malam jam Malaysia,
kami berkumpul kat bawah. Waktu tu memang gelap gelita. Angin memang kuat.
Guruh dengan kilat pun ada. Macam nak hujan lebat jer. Risau jugak. Esok kan
kami nak pi boat hopping. Kami pun pergi kat Ao Nang Beach. Van parking betul-betul dekat masjid area Ao
Nang Beach. Kat area masjid Ao Nang Beach, ada orang jual macam-macam. Yang
penting makanan a.k.a street food. Dah datang sini mesti kena cuba makanan dia
kan. Teringat nak rasa banana pancake, ramai orang cakap sedap kan. Baru saja
nak pesan, hujan turun ... memang lebat. Our guide panggil kami lepak kat kedai
makan dekat situ sementara hujan berhenti. Saya pun order tuna sandwich dengan
fresh orange. Perut still kenyang lagi
sebab itu makan ringan-ringan jer. Fresh orange pun sampai, saya minum. Ini
bukan bukan buah orange tapi buah mandarin.
Hahahah.... Adik pulak order, nasi putih dengan green curry. Memang
hijau. Orang cakap wajib try green curry
Thai. Rasanya macam masak lemak tapi bau rempah memang
kuat. Mula-mula rasa memang tak tahu nak describe macam mana, seorang demi
seorang kami semua try rasa. Masing-masing kerut dahi. Sedap memang sedap. Nak rasa macam lodeh pun ada jugak. Dah habis makan, hujan masih tak henti so
kami buat keputusan balik resort terus.
Tapi kami singgah di 7 Eleven sekejap. Kat Ao Nang, 7 Eleven
bersepah-sepah kat mana-mana saja. Selang beberapa buat kedai saja, ada 7
Eleven. Sebenarnya kami singgah situ sebab nak beli banana milik yang viral kat
internet. Murah jer pun kalau tak silap ,12 baht ja. Sepupu pun beli sama. Hahahah...
Tuna sandwich ... |
My sister punya Green Curry |
Sampai bilik saja, saya dan terus minum air banana milik tu.
Ternyata memang sedap. Sebenarnya ada
banyak perisa. Coklat ada, coffee pun ada.
Lepas tu kami rasa pulak air Arabus Latte, memang famous kat Thai. Lepas
dah kemas barang, adik tanya kenapa ada touch light tergantung kat dinding.
Mula-mula sampai tadi, saya dah nampak . Saya suruh dia ambil touch light tu
letak kat katil, mana nak tahu kan nanti blackout. Tak sampai sepuluh minit,
terus blackout.Masin betui mulut ni. Memang bising time tu. Semua orang pakat
keluar. Kami berdua just tengok kat luar tingkap jer. Mujurlah ada touch light
tadi. Tapi sampai setengah jam, elektrik
ada balik. Lega kami ..... Baru jer nak tidur, sekali lagi blackout. Wah
menguji keimanan betul. Kami tekad nak
tidur saja tapi bilik semakin panas. Dah 20 minit tapi still tak ada elektrik.
Kami pun keluar, lepak kat luar bilik. Di situ ada meja dan kerusi. Ramai jugak
orang keluar. Bilik panas kot. Hujan pulak dah berhenti. Kami tengok orang
sebelah kami, Mak Cik dan kawan dia. Senyap sunyi saja. Mesti dah tidur. Letih sangat
kot sampai tak sedar langsung. Selepas 15 minit, elektrik ada balik. Kami terus
masuk dan tidur. Mata memang dah tak larat nak celik lagi. Esok kan nak kena
bangun awal lagi ... Next boat hopping ...
Bersambung .......
No comments:
Post a Comment