Day 2
Selepas sembahyang subuh, kami berdua terus bersiap untuk
boat hopping. Kami pakai baju biasa
saja. Ala baju nak pi jogging pun okey jer. Tak payah beli baju mandi muslimah,
mahal. Dan baju salin pun, tak payah bawak sebab automatic baju akan kering
sendiri. Hahaha... Disebabkan caj boat hopping termasuk sekali dalam pakej,
kenalah ikut pakej mereka (4 Islands). Sebenarnya, ada macam-macam pakej
lain. Kalau nak pakej lain, kenalah
tambah duit.
Pakej yang famous antaranya Phi Phi Island. Ini naik speed boat sebab jauh. Mahal la pakej dia. Pulau-pulau dia memang cantik dan mengambil
masa lama. Ambil masa sehari jugak. Pakej lain pulak – Hong Islands. Boleh
pilih nak naik speed boat atau long tail boat.
Pakej ini boleh tahan jugak harganya. Saya pernah google .... pulau dan pantai dia memang cantik. Next time , nak pergi sini pulak. Insya Allah
...
Nak dijadikan cerita, adik saya terlupa nak bawa bag kalis
air. Nak pi pantai, penting tau bawa bag kalis air. Iyalah nak letak passport
lagi, dompet lagi... macam-macamlah nak letak. Nak beli lain, mahal. Better
beli online jer, kat Krabi ... harganya memang mahal. Nasiblah kawan sepupu ada
bag kalis air tu, so kami tumpang letak. Hehehe... Nak ingatkan ... wajib pakai sunblock. Nanti
hitam pulak muka nanti. Adik sepupu dan kawannya buat lawak, dah sampai pulau
baru kalut nak pakai sunblock. Hahahah... Eloklah dah berkilat muka .
So kami berkumpul pukul 7 pagi jam Thailand. Sementara menunggu semua orang turun, saya
pun round satu resort tu. Dekat dengan pantai, cantik jugak. Sebelum boat
hopping ,wajib isi perut dulu. Kami breakfast kat area resort tu jugak. Kedai
makan tu dekat roundabout sebelah dengan 7 eleven. Hahaha... Turun saja, kami
terkejut sebab kedai penuh dengan orang. Patut la ada rombongan , naik bas
pulak tu. Memang penuh. Tapi owner kedai makan tu, bawa keluar meja dan kerusi
untuk kami. Baiknya hati dia.... Ada yang
makan nasi lemak dan ada yang makan roti canai. Oooo... terlupa pulak
nak bagitau, owner kedai ni pun orang patani. Cakap melayu lagi. Saya makan roti canai ja. Roti
canai memang lembut dan kuah dia pulak kuah ayam ... rasa macam rendang ayam.
Sedap. Lincin saya makan. Sementara yang lain-lain tengah bayar, saya dan adik
masuk 7 eleven . Kami beli banana milik lagi... Hahaha...
Pemandangan awal pagi di resort |
Roti canai gulai ayam |
Kami tiba di Nang Ann Travel pkl 8 pagi. Tempatnya tepi sungai besar. Yang kelakarnya , kami sampai
saja baru dua orang perkerja dia sampai. Kami orang mula-mula sampai kat situ.
Bila sepupu tanya our guide, kenapa orang tak ada ada? Our guide cakap kita
datang awal sebab mereka buka pukul 9.30 pag. Hahahha.... Jenuh jugak kami
tunggu. Nasib baik mereka ada sediakan tempat duduk, boleh lepak jugak. Sambil-sambil tu, kami round area situ.
Tengok boat lalu lalang lepas tu borak kosong. Tandas kat situ pun bersih.
Lepas pukul 9.30 pagi, orang semakin ramai. Kami pun dah daftar dan diberikan
gelang berwarna orange untuk dipakai. Setiap pakej yang lain dipakai dengan
gelang colour lain. Pukul 10.15 baru, turn kami. Mereka akan jerit warna gelang
kami pakai dan lepas tu berkumpul di satu tempat. Mereka akan panggil nama dan
suruh kami ke boat.
Disebabkan kami naik long tail boat, nak naik boat tu kami
kena panjat tangga. Pekerja Nang An akan tolong. Terkial-kial jugak nak panjat.
Kami pun duduk dan terus pakai life jacket. Sebelum bertolak, guide kami
bernama Ann. Dia tak berapa fasih bahasa English. Hehehe .... Susah jugak kami
nak komunikasi dengan dia. Masa nak bertolak, enjin boat pulak tak boleh start.
Banyak kali dia cuba start tapi tak
boleh jugak lepas tu dia apa entah dengan perkerja Nang An. Confirm kami tak
faham sebab cakap dalam Thai. Bila dia sebut jumper, kami semua terus
faham. Cubaaan kali ketiga, baru enjin
boat boleh start. Alhamdullillah ... lega rasanya.
Long tail boat ni
memang lambat. Bila ada speed boat lalu, boat kami akan berhenti sekejap. Bergoyang jugak boat kami. Hahahah.... Lebih
kurang 25 minit, kami sampai di Phra Nang Island. Dari jauh dah nampak, pulau
ni memang cantik. Sebelum turun, Ann ada beri penerangan. Memang kami tak
faham. Tercengang-cengang kami. Kami jer dari Malaysia. Yang lain, semuanya
orang Thai. Sepupu buat isyarat tangan dan tunjuk jam. Ann faham dan tunjuk
jarinya. Tiga ... Kosong. Maksudnya 30 minit, kami stop kat situ. Masa nak
turun memang seksa, boat kami memang
tinggi. Boat pulak asyik bergerak. Bila kaki turun saja kat pantai, ombak
tolak. Nasib baik, saya dapat imbang badan. Kalau tak, dah tersungkur kat situ.
Heheheh... Kami berjalan ramai-ramai menyusuri pantai. Ya Allah, pulau ni memang
cantik. Pantainya putih bersih. Pasir dia pulak sehalus tepung. Pijak pun tak
rasa apa-apa pun. Saya pun buang selipar. Baru ada feel jalan tepi pantai. Pemandangan
di sini memang cantik. Memang terpegun dengan keindahan dia. Kat sini ada gua,
gua ni memang famous. Jauh jugak kami jalan nak sampai . Rupanya boat kami
parking jauh. Penat jugat kami jalan. Bila
kami nak dekat gua tu, mak oiii.... ramainya orang. Sesak! So kami buat
keputusan patah balik, jalan datang sini dah ambil masa 15 minit .... nak patah
balik confirm 15 minit jugak kan. Aduh .... Nak naik boat pulak, nak naik
confirm seksa jugak. Hahahah.... Masa nak naik tu, boat bergerak sebab ombak.
Saya pegang kuat-kuat tangga besi tu. Kalau jatuh, naya. Apabila semua orang
dah naik, Ann pun kira kami semua. Kang tertinggal, menangis tak berlagu.
Pulau ke dua ialah
chicken island. Pulau ini memang berbentuk ayam. Tak boleh turun, just tangkap
gambar saja. Dia bagi masa sepuluh minit.
Selepas itu dalam jarak 500 meter, boat berhenti. Ann cakap boleh
snorkelling kat sini. Dia bagi kami masa 30 minit. Saya tak join mereka lain snorkelling . Tak
berani sebenarnya. Hahahaha...Tengok
dari boat pun dah nampak batu karang. Air
laut memang jernih. Ikan memang nampak jelas. Comel betul ...
Selepas itu, kami
bergerak ke Poda Island. Perut dah mula
berbunyi. Patut la dah pukul 12.40 tengahhari. Lapar .... Pakej yang kami ambil
ni termasuk sekali dengan lunch dan yang penting sekali halal. Turun saja dari boat. Ann mula panggil kami
dan suruh berkumpul di satu tempat sementara mereka sediakan makanan untuk
kami. Ramai orang kat Poda Island ni.
Poda Island dah kira macam R & R. Semua boat berhenti di sini. Kat sini,
ramai orang putih bersantai. Bila
makanan dah siap tersedia, Ann panggil kami semua makan. Ada tiga lauk. Tom
yam, sayur kubis dan ayam goreng. Ayam
goreng dia memang sedap. Kat sini , tak disediakan tempat duduk. Duduk jer atas
pasir. Baju ngan seluar memang confirm penuh dengan pasir selepas itu. Kalau
boleh, bawa la tikar . Tak la kotor nanti. Kat sini kami berhenti lama sikit. Saya pun apa lagi, mula la menghayati keindahan pulau ni. Cantik memang cantik. Rugi kalau tak jejakkan kaki kat sini
Last sekali Tup Island. Sebenarnya ada dua pulau. Pulau ini
bersambung sebenarnya. Kalau air surut,
ada jalan antara kedua-dua pulau ni. Nak
dijadikan cerita, saya tinggalkan seliper di atas boat, Malas nak pakai sebab
setiap kali turun boat saja seliper mesti dibawa lari ... hahaha dibawa lari
ombak. Jenuh kena kejar. Hehehe... Tapi
pasir pantai kat pulau ni kasar sikit.
Saya pun follow cousin dari belakang, mereka nak jalan ke pulau satu
lagi. Air pulak surut so ramai orang jalan ke pulau itu mengharungi air laut.
Paras air tak tinggi pun, paras bawah lutut saja. Well, saya pun teringin ke
pulau itu jugak. Pijak jer pasir pantai tu terus dahi berkerut. Sakitnya kaki. Rupa-rupanya
banyak kulit siput kat situ. Macam-macam jenis kulit siput ada. Kalau terpijak
yang tajam, melompat jawabnya. Semakin saya jalan, semakin banyak kulit siput
saya pijak. Aduiiii.... sakit. Mak Cik dan adik saya pun sama, berkerut dahi
mereka menahan sakit. Mereka berdua pun sama macam saya ... berkaki ayam.
Hahahaha.... Tak tahan punya pasal, kami bertiga patah balik. Better beli water
shoes, baru berbaloi kalau pergi boat hopping. Lagipun kami stop kat Tup Island
hanya selama 20 minit saja. Kami bertiga
pun duduk bersantai kat tepi pantai. Ambil angin sambil-sambil menghayati
pemandangan sekitar Tup Island. Jam dah
tepat pukul dua, kami pun bergegas ke boat. Maklumlah panas terik kat sini.
Sini tak ada banyak pokok macam dekat Poda Island. Naik saja boat, dah
terhidang buah nenas dan buat tembikai. Tunggu apa lagi, kami pun melantak tak
ingat dunia. Hahahaha....
Tepat
pukul 3.00 petang, kami tiba di pangkalan Nang Ann. Kami pun tinggalkan tips
untuk guide dan pemandu boat. Ada bekas
putih tergantung atas boat. Tak kisah nak bagi berapa pun, asalkan ikhlas.
Pihak Nang Ann Travel akan sediakan kenderaan untuk kami dibawa pulang ke
hotel. Kami naik Tuk Tuk.... Lebih kurang 15 minit, kami tiba di resort. Memang
letih sangat-sangat. Cousin and the geng
nak mandi dalam kolam renang dulu sebelum masuk ke dalam bilik. Saya dan adik
tak join sebab rasa letih sangat-sangat. Nak berehat jer dalam bilik. Mata ni
dah tak larat nak buka lagipun pukul lima petang jam Thailand, kami dah nak
turun. Next stop, Krabi Town!
Kami
bertolak ke Krabi Town tepat pukul 5 petang jam Thailand. Selepas mandi dan rehat, badan ni dah rasa
segar. Tapi perut pulak lapar. Hahaha.... Destinasi kami seterusnya ialah nak tangkap gambar di Black Crab Replica
di tengah-tengah Krabi Town. Kalau
datang di Krabi Town wajib ambil gambar kat sini. Ramai orang jugak, ikut
giliran. Yang bestnya, ada polis Thailand tolong ambilkan gambar untuk semua
yang ingin bergambar dengan Black Crab tu. Replica Helang pun ada. Rasa macam
kat Langkawi pun ada. Tapi yang Langkawi
besar lagi. Lebih kurang 10 minit saja, kami bergambar di sini lagipun cuaca
semakin gelap. Plus perut kami semua pun lapar.
Our
guide bawa kami makan kat satu tempat ini. Restaurant ni memang cantik. Terletak betul-betul atas
tasik kecil . Tak ingat nama tempat tu. Time kami sampai orang tak ramai. Yang
penting sekali, pekerja di sini tahu cakap Melayu. Order jer terus. Saya ambil tom yam campur,
nasi putih dan telur bistik seafood.
Saya share dengan adik dan cousin sebab portion memang besar. Disebabkan saya tengok meja sebelah order
fresh orange, saya pun order jugak. Siapa order juice apa-apa pun , akan ada
bunga orkid kat gelas tu. Wow... so sweetnya. Boleh ambil gambar nanti. Lama
jugak menunggu, makanan still jugak tak sampai-sampai lagi. Nak kata ramai
orang tak makan lagi, cuma meja kami saja yang tak dapat makanan lagi. Selepas
30 minit menunggu, sampai jugak makanan kami tapi ..... air kami tak sampai
lagi. Lapar punya pasal, kami makan
terus. Tom yam dia memang sedap siap ada isi ikan lagi. Lincin kami makan tapi
.... air kami pun tak sampai lagi, Fuhhh.... air apa mereka buat sampai lama
macam ni, Bukan kami bertiga tak dapat, semua orang tak dapat lagi. Bila
ditanya, sekejap lagi sampai. Aduh.... menguji betul. Lepas sepuluh minit, air pun sampai. Kecewa betul bila tengok gelas tak ada bunga
orkid pun. Tak aci betul! Dah la service
lambat, mahal pulak tu.
Selepas
perut dah diisi , kami pergi ke Krabi Town Night Market. Kami sampai dalam
pukul 7.45 malam jam Thailand. Parking
penuh so van kami parking jauh sikit. Anggap saja senaman selepas makan.
Hahaha.... Melangkah masuk saja dah dengar irama muzik, sekumpulan budak-budak yang umur lebih kurang 10 tahun bermain alat
muzik. Mereka buat persembahan ni disebabkan nak kutip dana untuk yuran
pengajian mereka. Rasa terharu.
Disebabkan mereka ada semangat nak
belajar, mereka sanggup cari pendapatan sendiri. Respect!!!!! So sambung balik cerita, ada macam –macam
gerai kat sini. Tempat memang crowded. Kena jalan straight ja, jangan berhenti.
Kalau kita berhenti terus jam, kasihan kat orang belakang. So saya dan adik
teringin nak makan lobster. Cari punya cari , seekor pun tak jumpa. Hahaha ...
Mungkin bukan musim dia kot. Kecewa la jugak tapi kami dapat jugak rasa banana
pancake. Hmmm.... mahal jugak. 50 baht.
Rasa biasa ja. Well, kami nampak pulak
pulut mangga. Terus beli, wahhh....
rasanya memang sedap. Wajib makan. Pulutnya lembut sangat-sangat lepas tu manga
memang manis. Rugi kalau tak cuba. Sepatutnya sejam kami jalan-jalan kat sini
tapi kami keluar awal sebab terlalu ramai orang. Sebelum balik, saya dan adik
singgah kat 7 Eleven. Nak beli banana milk lagi tapi sayang dah habis. Hahaha...
Disebabkan
masih awal lagi, kami pergi ke Ao Nang Beach sekali lagi. Semalam kan kami tak
sempat nak round. Lagipun cousin dan lain-lain nak mengurut. Kat sini banyak tempat urut, pandai-pandailah
cari yang murah. Kalau tak silap, ambil
masa 40 hingga 45 minit. Sepupu cakap
murah jugak, hanya 200 baht. Okey, sementara sepupu and the geng berurut. Kami
yang lain-lain pun jalan di sekitar Ao Nang Beach. Pantainya memang panjang. Semasa jalan, ada
sebuah kedai ini baunya wangi sangat-sangat. Kedainya memang cantik. Kedai jual sabun bunga
dan buah. Cantik-cantik ukiran sabun dia. Patah balik nanti saya nak singgah
beli. Kami jalan lagi sehinggalah kami
berhenti dan duduk berehat sebentar. Rasa
macam dah tak larart nak teruskan lagi ... So kami pun patah balik. Alamak ...
kedai sabun tu dah tutup. Rugi betul.
Moral of the story, kalau nampak benda dah berkenanan ... terus jer
beli. Kalau tak menyesal tak sudah. Kami janji berkumpul di MCD Ao Nang. Bersebelahan MCD tu ada 7 Eleven, tunggu apa lagi
saya pun beli lagi banana milk. Dah jadi
hantu banana milk sebab murah jer , 17 baht. Pukul 11.50 malam, kami bergerak
pulang ke resort. Kemas itulah, kemas inilah. Esok kan dah nak balik, cepat
betul masa berlalu kan. Pukul 1 pagi baru kami tidur. Esok pukul 7
pagi jam Thailand kami akan bertolak ke Emarald Pool.
Bersambung .....
No comments:
Post a Comment