DAY 3
Kami bergerak ke Krabi Town tepat pukul 7 pagi jam Thailand
untuk breakfast selepas check out .
Kedai makan itu terletak berhampiran dengan Black Crab Replica . Ada nasi kerabu dan roti
canai. Macam biasa saya makan roti canai, nak cepat makan. Pukul
8 lebih, kami bertolak ke Emarlad Pool.
Perjalanan ke Emarlad Pool mengambil masa selama sejam.
Entrance masuk Emerald Pool |
Tepat
pukul 9.35 pagi, kami tiba di Emerald Pool. Waktu ini memang tak ramai orang
lagi. Our guide cakap siapa nak mandi pun boleh kat atas sana. Bawa baju
siap-siap. Selepas itu dia suruh kami
pakai seliper saja sebab takut nanti sport shoes kami basah. So entrance fee 200 baht. Dari tempat
parking, kami jalan lebih kurang 3 minit sebelum jumpa pintu masuk. Di situ, kiri kanan
ada banyak kedai. Kalau terlupa nak bawa pelampung , boleh beli kat situ. Kalau
nak makan, pun ada kedai makan. Yang penting, Halal. Oh ya, terlupa nak beritahu. Nak masuk sini,
tak boleh bawa air atau makanan. Kalau
ada diorang rampas dan gantung air kita di pintu masuk. Banyak juga minuman tergantung kat situ.
Hehehe.. Jangan risau, kat sana ada kedai runcit. Minuman dijual kat situ.
So kami
pun melangkah masuk, mereka terpegun melihat keindahan air terjun kat situ,
Airnya jernih sangat-sangat. Rasa macam tak percaya, ada air sejernih ni.
Bersih airnya. Ada dua jalan nak pergi
ke Emarlard Pool, ada jalan dekat dan ada jalan jauh. Confirm kami pilih jalan
dekat. Hahaha.... Macam nak daki bukit pun ada. Mula-mula tu mulut kami memang
tak henti-henti bercakap. Selepas 5 minit, masing-masing dah terdiam. Iyalah
.... penat sampai berpeluh. Dah ler air tak boleh bawa masuk. Telan air liur
ler jawabnya. Selepas 20minit, kami tiba di atas.... Kami rehat sekejap sebab
ada antara kami nak ke tandas. Tandas
kat sini free. Tapi kalau tandas kat luar kena bayar. Better guna benda free kan. Hahaha...
Sampai
saja ke Emarlad Pool, kami terus ke Blue Pool. Kata orang, Blue Pool jauh lebih
cantik dari Emarlard Pool. Kami pun mendaki lagi. Cuaca dah mula panas terik.
Berpeluh jugak kami. Tak sampai 5 minit,
kami dah sampai di Blue Pool. Di sini tak boleh mandi, just bergambar jer. Hahahah.... Ada notis kat entrance masuk Blue
Pool. Rupa-rupanya dari bulan May hingga Oktober 2018, Blue Pool ditutup untuk
kerja-kerja kebersihan .... Oooo... ruginya. Memang rugi. Tapi nak buat macam
mana kan, tak ada rezek kan. Kami turun semula ke Emarlard Pool . Orang semakin
ramai. Mulanya saya nak pergi dekat dengan Emarlard Pool tapi disebabkan kawasaan
disekeliling tu ada air, saya just duduk di pondok kecil yang berhanpiran. Sepanjang saya duduk, dah nak dekat 8 orang
terjatuh kat area situ. Tanah kat situ
memang berair ... lincin pulak tu. Sesiapa yang mandi kat situ , jangan bimbang
sebab ada tiga orang ranger yang perhatikan tempat tu. Memang selamat. Pukul 11
pagi, kami bergerak turun. Orang dah
mula ramai memenuhi Emarlard Pool.
floating market |
Destinasinya
seterusnya ialah floating market, Hatyai. Sebelum itu kami singgah sembahyang
di R & R yang mula kami singgah
first day kami datang sini. Hampir
sejam, kami berhenti kat sini. Kami makan Maggie sup. Sedap Cuma pedas sedikit.
Cafeteria ni memang halal. Ada lauk campur jugak. Tapi ada air kosong saja but
free. Heheheh.... Disebabkan ada masa lagi, kami ronda kat kedai kek di situ.
Macam-macam kek ada. Halal tau. Kami singgah kat taste booth. Semua jenis kek
kami rasa. Sedap jugak. Ingatkan nak beli bawa balik tapi fikirkan semula tak
ada lagi ruang nak letak kek tu , saya tak jadi beli. Van memang penuh ... dah
sarat dengan barang-barang kami beli di Krabi. Hahaha...
Kami
tiba di Floating Market dalam pukul 3.20 petang, Floating Market ini dibuka pukul 3.00 petang
hingga malam. Saya tak ingat sehingga pukul berapa. Parking memang luas. Orang
belum ramai lagi, Ada banyak gerai di
situ. Cuaca panas mencari. Saya mulakan misi mencari lobster. Harap-harap ada
namun hanya ada ketam, udang dan sotong saja. Sedih betul. Tak tercapai hasrat
nak merasa lobster. Saya turun ke arah orang ramai berkumpul. Di sini boat-boat
menjual pelbagai jenis makanan tersusun.
Nak makan apa, ada saja. Yang tak pernah jumpa pun ada. Saya dan ada beli macam-macam kemudian kami
share. Ada yang sedap, ada jugak yang tak sedap. Yang best tu, kami minum air dalam buluh yang
dibuat seperti bekas minuman. Ada bunga orkid lagi. Cantik. Dah tak ingat
harganya berapa. Hmmm.... Kami cuba ketam lembut goreng. Hahaha.... Keras tau
bila makan. Nak mengunyah cukup seksa. Better try udang dia. Nampak macam
sedap. Lepas dah makan, kami round pulak kat area pakaian dan cenderhati. Saya
beli gelang manik. Cantik jugak. Lepas tu, saya beli bag yang dikait dengan
benang. Cantik. Hadiah untuk birthday mak. 350 baht harganya. Lepas tu dia bagi
diskaun lagi ... Dapatlah 300 baht.
Hahahaha... Pukul 6 petang kami berkumpul. Kami akan singgah di Danok
pulak sebab ada yang nak beli beras pulut. Maklumlah dah nak dekat raya kan
..... Perjalanan mengambil masa sejam.
Dalam
perjalanan, hujan dah mula renyai-renyai ...... Semakin gelap. Tiba di Danok,
hujan lebat sangat-sangat. Our guide singgah kat kedai ini. Banyak betul barang
kat situ. Di kedai ni, dia terima duit Thai atau duit Malaysia. Sini memang
murah sangat-sangat. Bunga api dan mercun pun murah. Hahahaha ... Saya pun beli
la beras pulut yang dipesan mak lepas tu kacang cerdik yang dipesan ayah. Ramai
giler orang kat kedai tu. Nak bayar sampai beratur. Nak dekat 40 minit kami
duduk kat sini. Ada gerai-gerai kat
situ, nak pergi tak boleh sebab hujan semakin lebat.
Kami bergerak
balik dalam pukul 8 lebih malam, Tiba di Immigration Thailand, macam biasa
keluar passport dan yang penting keratan putih mesti ada. Nanti mereka nak
ambil balik. Beratur panjang lagi, Ramai jugak orang. Sampai turun kami,
immigration tu nak RM3 walaupun kami dah bayar RM20. Nak tak nak, kena bayar
jugak. Our guide pun bayar jerlah.... Kalau tak bayar, panjang pulak cerita nanti,
Kasihan kat kereta belakang pulak. Sampai di immigration Malaysia, rasa lega.
Dah sampai Malaysia, hahahaha... Masa nak
keluar, kami kena check dengan kastam. Aaa.... Siapa yang beli bunga api denga
mercun banyak-banyak tu kena jaga-jaga,
nanti kena rampas dengan pihak kastam. Nak beli boleh, tapi beli sikit jer ... Kami bergerak pulang ke Penang dalam pukul 9
lebih. Masing-masing penat dan semua
tidur. Kami tiba di rumah pukul 12.30 tengahmalam. Kemas barang ... kemas itu,
kemas inilah. Pukul 1 pagi baru saya tidur. Esok kerja ..... Hahahaha.... Gatal
sangat tak nak ambil cuti. Soooo.... The
End.
Next Trip ....... Singapore ....
No comments:
Post a Comment