Day
3
Good
morning….. Perjalanan kami yang seterusnya … Garden By The Bay. Disebabkan kami
tidur awal, pukul 4.30 pagi, kami dah bangun. Hahaha…. Mata terus terbuka luas.
Tengok film kat TV sementara tunggu azan Subuh.
Tepat pukul 7 pagi, kami dah turun breakfast. Kami bertiga makan roti
canai. Cuaca nampak mendung. Sejuk sikit pulak tu.
Laluan ke Garden Bay The Bays |
Selesai
saja makan, kami terus gerak ke Paya Lebar station. Kali ini dah tak payah
tengok map. Kami dah champion, hahaha….
Naik MRT ke Marina Bay Sands dan turun di Bayfront Station. Tempat yang
sama kami pergi hari itu. Keluar saja dari Bayfront Station, cuaca dah mula gelap. Nampak awan hitam dah
mula bergerak. Kami pun bergerak ke Flower Dome. Kami rehat sekejap di Taman
Cina. Ambil gambar sana sini. Lagipun Flower Dome buka pukul 9 pagi. So releks
dulu dan tengok pemandangan di situ.
Walaupun belum pukul 9, dah ada orang beratur. Kami pun apa lagi
…sama-sama beratur.
Rasa macam nak bawak balik bunga Orkid ni ... Hehehe |
Alice tengok apa tu ...? |
Letak kat halaman rumah mesti cantik kan ... |
Tepat
pukul 9 pagi, Flower dome dah buka. Kami pun masuk …. Masya- Allah, cantiknya
tempat dia. Banyak betul bunga dia …. Ada macam-macam jenis taman di sini. Kami
pergi ke Succulent Garden dan The Baobabs. Area sini banyak pokok cactus.
Macam-macam spesis ada. Duri kecik la, duri besar pun ada. Yang tak pernah tengok
pun ada. Kami gerak ke Australian Garden. Hmm… Tak ada bunga. Mungkin bukan
musim dia kot. Kami pi pulak ke South American Garden dan South African Garden.
Kat sini banyak bunga …. Cantik-cantik. Rasa macam nak petik tapi …. Dilarang
petik yer… Tengok jer. Kami gerak ke Californian Garden dan Mediterranean
Garden. Sini memang cantik …..Terpukau bila tengok banyak bunga. Rasa-rasanya
kat sini, berpuluh-puluh gambar saya ambil . Hahaha…. Adik saya dah hilang entah ke mana. Mak cik
pulak dok selfie dengan bunga. Saya pulak dok tengok bunga kerjanya …Hehehe…
Australian Garden ... Ini jer yang ada bunga |
Pokok Zaitun... |
Saya
tiba di Olive Grove. Adik saya panggil dan tunjuk pokok zaitun macam mana. Besar giler pokok dia. Kat sini jugak ada
rose garden. Ramai orang bergambar kat situ. Saya pun jalan sehingga ke flower
field. Jeng jeng –jeng… Kat sini bunga berubah ikut musim. Waktu saya pergi
musim orkid. Penuh dengan pelbagai spesis bunga orkid. Macam-macam color ada.
Macam-macam bentuk ada. Yang tak pernah tengok pun ada. Aaa…. Time cousin pi bulan April, musim tulips….
Kalau nak tengok bunga Tulip, datanglah bulan 4 yer. Oh ya, lupa nak beritahu.
Sebelum datang sini check dulu tarikh sebab dalam sebulan ada satu hari flower
dome ditutup. Check dulu tau. Nanti
rugi.
Cloud Forest- Waterfall |
cantik kan ... |
Kami
pun keluar dari Flower Dome. Kami keluar
terus masuk Gift shop. Kat sini …. Seriously, barang-barang dia memang menarik
dan comel. Tempat luas pulak tu. Ikut
hati nak belek satu persatu tapi hold dulu sebab kami nak masuk Cloud forest
pulak. Keluar jer, belok kanan. Ada ada staff jaga, bagi ticket terus
masuk. Dari luar dah nampak waterfalls
tu. Masuk jer terus kami rasa sejuk. Wah … tinggi betul air terjun tu. Ramai
orang cuba ambil gambar dekat air terjun tu tapi tak boleh sebab baru nak dekat
jer … dah basah kuyup. Nak tergelak jugak tengok gelagat pelancong dari China.
Walaupun basah still nak ambil gambar jugak. Kami teruskan perjalanan ke Lost
World. Naik lif yer …. Jangan risau. Keluar dari lif, jumpalah Lost World.
Banyak tumbuhan rare kat sini. Bunga pun bunga rare…. Rasa macam kat Amazon pun
ada. Kami turun melalui Cloud Walk.
Ala-ala jambatan …. Ada mist lagi. Kami turun ke Crystal Moutain. Kami berjalan
melalui Treetop Walk. Wahhh…. Kat sini, wajib dongak ke atas. Memang cantik.
Tengok bawah pun boleh. Siapa yang gayat, jangan tengok bawah pulak. Hahaha…
Kami turun ke bawah melalui escalator. Tingkat
bawah ada Cloud Forest Gallery. Ada info pasal Cloud Forest. Ada juga sudut nak tengok video. Tapi kami
teruskan perjalanan. Garden kat sini pun cantik jugak. Nak cerita macam mana
yer …. Garden kat situ ala-ala macam fairytales … Kat sini lagi sejuk. Dah puas ambil gambar.
Kami pun keluar melalui gift shop yang sama. Mulalah shopping apa yang patut.
Kat Garden By The Bay ada dua gift shop. Memang wajib masuk. Cuci mata jer pun
boleh. Hahaha…
Kami
keluar saja terkejut tengok awan semakin gelap.
Asalnya kami nak round sekitar situ. Banyak lagi taman-taman yang ada di
sana. Ada Malay Garden, Indian Garden,
Chinese Garden, Colonial Garden, Silver Garden dan banyak lagilah …. Semua
free. Kalau tak hujan, kami dah round
sini. Kami pun gerak ke Bayfront station.
Adik nak beli air di 7 Eleven. Kebetulan 7 Eleven dekat dengan entrance The Shopee Marina Bay
Sands. Saya dan Mak Cik pun masuk la ….
Memang besar giler …. Siap ada boat ride kat sini. Ala-ala macam kat Venice.
Banyak brand berjenama kat sini. Wah …
ada sale pulak itu. Kalau tak silap
saya, bulan 7 selalunya ada mega sale di Singapore. Sesiapa yang ratu shopping
ni, boleh la datang sini. Bawak duit lebih sikit. Hahaha….
The Shopee Marina Bay Sands.. |
Sampai
sahaja di hotel, kami pun berehat dan mula kemas barang. Esok flight kami pukul
12.50 tghari. Hujan mula lebat turun.
Kami turun beli makanan. Disebabkan kami selalu beli kat situ, orang kedai
makan tu dah kenal kami. Kami pun try beli rojak bandung. Mak oii… banyak betul. Menimbun bahan-bahan
dia. Hmm…rojak bandung ni macam sotong kangkung penang cuma di Singapore ada
nenas. Sedap. Dah selesai makan … dah
selesai packing barang. Kami pun tidur awal. Hujan pulak turun tak henti-henti.
Harap-harap esok cuaca cerah. Penang! We’re
coming home! Hehehe…
No comments:
Post a Comment