Bab
6
Ikwan melangkah masuk ke ruang
dapur dan melihat beberapa pembantu rumah lain sedang sibuk siapkan sarapan.
Dia baru saja bangun tidur. Rambut dibiarkan berserabut. Mata masih belum
dibuka sepenuhnya. “Mak Bedah! Masak apa
hari ni?”
“Nasi lemak!” jawab Mak Bedah yang
dah hampir tiga puluh tahun berkerja di rumah Tan Sri Isa.
“Hmm… sedapnya! Tak sabar nak
makan.” Bibir digigit beberapa kali. Perut diusap sebagai isyarat lapar.
Masakkan Mak Bedah memang sedap. Tak ada siapa dapat lawan masakan Mak Bedah.
“Ikwan pergi tidur dulu, dah masak
nanti Mak Bedah kejutkan. Subuh tadi baru Ikwan balik kan?” Selepas sembahyang
subuh, dia dengar Ikwan balik. Mesti ada operasi malam tadi.
“Tak boleh. Lepas makan baru Ikwan
boleh tidur. Ikwan sanggup tunggu.” Ikwan tersengih sehingga menampakkan
barisan gigi yang putih teratur.
“Sayang …….”
Air muka Ikwan berubah mendengar
suara Wilma. Wajah diraup dengan kasar.
“Sayang … Kat sini you rupanya. Jom
breakfast! I lapar la. I baru balik dari Paris terus I datang sini. I miss you
so much sayang ….” Dia terus memegang lengan Ikwan tanpa segan silu dengan
kehadiran Mak Bedah dan dua orang
pembantu rumah yang ada di situ.
Ikwan menepis tangan Wilma. “Apa
sayang-sayang! Wilma, kita dah breakup. You minta putus kan! So tak payah nak
panggil I sayang! Geli I dengar. Kalau nak bersayang sangat, tu ah … mana model
Itali yang you tergila-gila sangat tu? Pergilah bersayang dengan dia.” Wajah
Ikwan serius. Dia betul-betul malas nak layan kerenah Wilma. Selama aku
berkawan dengan Wilma, aku banyak beralah. Apa dia nak aku ikut? Tapi apa aku
dapat? Selalu sangat Wilma berlaku curang di belakang aku. Bila dia bosan
dengan boyfriend baru dia, dia akan balik semula dengan aku. Kali ini jangan
haraplah.
“Sayang! Janganlah macam tu! I’m so
sorry okey! Lepas ini I takkan buat lagi. I akan setia dengan you seorang.
Promise. I love you, you know that!” Wilma tersenyum manja. Dia cuba dekati
Ikwan.
Ikwan sempat mengelak. “Setia! You
tahu ke nak setia? Selama ini I sabar
dengan perangai you sebab tok ayah tapi sekarang ini tak lagi. You cari saja
lelaki lain. Sebab sekarang ni I dah ada girlfriend. I hanya cintakan dia
seorang saja. So lebih baik you balik.”
“Sayang! You tak boleh buat I macam
ni. Siapa girlfriend baru you tu? Tell me?” Wilma mula naik angin. Dia terkejut
bila Ikwan mengaku yang dia sudah ada girlfriend.
“Suka hati I lah … Baik you balik,
Wilma. I tak larat nak layan perangai you. Baik I naik atas, tidur balik.”
Ikwan mula melangkah tinggalkan dapur. Rasa lapar terus hilang bila tengok muka
Wilma.
“Ikwan!” Wilma cuba kejar tapi
dihalang oleh Mak Bedah.
“Cik Wilma! Ikwan baru saja balik
pagi tadi. Lagipun Ikwan tak tidur lagi. Mak Bedah rasa lebih baik Cik Wilma
balik dulu, esok Cik Wilma datang lagi.” Nasihat Mak Bedah. Dia tak mahu Wilma
buat kecoh di sini lebih-lebih lagi Tan Sri Isa ada di atas.
“Mak Bedah! Jangan nak masuk campur.
Mak Bedah kena ingat Mak Bedah tu orang gaji kat sini.” Marah Wilma. Matanya
bulat merenung Mak Bedah.
“Siapa yang bising-bising pagi
ni?” Tan Sri Isa melangkah masuk dengan
wajah serius. Pandangannya tepat ke arah Wilma. Dari jauh dia dapat dengar
suara Wilma.
“Tok ayah! Ada ke patut Mak Bedah
halau Wilma balik?” Wilma terus dekati Tan Sri Isa dan mengadu. Pasti Mak Bedah
kena marah nanti. Siapa suruh cari pasal dengan aku?
“Wilma! Pagi-pagi buta kamu datang
sini buat apa? Kamu tak ada rumah ke? Pergi balik cepat!”
Wilma terkejut besar bila Tan Sri
Isa cakap seperti itu. “Tok ayah!” Bulat biji mata Wilma.
“Wilma! Kamu datang sini nak pujuk
Ikwan baik semula dengan kamu kan, tak payahlah. Tok ayah tak setuju. Kali ni
dah kali berapa kamu berdua break up. Tok ayah tak mahu tengok Ikwan bersedih
lagi. Kamu ingat Ikwan tak ada perasaan ke?” tegur Tan Sri Isa. Dia tak boleh
biarkan Wilma buat sesuka hati kat Ikwan. Nak kena tegur jugak anak tunggal
Khalid ni! Dia merajuk ke nanti, biarlah. Nak jaga hati dia sampai bila?
“Tok ayah! Sampai hati tok ayah
cakap macam tu kat Wilma.” Mata Wilma mula berair. Belum pernah Tok ayah cakap
begini kat aku! “Tok ayah memang tak sayang kat Wilma lagi.” Kata Wilma sebelum
berlalu pergi seraya menangis.
“Tan Sri tak apa ke?” Mak Bedah
bersuara. Dari tadi dia hanya diamkan diri saja dan memerhati. Dia terkejut
jugak bila Tan Sri Isa tegur Wilma sedangkan selama ini apa Wilma buat
dibiarkan saja. Wilma tu dah dianggap seperti cucu sendiri. Cucu sendiri pula
dibuang jauh-jauh. Tiba-tiba Mak Bedah teringatkan Jasmin. Apa Jasmin buat
sekarang ni? Dalam hati, Mak Bedah mengeluh.
“Biarlah! Suka hati dia nak merajuk
sampai bila. Malas aku nak layan. Bedah, aku akan pergi Jakarta tiga hari. Hari
tu kamu cakap nak pergi rumah anak kamu kat JB kan. Aku bagi kamu cuti
seminggu. Pergilah sana. Lagipun dah lama kamu tak cuti kan.” Kata Tan Sri Isa.
Dia bagi kebenaran untuk Mak Bedah bercuti. Hampir 30 tahun, Mak Bedah bekerja
di sini. Prestasi kerja memang bagus.
“Terima kasih, Tan Sri!” ucap Mak
Bedah. Dia tersenyum lebar.
“Hari ini aku nak breakfast kat
taman. Kamu bawa makanan kat sana nanti.” Beritahu Tan Sri Isa sebelum berlalu
pergi dengan membawa suratkhabar bersamanya.
************************
“Mama ….. “ jerit Wilma sebaik saja
melangkah masuk ke dalam rumah. Sepanjang perjalanan tadi Wilma tak henti-henti
menangis. “Mama!” jerit Wilma sekali lagi dengan lebih kuat.
“What! Apa halnya ni?” Datin Riza
yang tadi ada di dapur terus bergegas ke ruang tamu bila mendengar suara anak
tunggal kesayangannya. Dia sedang siapkan breakfast bersama orang gaji di dapur
“Wilma, kenapa ni?” tanya Datin Riza. Dia terus memegang tangan Wilma. Risau
melihat Wilma yang menangis teresak-esak.
“Tok ayah!” Wilma mula mengadu.
Perangai tak ubah seperti budak kecil. Wilma mengesat air mata dan masih ada
sisa-sia tangisan di hujung suara. “ Tok ayah! Tok ayah tak bagi Wilma baik
semula dengan Ikwan.”
Datin Riza mengeluh dengan
perlahan-lahan. Tangan anaknya dilepaskan. Kepala digeleng beberapa kali. “Hmm…
Mama ingatkan apalah tadi. Bagus jugaklah Wilma tak baik semula dengan Ikwan.
Lagipun mama tak berkenaan langsung Ikwan tu. Inspektor polis jer! Mampu ke dia
nak tanggung Wilma nanti. Cukup ke gaji Ikwan tu. Entah-entah handbag LV Wilma
tu lebih mahal dari gaji Ikwan.” Sejak dari dulu lagi Datin Riza memang tak
suka dengan Ikwan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Ikwan memang tak
sesuai dengan anak aku. Malu aku nak kenalkan kat kawan aku nanti. Entah apa
yang Wilma suka sangat dekat Ikwan tu aku pun tak tahu.
“Mama! Mama sama saja dengan Tok
ayah!” Tangisan yang hampir reda kembali kuat.
“Kali ini apa pulak, Wilma?
Pagi-pagi dah dengar suara, kenapa menangis ni?” Dato’ Khalid menuruni anak
tangga satu persatu. Kot baju dibetulkan. Dari atas lagi dah dengar suara
Wilma. Dia terkejut melihat wajah Wilma yang comot disebabkan make up yang
dipakainya. Dah macam panda jadinya.
“Abang tengoklah anak kesayangan
abang ni. Macamlah dah tak ada orang lain kat Malaysia ni nak dibuat boyfriend.
Desperate sangat nak dekat Ikwan tu! Entah dari mana asal usul dia pun, kita
tak tahu.”
“Mama! Ikwan tu cucu angkat tok
ayah. Semua harta tok ayah termasuk syarikat akan jatuh di tangan Ikwan. “
Wilma cuba pertahankan Ikwan. Mama memang dari dulu lagi tak sukakan Ikwan. Ada
saja salah Ikwan dicarinya. Mama suka kalau aku breakup dengan Ikwan. Dialah
orang yang paling gembira.
“Cucu angkat saja bukan cucu kandung
pun. Kalau Si Jasmin tu balik, pasti semuanya akan jadi milik dia.” Kata Datin
Riza.
Dato Khalid ketawa dengan kuat.
“Jasmin! Dah lama tak dengar nama tu. Budak sial tu takkan balik. Kalau balik
pun, Uncle akan halau dia ke luar negara. Dia kan bawa sial dalam family uncle.
Kalau dia nak balik, dah lama dia balik. Budak sial tu takkan jejakkan kaki di
Malaysia lagi. Dan … semua harta dan DB Group akan jadi milik abang satu hari nanti
sebab abang yang bangunkan syarikat bersama-sama dengan uncle selama ini.
Banyak jasa abang dalam syarikat tu.”
Datin Riza mengeluh. Sikap suaminya
tak pernah berubah. Masih mengharapkan yang harta dan syarikat Uncle Isa.
Wilma mengetap bibir memerhati
gelagat bapanya. Sakit hati bila dirinya
tak dipedulikan. “ Papa! Tak habis-habis dengan DB Group. Anak sendiri ada
masalah buat tak tahu saja. Mama Papa sama saja dengan Tok ayah , tak sayangkan
Wilma.” Wilma merajuk dan terus mendaki anak tangga sambil kaki dihentak kuat
tanda marah.
“Tengok tu! Aii… apa nak jadi dengan
budak ni?” kata Datin Riza. Semakin
menjadi-jadi perangai Wilma, langsung tak hormat mereka berdua.
“Biarlah, sayang! Nanti eloklah.
Macamlah sayang tak kenal perangai Wilma tu. Dah jumpa lelaki lain, dia lupalah
Ikwan tu nanti. Jom makan! Abang dah lapar.”
Ajak Dato Khalid. Tangannya melingkari pinggang Datin Riza yang dah 27
tahun menjadi isterinya. Mereka berdua berjalan ke dapur sambil berbual dan
diiringi dengan ketawa.
No comments:
Post a Comment