Bab 5
Miza baru saja melangkah keluar dari
bilik. Dia hairan melihat Helena terhendap-hendap melihat sesuatu di luar.
Begitu khusyuk sehingga tak sedar Miza yang sudah berdiri di sebelahnya. “Wei!
Kau skodeng siapa , hah?”
Helena terkejut dan mengurut dada
beberapa kali. Hampir tersentap jantung ni apabila mendengar suara Miza yang
betul-betul di telinga. Bila masa dia keluar? Tak dengar pun. “Wei! Terkejut
aku!”
“Kau tengok apa, hah?”
Helena terus tutup tingkap. Dia tak
mahu Miza tahu. Nanti banyak pulak dia tanya. Malas aku nak cerita dari A
sampai Z.
“Nothing.”
“Mustahil nothing!” Miza terus menolak
Helena ke tepi. Tubuh badan Helena yang kurus kering begitu senang ditolak.
Tingkap tadi dibuka. Miza lihat apa yang Helena lihat tadi. Nampak Mak Tok
Aishah dan Faliq rancak berbual di balkoni. “Oooo… Kau skodeng Faliq!”
“Mana ada. Kau dah siap, jap aku
pergi siap.” Dengan pantas Helena tukar topik dan laju jalan ke biliknya. Hari
ini hari Ahad. Mereka berdua dah plan nak ke Alor Setar. Maklumlah gaji baru
masuk. Tunggu apa lagi, shopping ler.
“Cepat betul tukar topik! Kalau kau
nak, ambiklah. Faliq tu bukan ada ciri-ciri jejaka idaman aku. Aku nak lelaki
melayu tulen. Campuran ni bukan taste
aku. Aku bagi kau free, nak tak? Korang berdua memang sesuai. Sama-sama
darah campuran.” usik Miza. Iyalah, Faliq kan campuran chinese dan melayu. Helena pula campuran Melayu dan Spain. Memang sesuai sangat.
“Shut
up!” jerit Helena dari dalam bilik.
Miza ketawa kuat. Sling bag dipakai.
“Aku tunggu kau kat kereta.” Beritahu Miza. Pintu rumah dibuka. Miza terkejut
apabila seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Mak Oii… Siapa ni? Tinggi
lampai. Macam model! Pakai cermin mata hitam lagi. Ada artis tersesat masuk
kampung ke?Dia nak cari siapa agaknya.
“Assalammualaikum…”
“Waalaikumussalam….” Jawab Miza.
“Ini rumah Gaby ke?”
Berkerut terus dahi Miza. Wajah
nampak blur. Gaby mana pulak ni? Ada
ke orang kampung sini bernama Gaby. “Sorry!
Ini bukan rumah Gaby.”
“Bukan … tapi …..” Wanita itu
kelihatan resah.
“Miza! Siapa datang?” Helena
berjalan keluar dari bilik. Tak sampai lima minit dia sudah siap. Alah sarung
ja seluar jeans dan t-shirt saja. Simple! Muka ni pakai bedak compact saja.
Senang cerita! Jimat masa. Dari dalam dia dengar, Miza cakap dengan seseorang.
Langkah Helena terhenti secara tiba-tiba.
“Gaby!” Wanita itu terus masuk dan
memeluk Helena. Tangisan semakin kuat.
Helena menepuk belakang wanita
dengan lembut. “Nina! What’s wrong?”
Helena betul-betul terkejut melihat Nina. “Stop
crying, Nina! Tell me what happened?”
Helena memegang tubuh Nina. Wajah Nina dipandang. “Duduk sini.” Jemput Helena.
Nina akur dan duduk di sofa seraya mengesat air matanya yang tak henti-henti
mengalir.
“Siapa?” tanya Miza. Dia tak faham
apa yang berlaku sekarang ni.
“Sister
in law aku.” Jawab Helena. Dia terus menarik Miza dan duduk di sebelah
dia.
“Gaby…..” Nina masih lagi menangis.
Cermin mata hitam ditanggalkan.
“Kali ini dia buat hal dengan
pramugari airlines mana? Indonesia? Thailand? Philipines? Cuba cakap.” Tanya
Helena. Dia tahu maksud kedatangan Nina ke rumahnya. Masak benar pasal hal
rumahtangga mereka berdua. Tiba-tiba Helena teringat perempuan hari itu. Macam
melayu saja.
Miza hanya diam memerhati. Dia
sendiri tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Nak bertanya, rasa macam tak
kena saja.
“Sama airlines dengan Damien.
Perempuan tu datang jumpa dan cakap yang Damien janji nak kahwin dengan dia.
Perempuan cakap dia tak nak jadi isteri kedua , dia suruh Nina minta cerai kat
Damien.” Jawab Nina. Mata sudah bengkak akibat menangis. Dia tak ada tempat nak
mengadu selain Helena. Maklumlah dia anak yatim piatu.
“What!”
Helena terus bangun dan cekak pinggang. Melampau betul perempuan tu! Berani
cakap macam tu. Patutnya aku simbah dia dengan air panas ari tu. Baru dia tahu
diri dia sapa. Suka hati dia saja. Dia yang dah dengar pun rasa nak meletup,
inikan pula Nina.
“Lepas tu dia cakap ……” Belum sempat
Nina habiskan ayatnya, dia menangis lagi. Rasa sebak di dada begitu sukar
ditahan. Hatinya benar-benar dah hancur. Hidup terus gelap gelita. Janji-janji
Damien hanya palsu. Ingatkan perangai playboy
Damien akan berubah selepas kahwin, rupa-rupanya tidak. Aku ingat cinta aku
mampu ubah Damien namun aku silap sama sekali..
“Cakap!” Bulat mata Helena ingin
tahu cerita seterusnya. Kalaulah Damien ada depan aku sekarang ni, memang teruk
aku belasah. Malukan maruah keluarga saja kerja dia. Hidup tak habis-habis
dengan perempuan.
“Perempuan… Perempuan tu ….” Dengan
tangisan teresak-esak, Nina cuba bercerita. “Perempuan tu tunjuk video mereka berdua ……. Tapi Nina tak
sanggup nak tengok.” Dia rasa berat untuk bersuara namun digagahi jua. “Mereka
dah terlanjur.” Nina terus teriak sekuat hati. Sekurang-kurangnya apa yang
terpendam di hati dapat diluah jugak.
“Eeee…. Damien cakap apa?”
“Dia tak mengaku. Dia cakap itu
bukan dia ….. Nina dah tak percaya. Sanggup Damien lukakan hati Nina lagi. Dia
dah janji hari itu, dia akan berubah….. tapi sekarang ni … I’m tired, Gaby! ”
“Sebab itu aku cakap awal-awal lagi
kan, bercerai saja. Adik aku tu tak layak dapat perempuan baik macam Nina.
Tinggalkan saja dia. Cari suami baru. Cari suami yang sayang dan setia. Hanya
perempuan jalang sesuai dengan adik aku tu. Jangan bazir masa setia untuk orang
yang tak pernah hargai kita.”
Nina cuba tahan dari menangis tetapi
air mata masih deras keluar basahi pipi. Walaupun apa pun yang Damien telah buat,
dia masih cintakan Damien.
Miza nampak perubahan wajah Nina.
Jadi semakin keruh.“Hoi…. Kau ni agak-agaklah. Boleh pulak kau cakap macam tu
kat adik ipar kau. Dia tengah sedih sekarang ni. Patutnya kau cakap elok-elok.
Ini tak, main sound direct saja. Coverlah sikit” Miza pula bangun. Dia
tak puas hati.
“Kau nak aku cakap apa, Miza! Aku
tak nak Nina taruh harapan lagi. Biar Nina buka mata luas-luas dan fikir masa
depan dia. Adik aku tu memang jenis
lelaki tak guna. Walaupun Damien tu adik kandung aku …. Darah daging aku ….
Tapi aku tak nak Nina sia-siakan hidup dia.” Jelas Helena. Aku ni fikir masa
depan Nina. Damien tak mungkin dapat bahagiakan Nina. Ada lelaki yang baik di
luar sana yang sesuai untuk Nina. Aku percaya mesti ada. “Nina! Marriage are
like glass, sometimes it’s better to leave them broken than try to hurt
yourself putting it back together.”
Anak Mata Nina tepat memandang
Helena. Air matanya masih tetap mengalir. Dikesat perlahan-lahan air mata di
pipi. Dia faham di sebalik kata-kata Helena.
Miza mengeluh.“Aku tahu niat kau baik tapi
cara kau tu tak kena. Patutnya kau bagi Nina rehat dulu. Dia mesti penat.”
Nasihat Miza.
Helena meraup wajah beberapa kali.
Dia cuba tenangkan diri yang penuh dengan kemarahan.
“Nina! Jom! Apa kata Nina rehat dulu
…. Mandi dulu. Kalau nak tidur pun boleh. Releks dulu.” Miza dekati Nina dan
bantu Nina bangun. “Nina mesti tak makan lagi kan. Nanti Kak Miza buat air milo
dan sandwich.” Miza bawa Nina ke bilik Helena. Ada wajah kepenatan. Macam tak
cukup tido saja. Nina hanya akur dan ikut sahaja.
Helena mengenggam erat tangannya.
Setiap kali ingat perangai Damien, boleh kena stroke dibuatnya. Ikut perangai siapa pun tak tahulah. Papa dan
Datuk tak playboy pun. Kalau papa dan
mama tahu apa yang berlaku ni, confirm
papa mama fly terus datang Malaysia. Memang teruk Damien kena belasah dengan
papa nanti. Pernah sekali terjadi, gara-gara Damien permainkan hati anak
perempuan best friend papa. Memang
cari nahaslah.
Telefon bimbit Helena berbunyi. Helena
biarkan saja. Dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Mesti sekarang baru
terhegeh-hegeh nak cari isteri.
********************
Helena tersenyum sambil berjalan
memegang mangkuk berisi ikan patin masak lemak yang baru dimasaknya tadi. Mesti
Mak Tok Aishah dan Tok Wan Daud suka.
“Assalammualaikum….” Helena memberi
salam sebaik saja tiba di depan pintu dapur yang terbuka luas. Suasana sunyi
sepi. Tak ada orang jawab pun. Aik… mana pergi orang dalam rumah ini. Helena
masuk. Memang tak ada orang di dapur pun. Pelik! Pintu terbuka luas pulak.
Mangkuk tadi diletakkan di meja makan.
Helena melangkah ke ruang depan. Langkah terhenti apabila pintu bilik
Mak Tok Aishah terbuka. Ada orang dalam bilik itu. Yang pasti bukan Mak Tok
Aishah dan Tok Wan Daud.
“Kau buat apa dalam bilik ni?”
Faliq menoleh. Dia terkejut melihat
Helena. “Aaaaa…..”
“Kau tak dengar ke? Aku tanya apa
kau buat dalam bilik ni? Ini bukan bilik kau.” Tegas Helena. Dia merenung Faliq
seolah-olah nak ditelan hidup. Macam ada niat tak elok saja.
“Aaaaa…. Saya…..”
Helena masuk dan terus menarik Faliq
keluar. Pintu bilik ditutup kuat.
“Now
tell me, apa tujuan kau tinggal kat sini? Aku tak percaya kau datang sini
semata-mata ini kampung asal usul mak kau. Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah, kau
boleh tipu tapi bukan aku. Kau ada tujuan lain kan!” Tanpa berselindung, Helena
terus berterus-terang.
Faliq telan air liur. Rasa macam ada
benda terlekat di tekak. “Actually
…….” Belum sempat Faliq menjawab,
kedengaran suara Mak Tok Aishah memanggil nama Helena.
“Helena….”
“Ya. Ada kat sini.” Jawab Helena
dengan nada suara kuat. Pandangan beralih semula ke arah Faliq. Helena kembali
serius. “Kau bernasib baik sebab Mak Tok panggil. Kau dengar sini baik-baik,
aku akan sentiasa perhatikan kau. Jauh atau dekat, aku tetap perhatikan kau.
Apa-apa pun kau nak buat, kau fikir baik-baik. Ingat tu.” Helena memberi amaran
sebelum melangkah pergi.
Sebaik saja kelibat Helena
hilang, Faliq menghembus nafas panjang.
Baru boleh bernyawa. Dapat jugak sedut oksigen
sekarang ini. Nasib baik selamat tapi apa masalah dia? Macam mana dia tahu,
hah? Pelik! Tapi kenapa dia tengok aku macam tak puas hati saja. Kalau macam ni
selalu, macam mana aku laksanakan plan aku. Hish…. Susah betul! Faliq garu
kepala yang tak gatal beberapa kali.
No comments:
Post a Comment