BAB 7
Langkah Jasmin terhenti seketika
sebaik saja keluar dari KLIA. Dia memandang keadaan sekeliling. Suasana dah
malam. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam.
Buat pertama kalinya aku jejakkan kaki di sini selepas lapan belas
tahun. Bumi Malaysia yang banyak menyimpan kisah dukanya. Dia pernah bersumpah
takkan kembali ke sini lagi tapi disebabkan panggilan yang diterima pagi tadi
menyebabkan dia bergegas datang ke Malaysia walaupun dia baru saja tiba di
lapangan terbang Auckland selepas semingga berada di Papua New Guniea. Hampir
tersentap jantung billa mendapat tahu yang rumah keluarganya di Gombak hangus
terbakar semalam. Asalnya rumah itu milik Tok Ma tapi Tok Ma beri kat ayah
untuk kami sekeluarga tinggal. Seribu kenangan kami sekeluarga ada di situ
sepanjang 10 tahun tinggal di situ malah barang dan gambar ada di rumah itu.
Dia tak sempat datang untuk ambil semuanya. Lagipun rumah tu dah jadi milik Tan
Sri Isa. Mujurlah Nenek Jah, pembantu rumah di situ simpan semua barang-barang
tu dan dia janji akan serahkan semuanya kat aku bila aku balik sini. Lima tahun lepas, Nenek Jah telah meninggal
dunia dan kini anaknya, Mak Cik Limah yang ambil alih tugas di rumah itu.
Sebelum meninggal Nenek Jah ada tinggalkan no telefon aku kat anaknya jika
sesuatu terjadi.
Jasmin terus menaiki teksi dan
memberitahu destinasinya kepada pemandu teksi itu. Telefon bimbit dikeluarkan.
“Nana! Aku dah sampai Malaysia. Flight kau pukul berapa?”
“Flight aku lagi dua jam lagi. Dah
sampai KLIA nanti, aku call kau. Kau pun kalau ada apa-apa update kat aku.”
Pesan Nana. Nasib baiklah kelmarin dia dah start cuti. Mungkin percutian mereka
berdua ke Bali terpaksa ditunda.
“Okey! See you later.” Kata Jasmin
sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Jasmin memandang ke luar tingkap
teksi. Dunia di luar begitu asing baginya. Hujan renyai-renyai mula turun.
Beberapa jam kemudian, teksi itu
berhenti di hadapan rumah banglo. Jasmin bergegas turun seraya membetulkan beg
galasnya. Mujurlah hujan dah berhenti. “Thank you.” Ucap Jasmin sebelum pemandu
teksi itu berlalu pergi. Pintu pagar di dekatinya. Dahinya sedikit berkerut
sebaik saja melihat rumah banglo itu.
Telefon bimbit berbunyi dan terus
Jasmin menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya. Jasmin masih terpinga-pinga
dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.
“Kau dah sampai ke?” tanya Nana.
Penerbangannya ke Malaysia terpaksa ditunda sejam lagi.
“Dah … Tapi rumah aku okey saja.
Elok jer aku tengok. Nak kat aku tersalah rumah tapi memang betul alamatnya.
Kenapa Mak Cik Limah call aku bagitau yang rumah aku terbakar?” Semakin serius
wajah Jasmin berfikir. Air muka berubah secara tiba-tiba. “Melainkan ….. ini
perangkap. Aku rasa ini trick Bazli nak
aku balik sini. I got to go now, Nana! Aku call kau nanti.” Terus Jasmin
menamatkan perbualan mereka berdua.
Baru setapak saja melangkah, dua
buah kereta menghalang perjalanan Jasmin.
Bibir digigit geram. Memang betul tekaan aku. Ini perangkap. Eee..
geramnya aku. Senang betul aku masuk perangkap Bazli.
“Cik Jasmin Junaidah.” Bazli
tersenyum sebaik saja keluar dari perut kerata. Tak sangka plan aku menjadi.
Akhirnya dia termakan umpan aku jugak. Dia mendekati Jasmin. Inilah pertama
kali dia bersemuka dengan Jasmin selepas lapan belas tahun. Wajah Jasmin
benar-benar mirip Auntie Halimaton.
“So ini mesti plan you kan, Bazli.”
Kata Jasmin. Dia lihat ada empat orang lelaki bersama Bazli.
“Yup! Itulah susah sangat nak jumpa
you face to face. So I terpaksa guna
cara ini. Lagipun I tahu rumah ini banyak simpan kenangan bagi you kan.”
“So I’m here! Nak cakap apa cakaplah
cepat.”
“Tok ayah nak jumpa you, Jasmin!”
“Siapa?” Jasmin sengaja berpura-pura
tak faham.
Bazli menarik nafas dan dihembus
perlahan-lahan. “Datuk you, Tan Sri Isa.”
“Datuk?” Jasmin berpura-pura
terkejut. “I ada datuk? First time I dengar. Betul ke I ada datuk? Seingat I, I
anak yatim piatu.”
“Jasmin!” suara Bazli tegas. Dia
faham perasaan Jasmin. Siapa yang tak marah jika satu-satunya darah daging
sendiri biarkan dia membesar seorang diri di luar negara. Tak pernah ambil
berat pun! Sekali pun tak melawat. Tak
hairanlah kalau Jasmin tak mengaku tok ayah datuknya.
“Cakap kat dia, I tak nak jumpa dia
langsung. Tengok bayang dia pun, I tak nak! Lagipun I tak nak ada kena mengena
dengan dia langsung. Faham!” Jasmin mula melangkah tapi dihalang oleh Bazli.
“ Please, Jasmin! Jumpa Tok ayah!
Sekali saja. Lepas you jumpa dia, you boleh balik semula ke Auckland.” Pujuk
Bazli.
“No! You tak faham bahasa ke? I tak
nak jumpa dia. You siapa nak halang I pergi dari sini, hah. Kalau you cuba nak
tahan I, cubalah!” Wajah Bazli direnungnya.
“Kalau dah terpaksa, nampaknya I
terpaksa guna kekerasan.” Bazli memberi isyarat pada empat orang security guard
yang dipinjamnya sebentar. Dia tahu Jasmin bukan sebarangan orang. Nampak saja
kecik kurus tapi dia belajar Judo, Taekwondo dan Karate. Kalau datang seorang memang cari nahas la.
Jasmin membuka langkah Taekwondo.
Dia memerhati gerak geri empat orang lelaki yang datang mendekatinya. Jasmin
mematahkan setiap serangan mereka sehingga mereka berempat tersungkur di tanah.
Bazli melihat apa yang berlaku
sekarang ini. Sekejap saja Jasmin belasah
security guard yang dibawanya. “Tak boleh jadi ni, apa-apa pun aku tak
boleh balik dengan tangan kosong.” Sapu tangan dari poket kot dikeluarkan.
Terpaksa juga aku guna plan aku yang terakhir ni. “Bangun cepat! Pegang tangan
dan kaki dia serentak.” Bazli memberi arahan.
Jasmin terkejut dengan kata-kata Bazli. Dia
cuba mempertahankan dirinya yang diserang serentak. Setiap serangan ditepis.
Bazli yang tadi hanya memerhati mula masuk campur. Sebaik saja Bazli cuba
hampiri, Jasmin ambil kesempatan menumbuk muka Bazli sehingga Bazli terduduk di
tanah.
Bazli memegang mata kanan yang
terasa sakit. “Pegang dia cepat!” jerit Bazli.
Jasmin terkejut bila kedua-dua
tangannya dipegang dan kemudian kakinya pula dipegang. Dia cuba meronta sekuat
hati tapi gagal untuk lepaskan diri. Tapi tak terdaya untuk melawan tenaga
berempat. “ Lepas! Lepas! I cakap lepaslah.” Jerit Jasmin sekuat hati. Dia
terkejut bila hidungnya ditekup dengan sapu tangan. Baunya buat Jasmin sukar
untuk bernafas .Sedikit demi sedikit penglihatannya mula gelap.
*************************
Cermin kecil diangkat. Bazli
membelek mata kanan yang lebam akibat ditumbuk Jasmin tadi. “Aduh! Sakit! Eee..
memang berbisa betul! Nasib baik mata aku tak jadi apa-apa. “ Bazli cuba
letakkan ubat. Mujurlah aku ni cerdik, ada backup plan kalau tak, apa yang
dirancang tak jadi.
“Kau ni dah kenapa? Siapa tumbuk kau
sampai mata kau lebam macam ni”” tegur Ikwan yang baru saja balik dari operasi.
Dia terus dekati Bazli yang sedang duduk di ruang tamu utama.
“Siapa lagi kalau bukan Jasmin!”
“Jasmin! Dia dah balik sini! Tapi
kenapa pulak Jasmin nak tumbuk kau?” Bazli merenung wajah sahabat baiknya.
Bazli melirik mata ke arah lain.
Kalaulah Ikwan tahu apa aku dah buat, confirm aku kena marah.
“Kau culik dia ke?” teka Ikwan.
Suara Ikwan tinggi seraya anak mata dia bulat membesar.
“Taklah! Aku … Aku bawa dia ke sini
tanpa kerelaan hati dia jer.” Bazli masih cuba menidakkan apa yang berlaku.
“Kau ni kan suka buat kerja gila,
tak pernah fikir apa akan berlaku nanti. Kalau dia report kat polis macam
mana?” Ikwan mencekak pinggang.
“Kau kan ada!” Bazli tersengih.
“Ewah! Ewah! Kau nak babitkan aku
sekali pulak. Banyak cantik muka kau!”
“Alah, Bro! Sekejap saja. Lepas
Jasmin jumpa Tok ayah, aku lepaslah dia. Lagipun aku jemput dia datang sini dengan penuh sopan santun ,
siap merayu lagi. Tapi Jasmin tu degil! Terpaksalah aku guna plan aku yang
terakhir. Kau ingat senang aku nak jumpa dia selepas ini. Kalau aku biar, entah
negara mana dia sembunyi. Entah-entah tak jumpa langsung. Lagipun aku dah call
Tok Ayah, awal-awal pagi esok tok ayah balik sini.”
Ikwan melepaskan keluhan. Dia memang
tak setuju dengan cara ini. Ini dah
menyalahi undang-undang.
“Please! Demi Tok Ayah!” pujuk
Bazli. Dia tahu weak point Ikwan. Tok Ayah! Ikwan sanggup buat apa saja demi
Tok Ayah.
“Mana Jasmin? Aku nak jumpa dia.”
“Ada kat bilik tetamu tingkat atas.
Kau nak jumpa dia buat apa?”
“Aku nak check kalau-kalau Jasmin
cedera atau tak? Kalau ada luka sikit, siap kau!” Ikwan terus berjalan menuju
ke tingkat atas.
Bazli terus bangun dan ekori Ikwan
dari belakang. “Luka! Kau tengok muka aku ni! Dia yang buat ,kau tahu tak?”
Bazli mendaki anak tangga satu persatu.
“Padan muka kau! Kau sendiri yang
cari penyakit kan.” Sindir Ikwan.
“Ada kawan macam tak ada kawan
langsung!” Bazli merajuk.Bibir mula muncung ke depan.
Sebaik saja tiba di pintu bilik,
Bazli terus mengeluarkan kunci dan pintu diketuk dulu sebelum masuk. Mereka
berdua melangkah masuk.
“Jasmin!” panggil Bazli.
Panggilannya tak disahut. Suasana sunyi sepi dalam bilik itu. Kosong! Air muka
Bazli berubah. “Mana dia pergi? Tadi dia ada.” Bazli melihat ke arah Ikwan.
Baru lima minit saja aku turun.
Ikwan melihat ke arah sliding door.
Beberapa langsir tingkap hilang. Ikwan terus buka sliding door. “Kau kunci tak
sliding door tadi?”
“Aku tak check la pulak tadi.” Bazli
ekori Ikwan keluar ke balkoni. Ada ikatan kain di pagar besi balkoni. Bazli
melihat ke bawah dan terkejut melihat Jasmin turun dengan memaut kain langsir
yang dijadikan tali untuk turun ke bawah. “Jasmin!” jerit Bazli. Mendidih darahnya sekarang ini. Panggilan dia
langsung tak endahkan. Jasmin terus
berlari ke belakang rumah sebaik saja tiba di bawah.
“Seriously, Bro!” Ikwan melihat ke
arah Bazli.
“Aku lupa yang dia suka rock
climbing! Kau tunggu apa lagi, tolonglah aku tangkap dia cepat.” Bazli terus
berlari tinggalkan Ikwan.
“Argh!... Masalah betul!” Wajah diraup beberapa kali. Ingatkan boleh
tidur awal malam ni. Dah la siang tadi aku lari kejar suspek di Kampung Baru,
malam ni pulak aku nak kena kejar Jasmin pulak. Malang betul nasib aku. Eee..
ini semua Bazli punya pasal. Sempat lagi anak mata melirik melihat jam yang menunjukkan pukul satu pagi.
**************************************
Jasmin berlari sekuat hati menuju ke
kawasaan belakang rumah. Dia dah bertekad akan lari tinggalkan tempat ini
walauapa yang terjadi.. Dia terkejut apabila bangun di satu tempat yang begitu
asing darinya. Bila diamati lama-lama, dia tahu dia di mana sekarang ini.
Jasmin pantas bangun dari atas katil dan memegang kepala yang masih sakit. “Tak
guna punya Bazli!” Tangan kanan
digenggam erat mengenangkan peristiwa tadi. Jasmin melihat keadaan di
sekelilingnya dan tiba-tiba mata terpandang sliding door di dalam bilik itu.
Bila ditolak rupa-rupanya tak berkunci, Jasmin tersenyum lebar. Langsir tingkap
ditarik dan diikat satu persatu untuk dijadikan tali. Kain diikat di pagar besi
balkoni. Benda macam ni dah biasa bagi aku. Aku selalu rock climbing kalau ada
masa lapang. Jasmin turun dengan berhati-hati. Apabila kaki mencecah tanah, dia
terdengar Bazli memanggil namanya namun tak dipedulikan langsung. Di fikirannya
hanya satu, keluar dari tempat ini. Tempat yang menyimpan kisah duka dalam
hidupnya.
Jasmin berhenti secara tiba-tiba.
Mata meliar melihat kiri dan kanan. Dia tak percaya dengan apa yang berada di
hadapannya sekarang ini. “What! What!” Jasmin tergamam. Dulu ada pintu pagar di
kawasan belakang tapi sekarang ada
tembok batu besar menggelilinginya. “Macam mana aku nak blah dari sini?”
Dahinya berkerut. Jasmin menoleh mendengar gelak tawa Bazli.
“So nak pergi mana sekarang ni? You
nak roboh pagar batu ke? Atau you nak panjat pagar tu? But for your info, dawai
atas pagar tu ada elektrik. Keras kejong you nanti. So mana you nak lari lagi?”
Bazli tersenyum. Enam belas tahun lalu memang ada pintu di belakang ni .Selepas
rumah ni pernah masuk pencuri, terus Tok ayah buat pagar batu.
Tiba-tiba giliran Jasmin ketawa dan
melangkah dekati Bazli yang berdiri hampir di tiang lampu. “You ingat you
seorang boleh tangkap I ke?”
Wajah Bazli terus berubah. Bazli
menoleh. Hanya dia seorang. Ikwan tak ada.
Jasmin
datang dekat Bazli dan jaket baju Bazli ditarik. Jasmin terus humban Bazli ke tanah
menggunakkan teknik judo yang dibelajarinya.
“adui!
Adui!” Bazli memegang belakang badan yang terasa sakit. Dia cuba bangun tapi
gagal.
“Padan
muka!” Lidah dijelir ke arah Bazli. Ini peluang aku! Sebaik saja ingin
memulakan langkah, Jasmin terkejut melihat seorang lelaki berdiri tidak jauh
darinya. Siapa lelaki ni? Orangnya tinggi dan berbadan tegap. Kelihatan lelaki
itu seolah-olah terkejut melihat dirinya.
“Bro!
Tangkap Jasmin cepat!” jerit Bazli yang masih terbaring di tanah.
Jasmin
mengetap bibir. Aku tak boleh biarkan diri aku ditangkap sekali lagi. Aku mesti
keluar dari rumah ni. Terlebih dahulu Jasmin menyerang Ikwan, satu tumbukkan hinggap di muka Ikwan.
Sekali lagi tumbukkan kena mulut Ikwan.
Ikwan
memegang rahang yang terasa sakit. Tiba-tiba Ikwan tersenyum dan mengesat darah
di bibirnya “You know what! You’re my type. I suka perempuan ganas dan kasar
macam you. So let’s date!” Mata kanan
dikenyit.
“Weirdo!”
marah Jasmin. Dah gila ke lelaki ni? Tiba-tiba ajak date dengan dia waktu macam
ni. Kenal pun tak! Biar aku belasah dia cukup-cukup, baru dia tahu langit tu
tinggi ke rendah! Jasmin terus menyerang beberapa kali tetapi setiap
serangannya dapat dipatahkan. Langkah diundur beberapa tapak. Dia cuba cari
weak spot lelaki ni tapi gagal. Jasmin
membuka langkah karate pula. Dia perlu tukar corak serangannya.
“So
macam mana? Setuju tak date dengan I?” Ikwan masih tersenyum. Bukan ke Bazli
kata Jasmin ni lemah lembut orangnya? Tapi yang berdiri di hadapan aku sekarang
ni bukan sebarangan orang. Gerakkan dia jugak pantas, kalau aku tak halang tadi
memang dah kena. Tadi Taekwondo sekarang ni Karate pulak. Berapa banyak seni
pertahankan diri dia belajar ni?
Jasmin
hanya mendiamkan diri dan terus menyerang.Sekali lagi Jasmin cuba tumbuk Ikwan
tapi tangan kanan dipegang Ikwan malah dikilas ke belakang. Dahi berkerut
kerana sakit.
“So
macam mana? You tak boleh lepaskan diri sekarang.” Bisik Ikwan. Dirinya begitu
dekat dengan Jasmin sehingga nafas Jasmin dapat didengari dengan jelas.
“Don’t
be sure about that.” Jasmin tersenyum.
Badan ditunduk sedikit dan tangan sebelah lagi digunakan menarik kolar baju
Ikwan. Dengan guna teknik Judo, Ikwan dihumban ke tanah seperti Bazli tadi.
Padan muka kau! Air muka Jasmin berubah bila Ikwan bangun semula dengan pantas.
“Not
bad! I makin suka kat you. Tak payah date la, kita kahwin terus. Setuju tak?”
Masih ada sisa-sisa senyuman di bibir Ikwan.
Wajah
Jasmin bertukar merah. Memang dah mereng mamat ni. Tadi ajak date sekarang ni
ajak kahwin pulak!Gatal! Dia ingat aku ni apa? Patung! Memang nak kena ni!
Jasmin terus serang Ikwan bertubi-tubi.
Jasmin cuba tendang perut Ikwan tapi sempat dielak oleh Ikwan. Sekali lagi
Jasmin cuba tumbuk perut Ikwan tapi kecuaian dia menyebabkan kedua-dua
tangannya ditangkap Ikwan dan dikilas ke belakang sekali lagi. Tiba-tiba Jasmin
terasa tangannya diikat! Tangan tak boleh bergerak langsung. Dia lihat tangannya diikat dengan tali pinggan
Ikwan.
“Lepaskan!
It’s not fair!” jerit Jasmin meronta agar dapat lepaskan diri. Dia cuba tendang
kaki Ikwan tapi gagal sehingga menyebabkan Jasmin hilang timbangan dan jatuh ke
tanah. Jasmin cuba bangun tapi gagal. Jasmin menggengam tangannya. Lebih
menyakitkan hati bila Ikwan ketawa mengejek padanya. Selepas ni mamat ni mesti
kena dengan aku! Tengoklah nanti. Aku ajar kau cukup-cukup. Jasmin masih cuba
untuk bangun namun masih gagal. Selepas beberapa minit, Jasmin putus asa . Dia
sudah penat. Rambutnya basah akibat peluh. Dia dah hilang tenaga untuk melawan
lagi. Dia cuba menahan kemarahannya lebih-lebih lagi melihat Ikwan masih
tersenyum melihat keadaan dia sekarang ni.
2 comments:
Nak lagi boleh😁😁😁
Boleh... Disebabkan awak, Apriya Nr .... Esok saya upload satu bab lagi. Thank you sebab baca.... :)
Post a Comment