BAB
8
Bazli
menarik selimut menutupi kepala apabila dengar pintu bilik diketuk
bertubi-tubi. Dia malas nak bangun. Baru saja nak lelap mata. Badannya masih
terasa sakit setiap kali bergerak. Ini disebabkan Jasmin semalam. Dihumbannya
aku macam aku ni teddy bear. Nasib baik tak patah pinggang aku.
Kali
ini dia terdengar namanya dia panggil. “ Aduh … apa pulak kali ni?” Dengan perlahan-lahan Bazli bangun dan
berjalan menuju ke pintu. Sempat lagi melihat jam dinding di bilik. Baru pukul
7.30 pagi. Pintu bilik dibuka.
“Bazli.
Ada orang cari Tan Sri. Kak Suri dah bagitau yang Tan Sri tak ada tapi dia
bertegas nak tunggu Tan Sri” Beritahu Suri.
“Ikwan
mana?” tanya Bazli. Semalam dia tak balik rumah dan bermalam di sini. Dah pukul
2 pagi, memang dah tak larat nak drivel. Lagipun badan ni masih sakit,
gara-gara disebabkan Jasmin! Nasib baik Ikwan ada, kalau tak mesti teruk aku
kena belasah.
“Lepas
subuh dah keluar. Dia kata ada hal kat balai.” Beritahu Suri.
“Hmm…
Tak apalah. Lima minit lagi, saya turun. Kak Suri buat air dulu kat dia. Saya
nak kena mandi dulu.” Kata Bazli.
“Baiklah!”
Suri terus berlalu pergi.
Sepuluh
minit kemudian Bazli turun anak tangga dan berjalan menuju ke ruang tamu. Bazli
memegang sebelah mata yang lebam dengan berhati-hati. Sakit! Apalah nasib aku? Bazli sempat lagi mengeluh.
Mujurlah dia minta cuti dua hari.
Langkah
Bazli terhenti sebaik saja melihat tetamu yang sedang duduk di sofa. Bazli tak
percaya dengan kehadiran wanita itu. OMG! Apa dia buat kat sini? Bazli mula
gelabah.
“Where
is she?” Nana terus bangun dan berjalan pantas dekat dengan Bazli. Wajah Nana
serius. Sebaik saja tiba di KLIA, dia
cuba hubungi Jasmin tapi tak diangkat. Selalunya Jasmin jawab call dia. Dia
mula risau. Entah-entah Bazli dah tangkap Jasmin. Apa-apa pun dia mesti cari Jasmin sampai
dapat! Tiba-tiba dia teringat Tan Sri Isa. Nasib baik dia ada kawan wartawan,
akhirnya dia dapat alamat rumah Tan Sri Isa.
“Aaa…
Tak faham. Siapa?” Bazli cuba berlakon. Alamak datang seorang lagi! Memang
nasib aku tak baik kebelakangan ni. Dia ni pun spesis macam Jasmin jugak.
“Tak
payah nak berlakon dengan I. You tahu siapa I cari kan!” Nada suara
ditinggikan. Renungan tajam tepat ke arah Bazli. Sempat lagi nak berlakon,
ikutkan hati aku dah lama aku lipat mamat ni masuk dalam almari. “Mana JJ? I
tahu JJ dah tiba di Malaysia plus waktu I cakap phone dengan JJ …. Dia dah ada
depan rumah dia di Gombak. Dan….. dia cakap ini perangkap you sebelum dia letak phone. Baik you cakap di
mana JJ sekarang ni, kalau tak I call polis. You mesti tak nak hal ni semua
orang tahu kan.” Ugut Nana.
Bazli
tersenyum sinis secara tiba-tiba. “ Nak report polis! Silakan! I tak kisah.
Lagipun polis nak percaya you ke? You hanya kawan baik dia kalau nak bandingkan dengan Tan Sri Isa. You
tak ada bukti yang Jasmin ada sini. So better you balik, maybe dua tiga hari
nanti Jasmin call you.”
Kata-kata
Bazli buat darahnya mendidih. Dia ingat apa aku ni budak-budak tadika! Nak
percaya cakap dia. “Nope! I takkan
berganjak dari sini selagi I tak jumpa JJ. Oh ya …cakap pasal bukti, tu mata
you yang lembam tu buktinya. For your info, setiap kali tumbuk orang … JJ akan tumbuk dekat dengan mata. Macam
mata you sekarang ni. So mana JJ sekarang ni?” Giliran Nana tersengih.
“Miss
Nana! You ni tak faham bahasa ke? I cakap tak tahu so tak tahu la. Baik you
balik sebelum I call polis.”
“Reportlah!
I tak takut.” Nana memulakan langkah
untuk mencari Jasmin. Aku yakin Jasmin mesti ada dalam rumah ni. Aku akan cari
Jasmin sampai dapat walaupun aku terpaksa geledah rumah yang sebesar istana ni. Selagi tak jumpa Jasmin, aku takkan balik.
“JJ! JJ! JJ!” jerit Nana sekuat hati.
Bazli
cuba menghalang tapi dia jatuh terduduk bila Nana tendang kaki kirinya. “ Aduh!
Aduh! Sakitnya.” Bazli mengerang kesakitan. Wajah berubah merah menahan sakit.
Nana
membuka bilik satu persatu mencari Jasmin sambil menjerit nama Jasmin. Tapi
tiada sesiapa. Dia dah tak kisah kalau ditangkap kerana menceroboh. Naluri kuat
mengatakan yang Jasmin ada di sini. Sebaik saja tiba di bilik terakhir, pintu
itu berkunci. “ JJ! JJ!” Nana menjerit. Telinga didekati di muka pintu. Dia
terdengar suara Jasmin dari dalam dalam.
Simbol pintu dipulas dengan kasar. Digoncang beberapa kali. Nana melihat
keadaan sekeliling mencari sesuatu. Dia perlu pecahkan tombol pintu tu.
“You
nak buat apa, hah?” jerkah Bazli. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Nana.
Masih rasa sakit dikakinya. Mereka
berdua ni memang patut pun jadi bestfriend… kasar lepas tu suka belasah orang.
“I
dengar suara JJ kat dalam tu. Baik you buka pintu ni sebelum I pecahkan pintu
ni.”
“Pecahlah
kalau you berani. I report polis dan biar you rasa bermalam di lokap.”
“You
…. “ Jari telunjuk tepat ke arah Bazli. Nafas Nana turun naik menahan rasa
marahnya.
“Apa
halnya, Bazli?” Tiba-tiba Ikwan berada di belakang Bazli. Dari jauh lagi dah
dengar suara Bazli dan perempuan ni. Tapi siapa perempuan ni? Kebetulan dia
tertinggal handphone di dalam bilik sebab itu dia terpaksa balik ambil
takut-takut ada call dari informer dia.
“Aaa…
Eloklah kau dah balik. Kau tangkap perempuan ni terus bawa balik balai. Dia dah
menceroboh.” Bazli menghela nafas lega lihat Ikwan.
“Hey!
I tak takut la. I jugak boleh report yang you culik JJ.”
Ikwan
menoleh dan melihat wanita yang rambutnya separas bahu. “Bazli, tu siapa?” tanya Ikwan ingin tahu.
“Miss
Nana. Bestfriend Jasmin.” Jawab Bazli acuh tak acuh.
“So
… kau bagilah dia masuk. Memang dah terang-terang Jasmin ada dalam bilik tu. Tu
aaaa… Kau dengar suara Jasmin tengah menjerit tu. Kau bukalah bagi Missa Nana masuk. “ kata Ikwan. Dari
luar mereka dapat dengar suara JJ menjerit.
“Tapi
….”
“Tak
ada tapi-tapi lagi, Bazli. Tok ayah dah naik flight pagi tadi. Sekejap lagi Tok
ayah sampai.” Ujur Ikwan. Pagi tadi dia ada terima call dari Tok ayah. Katanya
flight dia pukul tujuh pagi dari Jakarta.
Bazli
serba salah jadinya. Dia dekati Ikwan. “Lepas aku buka pintu, confirm Jasmin
belasah aku.” Bisik Bazli di telinga Ikwan. Tak pasal-pasal nanti sebelah biji
mata aku lebam pulak.
“Aaa…
baguslah. Kau sendiri yang mulakan semua ni kan. Kau yang culik dia memang
patut kau kena. Bukalah pintu tu. Tak payah kau tambah masalah yang dah ada ni.
Lagipun Jasmin tak boleh lari mana-mana pun, passort Jasmin ada kat kau kan!
Aku nak kena balik semula ke balai. Bazli, make sure kau buka pintu tu.” Tegas
Ikwan sebelum berlalu pergi.
Keluhan
berat dilepaskan. Bazli memandang Nana yang tersengih mengejek dirinya. Kunci
dikeluarkan dari poket seluar. Pintu bilik dibuka.
Nana
terus meluru masuk ke dalam bilik. Tanpa membuang masa Bazli tutup semula pintu
dan dikunci semula. Badan disandar di muka pintu dan menarik nafas lega. “Nak
jumpa sangat kan! Jumpa la.”
***********************
Langkah
Nana terhenti bila pintu ditutup semula. Dia dengar pintu dikunci semula dari
luar. Eee… tak guna betul mamat ni.
Patutnya aku heret dia masuk sekali. Biar Jasmin belasah dia. Menyesal pulak
tak heret tadi.
“Nana!”
Jasmin tersenyum melihat Nana. Dia cuba bangun tapi duduk semula disebabkan
kedua-dua tangannya diikat.
“JJ!”
Bergegas Nana dekati Jasmin. Dia terkejut bila Jasmin diikat di birai katil.
“Siapa ikat you ni? Tak ada hati perut langsung.” Nana terus mengeluarkan pisau
swiss army dalam begnya. Ikatan kain itu terputus.
“I’m
glad you here!” Jasmin terus memeluk sahabat baiknya. Selepas beberapa saat
pelukan terlerai. “Tapi macam mana kau tahu aku kat sini?” tanya Jasmin hairan.
“Well
you know me! Aku ada kawan kat Utusan Malaysia. So siapa tak kenal datuk kau
kan! Tapi macam mana kau boleh kena ikat macam ni. Selalunya bab belasah orang,
kau memang champion.”
“Perli
aku nampak! Fuh….. kalau tak disebabkan mamat yang datang entah dari mana tu,
dah lama aku blah dari sini. Sakitnya hati aku.” Setiap kali memikirkan
kejadian semalam, mesti mendidih hatinya sekarang ni. Siapa lelaki tu? Eee..
seumur hidup aku tak pernah aku dimalukan seperti ini. Kalau aku jumpa kau,
siaplah kau nanti.
“Siapa
mamat tu? Aku nak sangat tahu siapa dia lelaki yang mampu kalahkan kau!” soal
Nana sambil tersengih.
“Jangan
nak kenal sangat. Kau datang sini, kau mesti ada plan macam mana nak keluar
dari sini kan?”
Nana menggaru kepala beberapa kali
sebelum menjawab soalan Jasmin “Tak ada.” Jawab Nana selamba.
“Apa!”
“Aku seorang nak lawan datuk kau!
Memang kerja gila. Tak pasal-pasal aku masuk dalam lokap. Lagipun datuk kau dah
on the way balik sini. Sekejap lagi sampai. Dah terlambat kau nak lari.” Nana
membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa.
“Aaaa… Shhh…”
“Be careful with your word, young
lady!” Nana memberi amaran agar Jasmin tidak mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya.
“So macam mana ni? Aku tak nak jumpa
dia. I hate him. Dia bukan datuk aku.”
“Suka atau tak kau tetap akan jumpa
dia. Kau dengar dulu apa datuk kau nak cakap. Maybe datuk kau nak minta maaf?”
Jasmin terus bangun dan ketawa kuat.
“ Tan Sri Isa nak minta maaf? Kau tak kenal dia macam mana! Dia takkan mengaku
kesalahan dia walaupun memang jelas terbukti memang kesalahan dia. Ego dia
lebih tinggi dari Gunung Everest, kau tahu tak!” Wajah Jasmin serius.
“Eee… Kau ni! Belum apa-apa dah
prasangka buruk.”
Tiba-tiba Jasmin menghulurkan tangan
kepada Nana.
Berkerut dahi Nana melihat Jasmin.
“Apa!”
“Aku lapar. Dari semalam aku tak
makan! Dalam beg, kau mesti ada snacks kan.” Jasmin memegang perutnya yang
tiba-tiba berbunyi. Dia tahu ke mana-mana Nana pergi, Nana pasti akan bawa
snacks di dalam begnya.
“Kau tak makan lagi!” Separuh tinggi
nada suara Nana.
“Iyalah! Orang rumah ni semuanya
kejam! Macam tuan dia jugak. Culik aku lepas tu tak bagi aku makan. Nana,
cepatlah.” Gesa Jasmin
“Yelah! Mujurlah aku ada beli roti
di airport tadi.” Zip beg dibuka. Botol air mineral dikeluarkan dan kemudian
beberapa bungkus roti dan biskut diletakkan di atas katil.
Jasmin terus duduk. Bungkusan roti
dibuka dengar kasar. Dengan pantas, roti dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah
dengan gelojohnya. Kalau dengan Nana, aku tak payah risau pasal makanan.
Confirm Nana akan sediakan semua tu.
“Makan tu perlahan-lahan. Nanti
tercekik baru tahu.” Nasihat Nana seraya kepala digeleng beberapa kali melihat
cara Jasmin makan.
*************************************
Sebaik saja dengar pintu bilik
dibuka, Nana dan Jasmin menoleh serentak.
Jasmin terus bangun tapi sempat ditahan oleh Nana. Nana tak mahu Jasmin
bertindak terburu-buru.
Zakaria dan Bazli masuk bersama-sama.
Dibiarkan Zakaria berjalan dahulu darinya.
“Jasmin! Nana! Uncle minta maaf bagi
pihak anak Uncle. Uncle tak sangka ini plan Bazli.” Zakaria menjeling ke arah
Bazli yang berdiri di sebelahnya. Dia terkejut dapat tahu yang Bazli culik
Jasmin ke sini. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah halang Bazli.
“Ayah! Kalau Bazli tak buat macam
tu, mustahil dia setuju nak datang sini.” Bazli cuba bela dirinya sendiri.
Disebabkan hal ini, hampir nak menanah telinga aku dengar leteran ayah.
“Dah salah tu mengaku sajalah. Hey,
kalau nak kurung orang pun. Janganlah sampai tak bagi orang makan. You nak JJ mati
kelaparan ke? Dari semalam JJ tak makan, tahu tak?” Nana bersuara.
Sekali lagi Zakaria menoleh. “Bazli!
Kamu tak bagi Jasmin makan ke?” Bulat anak mata Zakaria. Dia mengetap bibir.
Zakaria melirik anak mata di jam dinding. Dah pukul 11.30 pagi. “Pagi tadi,
kamu bagi tak Jasmin breakfast?” tanya Zakaria.
Bazli terdiam. Alamak! Terlupa la!
Dia tak berani pandang wajah ayahnya.
“Budak ni! Aaa… Tunggu apa lagi?
Suruh Suri masakkan breakfast kat Jasmin. Nana sekali! Benda macam tu pun nak
kena orang suruh.”
“It’s okey! Dah tak terasa nak
makan. Rasa loya kalau makan makanan rumah ni.” Jasmin sengaja membuat mimic
muka nak termuntah.
“Tu
… Tu… Ayah dengar kan! Kalau Bazli bawa pun, bukan dia nak makan.” Bazli mencelah.
“Hish
… Budak ni!” Zakaria memberi amaran
supaya Bazli jangan masuk campur.
“Uncle!
Tan Sri Isa dah sampai ke?”tanya Nana.
“Dah!
Dia nak jumpa Jasmin di bilik bacaan sekarang ni.” Beritahu Zakaria. Kedatangan
dia ke sini untuk menjemput Jasmin berjumpa dengan Tan Sri Isa.
Tiba-tiba
Jasmin mendengus kuat. “ Kenapa pulak nak jumpa dia kat sana? Sepatutnya dia
datang sini, dia yang nak sangat jumpa kan! So suruh dia datang sini. ” tegas
Jasmin.
“
Kenapa you biadap sangat, Jasmin? Dia tu yang you maksudkan datuk you! Darah
daging you!” Bazli mencelah. Berasap telinga aku dengar!
“What!
Datuk I? Siapa? Kalau betul dia datuk I, dia takkan buang I macam tu. Hampir
dua puluh tahun, I hidup seorang diri but now …. You cakap dia tu datuk I, dia
layak ke?” Wajah Jasmin bertukar merah.
Bazli
terkedu.
Zakaria
menoleh dan menghembus nafas perlahan-lahan. Bazli ni memang nak cari masalah.
Yang pergi cuit orang tengah marah tu buat apa, kan dah bertambah membara api
dia. “Kalau macam tu, Uncle akan beritahu Tan Sri Isa.” Zakaria terus menarik
tangan Bazli agar keluar bersamanya. Kalau duduk lama lagi, lain jadinya nanti.
Boleh gaduh besar.
**************************************************
Jasmin
menggenggam erat kedua-dua tangannya. Dia cuba tenangkan perasaannya yang
sedang bergelora sekarang. Perasaan marah dan takut kuat bergelora dalam hati
sekarang ni. Jantungnya berdegup kencang. Dah bertahun- tahun, aku tak
bersemuka dengan dia! Aku tak pernah berharap akan bersemuka dengan dia lagi.
Dah lama aku padam dia dalam hidup aku. Dia bukan sesiapa pun so … kau kena
tunjukkan yang kau bukan seperti dulu lagi. Budak kecil yang selalu menangis
setiap kali dihina dan dicaci. Sekarang ni kau dah besar, kau jangan biarkan
dirikau dihina lagi. Jasmin cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya
sendiri.
“
Are you okey, JJ? Dari tadi kau asyik diam saja.” Soal Nana melihat Jasmin yang
hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.
“Okey!” jawab Jasmin dengan nada tegas.
Tiba-tiba
pintu bilik dibuka. Nana terus bangun. Dia lihat Jasmin masih duduk selamba di
atas katil.
Tan
Sri Isa berjalan masuk bersama-sama dengan Zakaria dan Bazli. Bazli terus ambil
kerusi yang ada di dalam bilik itu untuk Tan Sri Isa duduk.
Nana
melihat Tan Sri Isa dari atas hingga ke bawah. Dia tergamam. Nasib baik tak
ternganga mulut ni. Memang aura billionaire. Penampilan dia pun dah menunjukkan
dia bukan orang sebarangan. Dari atas hingga ke bawah, tubuh dihiasi barangan
berjenama. Pandangan Nana beralih kepada Jasmin. Tanpa disedari kepala digeleng
beberapa kali. Dipandangnya Jasmin dari atas ke bawah. Memang ketara sangat!
T-shirt putih! Kemeja petak! Seluar jeans terkoyak! Memang itu pakaian harian
dia hari-hari. Tak ada style langsung. Kalau macam ni, memang tak ada siapa pun
percaya Jasmin ni cucu orang kaya. Dah selekeh, comot pulak tu. Dahi sedikit
berlipat melihat gelagat Jasmin dan Tan Sri Isa. Masing-masing diamkan diri dan
memandang satu sama lain. Dah macam
masuk pertandingan pandang memandang pulak. Masing-masing tak nak mengaku
kalah.
Zakaria
berdehem beberapa kali. Dia turut sama rasa kekok dengan suasana tegang
sekarang ni.
“So
I’m here! Cepatlah cakap. Jangan buang masa I yang dah terbuang sekarang
ni.” Jasmin memulakan bicara. Wajah
serius tanpa senyuman. Dia cuba kawal rasa gemuruhnya lebih-lebih lagi bila
mereka berdua bertentang mata.
Tan
Sri Isa masih mendiamkan diri dan memerhati.
“
Kalau setakat nak diam macam ni, baik tak payah jumpa. Bazir masa orang lain
saja. Oh ya, Tan Sri tak takut ke nanti I bawa sial dalam rumah ni! Iyalah .. I
ni kan pembawa sial. Takut pulak kalau ada orang dalam rumah ni meninggal.
Lengkup pulak business Tan Sri nanti.” Jasmin sengaja mengungkit kisah lama
hidupnya. Peluang yang ada aku akan guna untuk sakitkan hati dia. Sepertimana
dia sakitkan hati aku selama ini, aku sakitkan hati dia lima kali ganda. Biar
dia rasa. Tapi reaksi Tan Sri Isa yang bersahaja membuatkan Jasmin pula yang
rasa sakit hati.
Jasmin
terus bangun. Dia tak nak buang masa lagi. “So kalau tak ada apa-apa nak cakap,
I nak balik. Jom, Nana!” Tangan Nana
terus dipegang.
Tan
Sri Isa bangun jugak. “Rasanya hari ini bukan masa sesuai nak bincang. Kita
bincang lain kali. “ kata Tan Sri Isa sebelum menoleh ke arah Bazli. “Bazli,
pastikan dia tak pergi mana-mana. Kamu pegang passport dia baik-baik.” Pesan
Tan Sri Isa sebelum berlalu pergi. Bazli tersenyum sinis kepada Jasmin sebelum
ekori Tan Sri Isa.
Jasmin
tergamam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Passport aku? Tiba-tiba dia teringat
beg galas yang dibawanya semalam. Semua benda-benda penting ada kat situ. Tanpa
passport, macam mana aku nak balik Auckland. Dia memandang Nana beberapa saat
sebelum mula melangkah untuk mengejar Tan Sri Isa.
Zakaria
menghalang. “Jasmin! Jangan terburu-buru. Bersabar!”
“Bersabar
apa lagi, Uncle! Dah jelas! Dah terang dia hanya nak kenakan saya saja. Apa dia
nak lagi, Uncle? Kenapa tiba-tiba dia nak jumpa saya? Kalau setakat nak
sakitkan hati, baik tak payah.”
“Sebenarnya
Uncle pun tak tahu, Jasmin. Bila ditanya, tak dijawab. Uncle sendiri tak tahu.
Beginilah, Jasmin dan Nana berehat dulu. Uncle akan suruh Suri masakkan
sesuatu. Pasal datuk Jasmin, biar uncle uruskan.” Pujuk Zakaria. Dia cuba
tenangkan keadaan. Dua-dua orang ada angin. Jasmin pun dah banyak berubah.
Orangnya dulu yang lemah lembut kini bertukar jadi kasar. Dia sendiri tak faham
apa yang Uncle Isa mahukan sebenarnya. Dah ada depan mata tapi buat-buat tak
nampak pulak. Boleh jadi ribut rumah ni.
Jasmin
hanya diamkan diri. Dia tendang kerusi yang diduduk Tan Sri Isa sebentar tadi untuk lepaskan kemarahannya.
“Arghhhhh…..”
“Uncle!
Baik Uncle keluar sekarang. Angin JJ tak berapa baik tu. “ Nana dekati Zakaria
dan memberi amaran.
Zakaria
mengangguk kepala sebelum keluar dengan wajah gelisah. Perangai mereka berdua
ni sama saja. Degil! Ego! Kerasa hati! Langkah dipercepatkan kerana hari ini
dia dan Tan Sri Isa ada mesyuarat di Putrajaya.
1 comment:
Thank you 😍😍😍
Post a Comment