BAB 6
Helena
mula mencekak pinggang. Rambut diikat menjadi satu. Kepala digeleng beberapa
kali. Hampir lima minit dia terpacak di luar rumah. “Miza oiiii…. Kau buat apa
lagi kat dalam tu? Takkan make up kut.
Cepatlah sikit.” Helena meninggikan suara.
“Sekejap! “ jerit Miza bergegas
keluar dari bilik. “Site office dekat
saja, sepuluh minit pun tak sampai. Releks la.” Bebel Miza seraya menyarungkan
jaket jeans. Helena memang jenis on time.
Kalau masuk pukul 8, sebelum pukul mesti dah ada dalam office. Dia terserempak dengan Nina yang baru keluar dari dapur.
“Tengahhari nanti kalau lapar, masak ja. Dalam fridge dah ada macam-macam. Kami
selalu tak balik. Kalau ada apa-apa hal,
call kami. Okey.” Beritahu Miza seraya berjalan seiringan bersama Nina.
“Baiklah! Petang nanti, Nina masak
mee udang, balik awal yer.” Nina tersenyum.
“Mee udang! Cantik! Memang teringin
nak makan mee udang pun. Lepas kami keluar, kunci pintu tau. Kalau ada orang
tak kenal datang, jangan buka pintu. Sekarang ini banyak sangat jenayah. “
pesan Miza sambil memakai kasut.
“Miza! Nina tu dah besar. Bini orang
dah pun. Dia tahulah jaga diri dia. Kau jangan nak jadi mak nenek pulak.”
“Suka hati akulah…. Nina, tutup
pintu sekarang. Kami pergi dulu.” Miza beri isyarat supaya Nina tutup pintu.
Pintu rumah ditutup rapat
termasuklah pintu pagar besi.
“Mak oiii… patut la lama, make up kau tebal giler. Kau tak fikir
ke? Membazir. Iyalah…. Pukul 12, kau ada
blasting kan! Tengahhari pulak tu! Cair make
up kau nanti.”
“Argh…. Kalau cair, aku make up balik.”
“Suka betul menjawab kan. Jomlah dah
lambat.” Ajak Helena. Mereka berjalan menuju ke kereta Toyota Hilux.
Langkah Helena dan Miza terhenti
secara tiba-tiba. Ada sebuah kereta Mazda meluncur masuk di perkarangan rumah
sewa mereka. Kereta Mazda itu dipakir di sebelah kereta Helena. Seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah
itu dan berjalan dekati mereka berdua.
“Nina mana?” Cermin mata hitam
ditanggalkan. Pandangan tertumpu kepada kakaknya.
Miza memandang ke arah Helena. Siapa
lelaki ni? Handsomenya….Ada iras-iras
Helena, mungkin ke ini adik Helena tu? Suami Nina.
“Wah… cantik betul perangai kau sekarang ni.
Datang rumah orang lepas tu tak bagi salam. Kau ni orang islam ke?”
“Argh…. Aku datang sebab Nina. Gaby
, Nina mana? Aku tahu dia ada di sini.” Mata Damien melihat rumah sewa Helena.
Dia yakin Nina ada di sini. Ke mana lagi Nina akan pergi selain kakak aku. Nina
anak yatim piatu. Dia rapat dengan Helena. Dia terkejut apabila baca surat yang
ditanggalkan oleh Nina. Huru hara hidupnya sekarang . Ini semua gara-gara Izza.
Kalau tak kerana Izza, Nina takkan tinggalkan aku.
“Mana aku tahu! Dia isteri kau! Kau
patut lebih tahu. Kali ini kau buat apa, hah?” Helena sengaja berpura-pura tak
tahu. Dia patut ajar adiknya cukup-cukup. Ajar bagaiman nak hargai orang lain.
Damien terdiam. Dia pada mulanya
tadi berani tiba-tiba rasa takut pulak.
“Kali ini perempuan mana pulak kau
buat skandal, hah!” tanya Helena dengan wajah bengis. Didekati Damien
perlahan-lahan.
Miza masih kaku berdiri di
situ. Rasa panas sekarang ini. Helena
memang garang giler.
“Mana ada. Salah faham saja.” Jawab
Damien dengan suara terketar-ketar. Kalaulah dia tahu, memang teruk aku kena belasah
nanti.
“Kalau betul salah faham, kau takkan
cari Nina sampai sini. Cuba kau cakap kat aku apa kau dah buat kat Nina!”
“Salah faham …. Salah fahamlah…..
Aku tahu Nina ada di sini. Panggil Nina keluar cepat.” Damien mengelak dari
menjawab soalan Damien. Pandangan beralih
ke rumah sewa Helena. Naluri dia dapat rasakan yang Nina ada di sini.
“Kau jangan nak ubah topik. Jawab
dulu soalan aku.”
“Boleh tak kalau kau tak masuk
campur dalam rumahtangga aku? Sebab kaulah, rumahtangga aku sentiasa bermasalah.”
“Kau cakap apa?” jerkah Helena.
Wajah bertukar merah.
Damien terkejut. Begitu juga Miza.
“Cuba kau ulang sekali lagi apa kau
cakap tadi. Aku nak dengar.”
Lidah Damien terus menjadi kelu.
Bibit digigit rapat. Jantung terus berdengup laju. Kakak aku dah tukar jadi
singa. Mulut aku ni pun satu, cakap main lepas saja. Mampus aku kali ini.
Mulut Miza mula berbentuk huruf o.
Mampuslah adik Helena kali ini. Helena dah naik hantu.
“Hey! Kau sedar tak apa kau cakap
tadi, hah! Kau tu yang bermasalah. Perempuan keliling pinggang. Tak puas dengan
seorang, kau cari orang lain kat luar sana. Ada isteri baik pun tak cukup lagi.
Siapa nak tahan kau dapat suami macam kau. Kau yang buat masalah lepas tu kau
salahkan aku pulak. Cuba kau cakap kat aku, siapa yang bersalah sekarang ini.
Aku ke kau!” jerkah Helena sekali lagi. Mata adiknya dipandang tanpa berkelip.
“Apa halnya ni? Ada apa yang kami
boleh bantu.” Tiba-tiba ada suara menyampuk.
Tok Wan Daud dan Faliq ada di situ.
Dari dalam rumah mereka dengar suara orang sedang bergaduh. Begitu rancak
bergaduh. Kelihatan Helena sedang bergaduh dengan seseorang.
Faliq memerhati lelaki itu. Macam
pernah nampak saja. Ya… aku dah ingat. Ini lelaki yang Helena simbah dengan air
hari tu. Dah kantoi dengan perempuan lain, berani datang sini pulak. Berani
betul lelaki ini. Patutnya dah lama tinggalkan lelaki jenis tak setia macam ni.
“Eh.. orang tua! Kau jangan masuk
campur. Ini urusan keluarga.” Damien
meninggikan suara. Dia lepaskan kemarahan dia kat orang lain. Dia tak suka
orang asyik masuk campur urusan dia.
Mata Helena membulat besar. “Damien Iskandar
B. Zain Ariffin.” Nama penuh Damien
disebut satu persatu. Tak semena-mena telinga kanan Damien menjadi mangsa.
Ditariknya sekuat hati.
“Aaaa…. Gaby! Sakit……” Damien cuba
lepaskan diri namun gagal. Memang sakit macam nak tercabut telinga dibuatnya.
Miza menutup mulut yang ternganga
dengan kedua-dua tangannya. Nak tergelak pun ada. Dah besar panjang tapi kena
tarik telinga lagi.
“Minta maaf kat Tok Wan cepat. Oooo…
mentang-mentanglah kau pilot, kau
ingat kau tu besar sangat. Dah tak reti hormat orang ke?” Helena memberi
arahan. Dia sudah anggap Tok Wan Daud seperti datuknya sendiri.
Tok Wan Daud dan Faliq juga
tercengang.
“Minta maaf cepat! Kalau tak, aku
tarik telinga kau yang satu lagi.”
“Yaaaa…. Saya minta maaf.” Dengan
pantas Damien meminta maaf. “Dah minta maafkan, lepaslah!”
Telinga Damien dilepaskan dengan
kasar.
“Baik kau balik sebelum aku patahkan
kaki tangan kau.” Helena menyuruh Damien pulang. Dia tak mahu Damien buat
masalah di sini.
“Arghhh…..” jerit Damien tanda tak
puas hati. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. Sebaik saja enjin kereta
dihidupkan, Damien hon kereta beberapa kali sebelum bergerak pergi.
“Hish… budak ni!” Helena mengetap
bibir.
“Kau ni, Helena! Sudah-sudahlah. Dah
pergi pun.” Miza cuba tenangkan Helena yang tengah marah sekarang ini.
Helena memandang Tok Wan Daud. Dia
rasa malu pulak tadi. “Saya minta maaf, Tok Wan. Hal ini takkan terjadi lagi.”
“Nak bergaduh pun, pilihan tempat
dulu. Ini tak, pilih tempat terbuka luas macam ni. Semua orang nampak! Semua
orang boleh dengar. Dalam perhubungan ini, memanglah ada pasang surut.
Sedangkan lidah lagi tergigit, betul tak Tok Wan.”
“Apa yang kau merepek ni,hah?” Dahi
Helena berkerut. Dia kurang faham maksud Faliq tadi.
Miza ketawa beberapa saat. “Itu
bukan boyfriend Helena. Itu adik dia
la…..”
“Ooooo….. Aku ingatkan boyfriend Helena tadi. Terkejut juga aku
tadi bila Helena tarik telinga tadi.”
“Adik!” Faliq terkejut besar. Rasa
macam tak percaya.
“Ya! Adik kandung.” Helena sahkan
kata-kata Miza tadi.
“Tak sangka adik pulak.” Faliq
ketawa jugak. Dia cuba sembunyi rasa malunya.
************************************************
Faliq berdiri di tingkap biliknya.
Dia melihat ke luar. Suasana kampung begitu mendamaikan. Udaranya bersih,
pemandang sawah padi yang menghijau. Pertama kali dia merasai suasana seperti
ini. Dirinya rasa tenang. Yang pasti,
kalau teringin nak minum air kelapa, petik saja kat belakang rumah. Sedap
memang sedap!
Tiba-tiba Faliq tersenyum sendirian.
Teringat peristiwa pagi tadi. Faliq ketawa. “Wah… mati-mati aku ingat mamat
hari tu boyfriend dia, rupa-rupanya
adik dia. Patutlah dia naik angin hari tu. Mujurlah dia tak tarik rambut
perempuan tu. Wah… ganas jugak dia dengan adik dia. Eee.. takutnya. “
Telefon bimbit berbunyi dan
dicapainya. “Assalammualaikum, mummy!” Suara Faliq begitu ceria menjawabnya.
“Waalaikumussalam… Anak mummy
sihat?” jawab May.
“Sihat alhamdullilah… Mummy Daddy
sihat?”
“Of
course sihat. Macam mana kat sana? Faliq okey ke? Mereka tak syak apa-apa
ke?” tanya May. Dia sebenarnya risau fikirkan Faliq. Seorang diri di sana.
‘Tak, mummy! They are nice to me especially Mak Tok Aishah.”
“I’m
glad to hear that. Be nice to them,
okey! Alamak…. Daddy dah balik.” May menoleh apabila terdengar bunyi kereta
suaminya pulang. “Kirim salam kat mereka yer. Pasal daddy tu, pandai-pandailah
mummy uruskan. Bye. Assalammualaikum….”
“Waalaikumussalam.” Talian dimatikan.
Hilang jugak rasa rindu kat mummy. Maklumlah anak tunggal. Dah tua-tua macam ni
pun manja lagi. Anak mak! Faliq tersenyum seorang diri.
“Faliq!”
“Ya” Dengan serta merta Faliq
menjawab dan keluar dari biliknya. Suara macam dari dapur. Faliq melangkah ke
dapur.
“Jom, kita minum petang. Depa sebelah bagi cucur badak. Makan
panas-panas sedap ni.” Ajak Tok Wan Daud.
“Orang sebelah rumah ke? Memang buat
ke ?Macam tak percaya saja. Tahu ke masak?” Faliq terkejut. Rasa sangsi. Iyalah
selalunya orang berkerjaya ni jarang sekali ke dapur.
Tok Wan Daud ketawa beberapa saat. “Depa berdua tu memang tak tahu masak.
Yang masak ni adik ipar Helena, aaaa… apa nama dia….. aaaa Nina. Dia yang
buat.”
“Oooo….”
“Depa
dua tu tahu buat sandwich dengan salad saja. Tak kena dengan tekak aku ni.” Tok
Wan Daud ketawa sekali lagi.
Faliq turut sama ketawa.
2 comments:
Alaaaa.. Pendek plak rasa.. Please update sis, xsabar nak baca
Diana Ismail.... Nanti saya upade yer ... :)
Post a Comment