BAB 9
Pintu
bilik dibuka dengan kasar. Safety vest
dibuka dan dilempar manakala safety
helmet dibuka dengan kasar dan diletakkan di atas meja. Rambutnya berserabut
dan diselak dengan kasar. Bilik rasa panas. Bukan bilik yang panas tapi hatinya
yang tengah panas sekarang ni. Dia baru saja balik dari site.
Pintu diketuk tiga kali sebelum Miza
terpacak di muka pintu. “Budak-budak bagi tahu kau perang sakan dengan Jack kat
site hari ini.” Miza terus masuk
tanpa menunggu pelawaan Helena. Kecoh office
pasal Helena bergaduh dengan boss sub con.
“Cepat betul mereka sampaikan kat
kau.” Helena sempat menjeling ke luar melihat staff supervisor yang ada di situ. Masing-masing memandang ke arah
lain.
“Gossip kau kan hangat.”
“Gossip apa bendanya! Hati aku
tengah panas ni. Marah aku belum reda lagi, kau tahu tak. Eeeeee….. geramnya
aku . Jack tu suka sangat buat kerja ikut suka hati dia. Aku dah pesan banyak
kali. Pasal site clearing sebelum nak
clear, pastikan tanah tu tanah kita.
Ini tak, dia pergi langgar tanah orang. Tuan tanah mengamuk la. Habis pokoknya
ditebang. Yang kini maki hamun, aku ni hah…” Helena masih tak berpuas hati.
“Sabar! Sabar! Bawa mengucap. Marah-marah
tak elok, nanti naik darah tinggi kau. “ Miza cuba menenangkan keadaan.
“Aku tak ada darah tinggi la. Eee….
Kau ni, memang nak aku ni ada darah tinggi ke?”
“Eee… kau ni asyik sentap saja.
Jomlah balik. Kita pi makan ais kacang Kak Melur kat hujung kampung ni. Biar
reda api marah kau tu, aku belanja.”
“Cantik!!!! Ini yang aku nak dengar.
Give me five minutes, aku nak kemas
barang aku. Lepas tu, kau tengokkan adik ipar aku tu. Rajin terlebih sangat.
Cakap kat dia, kita dah nak balik. Dah pukul enam petang ni.” Pesan Helena.
Mata sempat menjeling ke arah bilik Nina. Sudah seminggu Nina berkerja
dengannya.
“Baik,boss!” Miza tersengih sebelum
berlalu keluar.
Safety
vest diambil dan disangkut di kerusi manakala safety helmet diletakkan di atas rak. Kertas-kertas yang berselerak
di atas meja dikemaskan. Komputer ditutup dan dicabut suisnya. Jaket jeans
diambil dan dipakai.
Bunyi deringan telefon pintar tidak dihiraukan. Dibiarkan saja
berbunyi. Dia tahu siapa sebab itu dia buat tak tahu. Biar Damien rasa. Kalau call, maknanya Damien dah ada kat
Malaysia. Mesti tengah gila meroyan cari Nina. Argh.. lantaklah. Sendiri cari
masalah. Ada isteri punyalah baik, cantik pulak tu. Langsung tak nak appreciate, yang dicari perempuan tak
cukup kain kat luar sana tu. Lelaki … memang tak pernah puas. Bibir dijuih
panjang. Helena terus tukar mod silent.
Dia tak mahu Nina dengar.
****************************
Miza dan Nina sudah masuk ke dalam rumah. Dah
kenyang makan ais kacang Kak Melur. Bukan semangkuk, bermangkuk-mangkuk
dilahapnya. Kembung perut dibuatnya.
Langkah Helena terhenti. Helena terus mencari penyapu di belakang
rumah. Ada daun-daun kering di depan rumah. Daun-daun kering itu disapu dan
dikumpulkan ke tepi untuk dibakar nanti. Tiba-tiba Helena berhenti menyapu dan
badan berdiri tegak. Helena memandang sekeliling. Rasa pelik. Seolah-olah ada
orang memerhati gerak-gerinya.
“Kenapa aku rasa macam ni?” Dahi
Helena berkerut. Rasa tak sedap hati pun ada. Rasa seram sejuk pun ada. Helena
memandang sekeliling sekali lagi. Pandangannya terhenti melihat tingkap atas
rumah Tok Wan Daud. Faliq tersenyum ke arahnya.
“Apa tengok-tengok?” Helena menunjukkan
penumbuknya. Hish… Tak suka betul orang
macam ni. Tengok orang diam-diam. Macam stalker
pulak. Patutlah seram sejuk tadi.
Faliq hanya ketawa. Kadang-kadang tu
dia sendiri hairan kenapa dia suka tengok Helena. Apa yang Helena buat nampak
comel walaupun waktu dia tengah marah. Dia sendiri hairan dengan perasaannya.
“Dia gelak pulak. Eee… Sah ada masalah
mental.” Helena mengetap bibir. Cuba dikawal rasa marahnya. Helena terkejut
dengan bunyi hon kereta beberapa kali. Hampir tercampak penyapu dari tangannya.
Kereta Mazda berwarna hitam berhenti tak jauh dari Helena berdiri.
“Mana Nina? Aku tahu Nina ada di
sini. Don’t hide her from me, Gaby.”
Sebaik saja keluar dari perut kereta, Damien terus dekati Helena dengan wajah
bengis. Memang betul selama ini Nina bersama Helena.
“Eh, Damien! Boleh cakap elok-elok
tak? Aku ni kakak kau.”
“Kakak! Hey, Seorang kakak takkan
sorokkan isteri adik dia sendiri. Minggu lepas, kau dan Nina ada datang rumah
aku kan. Aku dah tengok rakaman CCTV . Selama ini memang Nina ada dengan kau,
betul tak!”
“Ya. Memang Nina ada dengan aku. So what?”
“Hey, Gaby. Nina tu isteri aku.
Tempat seorang isteri di sisi suami. Dia patut tahu tanggungjawab sebagai
seorang isteri. Dia tak boleh tinggalkan suami dia tanpa keizinan suami dia.
Itu nusyuz namanya.”
“Wah…. Hebat betul kau. Tahu pulak
apa tanggungjawab isteri. Habis tu kau sedar tak tanggungjawab kau sebagai
seorang suami apa! Cuba kau cakap sikit kat aku. Aku nak dengar. “
Damien terus telan air liur. Rasa
pahit. Mampus! Bibir sedikit bergetar. Lidah kelu teruskan kata-kata. Yang
pasti, tempiaskan akan kena pada diri dia jugak. Maklumlah Helena memang suka
putar belit. Yang salah memang dirinya pun.
Kehadiran kereta Mini cooper
berwarna merah yang pakir di sebelah kereta Damien menjadi perhatian Helena.
Seorang wanita bergaun ketat berwarna purple keluar dari perut kereta. Wajah
wanita itu berubah garang apabila melihat Helena.
“Izza!” Damien terkejut. Apa Izza
buat kat sini? Macam mana Izza tahu? Entah-entah Izza ikut dari belakang.
“Damien! Patutlah you tinggalkan I hari tu, rupa-rupanya you
nak jumpa dengan perempuan ini.” Jari telunjuk tepat ke arah Helena. Izza masih
ingat wajah wanita yang simbah air hari itu. Bertambah bengang apabila Damien
datang berjumpa wanita.
“ Hey, perempuan! Tak ada laki lain kau nak rampas , hah! Boyfriend orang pun kau nak caras. You ni perempuan jenis apa, hah!” marah
Izza bertubi-tubi. Dia tak suka orang kacau kekasihnya.
“Apa kau merepek ni, Izza?” Bulat
mata Damien.
“Ini skandal baru you kan.” Jerit Izza. Wajah sudah merah
menyala. Dia ingatkan bila isteri Damien sudah tiada, dia takkan ada siangan
lagi. Rupanya dia silap.
“Woi, perempuan!” Penyapu yang ada
di tangan dicampak ke tanah. Hampir saja terkena kaki Damien dan Izza. Melompat
mereka berdua kerana terkejut. Helena terus mencekak pinggang. Nafas sudah
turun naik. “Dah datang rumah aku lepas tu tuduh-tuduh aku macam-macam pulak
tu. Sebelum aku naik hantu, baik kau bawa perempuan ni balik, Damien. Ikutkan
hati aku, nak saja aku belasah cukup-cukup. Better
kau bawa dia balik. Balik! ”
“Tapi ….”Damien tak puas hati.
“Hey! I tak suka you jerkah Damien macam tu. I nak you minta maaf .” Izza mencelah.
“Kau ni kan….. kecik besar kecik
besar aku tengok. Selagi kau tak kena, kau memang tak serik kan.” Helena mula
melipat lengan bajunya.
“You
ingat I takut ke?” Izza pun sama
saja.
“Izza! Stop it! She’s my sister.” Jelas Damien.
“What!”
Izza memandang Damien dengan wajah tercengang.
“Dia kakak I,
Helena Isabella Dato Zain Ariffin.” Damien memperkenalkan Helena.
“Seriously?”
Izza macam tak percaya dan memandang wajah Helena dan Damien beberapa kali.
“Kau nak aku tunjuk surat beranak
pulak ke?” sindir Helena “ Damien, baik kau bawa perempuan tak cukup kain ni
balik. Aku tak nak Nina tengok. Kau dah lukakan hati dia, sekarang kau bawa
pulak perempuan ni. Kalau Nina tahu mesti, Nina sedih.” Helena bimbang jika
hati Nina lebih terluka lagi. Iyalah bawa skandal datang sini, faham-faham
sendiri maksudnya.
“It’s
okey, Gaby!” Nina keluar dengan wajah bersahaja. Dari dalam dia dah dengar
suara mereka bertiga bertekak.
“Sayang!” Damien tersenyum dan ingin
cuba hampiri tetapi ditarik oleh Izza. “Lepaslah! You dah kenapa?” marah Damien.
“You
kan nak ceraikan dia. You dah lupa
ke?”
“Hey! You jangan nak reka-rekakan cerita, Izza. I still sayangkan isteri I.”
marah Damien dan terus menolak tangan Izza dengan kasar.
“Damien! You dah janji nak kahwin dengan I,
you dah lupa ke? You kena bertanggungjawab.” Izza terus naik angin. Dia takkan
biarkan dirinya dipermainkan. Walauapa yang terjadi, Damien kena kahwin dengan
dia.
“Shut
up, Izza. You memang ….” Damien menunding jari ke arah Izza. Tujuan
dia datang sebenarnya nak pujuk Nina balik.
Dia tak mahu Izza gagalkan rancangannya.
“Beginilah… “Nina mencelah dan suara
sengaja ditinggikan. “Kalau nak bergaduh, cari tempat lain.”
“Sayang, abang tak ada apa-apa
dengan perempuan ni. Apa dia cakap semua tipu. Dia nak huru harakan hubungan
kita.” Damien masih tak berputus asa memujuk Nina.
“What”
Izza terus cekak pinggang.
“Cukuplah. Tak payah nak tambah
dosa. Baliklah. Malu kat orang. Sini kawasaan kampung, orang lalu lalang.”
Nasihat Nina. Dia dapat lihat orang kampung yang lalu lalang di situ memandang
ke arah mereka. Nina tak mahu nama Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah terbabit
sama.
“Just go home. Better both
of you go home. Gaby, jom masuk. Usah dilayan orang macam ni. Kalau mereka
tak balik, call saja polis.” Nina
memegang tangan Helena dan ditarik masuk. Dia sudah malas nak layan kerenah
tetamu yang tak diundang itu. Walaupun hatinya sakit melihat suaminya membawa
perempuan lain namun dikuatkan juga semangatnya. Dia perlu cekalkan hati dan
takkan biarkan dirinya dilabel perempuan lemah. Sedaya upaya dia menahan diri dari menitis air
mata.
Pintu rumah ditutup rapat. Walaupun
nama Nina dipanggil beberapa kali namun langsung tak dipedulikan. Helena
menarik tangan Nina agar berhenti.
“Are
you okey?” Dipandang wajah adik iparnya. Helena tahu pasti Nina sedih
sekarang ini.
“Positive.”
Jawab Nina dengan sedikit senyuman. Dia cuba kekalkan wajahnya yang tenang tetapi
apabila cuba dilawan wajahnya sedikit demi sedikit keruh. Air mata mula
merembas keluar. Dia sudah tak mampu menahan lagi.
Helena terus memeluk Nina dengan
erat. Dibiarkan Nina menangis sekuat hati. Belakang badan Nina diusap
lembut. “ If you want to cry, just cry. Crying doesn’t always mean you’re weak,
Nina. It just means that you ‘ve been strong for too long. ” Kata Helena. Dia rasa bersalah kerana Nina kena tempuhi
semua ini
Miza hanya memerhati dari jauh.
2 comments:
Best. Sambung la lagi. Bila nk kluar dlm bentuk versi cetak?
misha, terima kasih sebab baca Dia Helena Isabella. Akak dah hntr manuskrip kat Karyaseni ... Still lagi dalam penilaian. Insya Allah, kalau ada info lagi ... Akak roger yer....
Post a Comment