Bab
1
Puan
Rokiah mendekati meja solek untuk melihat penampilan diri buat kali terakhir
sebelum keluar jumpa kawan-kawan persatuannya.
Dia menoleh apabila pintu bilik diketuk.
“Ada
apa, Fatin? “ tanya Puan Rokiah pada anak bongsunya.
“Along
dah balik.”
“Dah
balik?” Wajah Rokiah terkejut. “Bukan ke minggu depan baru Along balik?”
Fatin
terdiam seketika. Tak tahu bagaimana nak sampaikan hal sebenar pada ibunya.
“Mama
dah plan nak buat surprise kat Along.
Catering dah tempah. Kawan-kawan pun dah panggil. Kalau dia balik,
surprise party tu macam mana? Along pun satu. Suka buat benda sesuka hati.
Langsung tak nak bincang dengan kita dulu.” Bebel Puan Rokiah. Nampaknya apa
yang dirancang tak menjadi. Dia sengaja buat surprise party untuk menyambut kepulangan Fatini
yang baru tamat PHD di Switzerland.
“
Mama! There is something that you need to know ….. Along …. Along bukan balik
seorang.”
“Maksud
Fatin …. Dia bawa balik siapa?” Dada
mula berdebar-debar. Takkan dia bawa
balik teman lelaki nak kenalkan pada keluarga?
Alif macam mana? Apa nak dijawab nanti. Bertahun-tahun Alif tunggu
Fatini.
“Anak!”
“Anak!”
jeritan Puan Rokiah bergema dalam bilik. Mata terbuntang luas.
“Ya,
mama! Anak!” Fatin mengetap bibir.
Tanpa
membuang masa Puan Rokiah bergegas keluar dari biliknya. Dituruni anak tangga
dengan laju. Dia mahu lihat dengan mata sendiri. Takkanlah Fatini kahwin di
sana tanpa pengtahuan keluarga dan lahirkan anak.
Fatin
ekori dari belakang. Dia dapat rasakan pasti huru-hara rumah lepas ini.
Langkah
Puan Rokiah terhenti melihat budak perempuan dua tahun yang sedang bermain
dengan Fawz. Jantung mula berdegup laju. Dia harap sangat di tengah bermimpi
sekarang ini. Budak perempuan ini hanya ilusi semata-mata. Tak wujud!
“Mama!” tegur Fatini. Tadi dia pergi ke dapur , ambil
air untuk Baiduri.
Sebaik
saja pandangan mereka berdua bertaut, Puan Rokiah sedar ini buat mimpi tetapi
kenyataan yang dia akan hadap selepas ini.
Pandangan Puan Rokiah terus gelap . Tubuh rebah di lantai.
“Mama!”
jerit Fatini dan terus berlari dapatkan ibunya yang tidak sedarkan diri.
***********************
Fatini
dekati Fatin yang baru saja melangkah keluar dari bilik tidur ibu mereka.
“Mama
still tak nak makan?” tanya Fatini. Risau.
Fatin
geleng kepala. Dia mengeluh. Dulang yang
ada air dan makanan ditatap,, tak disentuh langsung. Selepas sedar dari
pengsan, asyik berkurung dalam bilik saja. Nampak sangat tengah marah selepas
Fatini terangkan semuanya. “Along pergilah jumpa mama. Pujuk mama.”
“Baiklah!
Fatin tolong tengokkan Baiduri yer. Dulang tu bagi kat Along. Nanti Along pujuk
ibu makan.”
Dulang
sudah bertukar tuan.
“Baiklah!”
Fatini
masih berdiri di luar pintu bilik. Hati masih berdebar-debar. Otak begitu ligat
mengatur ayat pujuk ibunya. Dikumpul semangat yang ada sebelum melangkah masuk.
Pintu
diketuk terlebih dahulu. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.
“Mama!”
Puan
Rokiah menoleh dan wajah terus masam. Dia tak sangka anak sulungnya itu conteng
arang di mukanya.
“Mama!
Makanlah sikit, nanti perut masuk angin kan susah. Ini bihun goreng kegemaran mama.
Penat Along masak tadi. Dah lama mama tak rasa masakan Along kan” pujuk Fatini. Dia duduk di katil.
“Mama
tak lapar!”
“Jangan
macam tu mama! Takkanlah sebab marahkan Along, mama nak seksa perut mama.
Makanlah sikit.” Pujuk Fatini . Dia tak
nak disebabkan dirinya, ibunya sakit.
Diangkat
pinggan berisi bihun goreng dekat dengan Puan Rokiah. Mungkin bila bau bihun
goreng ni, hati Puan Rokiah lembut.
“Mama
cakap tak nak makan! Tak nak makan la!” marah Puan Rokiah seraya menepis
pinggan bihun goreng sehingga jatuh pecah ke lantai. Pang!
“Mama!”
Fatini terkejut dengan reaksi Puan Rokiah. Dilihat pinggan pecah dan bihun yang
bertaburan di lantai. Dipandang semula Puan Rokiah.
“Kalau
Along masih anggap mama ni ibu Along,
Along hantar budak tu balik Switzerland.” Merah menyala mata Puan Rokiah.
“Mama!
Baiduri tak ada sesiapa pun di sana.
Along bawa balik pun sebab nak
cari ayah kandung dia kat sini.”
“
Itu pun kalau ayah dia nakkan dia balik. Kalau betullah ayah dia nakkan dia
balik, dah lama dia balik cari anak dia. Kalau ayah dia tak nak, Along nak buat
apa? Nak jaga budak tu?”
“Kalau
betullah ayah dia tak nak, Along tak kisah pun kalau Baiduri jadi anak Along.”
Jawab Fatini dengan lembut. Memang pun selama ini Baiduri sudah dianggap
sebagai anak sendiri.
“Along!”
Suara Puan Rokiah terus tinggi. “Along!
Along memang sengaja nak malukan keluarga kita kan? Malukan mama! Malukan abah! Sedarlah sikit, along tu masih anak dara! Tak
kahwin lagi, Tiba-tiba saja ada anak. Apa orang sekeliling cakap nanti? Boleh ke mereka percaya yang budak tu anak angkat Along? Entah-entah orang ingat Along ada anak luar
nikah. Mana mama nak letak muka mama ni?”
“Mama!
Kenapa kita nak takut? Kenapa pulak kita nak malu? Hakikatnya Baiduri bukan
anak luar nikah Along. Kalau orang tak
percaya, lantaklah! Mama… Mama seorang ibu kan. Pasti mama lebih faham perasaan
arwah Laila kan! Along hanya memenuhi permintaan terakhir arwah supaya temukan
Laila dengan ayah kandung dia. Mama tak
kasihan ke kat Baiduri? Baru umur 2 tahun tapi hilang kasih sayang seorang mama.
Dia kecil lagi …. Langsung tak faham apa yang terjadi sekarang ini.” Fatini
masih tak berputus asa pujuk ibunya.
Puan
Rokiah terdiam. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Wajah Fatini
ditatap. “Alif, macam mana?”
“Kenapa
tiba-tiba kaitkan nama Alif pulak dalam hal ni?” Fatini kurang senang apabila
nama Alif disebut. Kalau boleh, dia tak nak dengar nama lelaki itu.
“Along!
Along tak kasihan ke kat Alif. Dah bertahun-tahun dia tunggu Along. Berkali-kali Along tolak lamaran dia, tapi dia
tetap tunggu Along. Alif tu baik! Penyayang!
Setia! Memahami! Bertolak ansur! Hormat orang tua! Yang penting, pilot pulak tu! Mana Along nak cari lelaki macam Alif tu
lagi? Sedarlah umur tu dah masuk 32 tahun. Lagipun mama dah janji dengan Alif
yang akan tunangkan kamu berdua selepas kamu balik dari Switzerland. ” Giliran Puan Rokiah pujuk Fatini. Dia
hairan kenapa begitu keras hati anak sulungnya itu tak nak terima Alif dalam
hidupnya. Di matanya, mereka berdua
memang pasangan secocok.
“Mama!
Do we have to talk about this right now?” Nada suara Fatini berubah.
“Seriously,
yes! Kehadiran budak tu akan effect hubungan Along dengan Alif.”
“Mama!
Along tak ada apa-apa pun hubungan dengan Alif.
Kenapa mama suka sangat paksa Along terima Alif? I don’t like him, mama!
Susah sangat ke mama nak faham!”
“Ya!
Memang mama susah nak faham perangai Along ni! Degil! Suka sangat lawan cakap mama.
” Puan Rokiah bangun. Dia malas nak bergaduh dengan Fatini. “Pandai-pandailah
Along explain kat abah nanti.” Puan Rokiah terus berlalu keluar tinggalkan
Fatini seorang diri.
Tubuh
Fatini terus mengeras . Ditelan air liur, rasa pahit. Dia tak tahu bagaimana
ingin berhadapan dengan ayahnya nanti.
**********************
Sebaik
saja melangkah masuk ke dalam bilik, Fatini tersenyum lihat Baiduri begitu
nyenyak tidur di atas katil bersama Fawz. Mungkin penat seharian bermain dengan
Fawz. Maklumlah Fawz memang suka layan kanak-kanak. Selimut yang membaluti
tubuh Baiduri dibetulkan. Diusap rambut Keluhan dilepaskan. Dia takut
sebenarnya. Takut dengan apa yang bakal terjadi keesokkan harinya.
“Along!”
tegur Fatin apabila keluar dari bilik air.
Fatini
menoleh.
“Mama
macam mana?”
“Still
the same.”
“Kadang-kadang
tu Fatin tak faham betul dengan perangai mama.”
“Apa-apa
pun mama tetap ibu kita, Fatin. Baik buruk dia, kita terima seadanya.”
Fatin
mengeluh. Dipandang wajah kakak sulungnya. Tetap tenang. “Abah akan sampai esok
so Along dah prepare ke?”
Fatini
cuba tersenyum. “ Apa pun yang terjadi, Along tetap dengan pendirian Along .
Apa saja keputusan abah dan ibu, Along takkan tinggalkan Baiduri. Sekarang ni , Baiduri hanya Along seorang.”
“Jangan
bimbang, Along! Apa pun yang terjadi Fatin dan Fawz tetap sokong Along! Angah
pun sama.” Fatin terus peluk Fatini.
“Thank
you so much….” Fatini tepuk belakang adik bongsunya. Dia cuba sembunyikan hati
yang sedang bergolak sekarang ini. Dia tak tahu bagaimana nak berdepan dengan
Prof. Madya Ir Dr Abu Talib a.k.a general dalam rumah ini.
No comments:
Post a Comment