BAB 10
Bau nasi lemak dari dapur
menyebabkan langkah Faliq bertambah laju. Menu sarapan pagi hari ini dah tentu
nasi lemak. Bagi Faliq, nasi lemak yang dimasak Mak Tok Aishah adalah yang
paling sedap. Sejak duduk sini, makanan kegemaran memang nasi lemak.
“Wah… Nasi lemak!” Faliq hampiri Mak Tok Aishah yang sedang
masak sambal ikan bilis. “Banyaknya. Ini mesti nak bagi rumah sebelah.”
“ Nina suka makan nasi lemak ni. Aku
masakkan lebih untuk depa. Iyalah , semalam kasihan kat Nina.
Mesti Nina sedih dapat suami macam tu. Patutnya mai sebab nak pujuk, ini tak
diangkutnya sekali skandal dia datang sini. Suami jenis apa …..” Mak Tok Aishah
menggeleng kepala beberapa kali. Dia nampak apa yang terjadi petang semalam.
Maklumlah suara mereka memang dengar jelas. Mak Tok Aishah memasukkan sedikit
gula dan garam kemudian dikacau semula.
“Faliq, bila kahwin nanti jangan buat isteri Faliq macam tu. Tak
baik tahu tak. Layan isteri baik-baik. Sayang dan cinta dia sepenuh jiwa dan
raga. Yang penting sekali setia. Ingat tu.” Nasihat Mak Tok Aishah.
“Insya Allah, Mak Tok. Saya hanya
setia pada yang satu. Itu pun kalau saya
jumpa wanita yang berjaya buat saya fikirkan dia dua puluh empat jam.”
“Ala susah-susah sangat pilih saja
salah seorang orang sebelah tu. Habis cerita. Rupa ada. Pangkat ada. Pendidikan
ada. Berbudi perketi lagi cuma bab masak ni aku no komen la. No body prefect.
Alah… memasak tu boleh belajar. ”
“Diorang
nak ke?” Faliq tersengih.
“Tak tanya macam mana nak tahu! Mak
Tok rasa Helena sesuai dengan Faliq. Sepadan! Secocok. Helena tu Melayu Spain”
Giliran Mak Tok Aishah tersengih.
“Patutlah nampak macam dia mix. Ala mexico pun ada.” Faliq teringat. Mula-mula jumpa Helena pun, dia
tak pasti Helena ni orang Melayu atau tak.
“Kalau hampa berdua kahwin mesti comel anak-anak hampa nanti.” Usik Mak Tok Aishah.
Wajah Faliq berona merah kerana malu
diusik seperti itu. “Mak Tok ni ada-ada sajalah”
Mak Tok Aishah ketawa kecil melihat
gelagat Faliq. Walaupun malu nak mengaku tapi nampak sangat yang Faliq mula berminat
dengan Helena. “Dah… Pergi panggil Tok Wan cepat. Kita dah nak makan .”suruh
Mak Tok Aishah.
“Yes, Madam!” Faliq membuat tabik
hormat seraya tersenyum lebar sebelum berlalu pergi memanggil Tok Wan Daud.
***************************
Helena yang sedang memandu menoleh
apabila mendengar Miza sendawa sekali lagi. “Itulah …. Makan terlebih sangat.
Orang makan sikit-sikit, ini tak kau bedal sampai habis. Kau tahu tak berapa
kalori nasi lemak? 390 kalori. Itu tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis
dan kacang. Kalau tambah semua tu, lebih kurang 450 hingga 500 kalori.
Beringatlah sikit. Jaga kesihatan tu. Kita ni bukan makin muda makin tua lagi
adalah. Nasi lemak tu salah satu makanan yang boleh menggemukkan.” Bebel
Helena.
“Kau ni ….. Hello! Nasi lemak tu salah satu national
food Malaysia. Makanan nenek moyang kita. Makanan tradisi kita. Kita orang
Malaysia sejati okey! Nasi lemak tu wajib makan. Orang luar kalau mai sini mesti try nasi lemak Malaysia. Sebab apa? Sebab sedap tahu tak! Ini tak,
kau tak abis-abis cakap pasal kalori. Memang la kalori tinggi tapi sesekali
makan takkan tak boleh kut. Nasi lemak
Mak Tok sedap sangat- sangat. Sambil ikan bilis Mak Tok memang ada class la. Rugi tau .Sayang kalau tak
habiskan. Membazir tu berdosa kan …”
Bibir Helena sedikit senget ke tepi.
“Menyampah aku cakap dengan kau. Berat kau naik nanti, jangan kau merengek kat
aku. Jangan harap aku nak teman kau jogging.”
Ada saja jawapan. Helana malas nak melayan.
Miza buat mimik muka. “Tu Fuad kan!
Awat dok lambai macam tu.” Miza melihat Fuad berhenti di tepi jalan seolah-olah
sedang menunggu mereka berdua.
Helena menekan break dan berhenti
betul-betul di tempat Fuad berdiri. Tingkap kereta diturunkan. “Awat, Fuad? Pasal pa?”
“Bos! Ada tetamu kat ofis.” Beritahu
Fuad. Kebetulan Fuad dari pejabat . Masa keluar tadi Saloma ada pesan kalau
terserempak Helena beritahu yang Helena ada tetamu.
“Siapa? Setahu aku, aku tak ada appointment.”
“Adik ipar , bos!”
Helena dan Miza saling berpandangan
antara satu sama lain.
“Oklah, bos! Saya nak cepat ni,
nanti Mr Lai marah pulak kalau saya lambat.” Kata Fuad . Dia terus berlalu dari
situ dengan motor.
“Kau ada berapa adik ipar?” tanya
Miza hairan.
Dahi Helena turut sama berkerut. “Si
Nina tu jer adik ipar aku. Bila pulak aku ada adik ipar lain?” Helena turut
sama tertanya-tanya.
“Tadi Nina ada kat dalam kan.” Kata
Miza. Mereka berdua nampak Nina berbual dengan Mr Lee kat site tadi.
Helena angguk kepala tanda setuju.
Tiba-tiba Helena teringat Damien. Takkanlah ….. Damien kahwin satu lagi. Ini
tak boleh jadi. Pedal minyak ditekan. Kereta Toyata Hilux bergerak laju menuju
ke site ofis.
Sebaik saja keluar dari kereta,
langkah Helena laju masuk ke dalam ofis. Saloma terus tunjuk ke arah bilik meeting .
Miza ekori dari belakang. Dia nak
tahu jugak siapa adik ipar Helena.
Pintu bilik ditolak kasar. Langkah
Helena terhenti seraya pandangan mata tepat merenung wanita yang sedang duduk
di kerusi. Dia kenal wanita itu. “Kau buat apa kat sini?” nada suara Helena
berubah kasar.
Miza turut sama terkejut. Eh … eh..
berani perempuan ni datang sini! Memang tak malu betul. Mengaku adik ipar
konon.
Izza bangun dan wajah tersenyum. Dia
dekati Helena dan cuba salam tetapi tangannya ditepis oleh Helena. Izza masih
cuba kawal wajah manis. Tak nak salam sudah. Macamlah dia nak salam sangat.
Nasib baik kakak Damien, kalau tak dah lama makan penampar. Sabar, Izza. Nakkan
Damien, kena sabar sikit. “Sorry! I tak tahu you ada hal kat luar.”
“ Hey, perempuan! Baik kau blah dari
ofis aku sebelum aku naik hantu.” Wajah Helena berubah garang.
“Look!
You tak kenal I? Belum apa-apa you dah judge I macam-macam. Tak adil bagi I!”
“Hey! Aku tak ingin kenal kau pun. Kau
dengar sini, adik ipar aku cuma Nina seorang saja. Jangan harap aku nak terima kau
dalam family aku. Mama Papa aku pun takkan terima kau.”
“Kenapa semua orang nak salahkan I seorang? I bukan perempuan jahat. Bukan I
yang mulakan semua ini. Damien mulakan dulu. Damien yang tergila-gilakan I. Perasaan tu tak boleh diduga. Cinta
dan sayang tu datang. Salah ke kalau I
cintakan Damien?” Izza tak puas hati dengan layanan Helena.
“ Kau dengan Damien sama saja. Gila!
Cinta konon. Kerana cinta, kau rampas suami orang! Kau cuba hancurkan
rumahtangga mereka but still kau rasa
tak bersalah. Kau ni ada otak ke tak?” jerkah Helena. Rasa marah tengah membara
waktu ini.
“But
still Damien loves me! Damien
pilih I. I akan jadi sebahagian dari family you.”
“In
your dreams! Kalau Damien dah pilih kau, buat apa jumpa aku. Nak dapat
restu dari aku? Pergi jahanam la. Now, I
want you get out from my office. Now!
Get out!” jerkah Helena. Dia sudah hilang sabar. Memang nak kena ajar jugak
perempuan ni. Kerana perempuan ni, hati Nina terluka. Kerana perempuan ni,
hidup Nina sengsara. Dia cuba dekati
Izza tetapi sempat dihalang oleh Miza.
Izza tergamam dan undur langkah
beberapa tapak.
“Aku rasa better kau blah cepat-cepat. Nanti ada pulak anggota badan kau
tercabut.” Nasihat Miza pada Izza. Dengan sekuat tenaga yang ada, Miza menahan
Helena dari menyerang Izza. Bimbang jika
Helena bertindak sesuatu di luar kawalan.
Izza mencapai bag tangan dan
bergegas keluar. Wajahnya pucat lesi. Takut teramat sangat. Kalaulah tadi tak
ada orang , memang dah teruk kena belasah. Tujuan dia datang sini sebab nak
raih simpati. Dia akan reka cerita. Apa-apa saja cerita yang dapat buat Helena
berpihak padanya. Tak sangka pulak plan tak menjadi. Patut la Damien takut pada
Helena. Garang mengalahkan singa. Tak boleh jadi, dia kena plan lain. Keluar
saja dari bilik meeting, Dia sedar
pekerja-pekerja di situ memandang ke arahnya. Dia buat muka tak peduli dan
terus keluar.
***************************************
Mak Tok Aishah memerhati gelagat
Helena yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Selalunya mulut tak berhenti-henti
berceloteh. Kuih keria langsung tak disentuh. Rasa hairan. Suasana sunyi
sepi.Pandangan Mak Tok Aishah beralih melihat Miza.
“Abaikan saja, Mak Tok! Marah tak
hilang lagi.” Miza faham disebalik isyarat mata Mak Tok Aishah. Mujurlah Nina
dah masuk ke dalam rumah. Dia, Helena
dan Mak Tok Aishah masih duduk di beranda sambil minum petang.
Helena menjeling. Mulalah Miza nak
bergosip.
“Pasal pa?” tanya Mak Tok Aishah
ingin tahu.
“Skandal adik dia mai ofis. Kononnya nak minta restu.
Senang cerita , dia ingat Helena akan simpati lepas tu terima dia. Belum
sempat, nak bercerita …Dia ni dah tukar jadi singa.” Miza tunjuk ke arah Helena
dan kemudian ketawa. Rasa lucu pulak bila ingat semula. Lintang pukang
perempuan tu lari keluar. Tahu kecut perut!
Helena buat tak tahu dan terus
mencapai keria. Dia makan perlahan-lahan. Dia rasa tak ada mood nak menyampuk.
“Hish… berani betul! Sampai ofis hang pun dia pi.” Mak Tok Aishah menggeleng kepala beberapa kali.
“Nampak sangat desperate, Mak Tok. Tak tahulah apa nak jadi perempuan zaman
sekarang ini. Memang tak tahu malu. Muka macam tak bersalah langsung.”
“Nak buat macam mana! Peredaran
zaman!”
“Tok Wan mana?” tiba-tiba Helena
bersuara. Dia sengaja ubah topik.
“Keluar dengan Faliq. Nak cari
barang. Esok dia nak bawa Faliq pi pancing
kat hujung kampong tu. Dah ada cucu baru sekarang ini, Mak Tok terus dah lupa
dah.” Ada nada suara merajuk.
“Alah … Mak Tok! Kami bertiga kan
cucu baru Mak Tok. Biarlah kat depa.
Mak Tok nak pi mana, cakap ja kami
bawa. Langkawi? Penang? Boleh ja.”
“Betul tu!” Miza sokong.
Mak Tok Aishah tersenyum. Betul
jugak. Cucu angkat dia lagi banyak.
Mereka berdua dikejutkan dengan
bunyi kereta. Sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah berhenti tak jauh dari
mereka. Seorang wanita keluar dengan penuh bergaya. Gaya berjalan seolah-olah
seperti model. “Hola!” Wanita itu
melambai ke arah mereka bertiga.
“Sapa
mai tu ?” tanya Mak Tok Aishah sambil membetulkan cermin mata.
Bulat anak mata Helena melihat
kehadiran tetamu yang tak diundang itu. Mulut sedikit ternganga.
“Mak Oii… Macam Penelope Cruz! Wei,
Helena! Bakal adik ipar kau lagi ke? Pandai betul Damien cari.” Miza menoleh.
Satu persatu teman wanita Damien datang. Bertambah hot Helena sekarang ini.
“Bukan la! Itu adik aku, Emma
Maria.” Helena terus bangun. Hish…. Apalah nasib. Seorang demi seorang adik
datang. Memang tak aman hidup selepas ini. Macamlah dia tak kenal perangai Emma
macam mana! Kalaulah Emma tahu apa terjadi sekarang ni bertambah hura-hara. Dengan
lemah, Helena menyambut kedatangan adiknya. Mereka memeluk erat.
Miza dan Mak Tok Aishah berpandangan
antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment