Bab
2
Fatini
menggengam erat kedua-dua tangannya. Dia perlukan kekuatan untuk berhadapan
dengan ayahnya. Suasana tegang dapat dirasai, Mujurlah Baiduri masih tidur
dalam bilik tadi.
“Sekarang
ini, abah nak Along cerita dari mula apa yang berlaku.” Kata Dr. Abu Talib
dengan wajah serius.
“Kiah
dah cerita kan! Kenapa nak tanya lagi?” Puan Rokiah bersuara.
“Abang
tanya Along kan!” tegas Dr. Abu Talib.
Dia mahu dengar sendiri cerita Fatini.
Puan
Rokiah terdiam. Dia masak benar sikap tegas suaminya.
“Along
kenal Laila masa study kat U. Kami pernah jadi housemates. Laila ni …. Mak dia
orang Swiss, ayah dia pulak orang Melayu. Dia anak tunggal. Masa dia umur 16
tahun, mak ayah dia meninggal dalam accident. Dia tak ada saudara mara yang
lain. Tamat belajar, Laila kerja sebagai guru di Berns. Dia jumpa Anas dan
mereka berkahwin. Setahun kemudian, Baiduri lahir. Awal tahun ni, Anas dapat
panggilan dari Malaysia dan terus segera
pulang. Lepas 6 bulan, Anas tetap tak
pulang. Dia langsung tak dapat hubungi Anas . Laila nak cari Anas di Malaysia
tapi dia tak tahu nak cari di mana sebab sepanjang hidup dia tak pernah sampai
Malaysia lagi.” Cerita Fatini dengan panjang lebar. Mata masih memerhati
ayahnya.
“Pertama
kalinya, Along terserempak dengan Laila di Rosenhof Market, Zurich. Kami berborak lepas tu Laila cerita pasal
suaminya, Anas. Laila ajak Along tinggal di rumah dia sebab waktu tu Along
tengah cari rumah sewa yang baru. Laila baik sangat. Dia anggap Along macam
keluarga dia. Ikut plan kami, lepas Along graduate, Laila dan Baiduri ikut
Along pulang ke Malaysia. Kami sama-sama akan cari Anas di sini tetapi ….
Tetapi …. Tetapi ….” Fatini cuba kawal rasa sebak.
“Tetapi bulan lepas, Laila meninggal sebab accident.
Sebelum hembus nafas yang terakhir, Laila pesan supaya Along jaga Baiduri dan temukan
Baiduri dengan ayah dia. Along kena
tunaikan amanah Laila. Apa cara sekali pun, Along tetap kena cari Anas.” Fatini
memandang ke arah ibu bapanya. Dia berharap sangat keputusan dia ini disokong
sepenuhnya.
“Kalau
dah jumpa, bapak budak ni tak mau kat anak dia. Along nak buat apa?” Puan
Rokiah mencelah.
“Jawapan
Along tetap sama ibu, Along tetap akan jaga Baiduri.”
“Eee…..
Ibu tak faham dengan perangai Along ni, hah! Budak tu anak orang bukan anak
Along pun. Yang sibuk sangat nak jaga
anak orang buat apa? Susahkan diri sendiri saja.”
“Ibu!
Tak baik ibu cakap macam tu. Baiduri tu
Along dah anggap macam anak sendiri
ibu. Tak pernah sekali pun, Along fikir
yang Baiduri tu susahkan Along.”
Puan
Rokiah cuba bersuara tetapi Dr. Abu
Talib mencelah terlebih dahulu.
“Kiah!
Jangan menyampuk boleh tak?”
Puan
Rokiah terdiam melihat wajah Dr Abu Talib yang bertukar bengis.
Dr.
Abu Talib pandang semula Fatini. “So apa
plan Along selepas ni? Dah tahu mana nak cari bapa budak tu?”
“Along
akan pergi ke alamat yang tertulis di
kad pengenalan. Itu saja info yang Along tahu.”
“Alamat
kat kad pengenalan!” Puan Rokiah mendengus kasar. “Belum tentu, dia still tinggal kat alamat tu
lagi. “
Dr.
Abu Talib mengetap bibir menahan sabar dengan kerenah isterinya.
“Ibu
rasa kawan Along tu dah kena tipu. Berkahwin bertahun-tahun tapi sikit pun tak
tahu latarbelakang family suami dia. Sekarang ni macam-macam boleh jadi.
Kononnya anak yatim piatu, tiada family kat Malaysia …. Tetapi hakikat
sebenarnya dah kahwin …. Ada isteri dan anak lagi. Bila isteri dah tahu, terus
dia tinggalkan kawan Along tu. Habis
madu, sepah dibuang.”
Fatini
mengeluh. Itulah tengok drama banyak sangat. Mulalah nak buat plot cerita sendiri.
“Ibu! Semua itu hanya terjadi dalam drama saja. Must be something happened to
him. Kita tak tahu kan. Last phone call
dari Anas, Anas cakap yang dia dah siap packing dan akan bertolak balik ke
Zurich malam tu jugak. Lepas malam tu, terus tiada khabar berita. Pelik kan!”
cerita Fatini. Dia mula rasa ada sesuatu yang terjadi kat Anas di Malaysia. Apa
sebenarnya terjadi? Laila cakap Anas anak yatim piatu. Tapi panggilan dari
siapa yang buat Anas tergesa-gesa balik Malaysia? Dahi berkerut sedikit
berfikir.
“Tak
ada benda yang pelik pun. Orang kalau dah tak suka, faham-faham sendirilah.
Kalau dia dah nak balik, dah lama balik.” Sindir Puan Rokiah.
Giliran
Fatini pula mengetap bibir.
“Abang
rasa better Kiah masuk dalam bilik. Biar abang jer cakap dengan Along.”
“Tapi
abang ….”
“Masuk!”
Suara Dr. Abu Talib terus tinggi ditambah pulak dengan wajah yang serius. Dari
tadi, dia tak ada kesempatan langsung nak bercakap dengan Fatini.
Puan
Rokiah terkejut. Wajah terus masam bila dijerkah suaminya. Dia terus bangun dan
tinggalkan suami dan anaknya di ruang tamu.
Dr.
Abu Talib pandang semula ke arah Fatini.
“Abah!
Along nak minta kebenaran abah supaya benarkan Baiduri tinggal bersama kita
sementara Along pergi cari ayah Baiduri. Baiduri dah tak ada sesiapa selain
Along, abah! Along tak ada niat pun nak
malukan keluarga kita cuma Baiduri dah tanggungjawab Along sekarang ni. Along harap sangat Abah faham.” Cakap Fatini
dengan penuh berhati-hati. Dia harap sangat ayahnya faham dan sokong keputusan
dia.
“So
… apa pun yang terjadi, Along tetap nak jaga budak tu?”
“Ya,
abah!” jawab Fatini dengan penuh keyakinan.
“Kalau
macam, Along kena hormat dengan keputusan abah jugak.” Suara Dr Abu Talib
serius. “Abah tak benarkan budak tu
tinggal di sini. Abah tak mahu nama keluarga kita jadi bualan orang di sini.
Abah harap Along faham. Yang penting sekali, Abah nak Along jadi nama baik ibu
dan abah.” Tegas Dr Abu Talib sebelum bangun tinggalkan Fatini seorang diri.
Keluhan
dilepaskan dengan kuat. Dia sudah agak mustahil ayahnya akan setuju. Fatini bangun. Dia patut kemaskan barangnya
sekarang ini.
******************************
Puan
Rokiah mencekak pinggang sebaik saja suaminya keluar dari bilik air. Dia memang
tak puas hati dengan cara suaminya . “ Abang! Patutnya abang pressure Along
sampai Along hantar budak tu balik Switzerland.
Ini tak, abang tak benarkan budak tu tinggal sini lepas tu pulak suruh Along keluar dari
sini. Cara abang ni salah tahu tak?
Buatnya bapak budak tu tak nak budak tu balik, Along pulak nak ambil budak tu
jadi anak angkat dia ….. Macam mana? Along tu anak dara. Tak kahwin lagi. Nanti
ada ke lelaki nak kahwin dengan Along …”
“Kiah!
Itu masalah Along. Biar dia sendiri selesaikan.” Dr. Abu Talib baru saja selesai ambil wuduk.
“Abang!
Kalau kita biarkan Along selesaikan sendiri, memang confirm akan ada masalah
timbul. Macamlah abang tak kenal anak abang seorang tu.”
“Kiah!
Along dah besar. Pandai-pandailah, dia selesaikan.” Sejadah diambil dan
dibentangkan ke arah kiblat.
“Abang
selalu ambil ringan pasal hal anak-anak kan! Nanti kalau Arif tahu pasal budak
tu, apa Kiah nak jawab. Bertahun-tahun Arif tu Along …. Kalau … Kalau Puan Sri Jelita tahu, mana Kiah
nak letak muka ni.” Puan Rokiah meraup
wajah berulang kali memikirkan apa reaksi Alif dan Puan Sri Jelita nanti.
Kalaulah mereka anggap budak tu anak Fatini, macam mana? Lepaslah peluang dia
nak berbesan dengan Puan Sri Jelita.
“Kiah!”
Nada suara Dr Abu Talib berubah tegas dengan wajah tanpa senyuman.
Puan
Rokiah terkejut.
“Abang
takkan ulang lagi. Kiah, dengar baik-baik! Biar Along sendiri selesaikan
masalah dia. Kalau abang dapat tahu Kiah pandai-pandai campurtangan dalam hal
ni, siaplah Kiah nanti.” Dr Abu Talib memberi amaran. Sejadah yang dihampar tadi, diangkat dan
dibawa keluar bersamanya. Dengan kehadiran isterinya, mustahil dia dapat
sembahyang dengan khusyuk. Langkah diatur ke bilik Fadlan.
Puan
Rokiah mengetap bibir. “ Susah betul
kalau kahwin dengan professor ni! Asyik kita jer ikut cakap dia.” Wajah Puan Rokiah masam.
No comments:
Post a Comment