Akhirnya hajat
anak-anak saudara ke Zoo Taiping sampai jugak. Asalnya plan tahun lepas lagi
tetapi macam-macam hal jadi so bulan Januari 2019 detik kami sekeluarga ke Zoo
Taiping, Perak. Taiping dengan Penang
dekat jer. Naik highway, sejam kemudian kami sampai. Keluar saja Plaza Tol
Taiping, terus jer ....nampak Tasek Taiping. Itu maknanya dah sampai.
Orang Utan tunggu kami mai ... Heheheh |
Alhamdulillah cuaca hari tu elok
saja..... Pasal parking kereta, jangan risau. Ada banyak tempat parking kat
sini. Kami parking kereta dekat dengan entrance Zoo Taiping. Bayar RM3. Zoo Taiping dibuka pukul 8.30 pagi hingga 11
malam. Turun kereta jer, anak-anak
saudara memang excited giler. Seorang nak tengok gajah la! Seorang nak tengok
harimau la! Seorang nak tengok zirafah la.
Ada tiga orang anak saudara. Atul! Arip! Aira! Pening kepala jadinya.
Well, sebelum nak masuk kena
beli tiket la dulu. Dewasa RM 16. Warga
Emas RM 8 . Kanak-kanak RM 8. Kali ini
my sister belanja. Hahaha.... Thank you so much, Nani! Semoga murah rezeki ...
gaji bertambah lagi .... hahahah...
Tapi sebelum masuk kena bagi upah dulu, biasalah bawa budak-budak kan!
Masuk kedai gift kat luar entrance dulu, beli topi binatang kat situ .... Dah
dapat apa mereka nak , terus tersenyum lebar bila pakai. Hahaha.... Kalau tak
silap harga topi binatang tu bawah RM10. Kira okey la. Oh ya, tandas ada kat area situ. Kalau rasa nak terbuang tu,
buanglah awal-awal sebab Zoo Taiping ni memang luas.
Habis duit parents kalau mai sini ...hahaha |
Dah masuk, memang wajib kena
ambik gambar sama-sama. Tiga empat kali jugalah bergambar. Dah selesai sesi
bergambar kami pun mula bergerak. Kat sini ada disediakan Zoo Mini Train. Free
jer. Kalau tak larat nak jalan, naik
train ni .
Kami mulakan perjalanan.
Mula-mula memang tak menarik sangat.
Banyak pokok kat sini so tak la panas sangat. Nampak burung, kijang,
landak .... Macam-macam la. Ada juga kandang
yang kosong. Kat sini macam-macam
buaya ada. Yang tak pernah tengok pun
ada. Ada seekor buaya ni, kalau tak salah
...spesis buaya Julong. Mulut nganga
luas masa kat darat. Sesetengah info cakap, buaya buka mula sebab sedang
beristirehat . Hehehe... Tapi masih tak lupa, masa buaya tu tutup mulut.
Terkejut kami semua. Bunyi tutup mulut macam tutup pintu kereta. Hahahah
Sesiapa tak larat nak jalan,
boleh duduk sebentar kat pondok kecil yang pihak Zoo Taiping sediakan. Banyak
pondok so jangan risau. Kami pun
berhenti banyak kali sebab penat berjalan.
Next ... kami jumpa rusa, kancil lepas tu buaya lagi. Banyak jugak jenis
buaya kat sini. Macam-macam bentuk dan saiz pun ada.
Kami berhenti di tempat orang
utan. Alaaa.... yang masuk Majalah 3
hari tu. Tapi tak tahu yang mana satu sebab nampak sama ja... Kat sini burung
dan monyet dilepaskan macam tu saja. Macam-macam bunyi boleh dengaq. Boleh jadi
lagu ... hehehe... Tengah kami asyik tengok mawas kat atas pokok. Tiba-tiba ada
dua ekor burung ni, tak tahu spesis apa .... Cantik macam burung merak. Memang jinak. Jalan selamba saja. Tak takut orang. Anak-anak saudara yang takut.
Tengok... Jinak betul burung ni. |
Next ... kami jumpa beruang, singa, harimau
dan kijang, ular, burung apa entah , bangau ... dan biawak. Hehehe .... Tiba-tiba saja biawak tu keluar
dari tasik kecil kat situ. Terkejuzzz.... kami, ingatkan buaya. Hahaha....
Besar betul biawak tu.
Akan ada satu dataran kecil kat
sini. Semua train akan berhenti di sini
turunkan penumpang. Ada kedai kat sini.
Kalau dahaga atau lapar, boleh beli kat sini. Nak berehat pun boleh. Waktu ini cuaca dah
mula panas. Dah puas berehat, kami
sambung perjalanan kami. Dari situ, kami dah mula dengar gajah berbunyi. Dari jauh, dah nampak dua ekor Zirafah.
Dekat area sini, banyak binatang
besaq. Gajah ada, zirafah ada, badak air
ada, zebra ada, seladang ada, badak sumbu ada, swan ada, kangaroo ada, harimau
bintang ada .... macam-macam. Kat sini
pun monyet ada. Siapa yang tengah bawa makanan, kena jaga-jaga sebab monyet
akan datang. Sepantas kilat monyet ambik. Hati-hati tau.
Peristiwa yang kami tak dapat
nak lupakan bila seladang nak lawan dengan traktor. Hahaha ... Seladang tu memang besar giler, kulit
berkilat-kilat lagi. Kebetulan pekerja zoo guna traktor untuk ratakan
tanah akibat pokok tumbang kat tempat seladang tu. Seladang yang lain-lain dah
lari tapi yang seekor ini siap bunyi lagi nak lawan traktor. Sampai
melompat-lompat. Kami yang tengok ni pulak yang takut, iyalah nanti seladang tu
tanduk pekerja zoo macam mana. Tapi
pekerja zoo tu rileks jer.... Tak hairan pun ..... Memang kami tabik hormat
habis kat pekerja zoo tu.
Semasa kami tengah tunggu mak
berehat kat pondok kat area Zirafah. Saya dan adik tengah berdiri tengok badak
berendam dalam air. Kami berborak la pasal badak tu sambil pegang tangan Arip
dan kakaknya Atul.
Nani : Besarnya badak sumbu tu
.....
Saya: Aaahh.... la ,berat badak sumbu ni mesti
lebih 100 kilo.
Arip : Badak air la. (Tiba-tiba ada suara menyampuk)
Kami berdua tercengang sekejap ,
lepas tu kami terus gelak kuat. Iyalah ... kami baru disekolahkan dengan budak
umur 5 tahun. Hahahah ..... Memang tak dapat lupakan peristiwa tu .. Last binatang , kami jumpa parrot. Dibiarkan
bebas macam tu. Dari situ dah nampak exit. Kami pun keluar la.... Hampir dua
jam, kami kat situ. Perhentian yang
terakhir, nak beli gambar untuk kenangan ke tak? Adik saya (Syifa) beli. Mahal ..... Sekeping jer pun dah berpuluh-puluh
ringgit.
Akhirnya dah keluar, tunggu apa
lagi. Kenalah bawa anak-anak saudara makan dulu. Dah penat berjalan, confirm
mereka bertiga lapar. Kat situ ada Marrybrown tapi kecik. Ada juga restaurant
melayu kat sebelah Marrybrown. Ada nasi dan lauk. Sandwich pun ada. Kuih pun
ada. Tak nak makan fast food, boleh makan kat situ.
So selesai sudah trip kami ke
ZooTaiping. Berbaloi pergi tau. Zoo Taiping ini bukan untuk kanak-kanak saja
tapi orang dewasa macam kita pun boleh sama-sama tahu tentang haiwan yang ada
di sini. Lebih tepat lagi, boleh habiskan masa bersama-sama dengan family. Sesekali
datang ke Zoo, tak ada salahnya kan ....
Next Insya Allah kalau ada rezeki
nak ke Bukit Tambun Lost World pulak.
XOXO ....
No comments:
Post a Comment