Bab
3
Fatini
menoleh apabila dipanggil. Dia tersenyum melihat Baiduri berlari anak-anak ke
arahnya dengan membawa botol susu.
“Umi!
Umi! Nak gi? Nak gi? Nak gi?” Baiduri tunjuk botol susu yang sudah kosong.
Senyuman
Fatini semakin lebar. Walaupun berusia dua tahun lebih, Baiduri memang petah
bercakap. Lebih comel apabila cakap berulang kali. Mujurlah Baiduri tak buat
perangai malam tadi. Dia takut jugak kalau Baiduri tak selesa tinggal di hotel.
Keluar saja dari rumah, dia terus datang ke hotel sementara mencari rumah sewa.
“Ya!
Umi buat!” Diambil botol susu yang kosong dari tangan Baiduri.
“Yeay!”
Baiduri lompat dengan gembira seraya tepuk tangan.
Tiba-tiba
terdengar ketukan pintu. “Sekejap!” jerit Fatini seraya bergegas ke pintu. Dia
sudah tahu siapa yang datang. Pintu dibuka.
Fatini
tersengih melihat Fatin dan Fawz . “Masuk! Masuk!” ajak Fatini.
“Along!
Next time sebelum buka pintu, tanya dulu siapa. Ini tak, terus jer buka. Kalau
orang jahat macam mana …..” Fawz membebel sebaik saja melangkah masuk.
“
Alaa….. Tadi kan Fawz dah mesej nak datang.”
“Along
ni mudah sangat fikir. Kalau tadi yang muncul bukan kami tapi Abang Arif ……
Along nak buat apa?” Giliran Fatin pula membebal. Ditutup semula pintu dan kunci.
“Hish…
Jangan sebut nama tu boleh tak? Seram!” Fatini gelang kepala beberapa kali. Dia
tak dapat bayangkan jika kata-kata Fatin benar-benar terjadi.
“Uncle!”
jerit Baiduri berlari. Dia terus peluk kaki Fawz.
“Tak
habis-habis dengan Uncle dia. Auntie ni tak nak panggil ke? Look, Auntie bawa
KFC.” Fatin tunjuk bag plastik yang dijinjing dari tadi.
“Yeay!
Yeay! KFC! KFC! Auntie! Auntie!” Baiduri terus peluk kaki Fatin dan mendongak
kepala melihat Fatin. Dia tersengih.
Fatini
tersengih. Dalam masa yang singkat saja, Baiduri cepat mesra dengan Fatin dan
Fawz.
“Susu
ni ! Nak Umi buat ke tak?” Botol susu yang ada di tangan ditunjuk ke arah
Baiduri.
“Tak
nak! Tak nak!” Baiduri geleng kepala berulang kali apabila ditanya. “Auntie!
Nak KFC! Nak KFC!” jerit Baiduri. Dia tak sabar nak makan KFC yang dibawa
Fatin.
“Sabar!”
Fatini geleng kepala. Pertama kali, Baiduri makan KFC di KLIA. Biaduri terus
suka dan hari-hari minta KFC. Penting
kepala dibuatnya.
*************************
Tisu
diambil dan lap mulut Baiduri yang comot selepas makan mashed potato.
Baiduri
marah apabila mulutnya dilap. Dia belum lagi habis makan.
“Amboi
garangnya!” Fawz ketawa.
“Cukup
marah kalau orang kacau dia makan.” Fatini tersenyum. Dia sudah masak dengan
perangai Baiduri. Marah-marah pun nampak
comel.
“Along!
Sejak Along balik sini, Abang Arif ada call tak?” tanya Fatin.
“Ada
juga beberapa no yang Along tak kenal call , Along terus blok. Malas nak
layan.” Jawab Fatini. Dia memang rimas dengan perangai Arif. Tak henti-henti ganggu dirinya. “Masa Along
tak ada, dia still datang rumah jumpa ibu ke?”
“Mestilah
datang!” Fawz menyampuk.
“Lepas
balik fly dari mana-mana jer, terus datang jumpa ibu. Ada saja barang berjenama
dia bagi kat ibu. Bag la! Perfume la!
Baju la! Barang kosmetik la! Kasut la! Semua barang mahal-mahal.” Cerita Fatin
dengan penuh perasaan.
“Ibu
pun apa lagi, senyum sampai ke telinga.” Tambah Fawz lagi.
“Orang
kalau ada udang sebalik batu, macam tu lah ….” Fatini mengeluh. Dah nak dekat
20 tahun tapi Arif tetap kejar cintanya.
Berkali-kali lamaran Arif ditolak tapi Arif masih tak berputus asa. Dia
rimas dengan perangai Arif.
“Kerja
saja pilot tapi tak faham bahasa. Orang dah tak suka, tak sukalah. Cinta konon tapi belakang Along ….. perempuan
keliling pinggang. Cinta tahi kucing.”
“Bukan
cinta tapi obsess. Fawz perhatikan Abang Arif tu bukannya cinta kat Along pun.
Dia obsess sebenarnya. “
“Betul
tu! Abang Arif anggap Along macam trophi
yang perlu dimenangi. Sebab tu, asyik
datang rumah . kononnya nak ambil hati ibu supaya ibu pujuk Along terima
lamaran dia. Macamlah Fatin tak tahu taktik dia.”
“Abang Arif ada juga beli hadiah kat abah ….. tapi abah tak layan.” Cerita Fawz lagi.
“Dekat
kamu berdua, dia beli ke?”
“Beli
tapi kami tak ambil. Fatin siap cakap lagi …. Amalan rasuah bukan prinsip ahli
keluarga kita. Terus air muka Abang Arif berubah.”
“Pucat
lesi terus.” Tambah Fawz. Dia terus
ketawa.
“Lepas
tu Abang Arif terus tak beli hadiah kat kami lagi.” Fatin turut sama ketawa
apabila ingat semula apa yang terjadi hari tu.
“Bagus!
Bagus! Biar padan muka dia.” Fatini pun sama-sama ketawa. “Lepas makan nanti,
teman Along pergi rumah Anas.”
“Okey!”
jawab Fawz dan Fatin serentak.
“Finish!
Finish! Nak gi ! Nak gi!” Baiduri bersuara. Mulut comot dengan mashed potato
KFC yang sudah habis dimakannya.
Fatini
geleng kepala sekali lagi melihat telatah Baiduri. Nampaknya nak kena salin
baju lagi. Habis kotor dengan mashed potato. Biasalah budak dua tahun makan.
Kalau makan, mesti habis baju.
***************************
Kereta
Perodua Myvi berwarna merah berhenti apabila tiba di destinasi .
“Dah
sampai!” beritahu Fawz.
Cermin
tingkap diturunkan. Mata Fatini terbuka luas melihat mahligai yang tersergam
indah yang berada di depan mata. “Betul ke ini alamat dia?”
“Betul
la, Along! Tengok ni, Waze tunjuk sampai sini.” Fawz tunjuk telefon pintarnya
yang menggunakan apps Waze untuk sampai ke alamat yang diberikan oleh Fatini.
Dahi
sedikit berkerut. Biar betul! Memang sah ini rumah orang kaya. Siapa sebenarnya
Anas? Pandangan Fatini beralih lihat
Baiduri yang begitu nyenek tidur.
“Along!
Kalau bapa Baiduri nak ambil dia, Along nak bagi ke? Along kan dah start
sayangkan Baiduri.” Tanya Fatin secara tiba-tiba. Wajah Fatini ditatap menanti jawapan.
Fatini
tersenyum. “ Apa pun terjadi, Anas tetap ayah Baiduri. Darah daging dia
sendiri. Satu-satunya ahli keluarga yang Baiduri ada. Di saat Allah Taala
temukan Arwah Laila dan Baiduri, Along syukur sangat-sangat. Hidup Along yang
kosong tika itu , berserabut dengan masalah …. Mula rasa tenang dan ceria
selepas jumpa mereka berdua. Along tak sangka Arwah Laila pergi dulu ….” Fatini
mengetap bibir dan cuba kawal rasa sedihnya. Setiap pertemuan akan ada
perpisahan.
“Baiduri
amanah arwah Laila. Allah Taala pinjamkan Baiduri sementara waktu untuk Along. Di saat Along sayangkan Baiduri, Along dah
redha. Baiduri bukan milik Along. Satu hari nanti, Baiduri akan pulang pada
Anas. Along akan pegang amanah tu sehingga Baiduri bertemu semula dengan ayahnya.”
Fatini mengusap pipi gebu Baiduri yang begitu nyenyek tidur. Walaupun berat
untuk lepaskan Baiduri tetapi kenyataan tetap kenyataan. Baiduri bukan anak
dia.
“Tunggu
sini sekejap. Along pergi tanya.” Beritahu Fatini sebelum keluar dari perut
kereta.
Langkah
diatur ke arah pondok pengawal. “Assalammualaikum ….”
“Waalaikumussalam.”
Jawab pengawal itu. “Ya, Cik! Ada apa yang boleh saya bantu?”
“Nak
tanya. Aaaa…. Siapa owner rumah ni?”
“Datin
Nurin.”
“Dia
ada anak tak?”
“Tak
ada.” Jawab pengawal itu. “Kenapa, Cik?”
Fatini
terus keluarkan gambar Anas dan tunjukkan pada pegawal itu. “Aaa… Pernah nampak
tak orang ni?”
“Tak
pernah!” Dahi pengawal sedikit berkerut.
“Pelik!”
Giliran dahi Fatini pula berkerut. Dikeluarkan kertas yang tertulis alamat yang
tertera di kad pengenalan Anas. “Ini
alamat sini kan?”
“Ya!
Memang betul alamat sini.”
“Betul
ke Datin Nurin tak ada anak?” soal Fatini sekali lagi inginkan kepastian.
“Ya.
Dah tiga tahun saya kerja, Datin Nurin memang tak ada anak.”
“Kalau
macam tu, terima kasih banyak-banyak.” Ucap Fatini sebelum berlalu pergi.
Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Dilihat kertas yang ada di tangan. “ Ini
saja klu yang aku ada nak cari Anas! Takkanlah alamat dalam IC tu alamat lama. Mana
aku nak cari Anas ni?” Fatini pejam mata beberapa saat dan dibuka semula. Dia
menoleh lihat mahligai mewah tiga tingkat itu sebelum masuk ke dalam perut
kereta Myvi miliknya.
Fatini
tak sedar yang dirinya diperhatikan. Seorang wanita memerhati gerak geri Fatini
dari tingkat atas mahligai mewah itu.
No comments:
Post a Comment