Bab 11
Miza mengesat mata
beberapa kali. Dia melihat seseorang sedang masak di dapur. Niatnya nak ke
tandas terbantut. Siapa tu? Nina ke? Jam dinding di dapur menunjukkan pukul 5
pagi. Dikesat mata sekali lagi agar matanya terbuka luas. “Emma!”
Emma menoleh. “I’m sorry! Did I wake you?”
Emma terus berhenti dari membuat kerja. Dia bimbang jika dia dah
bangunkan semua penghuni di dalam rumah ini.
“Taklah… Kenapa tak tidur lagi? Jet lag ke?” tanya Miza.
“Jet
lag tu dah perkara biasa. Cuma rasa tak boleh tidur. Macam nak buat something so … Emma buat Spanish Sweet Rolls served with butter for breakfast. Kak Miza mesti tak pernah
rasakan! Mama selalu buat. Sometimes
breakfast kami makan ini saja. Sedap.
So sepanjang Emma ada di sini,
Emma akan masak food dari Spain. Nak
harapkan Gaby masak, memang tak lah. Tak habis-habis dengan salad saja.” Emma
berceloteh panjang. Dia tunjukkan Spanish
Sweet Rolls yang sudah siap dibakar.
“Tepat sekali. Sekejap yer, excuse me!” Miza bergegas ke tandas. Dia
sudah tak tahan lagi. Lima minit kemudian Miza keluar dari tandas dengan wajah
ceria. Rasa lega. Dia tarik kerusi dan terus duduk. Mulanya memang dia nak
masuk tidur balik tapi rasa mengantuk terus hilang. Hari ini cuti. Boleh jugak dia
borak-borak dengan Emma. Korek sikit rahsia Helena. Miza ketawa dalam hati
sendiri. “Emma still study lagi ke?”
“Ya. Barcelona University. Course Law.” Jawab Emma. Dia buka pintu oven
dan keluarkan roti yang sudah masak. Diangkat satu persatu dan diletakkan atas
pinggan kosong untuk disejukkan.
“Wah… Bakal lawyer. Seorang engineer!
Seorang pilot! Complete semua pakej.”
“But papa nak salah seorang dari
kami jadi teacher macam mama tapi tak
kena dengan jiwa kami. To be a teacher,
mesti sabar. But … istilah sabar tak
ada dalam hidup kami. You know Gaby,
right?” Emma ketawa.
“Yeah!
Sikit sikit nak marah.” Miza setuju dan dituruti dengan ketawa. “Tapi Helena
jarang cerita pasal family dia.
Sekali tadi, sepatah dia jawab. Takut jugak nak tanya cakap banyak-banyak.
Nanti ada isu sensitive pulak.” Kata Miza. Sepanjang dia kenal Helena, dia
hanya tahu serba sedikit pasal Helena. Pasal family ,Helena memang jarang nak bercerita. Yang dia tahu family Helena tinggal di luar negara.
“Gaby memang macam tu. Malas nak
jawab banyak-banyak. Kalau dengan orang tak kenal, jangan haraplah dia nak
cakap. Family kami okey saja. Tak
adalah isu-isu sensitif. Papa orang Melayu. Mama orang Spain. Masa study kat Spain, Papa jumpa Mama.
Kebetulan Mama study di universiti
sama dengan Papa. So diorang falling in
love but disebabkan perbezaan agama diorang
break up. Lepas empat tahun, diorang
jumpa semula. Maybe sebab jodoh. Mama
peluk Islam and then they get married.
Mama berhenti jadi teacher sebab ikut
papa balik Malaysia. Lepas tu Mama terus jadi su….su…..” Emma cuba ingat. Dahi
berkerut.
“Surirumahtangga.” Sampuk Miza.
“Yes!
Surirumahtangga. Disebabkan kerja papa, kami sering berpindah. Dari satu negara
ke satu negara.”
“Kerja apa?” tanya Miza. Dia tanya
Helena tapi Helena selalu cakap kerja pejabat.
“Ambassador.”
Bulat mata Miza mendengarnya. Dia ni
anak diplomat rupanya.
“Sekarang ni papa di Malaysian Embassy Madrid, Spain. Kami
bertiga di sana. Gaby dan Damien di Malaysia. Nak harapkan mereka berdua balik
sana memang taklah…So sekarang ni summer holiday di sana sebab tu Emma
datang sini. Aaa…. Pasal Kak Nina?” Sebenarnya
Emma ingin tahu apa yang berlaku antara Nina dan Damien. Mesti mereka gaduh
besar. Kalau ada Helena ,mesti tak boleh tanya lebih-lebih. Sebab itulah Helena
suruh dia tidur sebilik dan Nina tidur sebilik dengan Miza sedangkan rumah sewa
ni, ada dua lagi bilik kosong.
“Kenapa dengan Nina?”
“Damien buat hal lagi ke? Pasal
perempuan?”
“Better
Emma tanya Nina sendiri. Kak Miza tak berani nak cakap lebih-lebih.”
Emma mengeluh. “Damien still dengan perangai playboy dia. Gaby pulak … Sampai
sekarang hati keras macam batu .. ”
“Kak Miza rasa kan Helena ada hati
kat mamat sebelah rumah tu.”
“Betul ke?” Suara Emma terus ceria.
Dia terus duduk di kerusi sebelah Miza. “Cerita la.” Emma tak sabar
mendengarnya.
“Macam mana nak start? Hmmm…. Ini gerak hati Kak Miza saja.” Miza menoleh ke
belakang. Bimbang jika Helena tiba-tiba terpacak di belakang. “Mak!” jerit Miza terkejut. Memang betul
Helena ada di belakang.
Emma turut sama terkejut.
“Kau nak gossip apa dengan adik
aku,hah? Kau jangan …. Kau tak kenal adik aku ni macam mana? Tak reti simpan
rahsia. Tak sampai seminit sampai terus ke telinga mama papa aku.” Helena memberi
amaran. Sebenarnya tadi dia terjaga dan terus bangun apabila melihat Emma tak
ada. Tak sangka Emma dan Miza rancak berbual di dapur. Lepas tu boleh pulak
mereka berdua nak gossip pasal dia.
“Gaby!” Emma merengek.
“Pasal rumahtangga Damien dan Nina,
jangan beritahu mama dan papa. Dengar tak?”
“Dengar! Tapi ….
.”
“No
tapi tapi, okey!Mereka dah besar. Biar mereka selesaikan. Kau, Miza! Zip mulut
kau tu. Nanti aku bocor rahsia, baru kau tahu.” Helena beri amaran.
“Ya! Ya!”
“Aku nak sambung tidur balik. Kalau
aku dengar gossip pasal aku, siap kau Miza.” Kata Helena sebelum berlalu pergi.
Miza mengeluh. Dia buat isyarat zip
mulutnya pada Emma.
*************************
Tok Wan Daud menjenguk
kepala keluar dari tingkap. Semasa dia dan Faliq keluar nak keluar sembahyang
Subuh di masjid, mereka hairan melihat kereta Mini Cooper dipakir di halaman
rumah sewa Helena.
“Sapa
mai rumah depa? Nampak ada
kereta.”
“Aaa… Adik Helena mai. Baru sampai petang semalam.” Mak
Tok Aishah letakkan pinggan besar yang berisi mee goreng di atas meja.
“Helena ada adik lagi ka? Laa
ingatkan yang mai ari tu ja adik
dia.” Tok Wan Daud menarik kerusi dan terus duduk.
“Ada. Tapi yang ni adik perempuan.Depa tiga beradik ja. Cantik orangnya” Puji
Mak Tok Aishah.
“Lagi cantik dari Helena?” tanya Tok
Wan Daud.
“Siapa cantik dari Helena ni?” Faliq
mencelah. Dia baru melangkah masuk ke dapur. Kerusi ditarik dan Faliq duduk di sebelah Tok Wan Daud.
“Adik Helena, Emma Maria! Cantik!
Macam model. Kalau Faliq tak nak kakak, boleh pilih adik. ” usik Mak Tok
Aishah.
“Kasar macam Helena?” tanya Tok Wan
Daud
“Lemah lembut orangnya! Peramah
pulak tu tapi gaya dia lebih kepada kebaratan. Nanti jumpa, tahulah.” jawab Mak
Tok Aishah.
“Kalau cantik sangat susah nak jaga.
Saya prefer yang sederhana.” Kata
Faliq sambil tersenyum. Muncul wajah Helena. Walaupun Helena jarang tersenyum
tapi manisnya tetap ada.
“Assalammualaikum ….”
“Waalaikumussalam ….”Mereka bertiga
menoleh. Miza berdiri di pintu dapur sambil membawa sesuatu.
“Masuklah! Aiii…. Seorang saja.”
jemput Mak Tok Aishah. Dia sedar ada wajah hampa di muka Faliq. Mesti Faliq
ingat Helena datang.
Miza tersengih dan melangkah
masuk. “Tadi Emma ada buat Spanish Sweet Rolls. Nak bagi Mak Tok
dan Tok Wan rasa.” Pinggan berisi beberapa biji Sweet Rolls di atas meja.
“Sedap ke ni?” tanya Tok Wan Daud.
“Jamin sedap. Rasalah …. Emma memang
pandai masak.“puji Miza.
“Mana depa? Mai makan sekali.
Ramai-ramai baru meriah.” Ajak Mak Tok Aishah.
“Rezeki jangan ditolak .Tapi saya
dan Nina saja. Emma dan Helena tak ada. Lepas subuh tadi pi KL.”
“Pasal pa?”
“Emma. Dia tersalah ambik bag. Dia
bawa dua bagasi. Salah satu bagasi tu bukan dia punya. Model dan warna pun
sama. Dia tak check terus ambil saja.
Masa buka tadi, dia terkejut tengok semuanya pakaian lelaki. Helena pun apa
lagi mula la start membebel. Nak tak
nak mereka kena pergi KLIA la.” Cerita Miza.
“Benda dah nak jadi nak buat macam
mana.” Kata Tok Wan Daud. “Aaa… Pi
panggil Nina cepat. Aku dah lapar ni.”
“Okey, Tok Wan! Tunggu sat naaa….” Miza terus keluar.Dengar
laju, Miza berjalan ke rumahnya sambil memanggil nama Nina.
“Kenapa diam saja, Faliq? Rindukan
buah hati ke?” usik Mak Tok Aishah.
“Hish… tak adalah.” Faliq tersengih.
No comments:
Post a Comment