Bab 12
Damien berjalan menuju
kereta Mazda yang dipakir di tempat letak kereta tingkat dua. Wajah kelihatan
letih. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluarnya. Balik saja dari China,
dia akan terus pergi Kedah. Pakaian semua sudah siap sedia dalam kereta.
Fikirannya hanya Nina saja. Dia tak sanggup kehilangan Nina. Dia terkejut apabila ada seorang memeluknya
dari belakang. Nina ke? Ada senyuman di wajah Damien.
“Sayang, you nak pergi mana? Laju betul you
jalan. Penat I kejar.” Kedua-dua
tangannya begitu erat memeluk pinggang Damien.
Sebaik saja dengar suara Izza, air
muka Damien terus berubah. Tubuh Izza ditolak kasar. “You tak faham bahasa ke? Kita dah break up. Jangan ganggu I
lagi, boleh tak?” Damien terus naik angin.
“Damien! You tak boleh buat I macam ni? You janji nak bertanggungjawab.”
“Bertanggungjawa apa? I tahu, Izza. Selain I, you
ada jantan lain. One more thing, I nak ingatkan you. Jangan kacau kakak I.
Disebabkan you, kakak I mengamuk kat I. Tak pasal-pasal I
terlibat sama.” Damien teringat panggilan dari Helena. Sakit telinga dengar
Helena membebel. “Kakak I pesan kalau
dia jumpa you lagi, dia akan cincang you hidup-hidup.”
Izza menelan air liur. Rasa takut
mendengar amaran dari Helena.Dia masih tak lupa wajah Helena ketika mengamuk.
Renungan sangat tajam macam pisau.
Tiba-tiba bunyi mesej masuk dan
Damien terus baca. Dahi sedikit berkerut. Dia lihat gambar Emma yang duduk posing di halaman rumah Damien. Tergamam
beberapa saat. “Emma!”
“Emma? Siapa Emma?” Izza terkejut
apabila nama perempuan lain disebut Damien. Dia cuba rampas telefon tapi tak
dapat.
Damien malas nak melayan kerenah
Izza. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan cepat-cepat kunci kerana takut
Izza masuk.
Izza cuba buka pintu tapi berkunci.
Tingkap kereta diketuk beberapa kali. “Damien, open this damn door! Damien!” jerit Izza. Dia yakin Damien ada
perempuan lain. Dia tak boleh biarkan Damien buat dia macam ni. Habis madu
sepah dibuang. Dengan perempuan lain, Damien boleh buat macam itu tapi bukan dia.
Izza masih ketuk tingkap kereta Damien walaupun waktu itu kereta Damien
bergerak keluar dari petak parking.Namun
Damien langsung tak endahkannya. Kereta Damien terus bergerak tinggalkan Izza.
Kerana terlalu marah, Izza baling beg tangannya.
“Jangan ingat you dapat lari dari I,
Damien!” jerit Izza. Wajah merah menahan geram apabila dirinya dilayan seperti
sampah.
***************************
Kereta dipakir di garaj kereta.
Damien keluar dan bergegas jalan apabila melihat pintu rumah terbuka. Wajah
kembali ceria. Mesti Nina dah balik.Mesti Nina dah maafkan dia. “Nina! Nina!”
panggil Damien berulang kali.
“No!
It’s me!” Emma keluar dan terus memeluk Damien. Dari KLIA terus ke sini,
mujurlah bagasi dia ada. Selepas pulangkan bagasi di Lost and Found International kaunter, tiba-tiba Helena nak datang
sini. Katanya nak buat spot-check
tapi sebenarnya dia tahu Helena risaukan Damien. Makan minum macam mana?
Selalunya Nina yang sediakan. Nak buat macam mana sendiri cari pasal. Ada
isteri baik tapi tak tahu nak hargai. Isteri dah lari baru padan muka. Helena
nampak saja garang tapi penyayang orangnya.
Senyuman Damien terus mati.
Emma memeluk Damien dengan erat.Dia
gembira dapat jumpa abangnya. “I miss you,
Damien!”
Damien membalas pelukan adiknya. “I miss you too! Bila sampai? Kenapa tak call?” Damien tersenyum. Dia menggosok
bahu Emma dengan lembut.
Belum sempat Emma nak menjawab,
tiba-tiba saja ada tangan menarik tangan Emma sehingga pelukkan terlerai. Satu
tamparan kena pipi Emma. Emma tergamam.
“Siang-siang hari peluk boyfriend orang, tak tahu malu ke?”
jerkah Izza dengan wajah marah. Dalam diam ,dia ekori Damien pulang ke rumah.
Dia terkejut melihat ada wanita lain yang peluk Damien. Api cemburu tak dapat
dibendung lagi. Dengan serta merta dia keluar dari perut kereta. Yang pasti,
dia kena ajar perempuan yang cuba rampas kebahagiaan dia.
Damien turut sama terkejut. Semuanya
berlaku cepat sekali. “You dah gila
ke?” jerkah Damien.
Pipi kanan masih terasa pedih.
Kesannya memang terasa. Air mata mula bertakung. Emma terus menangis sekuat
hati. “Gaby! Gaby!” teriak Emma sambil menjerit nama Helena.
“You
too much, Izza! Yang you tampar
adik I, dah kenapa hah?”
“Adik?” Membesar anak mata Izza. Dia
melihat Emma dan Damien berulang kali. Dia baru sedar mereka berdua ada
iras-iras. Muka Izza cuak. Dia tak tahu nak cakap apa-apa.
Tangisan Emma semakin kuat.Damien
cuba pujuk tapi semakin dipujuk semakin menjadi-jadi Emma menangis.
“Apa halnya ni?” tanya Helena
bergegas keluar. Dari dalam dia sudah dengar Emma menangis. Emma memang
terkenal dengan Ratu Menangis. Tak boleh kena sikit, nak menangis kerjanya.
Semakin besar mata Izza melihat
Helena. Teringat amaran Helena! Izza terus lari tinggalkan Damien dan Emma.
“Gaby!” Emma terus berlari ke arah
Helena dan tunjuk pipi kanan yang berbekas.
Helena terkejut lihat pipi Emma. Ada
bekas berwarna merah. Dibelek pipi adiknya. “Siapa tampar ni?” Dengan serta
merta, Helena melihat ke arah Damien. Pandangan tajam melihat Damien dengan
wajah bengis.
Damien menoleh ke belakang. Kelibat
Izza sudah tiada. Damien meraup wajah berkali-kali. Matilah kali ini. Apa dia
nak jawab? Ini Izza punya pasal. Tak pasal-pasal dia nak hadap semua ini.
Note : Assalammualaikum to my dear readers .....
Terima kasih saya ucapkan pada semua yang tak pernah jemu singgah ke blog saya selama ini. Ada berita baik nak kongsi bersama. Novel Dia Helena Isabella akan diterbitkan tak lama lagi. Atas berkat sokongan anda semua, Novel Dia Helena Isabella lulus pernilaian .... Thank you so much, gojesss......
Salam Sayang:
Azimah Lily
2 comments:
Wah! tahniah sis Azimah Lily.. Xsabar nk tngu novel nie
NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) Terima kasih ....
Post a Comment