Bab 7
Pintu KFC ditolak.
Fatini dan Baiduri keluar dari KFC. Genggaman jari Fatini pada Baiduri begitu
erat sekali Fatini gembira lihat Baiduri tersenyum lebar selepas perut kenyang
makan KFC. Habis lincin dimakan dan siap melompat lagi apabila makanan sampai.
Ternyata perasaan seorang ibu melihat anaknya makan adalah satu perasaan yang
sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.
“Dah kenyang?”
Baiduri mendongak kepala pandang
Fatini. “ Kenyang!” jawab Baiduri dengan senyuman comel. Dia berjalan seiringan
dengan Fatini melalui laluan rumah kedai.
Tiba-tiba Fatini rasa lain macam.
Dia mula tak sedap hati. Fatini berhenti dan menoleh ke belakang. Tiada sesiapa
pun. Mungkin perasaan dia saja kot. Dia
menyambung semula langkahnya.
Dahi semakin berkerut. Jantung mula
berdenyut laju. Perasaan ni? Perasaan ini perasaan yang sama dia rasa setiap
kali diekori. Perasaan yang dia rasa setiap kali diekori Alif .Selalunya instinct dia tepat sekali. Sekali lagi, Fatini berhenti. Dia menoleh ke
belakang. Mata meliar di segenap pelosok mencari. Kosong! Tak ada siapa pun.
Pandangan mata Fatini terhenti
melihat bayang yang ada di sebalik tiang yang ada tak jauh dari mereka. Air
muka Fatini berubah. Dia mula rasa takut. Dia perlu beredar dari sini. Dia
takut jika sesuatu terjadi pada Baiduri. Didukung Fatini secara tiba-tiba.
Tanpa membuang masa, Fatini berlari dari situ. Apa pun yang terjadi, dia mesti
balik ke hotel. Hanya itu tempat selamat bagi dia dan Baiduri.
********************
Hilman mendekati wanita yang masih
memegang gelas yang berisi air berwarna merah. Wajah wanita itu kelihatan
tegang seraya mata memandang ke luar tingkap.
“Sayang, what’s wrong?” tanya
Hilman.
“I masih tak dapat lupakan wajah
perempuan yang datang hari tu. She gave me bad vibes.” Wajah Nurin masih
berkerut fikirkan wanita bertudung litup yang berdiri di depan pintu pagar hari
tu. Dia mula rasa tak sedap hati.
“Ala… perasaan you saja. Kat guard
hari tu cakap, dia tanya pasal alamat rumah ni saja. Dia tersalah rumah.”
“Pertama kali, mungkin kebetulan ….
Tapi kalau kali ke-dua, itu bukan kebetulan. Malam ni Pak Kob masuk kerja,
suruh Pak Kob jumpa I.” Pesan Nurin. Diminum air merah itu sehingga habis.
“Okey!” jawab Hilman. Diambil gelas
kosong itu dari tangan Nurin. “ More?”
Nurin angguk kepala perlahan-lahan.
Dipandang ke arah lelaki yang sudah sepuluh tahun bersamanya. Hilman pandai
ambil hatinya. Dia gembira bersama Hilman. Tak kisahlah apa pun orang lain
cakap, yang pasti hatinya sentiasa puas bersama Hilman. Apa saja yang dia nak,
Hilman akan tunaikan.
Nurin terkejut apabila pintu rumah
dibuka secara tiba-tiba.
Seorang lelaki bertubuh sasa
melangkah masuk dengan wajah marah. Pandangan tajam hanya pada Nurin.
Nurin tersenyum. Dia tak sangka
lelaki ini akan jejakkan kaki di rumah ini. “ Long time no see!” Pandangan
menggoda Nurin masih pada lelaki yang rambutnya panjang separas bahu. Kali
terakhir dia jumpa lelaki ini pada hari pengebumian suaminya beberapa bulan
yang lalu. “What’s bring you here, Dato’ Romzi!”
“Kau tahu kan kenapa aku datang
sini?”
“Well …. Let me guess, you nak ajak
I lunch date dengan you?” Nurin kenyit sebelah matanya.
Romzi mendengus dengan wajah meluat.
“Aku tak ada selera nak makan dengan perempuan spesis pelacur macam kau. Mata
aku ni belum buta lagi.” Sindir Romzi. Dia cuba menahan rasa marah yang
meluap-luap setiap kali berhadapan dengan wanita yang memusnahkan keluarganya.
Nurin cuba kawal air mukanya. Dia
cuba kekalkan senyuman di bibir. Ini bukan pertama kali, Romzi gelarkan dirinya
pelacur.
“Kau dengar sini baik-baik. Aku
takkan benarkan kau buat sesuka hati selepas ini. I will fight like hell to get
back what belong to my nephew. Semua ini bukan milik kau, kau kena ingat. Aku
akan pastikan kau akan merempat di tepi jalan dan aku akan buat hidup kau
merana. Kau tunggu dan lihat.” Wajah Romzi serius. Dia terus berlalu keluar
dengan kedua-dua tangan digenggam erat.
Wajah Nurin berubah selepas Romzi
keluar.
“Now, you have his attention.”
Hilman keluar selepas Romzi berlalu pergi tinggalkan Nurin seorang diri. “So,
what’s your plan? Orang macam Dato’ Romzi tu kau kena jaga-jaga. Apa dia cakap,
dia pasti buat!” Gelas air itu dihulur semula pada Nurin.
Tiba-tiba Nurin tersenyum. “Semua
lelaki sama saja. Kelemahan mereka semua saja sama, tiada mana lelaki tolak
wanita cantik macam I. Tak mustahil kalau satu hari nanti Romzi melutut depan
I. Romzi akan pastikan dia jatuh cinta dengan I. Ini Nurin, tiada mana-mana
lelaki dapat lari dari I.” kata Nurin dengan penuh yakin.
“Sayang, jangan terlalu yakin
sangat. Dato’ Romzi tu lain sikit. Dia bencikan you.”
“Don’t worry, I yakin benci itu akan
bertukar cinta.” Nurin pandang ke arah Hilman. Dia tahu Hilman cemburu
sebenarnya. Dipegang tangan Hilan dengan
mesra. “Jangan la jelous! Apa pun yang terjadi, you tetap lelaki special dalam
hidup I. Malam ni stay dengan I yer.” Kata Nurin dengan mengenyit mata pada
Hilman.
Wajah Hilman yang tadi masam
bertukar ceria. Tubuh Nurin ditarik dan dipeluk dengan erat.
*********************
Suasana masih sunyi sepi walaupun
sudah sepuluh minit kereta BMW bergerak meninggalkan rumah mewah milik Dato’
Azad. Wajah Romzi masih kelihatan tegang.
“Boss! Dah okey ke?” tanya Farid
yang merangkap sebagai PA Romzi. Dia
mulanya teragak-agak untuk bertanya. Maklumlah setiap kali jumpa Nurin, mood
Romzi pasti bertukar jadi ribut.
Romzi tundukkan sedikit kepalanya.
Rambut menutupi sebelah wajah diselak ke tepi. Dipandang ke arah Farid yang
sedang duduk di sebelahnya.
“Dah okey sikit.”
“Boss nak saya buat apa?”
“Aku nak 5% saham Tuah Group yang
perempuan tu jual tu, kau beli semula saham tu balik dari Tan Sri Halim. Tak
kisah berapa harga sekali pun, kau dapatkan semula saham tu.”
“Baik, boss! Tapi dulu kan, boss
cakap tak nak ada kaitan langsung dengan Tuah Group. Kenapa tiba-tiba saja
boss …..”
Romzi mencelah terlebih dulu.
“Pendirian aku tetap sama tapi Tuah Group milik anak saudara aku. Aku takkan
biarkan perempuan tu bolot semua harta abang aku. Aku akan pertahankan apa yang
sepatutnya milik anak saudara aku. Dua puluh peratus saham aku dalam Tuah Group
akan aku berikan pada anak saudara aku. Yang pasti, aku akan hancurkan hidup
perempuan tu sepertimana dia hancurkan family aku. ” tekad Romzi. Gara-gara
kewujudan Nurin, keluarganya berpecah belah.
“Jadi boss akan terima tawaran Dato’
Yassin?” tanya Farid. Dia masih teringat kedatangan Dato’ Yassin, salah seorang
pemegang saham dalam Tuah Group. Dato’ Yassin cuba pujuk Romzi untuk kerja
semula di Tuah Group kerana bimbangkan prestasi syarikat itu selepas Nurin
ambil alih jawatan CEO. Kata Dato’ Yassin, syarikat kini mengalami banyak
kerugian. Dato’ Yassin bimbang jika keadaan ini berterusan, Tuah Group boleh
jatuh muflis.
Romzi hanya mendiamkan diri.
********************************
Fatini bangun dari katil dengan
berhati-hati. Dia bimbang jika pergerakkannya buat Baiduri terjaga.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.
Fatini tersenyum. Pasti Fadlan dah sampai. Fadlan dah janji akan jumpa dia malam
ini sebelum Fadlan fly ke Dubai. Fatini berjalan ke arah pintu dan langkah terhenti.
Dia teringat pesanan Fatihah beberapa hari yang lalu.
Pandangan masih ke arah pintu.
Loceng masih tak henti berbunyi. Fatini mula rasa tak sedap hati. Debaran mula
terasa. Wajah Alif terus muncul. Tangan
mula rasa sejuk. Dia mula rasa takut.
“Sayang! Bukalah pintu. I tahu you
ada kat dalam tu. Fatini, please open this door.”
Jantung Fatini hampir saja terhenti
mendengar suara Alif. Langkah diundur ke belakang beberapa tapak agar jauh dari
pintu. Ditutup mulutnya agar tidak keluarkan bunyi. Dia tak mahu Alif tahu dia
ada dalam bilik. Ditoleh ke arah Baiduri yang masih tidur. Dia harap sangat
Baiduri tak bangun.
“Fatini! Bukalah pintu. Tengok ni, I
bawa bunga poney kegemaran you. Lepas tu
I bawa chicken grill yang you suka makan di PJ. Carrot cake pun, I beli. Kita
boleh makan sama-sama. Bukalah pintu ni, sayang. Kita dah lama tak jumpa kan. I miss you so much.”
Tubuh Fatini masih kaku. Memanglah
kalau tengok, memang Alif ni romantik orangnya. Semua benda yang dia suka, Alif
tahu. Lebih-lebih lagi, Alif pandai ambil hati orang, ditambah pulak dengan
mulut manis. Tapi hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu siapa Alif.
Tiba-tiba pintu diketuk dengan lebih
kuat.
“Fatini! Buka pintu ni sekarang. I
tahu you ada kat dalam. Atau you nak I pecahkan pintu ni, hah! Fatini buka
pintu ni .” Suara Alif terus berubah. Dia menjerit seperti orang gila.
Langkah Fatini diundur lagi. Rasa
takut semakin menghantui jiwanya. Kelopak mata mula berair. Tombol pintu mula
dipulas dengan kasar seolah-olah Alif cuba merempuh masuk.
“Open this damn door, Fatini. Jangan
buat I hilang sabar.” Alif masih tak putus asa. Dia akan pastikan Fatini buka
pintu. Walauapa yang terjadi, dia mesti jumpa Fatini. Kini, pintu bilik itu
ditendang pula. Dia sudah hilang sabar .
“Abang Alif!” jerit Fadlan. Ada dua
orang security guard bersamanya. Kebetulan masa dia naik lif tadi, mereka bertiga
keluar di tingkat yang sama.
Air muka Alif berubah dengan
kehadiran Fadlan.
“Encik, kami terima aduan yang encik
buat bising di sini. Sila ikut kami ke lobby sekarang.” Salah seorang security
guard itu bersuara.
“Sorry! I takkan buat lagi. Hanya
salah faham saja. Betul tak, Fadlan?” Alif mula panik dan pandang ke arah Fadlan
agar menolongnya.
Fadlan mendengus. Dia lihat beberapa
bag plastik dan jambangan bunga yang ada di lantai. “ Dia ni stalker kakak I.
Better awak tangkap dia dan heret ke balai polis. Kalau dibiarkan, dia akan
buat kacau dalam hotel ni.” Kata Fadlan.
“Hey, Fadlan!” jerkah Alif dengan
wajah bengang. Dia cuba hampiri Fadlan tetapi sempat ditahan oleh security
guard tadi. Alif terkejut apabila kedua-dua tangannya dipegang mereka.
Berkali-kali dia cuba meronta tapi gagal. Alif menjerit seperti orang gila. Dia
tak peduli dengan pandangan penghuni hotel di tingkat itu. Suara Alif saja
menarik perhatian orang.
Setelah Alif beredar, Fadlan
mengetuk pintu bilik hotel kakaknya. “Along! Ini Angah. Abang Alif dah tak ada.
Security guard dah bawa dia pergi. You’re safe right now. Please open the
door.” Kata Fadlan. Dia tahu pasti kakaknya ketakutan sekarang.
Pintu dibuka perlahan-lahan. Fatini
terus peluk Fadlan dan menangis teresak-esak. Dia memang takut dengan sikap
panas baran Alif. Jika dia tak ikut kehendak Alif, pasti Alif akan bertindak
agresif. Dah banyak kali dia kena tampar
dan pukul apabila dia enggan ikut kehendak Alif.
“It’s okey, Along! Don’t cry. Angah
ada.” Pujuk Fadlan. Ditepuk bahu Fatini dengan lembut.
No comments:
Post a Comment