Bab 8
Cawan air teh diletak
dengan perlahan-lahan. Pandangan Fatini beralih pada Intan. Mereka berdua masih
duduk di meja makan selepas sarapan pagi. Zahid dan anak-anaknya sudah ke ruang
tamu bersama Baiduri. Kedengaran suara riuh rendah datangnya dari ruang tamu. “
Intan, thanks tau sebab tumpangkan kami tidur di rumah kau. Seganlah sebab
asyik susahkan kau dan Zahid.” Fatini tersenyum.
“Alah nak segan apa! Kita ni dah
berkawan bertahun-tahun. Susah senang bersama-sama, itulah kawan sejati
namanya. Lagipun bila kau dah ada depan mata aku, aku taklah risau sangat.”
Jawab Intan. Dia terkejut mendapat panggilan dari Fadlan. Dia dan Zahid terus
ke hotel untuk ambil Fatini dan Baiduri bermalam di rumah mereka. Sebenarnya,
Fadlan takut tinggalkan kakaknya seorang diri sebab Fatihah dan Fawz tak dapat
datang sebab ibu mereka asyik ikut mereka ke mana-mana saja. Fadlan pula fly ke
luar negara. Fadlan tak mahu Alif datang ganggu Fatini lagi.
Senyuman Fatini lebih lebar.
“Kau tak nak buat report polis ke?”
“Kalau buat report , tak berguna
pun. Kau tahu siapa family Alif kan.”
“Habis tu sampai bila kau nak hidup
dalam ketakutan macam ni?” Wajah Intan
penuh risau.
Fatini mengeluh. “Mungkin ini dugaan
Allah Taala kat aku. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah Taala tabahkan hati
aku ni dan permudahkan perjalanan hidup aku.” Kata Fatini. Dia akan bertahan
selagi mampu.
“Sabarlah! Aku dan Zahid selalu doa
supaya kau jumpa Encik Penyelamat kau.”
“Encik Penyelamat?” Dahi sedikit
berkerut.
“Maksud aku, lelaki yang akan
selamatkan kau dari Alif. A.k.a
boyfriend kau! A.k.a tunang kau! A.k.a suami kau.” Intan tersengih. Dia harap
sangat akan ada lelaki muncul dan bawa Fatini keluar dari cengkaman Alif.
Fatini ketawa. “ Jangan nak buat
lawak, Intan. Encik Penyelamat apa bendanya! Kau dah lupa ke? Plan tak jadi kau
tu. Kononnya kalau ada lelaki jadi boyfriend aku, Alif tu takkan kacau aku
lagi. Kau suruh sepupu Zahid … hmmm…apa nama dia? Aaaaa…. Yussof. Kau suruh
Yussof menyamar jadi boyfriend aku. Kenalkan kat Alif. Last-last kesudahannya,
kau tahu kan. Tak pasal-pasal Yussof kena belasah dengan orang yang diupah Alif
sampai lembik. Nasib baik, tak patah kaki tangan. Lama jugak Yussof tu masuk
hospital. Kita buat report polis tapi Alif terlepas macam tu saja. Kononnya tak ada bukti yang Alif terbabit sama
dalam kes tu. Aku ni dah serik, Intan.
Aku tak nak la anaiya orang lagi. Sebab aku, orang lain merana. “
“Kau ni janganlah putus asa. Maksud
aku, lelaki yang pangkatnya lebih tinggi dari Alif. Lebih kaya dari Alif. Lebih berpengaruh dari
Alif. Ada banyak connection! Lelaki yang akan buat Alif takut. Mesti ada lelaki
macam tu.” Intan memberi cadangan.
Fatini mengetap bibir. “ Memang la
ada ciri-ciri lelaki yang kau nak tu. Tapi agak-agaklah kau nak suruh aku
kahwin dengan orang tua. Pangkat tinggi! Berpengaruh! Lebih kaya! Banyak
connection. Takkanlah aku nak kahwin dengan lelaki tua berpangkat Tan Sri kut.”
“Eee… ke situ pulak kau ni! Yang kau
nak cari orang tua buat apa! Banyak lagi lelaki yang sebaya kita yang
berpangkat Dato. Yang kaya dan berpengaruh!”
Fatini geleng kepala beberapa kali.
“Aiii…. Stress aku setiap kali dengar plan kau ni. Dah, aku tak nak dengar
lagi. Masalah Anas pun tak settle lagi.”
“Okey! Okey! Aku tak cakap pasal hal
ni. Aaa… Kau tak pernah pergi ke
cawangan baru café kita kan. Apa kata nanti kau ikut kami ke sana?”
“Boleh jugak. Aku nak jugak tengok
café yang baru buka tahun lepas tu. Sambutan
macam mana? Ramai orang?” tanya Fatini.
“Tentulah ramai lagi. Lagipun chicken grill café kita memang
meletup. Dah viral satu Malaysia.”
“Alhamdulillah …. Bertambah-tambah
rezeki kita.”
“Semua makanan kat café tu datangnya
dari resipi kau. Semua sedap-sedap. Kau patut jadi chef bukannya pensyarah.”
“Memasak tu hobi aku. Pensyarah tu
kerjaya aku. Kau kena faham tu. Kat area café tu ada hotel tak?”
“ Ada. Kenapa?”
“Aku ingat nak stay kat situ.”
“Laaa… Kenapa pulak nak stay hotel?
Duduklah kat rumah aku ni.” Pujuk Intan.
“ Better aku duduk kat hotel jer.
Aku tak nak nanti Alif tu buat kacau kat rumah kau. Dia tu kalau naik hantu,
macam—macam boleh jadi. Better aku stay kat hotel sebab kat sana mesti ada
security. Ada CCTV. Alif tak la berani sangat.” Jawab Fatini. Hakikatnya, dia
tak mahu susahkan Intan dan Zahid sekeluarga.
“Dah kau cakap macam tu, aku ikut
saja.” Kata Intan. Dia hormat keputusan Fatini.
*********************************
Fatini menoleh ke kiri dan kanan
untuk pastikan tiada kereta sebelum melintas. Sebelah tangan dukung Baiduri
sementara sebelah lagi sedang pegang telefon pintar. Dia sedang berbual dengan
Intan. Dia baru saja keluar hotel selepas check in.
“Ya! Ya! Aku dah keluar hotel.
Tengah lintas jalan. Kau ni berleter macam mak nenek la. Hotel ni depan café
jer kut. Kalau tak percaya, kau keluar tengok. Kau ni risau tak bertempat. Dah
la aku dah nak lintas ni” Talian terus dimatikan. Fatini mengeluh, Pandangan
mata bertemu dengan Baiduri. Dicium pipi Baiduri berulang kali.
“No! No!” Baiduri geli apabila dicium.
Fatini ketawa. Dia melihat semula
kiri dan kanan . Tiada kereta. Dia terus melintas jalan. Hipster Café betul-betul terletak di hadapan
hotel yang dia menginap.
Tiba-tiba terdengar bunyi brek
kereta di belakangnya. Fatini menoleh.
Dua orang lelaki keluar dari perut
kereta proton saga dan terus terkam ke arah Fatini. Baiduri terus menangis
dengan kuat apabila dirinya cuba ditarik. Fatini terkejut dengan tindakkan dua
orang lelaki itu. Sekuat mungkin Fatini peluk Baiduri.
“Tolong! Tolong!” jerit Fatini
berulang kali meminta tolong. Tangannya masih erat pada Baiduri. Salah seorang
itu cuba menutup mulut Fatini supaya tidak menjerit meminta tolong.
“Cepat la ambil budak tu. Bos nak
budak tu.” Jerit pemandu kereta itu dari dalam. Dia resah apabila
pekerja-pekerja dalam café itu keluar dan berlari ke arah mereka selepas dengar
jeritan.
Fatini meronta-ronta apabila tangan
lelaki itu menutup mulutnya. Tangisan Baiduri semakin kuat kerana seorang lagi lelaki masih cuba menarik
Baiduri dari pelukan Fatini. Tanpa membuang masa, Fatin gigit tangan lelaki
itu.
“Aaaa…. Sakit!” jerit lelaki itu.
Dia pegang tangan yang masih sakit.
“Tolong! Tolong! Tolong!” jerit
Fatini sekuat hati selepas mulutnya tak ditutup lagi. Dia takkan benarkan
Baiduri diambil mereka.
Dua orang lelaki itu panik apabila
beberapa orang pekerja café dan orang ramai yang ada di situ mula hampiri
mereka.
“Masuk cepat! Masuk!” jerit pemandu
kereta itu. Ternyata cubaan mereka untuk menculik budak perempuan itu gagal.
Salah seorang lelaki itu mendengus
kuat. Ditolak Fatini ke tepi dengan kuat sebelum masuk ke dalam kereta.
Fatini dan Baiduri rebah di tepi
jalan raya. Pelukan pada Baiduri masih kuat. Baiduri masih menangis ketakutan.
Kereta Proton Saga bergerak laju
tinggalkan tempat itu.
“Fatini! Fatini!” Intan turut sama
berlari mendekati Fatini. Dia sendiri terkejut melihat apa yang berlaku di
depan matanya. “Kau okey ke?’ tanya
Intan. Dia bantu Fatini untuk bangun.
Air mata Fatini mengalir membasahi
pipi. “Aku okey!” jawab Fatini. Dikesat
air matanya. Dia takut tadi jika benar-benar dua orang lelaki itu ambil Baiduri
darinya.
“Jangan menangis sayang! Umi ada.”
Pujuk Fatini apabila Baiduri masih menangis lagi. Baiduri mungkin turut sama
terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
Baiduri begitu erat memeluk leher Fatini seraya menangis teresak-esak.
Fatini masih cuba tenangkan Baiduri.
“Hish…. Berani betul mereka tu!”
Intan mengetap bibir. Dia takkan lepaskan orang yang cuba buat pada Fatini dan
Intan begitu saja. Dipandang ke arah
kamera yang ada di luar café.
****************************
Intan mencekak pinggang seraya
mengetap bibir. “Kau ni serius ke, tak
nak report polis?” soalan yang sama
ditanya sekali lagi. Nampak sangat wajah tak puas hati di wajah Intan.
“Ya.”
“Kau tak takut ke kalau mereka
datang lagi culik Baiduri?”
“ Intan, aku rasa ini kerja Alif.
Kalau aku report pun, tak guna pun.”
Intan duduk semula di kerusi
berhadapan dengan Fatini. “ So kau nak biarkan begitu saja?”
“Hish… Sayang, jangan memaksa boleh
tak?” nasihat Zahid.
Intan mengeluh kuat. Pandangan tepat
ke arah Baiduri yang masih tidur di pangkuan Fatini. Kasihan pulak tengok wajah
Baiduri yang keletihan.
“Along! Along!”
Fatini menoleh. Dia terkejut melihat
Fatihah dan Fawz yang melangkah masuk ke café. “Kau beritahu adik-adik aku ke?”
“Iyalah! Kau tak nak report polis
kan … so aku report kat adik-adik kau.” Intan hantar mesej pada Fatihah dan
ceritakan apa yang dialami Fatini dan Baiduri.
“Eeee… Kau ni kan!” Fatini mengetap
bibir. Dia tak mahu Fatihah dan Fawz bimbang dengan apa yang terjadi.
“Along okey ke?” tanya Fatihah
dengan wajah risau.
“Nak pergi hospital tak?’ Giliran
Fawz pula bertanya.
“Jangan risau, Along okey. Intan ni,
hah! Yang lebih-lebih.”
“Along, kes culik ni bukan kes kecik.”
“Itulah… Kak Intan dah cakap tapi
kakak kamu ni tak nak dengar langsung cakap Kak Intan. Degil … Tak nak buat
polis report.” Intan menyampuk.
“Apa!” Fatihah dan Fawz terkejut.
“Intan!” tegur Fatini.
“Fatini!” Tiba-tiba mereka semua
terkejut dengan suara yang menjerit memanggil nama Fatini. Suara itu turut sama
mengejutkan pekerja café dan pelanggan yang ada di situ.
Wajah Fatini berubah pucat. Rasa
takut mula menguasai tubuhnya. Suara Alif saja mampu buat tubuh badan dia
mengigil.
“Di sini you menyorok sebenarnya….”
Langkah diatur laju dekati meja yang menjadi tempat Fatini dan yang lain-lain
berkumpul. Selepas dua minggu barulah dia dapat bertentang mata dengan Fatini.
Mata Alif terbuka luas melihat budak perempuan yang sedang dipangku oleh
Fatini. Jadilah betullah apa yang informer dia cakap yang Fatini balik dari
Switzerland bersama dengan seorang budak perempuan.
“Siapa budak perempuan tu?”
Ditunding jari pada Baiduri masih nyenyak tidur di pangkuan Fatini. Wajah Alif
merah kerana marah. “Anak luar nikah you ke? You berzina dengan lelaki mana,
hah?”
Fatini mengetap bibir. Fatini bangun
dan beri Baiduri pada Fatihah. “Bawa Baiduri masuk dalam ofis. Fawz ikut
Fatihah sekali.”
Fatihah dan Fawz akur dan berjalan
masuk ke dalam ofis.
“I tanya ….. Budak perempuan tu anak
luar nikah you ke?” Semakin tinggi suara Alif.
Rasa takut itu terus hilang apabila
dengar Alif menghina Baiduri. Telinga rasa panas. “Mulut kau tu, jaga sikit. Jangan nak hina
orang sesuka hati.”
“I tak sangka kan , dalam diam you
curang dengan I. Beritahu I cepat, siapa
bapak budak tu, hah!” tengking Alif. Dia ingin tahu siapa yang berani sentuh
Fatini terlebih dahulu darinya.
“Curang? Bila pulak aku curang
dengan kau ? Aku dengan kau memang tak ada apa-apa hubungan. Dari dulu lagi aku
cakap, aku tak sukakan kau. Tak suka
kau, faham tak?”
“Tapi I cintakan you, Fatini. I
ikhlas cintakan you. Bertahun-tahun I sabar tunggu you, you tak kasihan kat I
ke? I love you so much.”
“Cinta? Cinta tengkorak kau! Pergi mampus
la cinta kau tu.” Nada suara Fatini terus tinggi.
Intan dan Zahid terkejut. Pertama
kali dengar Fatini cakap seperti itu. Selalunya suara Fatini bersahaja dan
jarang tinggikan suara seperti tadi.
Alif turut sama terkejut.
“Telinga aku rasa geli dengar
perkataan cinta kau tu. Cinta konon tapi setiap malam tidur dengan pelbagai
jenis perempuan. Semua perempuan kau
sambar termasuk housemate aku, Tamara. Kau ingat aku tak tahu yang kau dah
tidur dengan Tamara.”
Alif terdiam. Dia tak sangka Fatini
tahu pasal Tamara. “ Look … actually ….” Otaknya ligat mencari alasan.
“Tak payah nak actually la …. Better
you berambus dari sini. Kalau boleh aku
tak nak tengok muka kau lagi. Yang penting sekali, jangan ganggu mama aku lagi.
Oh ya …. Kalau aku tahu, kau upah orang cuba culik anak aku lagi. Aku takkan
lepaskan kau, Alif. ”
“Culik anak you? Apa you merepek
ni?” Alif tercengang.
“Tak payah nak berlakon kat sini.
Aku kenal kau dah lama Alif. Ini amaran terakhir dari aku.” Tegas Fatini. Dia
terus berjalan masuk ke dalam ofis.
Alif cuba mengejar Fatini tetapi
terkejut apabila Intan halakan penyapu ke arahnya.
“Kau dah dengar cakap Fatini kan!
Berambus sebelum penyapu ni hinggap kat muka kau.”
“ Intan, you beritahu BFF you tu ….
I takkan mudah mengalah. Fatini tetapi jadi milik I.” kata Alif sebelum
tinggalkan café. Semasa keluar, Alif sempat lagi tendang kerusi yang ada di
situ.
Intan menghela nafas lega. Dipandang
ke arah suaminya.
Zahid menggeleng kepala beberapa
kali. Dia sendiri mati akal menghadap perangai Alif.
No comments:
Post a Comment