Bab 2
Talia
berdiri di luar rumah menanti kedatangan nenek kesayangan dia. Hampir dua
bulan, dia tak jumpa neneknya itu. Awal-awal pagi lagi ayah dan abang bertolak
ke Alor Setar.
“Dah nak
sampai ke?” tanya Puan Eton berdiri di sebelah anak perempuannya.
“Abang call
tadi, mereka dah dekat KL. Sekejap lagi sampai la.”
“Talia dah
check apa yang mak suruh tadi?”
“Dah, mak!
Siap double check lagi. Releks la, mak!” jawab Talia. Dia nampak ibunya
gementar.
“Releks?”
Tinggi terus suara Puan Eton. “ Walaupun dah lama kami kahwin, nervous tu tetap
ada. Macamlah Talia tak kenal perangai Mak Tok , mata tu macam helang. Ada saja
salah orang nak cari, bila dah start buka mulut, jangan harap nak berhenti. Mak
ni hanya menantu saja, Talia pulak lain. Talia kan cucu kesayangan, Talia
takkan rasa apa mak rasa.”
“Habis tu
nanti mak nak pergi umrah dengan Tok Ma macam mana? Mak boleh bertahan ke?
Beberapa minggu lagi kan nak pergi?” kata Talia. Rasa sunyi nanti apabila ibu
bapanya dan neneknya pergi menunaikan umrah. Abang dia pula, Ali Mukriz bekerja
kat Melaka.
“Nak buat
apa lagi, bertahanlah!”
Talia
ketawa mendengar jawapan ibunya.
Kereta
Toyota Camary berwarna putih memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat itu
dan diparkir dalam garaj.
Talia berlari
anak-anak ke garaj. Dia tolong bukakan pintu kereta untuk neneknya. “ Tok Ma!”
jerit Talia. Dia tersengih apabila melihat Tok Ma Midah. Walaupun sudah berusia
75 tahun, tetap nampak bertenaga dan cergas.
“Apa ni
anak dara jerit macam tu? Boleh jatuh saham tau dak?” Tok Ma Midah mula
bersuara sebaik saja kaki menjejak halaman rumah anak sulugnya. Dia keluar dari
perut kereta.
“Tok Ma
sihat?” tanya Talia dan terus bersalaman dengan neneknya.
“Sihat!
Hang?”
“Sihat, Tok
Ma!”
“Dah tentu
la sihat, kalau asyik duduk rumah saja. Makan, tidur! Makan tidur! Itu saja
kerja dia lepas graduate.” Encik Wahid menyampuk.
Wajah Talia
terus masam.
“Biaqlah.
Dengan anak sendiri pun nak berkira, hang dan Eton kerja lagi kan! Takkan ada
masalah kalau bab wang ringgit , betul tak?”
Encik Wahid
terus terdiam. Dipandang ke arah isterinya.
Puan Eton
hanya mampu tersenyum. Nak kenakan anak sangat, last-last diri sendiri jugak
yang kena. Dia cuba menahan diri dari ketawa. Dengan pantas tangan dihulurkan
pada mak mentuanya untuk bersalam. “Mak sihat?”
“Sihat!”
jawab Tok Ma Midah. “ Aaaa… Hang tak dak kursus ka hari ni?”
“Kursus?”
Wajah Puan Eton terkejut.
“Iyalah!
Hang dengan Mas kan sama-sama cikgu. Tiga kali aku pi rumah Wadi, Mas tak ada,
pi kursus. Takkanlah kursus masa aku pi, agak-agaklah. Macamlah aku ni
bodoh sangat. Aku tahu la Mas tu nak elak diri dari aku. Tak suka aku mai rumah
dia.” Tok Ma Midah dah mula membebel.
“Mungkin
betul kut, Mas ada kursus.” Jawab Puan Eton. Dia cuba tersenyum.
“Hang tak
payah la nak bela adik ipar hang tu. Antara lima orang menantu aku, hang
seorang saja baik sikit.”
Puan Eton
hanya mampu tersenyum mendengar celoteh mak mentuanya.
“Mak Tok!
Jom masuk, berehat!” Talia mencelah. Dipegang tangan neneknya.
“Jom! Masuk
dalam rumah , sejuk sikit. Panas kat
luar ni. Tekak ni haus pulak.”
“Nanti
Talia buatkan kopi kegemaran Tok Ma.” Kata Talia seraya memimpin tangan Tok Ma
Midah.
“Dah lama
aku tak rasa kopi hang tu. Hang buat sedap, setakat ni tiada siapa dapat lawan
kopi hang.” Kata Tok Ma Midah dengan wajah ceria. Dia mengikut Talia masuk ke
dalam rumah.
Puan Eton
perhatikan gelagat Tok Ma dan Talia.
“Nasib baik
ada Talia kalau tak, boleh berdarah
telinga ni dengar Tok Ma membebel. On the way balik sini, Tok Ma tak
henti-henti bercakap. Tak tidur pulak tu dalam kereta. Ada saja benda Tok Ma cerita.” Tiba-tiba
Mukriz ada di sebelah ibunya
Puan Eton
tersenyum dengar cerita Mukriz.
“Mukriz,
meh sini tolong angkatkan bag Tok Ma.” Panggil Encik Wahid. Dikeluarkan satu
persatu bag dari but kereta. “ Kata tinggal dua hari saja, kenapa packing
sampai tiga bag?” Dahi Encik Wahid berkerut.
“Apa,
abang!” terus Puan Eton panik dengar kata-kata suaminya. Dia bergegas dekati
Encik Wahid. Wajah berubah apabila melihat bag-bag itu.
“Entah-entah
Tok Ma stay sini lama!” teka Mukriz.
Puan Eton
terus pandang suaminya dengan wajah sedih.
“ Yang
abang tahu dua hari saja mak stay sini.”
Semakin
berkerut dahi Puan Eton apabila fikirkan pasal perangai mak mentuanya nanti.
Kalau dua hari, dia boleh bertahan lagi. Kalau lebih dari dua hari, boleh
meletup rumah ni nanti.
Mukriz
ketawa melihat wajah ibunya. “ Mak! Releks! Talia kan ada.”
Wajah Puan
Eton tetap juga masam. Memang la ada Talia, yang pasti dia takkan dapat
bergerak bebas dalam rumah sendiri. Pasti akan ada mata helang yang perhatikan
gerak gerinya selepas ini.
****************************************
Talia
keluarkan pakaian neneknya dari dalam beg satu persatu dan disusun dalam almari
di bilik tetamu.
“ Biaqlah
baju-baju aku tu dalam bag, tak payah letak dalam almari. Aku mai sat ja, hari
Isnin aku dah balik. Biaq saja baju aku tu…. Aku malas nak packing balik
nanti.”
“Ala… Tok
Ma! Nanti Talia packing balik, jangan risau. Kalau susun dalam almari, nanti
senang Tok Mak nak cari baju.” Talia tetap susun pakaian dalam almari walaupun
ditegah oleh Tok Ma Midah.
Tok Ma
Midah terus duduk di birai katil. Tudung di kepala ditanggalkan.
“Hang dah
ada pak we ka?”
Talia
menoleh tiba-tiba. Rasa pelik dengan soalan neneknya. “ Pak we? Tak ada, Tok
Ma. Macam mana nak ada pak we kalau tak kerja? Nak dating pun kena guna duit
jugak, betul tak?”
“
Ala….Pasal duit tu biar saja orang laki fikir, hang nak fikit pasai tu buat
apa? Depa yang nak kat kita, depa la yang patut keluarkan duit.”
“Mana boleh
macam tu, Tok Ma! Kenalah bertolak ansur sama-sama. Kalau semua benda dia orang
nak keluarkan duit, bila masanya dia orang nak simpan duit untuk kahwin nanti.
Kenalah jugak bertimbang rasa dengan pasangan masing-masing.” Kata Talia. Dia
kurang setuju dengan pendapat neneknya. “ Tapi kenapa tiba-tiba Tok Ma tanya
pasal ni?”
“Saja ja….
Aku nak tanya.” Dengan cepat-cepat, Tok Ma Midah menjawab. “Hmmmm…. Perut aku
dah lapar ni! Bila nak makan ni?”
“Sekejap
sikit saja lagi.” Sepantas kilat, Talia habiskan kerjanya. Dia takut biarkan
neneknya kelaparan nanti mulalah neneknya nak membebel. “ Ok. Done! Tok Ma
rehat sekejap. Talia pergi panaskan kuah mi kari yang Talia masak khas untuk
Tok Ma. Confirm sedap! Dah siap hidang, Talia panggilkan Tok Ma yer. Tok Ma
rehat sekejap. Baring-baring sekejap…” kata Talia sebelum keluar dari bilik
tetamu.
“Hmmm…
Macam mana aku nak cakap dengan Talia pasal hal ni?” Tok Ma Midah mengeluh. “
Esok sajalah aku cakap pasal hal ni.”
No comments:
Post a Comment