Bab 3
Mangkuk
besar yang berisi bihun goreng diletakkan di atas meja makan. Mata Talia meliar
melihat apa yang terhidang, dia perlu pastikan semuanya sudah siap tersedia
sebelum panggil semua orang turun makan.
“Semua dah
complete ke? Tak ada yang termiss ke? Nanti tak pasal-pasal pulak dengar
leteran Tok Ma Talia tu….” Puan Eton muncul .Dia sudah selesaikan semua
kerjanya di dapur. “ aaaa… Tak Ma Talia mana? Dah turun ke?” Puan Eton terus
panjangkan lehernya mencari kelibat ibu mentuanya.
“Dah. Ada kat
luar. Kata nak ambil angin.”
“Ambil
angin ke buat inspection?” kata Puan Eton. Ini mesti ibu mentuanya sedang cari
kesalahan dia kat luar rumah. Kalau ada benda yang tak puas hati, dengarlah
leteran ibu mentuanya nanti. Sebab itulah semua adik iparnya tak suka
kedatangan ibu mentuanya itu.
Talia hanya mampu tersenyum.
“Mak mana?”
Encik Wahid muncul di ruang makan bersama Mukriz.
“Kat luar.”
Jawab Puan Eton.
“Mukriz,
panggil Tok Ma makan!” arah Encik Wahid.
Mendengar
arahan ayahnya, Mukriz terus keluar mencari neneknya.
Beberapa
minit kemudian, Mukriz masuk bersama Tok Ma Midah.
“Eton!
Pokok bunga kertas hang kat garaj kereta tu, awat tak berbunga lagi. Dah
beberapa kali aku mai, asyik tak berbunga saja. Hang tak letak baja ka?” Tok Ma
Midah bersuara apabila jejakkan kaki di ruang makan. Mata tepat merenung Puan
Eton.
“Oooo….
Yang tu? Dah berbunga , baru saja
beberapa hari lepas, Eton potong batang pokok bunga kertas tu. Nak bagi
berbunga balik….” Jawab Puan Eton. Dah agak dah, mesti buat spot check kat luar
rumah. Kali ini bab bunga kertas pulak.
“ Mak ni
sudah-sudah la tu, mai makan cepat. Nanti bihun goreng ni dah sejuk, tak sedap
makan pulak.” Encik Wahid mencelah dengan cepat. Dia dekati ibunya dan menarik
ibunya ke kerusi.
Puan Eton
menarik nafas lega apabila suaminya menyelamatkan dirinya dari bebelan ibu
mentuanya.
“Tok Ma,
duduklah! Cuba rasa bihun goreng ni, sedap tau! Talia yang masak.” Talia terus letakkan pinggan berisi bihun
goreng di hadapan neneknya
Tok Ma Midah
tersenyum. Dia terus duduk di kerusi. “ Terima kasih…. Kalau hang masak confirm
sedap!”
Talia
ketawa kecil.
Selepas dua
puluh minit, mereka selesai makan sarapan pagi.
“Nanti
lepas dah kemas semua, aku nak jumpa semua orang kat ruang tamu. Ada benda aku
nak cakap.” Kata Tok Ma Midah apabila bangun. Dia terus berlalu pergi.
“Mak nak
cakap apa, abang?” Puan Eton terus pandang suaminya.
“Manalah
abang tahu. Cepat kemas!” kata Encik Wahid. Dia sendiri tertanya-tanya. Dia
terus bangun dan tinggalkan ruang makan.
“Mak! Suspens
betul bila Tok Mak cakap macam tu? Entah-entah Tok Ma nak kahwin lain.” kata
Mukriz diakhiri dengan ketawa.
“Hish… Jangan
nak merepek bukan-bukan!” Puan Eton geleng kepala beberapa kali. Dia melihat ke
arah Talia yang sedang mengemas meja makan. Ternyata anak perempuannya itu tak
ambil peduli langsung.
***********************************
Talia
berlari anak-anak ke ruang tamu. Semua orang sudah berkumpul di ruang tamu.
Hanya dia seorang saja sibuk basuh pinggang di dapur basah tadi. Selepas
selesaikan tugasnya, dia segera ke situ. Dia bimbang jika buat semua orang
tertunggu-tunggu.
“Maaf
lambat!” kata Talia. Dia duduk di sebelah Mukriz.
“Hmm… Okey!
Semua orang dah ada. Aku sebenarnya ada benda nak cakap kat hampa semua.” Tok
Ma Midah memulakan bicaranya.
“Aku ada
kawan, nama dia Datin Maimun. Kami dah 50 tahun berkawan. Hang kenal kan dengan
Datin Maimun, Wahid?” Tok Ma Midah pandang ke arah Encik Wahid.
“Auntie
Maimun yang tinggal kat Sg. Petani tu ke? Mak Hawa?” Encik Wahid nampak
terkejut.
“Yaaa….”
Jawab Tok Ma Midah. “ Dia tengah cari calon menantu untuk anak sulung Hawa,
Amir! Jadi mak cadangkan Talia jadi calon menantu Amir!”
“Apa!”
Talia terkejut. Mata terbuka luas dan mulut sedikit ternganga. Nak luruh jantung
dibuatnya.
Encik
Wahid, Puan Eton dan Mukriz turut sama terkejut dengan kata-kata Tok Ma Midah.
Dipandang tepat ke arah Talia.
“Masa kita
pi umrah nanti, Talia pi Sg. Petani dan tinggal di rumah Hawa seminggu. Hawa
nak kenal-kenal dulu Talia.”
“Mak!
Patutnya mak bincang dulu dengan kami.
Ini tak, mak sesuka hati saja setuju bagi pihak Talia.” Encik Wahid
bersuara. Nampak tak puas hati dengan sikap ibunya.
“Nak
bincang apa? Aku kenal keluarga mereka. Mereka dari keluarga baik-baik. Hang
pun kenal Hawa kan! Hampa ka satu sekolah dulu!”
“Mak, soal
kahwin ni perkara serius. Talia muda lagi. Baru jer habis belajar…. Kerja pun
belum lagi. Takkanlah nak terus kahwin kut!” Puan Eton turut sama bersuara.
“ Talia
cucu aku. Dah tentu aku nak yang terbaik untuk Talia. Takkanlah aku nak cari lelaki yang tak
senonoh untuk dijadikan suami Talia. Amir tu kerja arkitek kat KL ni. Mak
pernah jumpa Amir dua tahun lepas. Budaknya sopan santun. Sesuai sangat dengan
Talia. Lagipun bukan Talia seorang saja calon isteri untuk Amir. Ada dua orang
lagi calon isteri untuk Amir.”
“Apa!” kata
Encik Wahid dan Puan Eton dengan wajah terkejut.
Talia turut
sama tercengang.
“Maksud Tok
Ma ada tiga orang calon isteri untuk Amir tu. Amir tu nak kahwin tiga-tiga orang
sekali gus ke?” Mukriz bersuara.
“Hish….
Kahwin seorang saja la. Di saat akhir
nanti Amir akan buat pilihan yang mana terbaik untuk jadi isteri dia. Hawa akan
jadi juri dan pemerhati dalam masa tempoh seminggu tu. Akan ada test nanti. Kiranya
tiga-tiga calon akan berlawan antara satu sama lain. Talia adalah calon menantu
bagi pihak Datin Maimun.”
“Mak! Semua
ni merepek! Tak pernah dibuat orang.” Bangkang Encik Wahid.
“Wah….. Nak
cari isteri pun seolah-olah compete macam dalam pertandingan ratu cantik
pulak.” Kata Mukriz.
Tok Ma
Midah terus jeling pada Mukriz.
Mukriz
terus terdiam. Dia faham jelingan amaran dari neneknya.
Dahi Talia
berkerut. Masalah apa pulak yang jatuh menimpa dirinya kali ini! Dari satu
masalah ke masalah lain pula. “ Tok Ma! Talia tak bersedia nak kahwin
lagi. Talia nak ada karier sendiri.”
Talia bersuara.
“ Try ja
dulu, Talia. Tak semestinya hang terpilih pun. Pi ja, tak rugi pun. Hang fikir
dulu. Hmm…. Aku nak masuk bilik sat, nak rehat sat.” Tok Ma Midah terus bangun dan
melangkah keluar ruang tamu.
Puan Eton
menoleh ke arah suaminya. “ Abang, you
have to do something! Bincang sekali lagi dengan mak.” Kata Puan Eton. Dia sama
sekali tak setuju dengan rancangan ibu mentuanya.
“Ya! Ya!
Nanti abang cakap sekali lagi dengan mak.” Encik Wahid mengetap bibir. Dia
terus bangun. “ Mak pun satu, kalau datang sini mesti nak bagi masalah kat
orang.” Encik Wahid membebel dan turut sama meninggalkan ruang tamu.
“Wah, tak
lama lagi Talia akan jadi isteri orang la….” Usik Mukriz.
Talia terus
tampar lengan abangnya. “ It’s not funny, abang!” Wajah Talia serius.
“ Mukriz,
kalau nak bergurau pun…. Agak-agaklah.” Tegur Puan Eton. Fikirannya buntu. Dia
tahu kalau ibu mentuanya sudah buat keputusan, tiada sesiapa pun dapat ubahnya.
Mukriz
terdiam. Dia melihat ibu dan adiknya jelas nampak resah. Suasana begitu sunyi.
No comments:
Post a Comment