Bab 4
Encik Wahid terus duduk di sofa
di ruang tamu tingkat atas. Dia baru saja lepas bercakap dengan ibunya. Yang
jelas, ibunya masih dengan keputusan yang sama.
“Abang! Abang dah pujuk mak ke?
Mak cakap apa? Talia tak jadi pergi sana kan?” tanya Puan Eton bertubi-tubi.
Encik Wahid mengeluh kuat.
Dari reaksi suaminya itu, Puan
Eton sudah dapat baca. “ Mak tetap nak suruh Talia pergi sana jugak ke!”
“ Ya. Mak cakap dia dah janji
dengan Auntie Maimun, dia tak mahu nanti Auntie Maimun cakap dia mungkin janji
pulak.”
“Habis tu Talia macam mana,
abang? Takkanlah masa kita nak pi umrah nanti, Talia kena habiskan masa dia kat
sana…. Talia tak kenal pun dengan mereka tu.”
“ Eton nak abang buat apa lagi?
Abang ni dah puas cakap dengan mak tapi sikit pun mak tak dengar cakap abang. Degil! Sekarang ni keputusan terletak di
tangan Talia.”
“Kalau macam tu biar Eton pulak
cakap dengan mak!” kata Puan Eton.
“ Mak!”
Langkah Puan Eton terhenti
apabila dengar suara Talia. Dia baru saja ingin melangkah menuruni anak tangga.
“Mak! Talia dah fikir
masak-masak. Talia setuju dengan permintaan Tok ma. Lagipun Talia tak nak mak
ayah bergaduh dengan Tok ma pasal hal ini.” Beritahu Talia. Dia sanggup
mengalah asalkan ibu bapanya tidak bermasam muka dengan neneknya.
“Tapi…..”
“ Mak! Jangan bimbang. Ada dua
orang lagi calon kan! Belum tentu Talia
terpilih. Kalau Talia pergi sana, mak ayah tak payah bimbang lagi bila pergi
umrah . Sebelum ni kan mak ayah risau sebab Talia seorang diri kat sini.” Talia
mencelah cakap ibunya.
“Talia betul-betul ke dah fikir
masak-masak?” tanya Encik Wahid inginkan kepastian.
“Ya, ayah! Seminggu saja kan
Talia kat Sungai Petani. Lagipun dah tentu Cikgu Hawa tu pilih calon menantu
pilihan dia.” Talia cuba sedapkan perasaan ibu bapanya.
“Kalau itu keputusan Talia, ayah
ikut saja.”
Puan Eton menoleh. “Tapi abang……”
Puan Eton tetap kurang setuju.
“ Talia dah buat keputusan. Hari
itu, Eton jugak yang suruh abang hormat apa saja keputusan anak-anak kan. So
sekarang ni, abang hormat keputusan Talia.” Encik Wahid terus bangun dan
tinggalkan isteri dan anaknya.
Puan Eton tercengang.
Talia pegang tangan ibunya. “
Don’t worry! Everything will be fine. Trust me!” kata Talia. Dimaniskan
wajahnya dengan senyuman. Hakikatnya hatinya sedang memberontak sebenarnya.
**************************
Talia hulurkan tangan untuk
bersalaman dengan neneknya.
Tok Ma Midah menggengam erat
tangan cucunya. “ Aku nak cakap sikit ni…. Kalau boleh tu, aku nak hang
terpilih jadi menantu Hawa . Untung tau kalau dapat jadi isteri Amir. Sebelum
hang nak pi sana nanti, hang prepare siap-siap. Yang penting, jangan malu muka
aku…” kata Tok Ma Midah.
Talia hanya mampu tersenyum
mendengar kata-kata neneknya.
“Mak masuk cepat! Nanti lewat
pulak nak sampai Alor Setar. Bulan depan kan mak nak datang lagi, lain kali la
sembang.” Encik Wahid bersuara. Pintu kereta dibuka dengan segera.
“Yalah! Yalah! Kalut betul hang
ni.”
“Nanti sampai lewat, mak jugak
asyik berleteq tak henti-henti.” Bebel Encik Wahid.
Tok Ma Midah terus masuk ke dalam
perut kereta.
Dengan cepat Encik Wahid masuk ke
dalam perut kereta. Mukriz sudah berada di tempat pemandu.
Talia dan Puan Eton melambai
tangan beberapa kali apabila kereta Toyota Camry itu meluncur keluar dari
perkarangan rumah.
“ Hari tu cakap tunjuk muka saja,
kali ini cakap suruh jadi menantu Hawa tu. Mak pening dengan perangai nenek
Talia yang seorang itu.” Puan Eton bersuara. Dia dengar tadi.
“Biarlah, mak! Asalkan Tok Ma tak
merajuk dengan kita. Hmm… Mak pernah jumpa Cikgu Hawa ke? Orangnya macam mana?”
“Hmm….. Sekali jer mak jumpa dia.
Itupun dua tahun lepas, masa tu mak ikut ayah kamu pergi reunion sekolah dia
kat Alor Setar. Hawa itu guru besar , suami dia pula pengetua. Mereka suami
isteri tu sama-sama satu sekolah dengan ayah kamu. Hawa tu nampak macam sombong
sikit, muka serius sentiasa, tak bercakap dengan sesiapa pun masa itu . Suami
Hawa , Din tu peramah pulak orangnya. Cakap non stop. Bagi pandangan mak, Hawa
tu nampak macam cerewet sikit. Hmmm… Bukan sikit tapi rasanya sama level macam
nenek Talia la. Perfectionist sangat. Dapat mak mentua macam tu merana jiwa
raga. Contoh terdekat…. Mak ni.” Puan Eton tunjukkan tangan ke dirinya sendiri.
Talia gelak dengan kuat. Dia dan
ibu berjalan masuk ke dalam rumah bersama-sama.
“Mak cakap serius, Talia.”
“Mak, don’t worry! Talia takkan
terpilih pun. Dah memang confirm Cikgu Hawa pilih menantu pilihan dia.
Percayalah…”
“Betul ke? Tapi Talia jangan
lupa, pilihan tu boleh diubah.”
“Mak ni, ke situ pulak! Jomlah
masuk. Talia tak sembahyang Zohur lagi,
mak pun tak sembahyang lagi kan…” Talia paut lengan ibunya.
Puan Eton geleng kepala beberapa
kali. Hakikatnya dia risaukan Talia. Dibuatnya dia orang berkenaan dengan
Talia, huru hara jadinya nanti.
No comments:
Post a Comment