Bab 5
Talia masih
menongkat dagunya sementara menunggu kedatangan Mona dan Meera. Sudah 10 minit
dia menunggu kedatangan mereka. Mereka
bertiga sudah berjanji breakfast di Café kegemaran mereka di Cyberjaya. Cawan
air berisi air latte tidak disentuhnya lagi.
“Talia….
Sorry la, kami lambat. Susah nak dapat parking tadi.” Meera terus tepuk
belakang Talia dengan perlahan.
“Hmmm…..”
kata Talia melihat langsung ke arah Meera dan Mona.
Meera dan
Mona berpandangan antara satu sama lain.
Rasa pelik dengan reaksi Talia. Mereka berdua terus tarik kerusi dan
duduk.
“ Kau dah
kenapa? Ada masalah ke?” tanya Mona.
Talia
mengeluh. Dia tak tahu bagaimana nak mula bercerita.
“Kau ingat
dengan mengeluh, kami berdua tahu masalah kau ke?” kata Meera. “ Share la
masalah kau tu….”
“Korang
tahu kan, nenek aku datang baru-baru ni. Rupa-rupanya nenek aku datang ada
sebab. Nenek aku dah janji dengan kawan dia untuk jadikan aku calon cucu
menantu kawan dia…. Dia tak tanya aku langsung, terus jer dia setuju.”
“Handsome
tak bakal suami kau? Ada gambar tak?” Meera mencelah.
“Kau ni,
Meera! Bagilah Talia habis cerita dulu.” Tegur
Mona.
Meera
tersengih. “Sorry….”
“Kawan
nenek aku ni nama dia Datin Maimun. Anak dia Cikgu Hawa ni nak cari menantu
untuk anak sulung dia, Amir! Sebenarnya
Cikgu Hawa ni dah ada calon menantu pilihan sendiri tapi Datin Maimun dan mak
mentua Cikgu Hawa ni tak setuju. Sebab mereka ada calon sendiri, so aku ni
calon bagi pihak Datin Maimun.” Cerita Talia.
Mona dan
Meera begitu khusyuk mendengarnya.
“ Jadinya
Cikgu Hawa cadang dia nak jumpa semua calon-calon menantu anaknya. Seminggu aku
kena stay kat Sg. Petani. Kebetulan mak ayah dan nenek aku pergi umrah kan masa
tu. Aku stay kat sana bukan untuk
saja-saja, ada ujian kat sana. Contohnya ujian memasak la, ujian menjahit la….
Hmmm…. Macam-macam lagilah. Yang akan
jadi pengadil Cikgu Hawa, suami dia Cikgu Din dan adik Cikgu Hawa, Puan Aini.
Final decision datangnya dari Amir.”
“Weiii…..
Dah macam nak masuk pertandingan la pulak!” Meera menyampuk.
“Kannn…..”
kata Talia. Masa dia dengar dari Tok Ma Midah, dia sendiri speechless.
“ Aku
dengar saja , aku dapat rasa akan jadi pertumpahan darah nanti masa hari tu.
Mesti semua calon-calon berusaha apa saja nak dapatkan recognition dari Cikgu
Hawa. ” Kata Mona.
“ Mak ayah
kau cakap apa pasal hal ni?” tanya Meera.
“Dah tentu
mereka bantah. Almost jugak mereka nak bergaduh dengan nenek aku . Mula-mula tu
memang aku tak setuju sebab tu mak ayah aku turut sama tak setuju. Tapi korang
kenal kan nenek aku macam mana, so better aku mengalah. So aku setuju, aku
pujuk mak ayah aku dan mereka hormat keputusan aku. Lagipun terus-terang aku
cakap, aku setuju sebab nak jaga hati
nenek aku. Dan aku tak berharap sangat pun dipilih, Cikgu Hawa tu mesti
pilih menantu pilihan dia….”
“ Ehhh….
Kau jangan ambil mudah dalam hal ni, kalau Cikgu Hawa tu tiba-tiba ubah fikiran
dan pilih kau jadi isteri anak dia, macam mana? Kau jangan lupa final decision
datang dari anak dia.” Kata Mona.
“Betul tu!
Kau tu ada rupa jugak. Sekali imbas orang tengok, muka kau seiras macam pelakon
Thailand tu, Yaya Urassaya. Cuma kau tu kurang ketinggian sikit saja….”
Mona ketawa
apabila mendengarnya.
“Kau ni
Meera suka kutuk pasal ketinggian aku. Tinggi aku 156 cm tu, kira tinggi jugak
tau….” Balas Talia.
“ Enough
cakap pasal ketinggian sekarang ni, so apa plan kau masa pergi sana nanti.
Apa-apa pun kau kena plan something, sebabnya tak mustahil kalau Cikga Hawa dan
Amir tu pilih kau.” Kata Mona.
“Wei…
Korang jangan cakap macam tu. Aku dengar saja dah takut. Aku tak nak kahwin
lagi. Aku ada impian . Banyak benda aku tak buat lagi.” Wajah Talia berubah
takut. Dia tak pernah terfikir nak kahwin pun.
“ Betul
cakap, Mona tu! Kau tu pandai masak! Pandai menjahit! Pandai mengait! Pandai
bercucuk tanam! Bertukang pun kau ada skill. Tambah pulak yang kau baik, sopan
santun, penyayang, peramah, pandai jaga hati orang tua dan yang penting kau tu
tak kuat melawan.” Meera mencelah.
“Tambah
pulak dengan penampilan kau yang biasa saja. Kau mana pakai baju seksi-seksi
macam kami ni. Rambut tu warna hitam saja, panjang lepas bahu. Dah macam
perempuan melayu terakhir.” Tambah Mona. Talia memang berbeza dengan mereka.
Jarang pakai skirt pendek dan gaun pandek. Baju ketat-ketat pun, Talia tak
pernah pakai. Talia nampak selesa dengan seluar jeans dan baju t-shirt
oversize. Kalau Talia berbaju kurung, memang terserlah keayuan dia.
“ Wei,
ketaq lutut aku ni bila hampa cakap macam tu….” Keluar terus loghat utara
Talia.
“Kalau
macam tu, kita oder makanan dulu. Perut aku dah lapar ni. Lepas dah makan, kita
fikir apa nak buat….” Kata Meera. Dia sudah usap perutnya.
“Aku dah
tak lalu nak makan la….” Talia mengeluh panjang.
“ Talia,
kau kena makan jugak supaya otak kau tu berfungsi sepenuhnya. Kau nak kahwin ke
dengan Amir tu…..”
‘Tak
nakkkkk……” jawab Talia apabila Mona cakap macam tu.
Meera
tersengih. Dia pandang ke sekeliling café itu dengan tujuan mencari waiter.
Tiba-tiba pandangannya tepat ke arah lelaki yang sedang bancuh air. “ Wei,
girlssss…… Ada hot guy la. Aku tak pernah nampak barista handsome macam tu.
Pekerja baru agaknya. Sebelum ini tak pernah nampak pun.” Kata Meera. Mereka
bertiga sering lepak di café itu.
Mona turut
sama melihat. “ Memang handsome la.”
Talia mengeluh
dan geleng kepala beberapa kali. Dia tak peduli langsung. Dia terus angkat
tangan dan panggil waiter yang berdekatan dengan mereka. “Adik! Nak oder!”
beritahu Talia dengan senyuman.
Waiter
lelaki itu dekati mereka bertiga.
“Akak nak
big breakfast lepas tu tambah air latte lagi.” Oder Talia. Dia menoleh melihat
Meera dan Mona. “ Weiii…. Cepatlah oder. Adik ni tengah tunggu oder korang la.”
Kata Talia. Bibir bawah digigit apabila pandangan Mona dan Meera masih ke arah
barista itu. Kebetulan barista itu dekat saja dengan meja mereka. Talia turut
sama melihat barista itu. Memang handsome pun. Dia melihat hanya sekali imbas…
“ Mona! Meera!” Talia terus tinggikan suaranya.
Mona dan
Meera terkejut.
“Oder
cepat, tadi cakap lapar kan!” Jeling Talia.
“Yalah!
Yalah!” kata Mona.
Mona dan
Meera terus oder makanan dan minuman mereka. Kemudian pandangan mereka berdua
semula kepada barista tadi.
“Gatal
dua-dua orang ni!” kata Talia. Dia sambung semula minum air latte. Dahi
berkerut apabila air itu sudah sejuk.
***********************
Tiba-tiba
saja Meera tepuk tangan selepas makan, kemudian dia terus meneguk air rose tea.
“ Weiii…. Aku dah dapat idea, confirm mesti Cikgu Hawa takkan pilih kau jadi
menantu anaknya.”
“Apa dia?”
tanya Talia. Tak sabar nak tahu idea kawan baiknya itu.
Mona turut
sama mendengar.
“Soalan
aku, senaraikan ciri-cari menantu yang tak disukai ibu mentua?” soal Meera. Dia
tersenyum.
“Kurang
ajar!” jawab Mona.
“Pemalas!
Tak pandai memasak!” jawab Talia pula.
“ Seksi! Gedik!”
tambah Meera.
“ Kuat
melawan!” tambah Talia lagi.
“Correct!
Kau ambil semua tu, kau letak dalam diri kau…. Confirm sehari saja kau kat
sana, Cikgu Hawa mesti halau kau balik sebab tak tahan dengan perangai kau.”
Meera petik jarinya.
Talia cengang
beberapa saat. “ Kau nak aku berlakon tipu mereka ke?” Mata Talia
terkebil-kebil pandang Meera.
“Kau ni
biar betul, Meera! Kalau mak ayah dan nenek Talia tahu macam mana? Kalau family
Cikgu Hawa tahu, nanti jadi masalah besar pulak.” Mona kurang setuju.
“Itu saja
jalan yang ada, Mona.” Kata Meera.
Mona geleng
kepala. Dia dapat rasakan pasti ribut akan melanda sekiranya hal sebenar
terbongkar.
“Betul
cakap Meera tu, Mona! Aku tak nak kahwin, aku masih muda lagi. Aku tak nak
terikat dengan sesiapa pun. Hidup aku biar aku sendiri tentukan. Nak jadi apa
selepas tu, aku akan tanggung akibatnya. Yang penting, bila Amir tu dah buat
pilihan antara dua calon tu, aku dah selamat.” Talia dah mula bayangkan jika
itu terjadi. Memang dia happy sangat-sangat.
“ Tapi kau
boleh berlakon ke? Kau pasti ke kau boleh tipu family Cikgu Hawa tu?” Mona
masih ragu-ragu pasal rancangan ini.
“Mona! Aku
ni pelakon. Dalam masa tiga minggu ni, aku boleh ajar Talia berlakon. Lagipun,
aku free. Shooting untuk filem lambat lagi
nak start. Masa yang ada tu, aku boleh
ajar Talia jadi watak antagonis yang pasti buat Cikgu Hawa benci dan meluat
tengok muka Talia….”
“Kau memang
bijak, Meera! Aku harap tahun ni kau menang pelakon wanita filem terbaik
Anugerah Bintang Popular nanti.” Puji Talia.
Dahi Mona
masih berkerut. Dirinya masih kurang yakin yang rancangan itu. Pandangannya
beralih semula ke arah Talia dan Meera.
1 comment:
IONQQ**COM
agen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)
Post a Comment