Bab 3
Mariam
tersenyum melihat mangkuk bubur ayam yang licin. Dia berasa syukur sebab
kesihatan ibunya semakin baik. Diberikan gelas air masak pula. Dia betulkan
posisi duduknya di sebelah Puan Hidayah.
Puan
Hidayah tersenyum dan minum sehingga habis. Dihulurkan gelas itu semula pada
Mariam. “Terima kasih!” ucap Puan Hidayah dengan senyuman lebar. Pandangan
matanya tepat pada jari manis Mariam.
“Cincin
mana?” soal Puan Hidayah. Dia hairan melihat cincin pertunangan semalam tiada
di jari manis Mariam.
“Mak, puas
semalaman saya fikir. Saya tak setuju dengan pertunangan ni. Terlalu
terburu-buru. Omar pun tak setuju. Lagipun saya tak nak bergaduh dengan Husna.
Saya tak nak Husna cakap yang saya rampas Omar dari dia.” Kata Mariam. Lagipun
semalam Omar ada telefon dan merayu agar pertunangan ini dibatalkan.
Puan
Hidayah capai tangan Mariam dan diusap perlahan-lahan. Dilihat wajah wanita
yang begitu manis bertudung litup itu. Sejak kecil lagi, Mariam selalu beralah
dengan Husna. Apa saja yang Husna buat, Mariam diamkan saja. Mariam selalu
pentingkan Husna dari segala-galanya namun Husna tak pernah nampak semua itu.
Dia sendiri tak tahu kenapa Husna begitu bencikan Mariam sedangkan dia dan
arwah suaminya sayangkan semua anak-anaknya dan Mariam sama rata. Tiada pilih
kasih pun.
“Mariam!
Mak tak pernah minta apa-apa selama ini dari Mariam kan! Sekarang ini cuma satu
jer mak minta, mak nak Mariam setuju pertunangan ini.”
“Tapi ……”
Mariam serba salah jadinya.
“Pasal
Husna, Mariam ketepikan saja. Kalau betul Husna sayangkan Omar, dia takkan
tinggalkan Omar.” kata Puan Hidayah. Setiap kali fikirkan Husna, rasa mendidih
darah dalam badan ni. Perangai Husna sering kali menyusahkan semua orang.
“Tapi mak,
Husna dan Omar dah lama bercinta. Husna masih sayangkan Omar. Mungkin Husna tak
bersedia nak berkahwin lagi.”
Puan
Hidayah mendengus. “ Kalaulah dia betul-betul sayang, dia takkan lari dengan
lelaki lain. Husna tu anak mak. Mak masak dengan perangai Husna tu. Lelaki
macam Omar tu tak sesuai dengan style hidup adik kamu tu, Mariam.”
“Tapi mak ,
Omar cintakan Husna. Mustahil Omar akan cintakan saya.” Tambah Mariam lagi.
Walaupun dia cintakan Omar tapi dia tahu mustahil bagi dia untuk buat Omar
cintakan dia.
Tangan
Mariam digenggam lembut. “ Mariam! Mak yakin satu hari nanti Omar akan cintakan
Mariam. Anak mak ni baik orangnya. Lemah lembut! Penyayang! Rajin! Pandai
memasak! Cantik pulak tu. Mustahil la Omar takkan jatuh cinta dengan Mariam.”
Puan Hidayah tersenyum. Dia cuba yakinkan Mariam untuk setuju. “ Lagipun satu,
Mariam tahukan mak, Auntie Nabila dan arwah mama Mariam kawan baik kan! Dah
berpuluh-puluh tahun kami berkawan sejak zaman kami sekolah menengah lagi. Mak
tak nak disebabkan Husna, hubungan persahabatan kami tu putus macam tu saja.
Kalau boleh mak nak hubungan persahabatan kami kekal sampai bila-bila sebab itu
mak harap sangat Mariam setuju dengan permintaan Auntie Nabila. Boleh kan?”
Dipandang wajah Mariam dengan seribu harapan.
Kata-kata
Puan Hidayah buatkan Mariam terdiam. Dia terhutang budi dengan Puan Hidayah dan
Tuan Salim. Kalau tak kerana mereka, pasti dia membesar di rumah anak-anak
yatim. Puan Hidayah dan Tuan Salim besarkan dia seperti anak kandung sendiri.
Sebab itu dia dah berjanji dengan diri sendiri selagi dia bernyawa dia akan balas
jasa baik mereka berdua. Dia sanggup buat apa saja demi mereka berdua. Sekarang
ni dah masuk 4 tahun, Tuan Salim meninggal dunia dan kini hanya tinggal Puan
Hidayah seorang saja. Takkanlah dia tergamak nak tolak permintaan Puan Hidayah.
Dipandang wajah Puan Hidayah yang sedang menanti jawapan darinya.
“Baiklah,
mak! Saya setuju.” Jawab Mariam.
“Terima
kasih, Mariam! Terima kasih banyak-banyak!” Dia terus peluk tubuh Mariam
seerat-eratnya.
Mariam cuba
tersenyum. Digosok belakang badan Puan Hidayah dengan penuh kasih sayang. Dia
berjanji dia takkan buat Puan Hidayah susah hati. Dia akan turut saja apa
kemahuan Puan Hidayah.
**************************
Puan Nabila
menoleh apabila pintu bilik tidurnya dibuka.
Dia sedang bersiap sedia untuk keluar berjumpa kawannya.
“Ibu, we
need to talk!” tegas Omar.
Puan Nabila
mengeluh. “Keputusan ibu muktamad dan takkan berubah. Kalau Husna balik pun,
ibu takkan terima dia. Ibu takkan terima balik perempuan yang conteng arang di
muka keluarga kita.” Wajah Puan Nabila serius.
“Ibu, ini
soal hati dan perasaan. Mustahil Omar akan kahwin dengan Mariam. Kami berdua
hanya kawan baik saja.” Omar merayu. Wajahnya nampak berserabut sekarang ini.
Fikirkan Husna yang sudah hilang entah ke mana lepas tu pertunangan dia dan
Mariam pula. Boleh jadi gila kalau macam ni.
“Omar!
Belajarlah terima Mariam. Mariam tu budak baik. Pilihan seorang ibu tak pernah
salah. Apa ibu buat ni demi kebaikan kamu jugak. Ibu nak lihat Omar bahagia
hingga ke anak cucu.” Melihat keadaan anak bongsunya yang tak terurus itu, Puan Nabila rasa kasihan dengan nasib yang
menimpa Omar. Dipegang tangan Omar dengan lembut. “Terimalah Mariam yer….” Pujuk Puan Nabila
dengan lembut.
“Ibu, Omar
cintakan Husna. Omar nak kahwin dengan Husna. Kenapa Ibu susah sangat nak
faham? Hidup Omar takkan gembira dan bahagia tanpa Husna!” Suara Omar terus
tinggi.
Kata-kata
dari Omar buatkan Puan Nabila lepaskan tangan Omar dengan kuat. Wajah keibuan
tadi terus bertukar bengis.
“Husna!
Husna! Husna! Ibu dah muak dengar nama itu. Kamu ni dah kenapa, hah? Lepas apa
Husna tu buat, kamu masih cintakan perempuan tak guna tu…”
“Ibu!”
“Perempuan
macam tu hanya akan bawa masalah dalam hidup kamu, Omar. Tengok, baru nak
bertunang dah buat perangai. Ini belum kahwin lagi, entah-entah masa nikah
nanti pun dia lari jugak. Omar tak fikir ke semua tu? Tak serik-serik lagi ke?
Setuju atau tak, kamu kena kahwin dengan Mariam jugak. Hujung tahun ni kamu
berdua kena kahwin. Jangan jadi anak derhaka, Omar.” Puan Nabila memberi amran.
Langkah terus dipercepatkan keluar. Bercakap dengan Omar hanya buat darahnya
mendidih saja.
Omar meraup
wajahnya beberapa kali. Kemudian dia menjerit sekuat hati melepaskan rasa tak
puas hati. Fikirannya benar-benar bercelaru.
***************************
Mariam
keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat. Langkah diatur menuju ke
tangga. Sudah pukul 11.30 pagi, dia perlu siapkan makan tengahhari. Mariam
tersenyum apabila selisih dengan Puan Heliza.
“Puaslah
hati kau sekarang ni! Kau dah dapat apa kau nak kan….”
Langkah
Mariam terhenti dan menoleh pandang Puan Heliza.
“Apa Mak
Lang cakap ni?” tanya Mariam dengan wajah terpinga-pinga. Yang jelas wajah Puan
Heliza nampak tak puas hati.
“Kau tak
payah la nak berlakon depan aku, Mariam! Dari dulu lagi kau memang nak sangat
apa saja benda milik Husna kan! Sekarang kau dah bertunang dengan Omar, puaslah
hati kau kan….” Marah Puan Heliza. Sejak mula-mula kakaknya ambil Mariam jadi
anak angkat, dia memang tak sukakan Mariam. Alasan kakaknya nak ambil Mariam
jadi anak angkat supaya Husna ada peneman tapi tengoklah apa yang dah jadi. Dia
dah jangka semua ini akan terjadi. Kehadiran Mariam hanya porak perandakan
keluarga kakaknya. Husna sering mengadu padanya apa Mariam telah buat sepanjang
Mariam tinggal di situ. Disebabkan
Mariam, semua ahli keluarga Husna membenci Husna.
“Mak Lang!
Saya tak minta pun semua ni terjadi. Saya tak nak bertunang dengan Omar pun.”
Jelas Mariam. Dirinya benar-benar tersepit. Dirinya juga mangsa keadaan.
“Arghhhh…..
Semua tu alasan. Hey, Mariam! Dengar sini baik-baik! Kau kena ingat, kau tu
anak angkat. Kakak aku tu kutip kau sebab kasihan. Kalau tak kerana kakak aku,
kau dah merempat kat rumah anak-anak yatim tu. Sedarlah diri tu sikit, sini
bukan family kau pun. Kau kena ingat, kau tu menumpang rumah orang. Perangai tu
jagalah sikit. Muka tu memang tak tahu
malu langsung. Tahu nak rampas hak orang saja.” Marah Puan Heliza. Dia terus
berjalan tinggalkan Mariam dan masuk ke dalam bilik tetamu. Pintu bilik tetamu
ditutup dengan kuat.
Mariam
mengetap bibirnya. Dia cuba menahan diri dari menangis tetapi butiran halus
menitis membasahi pipi. Dengan segera dia lap air matanya. Ini bukanlah pertama
kali dia dimarahi Puan Heliza. Sejak kecil lagi kalau Puan Heliza datang rumah,
pasti dirinya akan dimarah dan dihina Puan Heliza. Dia sendiri tak tahu apa
salahnya sedangkan dia tak pernah pun sakiti hati Puan Heliza.
Kepala
ditundukkan sedikit. Dilap air matanya sekali lagi. Ditarik nafas dan dihembus
perlahan-lahan. Dia cuba tenangkan dirinya. Dia tak mahu orang tahu apa yang
terjadi tadi lebih-lebih lagi mak ciknya, Harissa. Kalaulah Harissa tahu, pasti
Harissa dan Puan Heliza bergaduh teruk. Dia tak nak itu semua berlaku
lebih-lebih lagi suasana di rumah ini masih tegang selepas apa yang berlaku
pada hari pertunangan Husna.
Baru saja
setapak melangkah, telefon pintarnya berbunyi. Ada mesej. Mariam terus buka dan
baca. Mesej dari Omar.
Mariam, jumpa esok kat tempat biasa pukul 9
pagi.
Keluhan
kuat dilepaskan. Dia sudah tahu agenda Omar ingin berjumpa dengannya. Ini mesti
pasal pertunangan mereka. Satu lagi hal yang buat otaknya berserabut. Serba
salah jadinya. Dengan pantas jari-jemarinya membalas mesej Omar. Diteruskan
langkahnya menuju ke dapur. Pasti Harissa sedang sibuk memasak di dapur.
1 comment:
IONQQ**COM
agen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)
Post a Comment