-->
Bab 4
Mariam
menoleh ke sebelah tempat memandu. Yang jelas kemarahan di wajah Harissa masih
belum hilang. Sebelum keluar tadi, Harissa dan Puan Heliza bergaduh besar di
ruang tamu sehinggakan Puan Hani hilang sabar dan jerkah mereka berdua.
“Mak Su! Mak
Su okey ke? Saya minta maaf. Disebabkan saya Mak Su bergaduh dengan Mak Lang….”
Mariam bersuara. Dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku.
“ Mariam!
Mariam tak salah pun. Yang salah tu, Kak Lang! Tak habis-habis nak menangkan
Husna selepas apa yang dah berlaku lepas tu tuduh Mariam puncanya. Manalah Mak
Su tak geram.” Harissa yang sedang memandu mengetap bibir. Sakit hati setiap
kali ingat semula apa yang terjadi.
Mariam
mengeluh perlahan. “ Mak Su, apa kata kita report polis pasal Husna? Saya tak sedap
hati la. Entah-entah lelaki itu ada niat tak baik kat Husna. Sekarang ni banyak
sangat kes jenayah. Saya takut la kalau lelaki tu tipu Husna.” Kata Mariam. Nampak
wajah risau. Kalau tengok berita kat TV,
terlalu banyak kes jenayah yang melibatkan wanita. Dia bimbang jika sesuatu tak
elok berlaku pada Husna. Selepas solat saja, dia tak pernah lupa untuk berdoa
keselamatan Husna.
“Report
polis? Buat aper? Kita sendiri nampak kan, Husna dengan relanya masuk dalam
kereta itu. Memang sah Husna kenal lelaki tu.
Dah , tak payah fikir sangat pasal Husna tu!”
“ Tapi…..”
Mariam masih cuba untuk pujuk Harissa. Dia pernah cakap pasal hal ini kat
Badrul. Reaksi Badrul pun sama seperti Harissa. Nampak sangat Badrul masih
marahkan Husna. Fikiran Mariam tak pernah berhenti fikirkan Husna. Dia
benar-benar bimbang keselamatan Husna di luar sana.
“Dah tak
payah cakap pasal Husna, sekarang Mariam kena fikir pasal Omar. Mak Su dah tahu
mesti Omar nak jumpa sebab nak Mariam batalkan pertunangan ni kan. Mak Su rasa
baik Mariam berterus –terang pasal perasaan Mariam tu kat Omar. Selagi Mariam
tak cakap, Omar tak tahu.”
“ Omar
cintakan Husna. Bagi Omar, Mariam ni hanya kawan saja. Tak lebih dari itu.
Mariam tahu Omar sangat sayang dan cintakan Husna. Cinta Omar tu tulus dan
ikhlas.”
“Habis tu
cinta Mariam tu macam mana? Nak simpan sampai mati?”
Mariam
terdiam.
“Mariam!
Sesekali tu kena yakin pada diri sendiri. Luahkan saja perasaan tu? Mana tahu,
perasaan Omar berubah bila dapat tahu. Cubalah…” Harissa cuba yakinkan Mariam.
Dia mahu Mariam berani. Mariam yang dia kenal selama ini seorang yang selalu
dahulukan orang lain dari dirinya sendiri.
Kali ini
Mariam masih terdiam. Kata-kata Harissa benar-benar buat hatinya berbelah
bahagi.
“Aaa….. Dah
sampai.” Harissa berhentikan kereta BMW miliknya sebaik saja tiba di restoran
Nasi Kandar. “ Mak Su tunggu Mariam kat café kegemaran Mak Su hujung sana.”
Beritahu Harissa.
“Ya! Dah
habis nanti, Mariam pergi sana.” Kata Mariam. Pintu kereta terus dibuka. Mariam
keluar seraya membetulkan tudung putih yang dipakainya. Pintu ditutup rapat.
Dia memberi isyarat tangan supaya mak ciknya bergerak pergi.
Kereta BMW
berwarna putih itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan Mariam.
Mariam
menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan sebelum memulakan langkahnya untuk
berjumpa dengan Omar.
***************************************
Setapak
melangkah masuk ke dalam restaurant itu,
Mariam sudah nampak kelibat Omar yang duduk di meja yang terletak di sudut yang
jauh dari orang ramai.
Mariam
mengeluh kuat. Dia sambung semula langkahnya dekati Omar.
“Omar!”
tegur Mariam.
Belum
sempat Mariam duduk, Omar sudah bersuara.
“Macam
mana? Auntie Hidayah setuju tak cancel pertunangan ni?” tanya Omar.
Mariam
duduk dulu sebelum jawab soalan Omar. Nampak sangat Omar tak sabar-sabar.
“ Mak tetap
nak teruskan pertunangan ni.” Beritahu Mariam.
Omar meraup
wajahnya dengan kasar. Dia sudah tak tentu arah. Fikirannya kini berserabut.
Nak fikirkan pasal Husna la lepas tu ibunya sendiri la tambah pula dengan
pertunangan ni. “ Kau cubalah pujuk lagi Auntie Hidayah.”
“Aku dah
cuba, Omar. Masalah sekarang ni mak kau, Auntie Nabila ! Selagi Auntie Nabila
tak cancel pertunangan ini, selagi itulah mak aku tak setuju. Kau pujuklah mak
kau dulu.”
“Masalahnya
mak aku tak nak cancel. Kau nak aku buat apa lagi?” Omar terus tinggikan
suaranya pada Mariam.
Mariam
terdiam.
Omar
tersedar selepas melihat perubahan wajah Mariam. Dia terlalu ikutkan perasaan sebentar tadi . “Sorry,
Mariam! Sorry! Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak patut tinggikan suara aku
kat kau. Kau tak buat salah apa-apa pun kat aku. Disebabkan aku dan Husna, kau
terlibat sama dalam masalah ini.” Omar
minta maaf. Kepala ditundukkan sedikit ke lantai.
“Tak aper,
aku faham! Kau mesti tertekan sekarang ni.” Mariam bersuara. Dia faham keadaan
Omar sekarang ini. Mariam pandang Omar. Dia dapat lihat kekusutan dan keresahan
dari mata Omar. Mariam rasa kasihan lihat keadaan Omar, terpaksa hadapi semua
ni seorang diri. Kenapalah Husna sanggup buat Omar macam ni? Husna tak fikir ke
akibatnya? Husna tak sayang lagi ke kat Omar? Tiba-tiba Mariam teringat
kata-kata Harissa tadi. Patut ke dia berterus terang pasal perasaannya? Hatinya
masih berbelah bahagi. Dipandang Omar sekali lagi. Digenggam kedua-dua tangan.
Apa pun yang terjadi, dia kena berani luahkan perasaan dia.
“Omar……”
Mariam bersuara.
“ Mariam,
kau kena tolong aku. Aku… aku tak boleh hidup tanpa Husna. Kau tahu kan aku
terlalu cinta dan sayangkan Husna. Aku nak habiskan sisa-sisa hidup hanya
dengan Husna seorang. Impian aku hanya nak hidup bahagia bersama Husna
sepanjang hayat aku. Aku hanya akan kahwin dengan Husna seorang saja. Kau tahu
kan….?” Omar bersuara secara tiba-tiba. Pandangan matanya bertaut dengan
Mariam. Tubir mata mula berair. Air mata menitis membasahi pipi. Hidupnya gelap
tanpa Husna sekarang ini. Omar gosok dadanya perlahan-lahan. Betapa sakit dan
pedih hatinya.
Mariam
tergamam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia benar-benar terkejut apabila
melihat Omar menangis. Hasratnya untuk
meluahkan perasaan terus terbantu.
“Aku tak
boleh bertunang dan kahwin dengan kau, Mariam. Kau BFF aku. Mustahil aku akan
sayang dan cintakan kau sepertimana aku cintakan Husna.” Tambah Omar lagi.
Mariam
terus terdiam membisu. Kata-kata Omar buatkan Mariam kembali pada realiti. Ada
benarnya cakap Omar tu. Dia dah lama kenal Omar. Omar adalah lelaki yang setia.
Kalau Omar dah mula cintakan seseorang itu, Omar akan cinta sampai mati.
“Mariam,
kau kena tolong aku. Kau kena pujuk Auntie Hidayah sampai pertunangan ni
cancel. Aku pun akan cuba pujuk ibu aku. Aku yakin Husna akan balik. Beberapa
hari lagi Husna akan balik, aku yakin. Aku tak nak Husna sedih bila dapat tahu
kita bertunang. Mesti aku ada buat sesuatu yang buat Husna marah, bila
kemarahan Husna reda, Husna akan balik. Percayalah cakap aku. Beberapa hari
lagi Husna akan balik.” Kata Omar. Dia yakin masalah yang melanda hanya
sementara. Selepas Husna balik, semua ni pasti akan kembali pada sedia kali.
Mariam
angguk kepala perlahan-lahan. “ Aku akan cuba pujuk mak lagi. Kau jangan
risau.”
“Terima
kasih. Kau memang sahabat baik aku, Mariam. Aku nak gerak sekarang ini. Aku nak
jumpa kawan baik Husna yang tinggal di USJ. Dia mesti tahu Husna kat mana.”
Tergesa-gesa Omar bangun. Dia akan cari Husna sampai dapat.
“Julia ke?”
kata Mariam. Malam tadi, dia ada hubungi beberapa kawan baik Husna yang dia
kenal. Pasti ada antara mereka tahu di mana Husna berada.
“Ya.”
“Aku dah
call Julia tapi Julia tak tahu Husna kat mana….”
Omar
terdiam beberapa saat. “ Aku baru teringat Husna ada kawan masa dia modeling
hari tu. Sally nama dia. Aku pergi jumpa dia. Sally mesti tahu.” Kata Omar.
Wajah nampak ceria. Dengan cepat, Omar berlari tinggalkan Mariam.
Mariam
masih duduk di situ. Pandangannya masih melihat ke arah kelibat Omar yang sudah
hilang dari pandangan matanya.
*********************************
Pintu kaca
café ditolak dengan perlahan-lahan. Mariam
bimbang Harissa menanti dirinya terlalu lama di situ.
Sebaik saja
melangkah masuk, sudah kedengaran suara Harissa. Langkah dipercepatkan dekati
Harissa yang sedang bergaduh dengan seseorang. Suara Harissa saja sudah menarik
perhatian pelanggan dalam café itu.
“Mak su!
Apa halnya ni?” tanya Harissa. Dia terkejut lihat rambut Harissa basah malah
pakaian Harissa juga turut sama basah seperti terkena air.
“Dia ni…..”
Dengan wajah bengis, Harissa terus tunding jari ke arah lelaki yang berkulit
sawo matang yang berdiri di hadapan Harissa. “ Tengok ni Mak Su basah kuyup sebab
dia ni lah…. Dia sengaja tumpahkan ice latte ni kat Mak Su.” Cerita Harissa dalam keadaan
marah.
“I tak
sengaja la. You tak faham ke, hah?” balas lelaki yang berkulit sawo matang itu.
Wajah lelaki itu turut sama tegang.
“Macamlah
aku nak percaya cakap kau, hah! Kau memang sengaja tumpahkan air ni kat aku,
betul tak?” Harissa masih belum mengalah. Dia tak peduli langsung pandangan
pelanggan di café itu.
“Cik!
Encik! Kita boleh selesaikan dengan cara baik kan! Tak elok bergaduh macam
ini.” Pengurus café itu cuba tenangkan keadaan yang tegang sekarang ni.
“Masalahnya
hati dia ni memang busuk sejak dulu lagi…”
tambah Harissa lagi. Jari telunjuk masih dituju ke arah lelaki berkulit
sawo matang itu.
“Mak Su! Cukuplah
tu! Jangan bergaduh lagi. Tengok tu ramai orang tengok Mak Su sekarang ni.”
Mariam pegang tangan mak ciknya. Dia tak mahu masalah bertambah besar.
Harissa
menoleh melihat Mariam.
“Argh… Mak
Su tak peduli. Hari ini jugak Mak Su kena ajar lelaki ni.” Kata Harissa. Dia
melihat semula lelaki itu. “ Aku tak tahu kenapa kau suka sangat cari pasal
dengan aku? Apa masalah kau, hah?” marah Harissa. Mata sudah merah menyala.
“Ishhh….
Ini yang malas ni bila bercakap dengan orang perempuan! Tak reti bahasa betul!
Suka hati you lah nak fikir apa-apa pun. I malas nak layan. Tak ada faedah pun
layan perempuan gila macam you ni.” Kata lelaki berkulit sawo matang itu
sebelum melangkah pergi tinggalkan Harissa.
“Apa!
Gila!” Semakin mendidih darah Harissa mendengarnya. Dia cuba mengejar lelaki itu
tetapi lengannya ditarik. Harissa menoleh.
“Mak Su!
Sudah! Sudahlah tu! Istighfar banyak-banyak. Buang rasa marah tu.” Nasihat
Mariam. Dia mahu Harissa bertenang. Dulu mak ciknya tak seperti ini pun, lepas
bercerai sikap panas baran tiba-tiba saja ada. Cepat melenting ! Cepat naik
angin! Kalau mak ciknya naik hantu, memang susah nak kawal.
“ Kita
duduk dulu, Mak Su!” pujuk Mariam lagi. Ditarik lembut lengan Harissa
perlahan-lahan.
Dada
Harissa masih berombak laju.
“Encik, one
fresh orange please?” oder Mariam pada pengurus café itu.
Dengan
cepat, pengurus itu berlalu pergi.
Harissa
terus duduk di sofa café itu. Wajah masih lagi nampak tegang. Nafas ditarik dan
dihembus perlahan-lahan. Mata dipejam beberapa saat. Dia cuba redakan kemarahan
dia tadi.
Mariam
hanya diam memerhati. Dia tak berani bersuara.
Kelopak
mata dibuka perlahan-lahan. Harissa kembali bertenang.
Pelayan
wanita datang dan letakkan gelas fresh orange di meja.
“Terima
kasih!” ucap Mariam dengan senyuman. Diambil gelas itu dan diberikan pada
Harissa.
Harissa
hirup air itu hingga habis.
“Mak Su dah
okey?”
Gelas yang
kosong itu diletakkan semula atas meja. “Dah okey!” jawab Harissa.
Mariam
segera keluar sapu tangan yang ada dalam bag tangannya dan dihulurkan pada mak
ciknya.
Harissa
segera lap mukanya. Rasa melekit. Dilap pula rambutnya yang masih basah.
Ditarik sedikit rambutnya dan dihidu. Berbau latte! Dia hanya mampu mengetap
bibir. Balik nanti terpaksalah shampoo rambut ni! Argh…. kenapa mesti dia jumpa
lelaki tu kat sini . Spoil mood betul!
“Lelaki
tadi! Mak su kenal ke?” tanya Mariam.
“ Kenapa
sekejap sangat jumpa Omar? Omar mana?” soal Harissa bertubi-tubi. Dia cuba
elakkan diri dari menjawab soalan Mariam tadi.
Diperhatikan
reaksi mak ciknya, Mariam tahu Harissa
cuba mengelak.
“Omar dah
balik. Dia nak pergi jumpa kawan Husna yang sama-sama modeling dulu tu.” Jawab
Mariam.
Harissa
geleng kepala. “ Itu seorang lagi, jenis tak dapat terima kenyataan. Masih
berharap. Dah terang-terang Husna tu tinggalkan dia.” Bebel Harissa. Tiba-tiba
dia teringat bekas suaminya. “ Hmm… Maklumlah cinta tu buta. Mak Su pun dulu
macam tu jugak.” Harissa mengeluh.
Mariam
terdiam. Jodoh itu rahsia Allah Taala. Allah Taala yang mengatur
segala-galanya. Allah Talla juga yang mengatur bila kita bertemu, bila kita
berkahwin dan juga bila kita berpisah. Mariam percaya satu hari nanti Harissa
yang bertemu dengan lelaki yang baik.
“So Mariam
sempat tak buat apa Mak Su suruh tu?” tanya Harissa.
Mariam
geleng kepala beberapa kali.
Harissa
hanya diam memerhati. Dia sudah jangka semua itu.
“Petang ni
ke Mak Su bertolak balik Langkawi?”
tanya Mariam secara tiba-tiba.
“Ya. Mak Su
bertolak petang ni. Lepas solat Zohur, Mak Su tolak balik. Mak Su bermalam kat
Kuala Perlis. Esok pagi Mak Su naik Langkawi Ro Ro feri, dah bawa kereta kan!”
jawab Harissa.
“Tak best
la kalau Mak Su tak ada.”
“Itulah dah
banyak kali Mak Su ajak datang ke resort Mak Su kat Langkawi tu, dah tujuh
tahun tapi sekali pun Mariam tak pernah datang kan….”
“Kalau
Mariam pergi sana, siapa nak jaga mak dan arwah ayah masa itu. Insya Allah,
satu hari nanti Mariam tetap akan jejakkan kaki di resort Mak Su.” Mariam
tersenyum. Sudah banyak kali Harissa ajak pergi tetapi dia tak sanggup
tinggalkan arwah ayah yang tengah sakit masa itu. Sekarang pula kesihatan mak
bertambah merosot.
“Ikut suka
Mariam lah…. Nak datang, beritahu jer kat Mak Su. Resort Mak Su 24 jam terbuka
untuk Mariam.” Harissa tersenyum.
Mariam
turut sama tersenyum melihat mak ciknya.
1 comment:
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)
Post a Comment