Bab 5
Kelopak mata dibuka
perlahan-lahan apabila terasa ada pancaran matahari di wajahnya. Dengan
malasnya, Omar bangun dari katil. Dia melihat ke arah tingkap. Siapalah yang
buka langsir tingkap biliknya? Hari ini hujung minggu, Omar tak nak bangun awal. Lagipun dia tak ada mood nak habiskan hujung
minggunya dengan sebarang aktiviti. Hidupnya
tak bermakna lagi tanpa Husna. Hari ini sudah segenap sebulan Husna hilang
tanpa khabar berita. Hari demi hari harapan Omar menanti kepulangan Husna
semakin pudur. Husna langsung tak hubungi dia. Sampai hati Husna buat dia macam
ni!
“Termenung
apa lagi? Bangunlah cepat! Dah pukul 11 pagi.” Kedengaran suara Puan Nabila.
“Ibu! Hari
ni Ahad. Biarlah Omar tidur lama sikit. Kacaulah.” Marah Omar. Dia tidur
semula. Ditarik semula selimut menutupi kepalanya. Dia betul-betul malas nak
bangun.
Puan Nabila
mengetap bibir. Dia dekati katil dan menarik selimut dengan kasar. “ Omar!
Sudahlah! Sudahlah tu! Sampai bila Omar nak jadi macam ni, hah? Bila cuti saja,
duduk berkurung dalam bilik. Berbaloi ke sia-siakan hidup Omar disebabkan Si
Husna tu, hah?”
“Ibu!” Omar
lantas bangun. Dia merenung Puan Nabila.
“Apa! Cakap
ibu tak salah kan! Kalaulah dia benar-benar sayang dan cintakan Omar, Husna
takkan buat Omar macam ni. Call pun tidak, mesej pun tidak! Hilang macam tu
saja. Omar seorang saja teringatkan dia, dia langsung tak ingatkan Omar
pun. Family dia sendiri pun, dia tak
contact langsung. Perempuann selfish macam tu, Omar nak jadikan isteri?
Rumahtangga Omar akan bahagia ke nanti? Omar yakin ke Husna tu boleh jadi
isteri dan ibu yang baik? 100 peratus yakin ke? Omar, bercinta dan kahwin ni
tak sama! Dengarlah cakap ibu ni! Lupakan saja Husna tu!” kata Puan Nabila
dengan panjang lebar. Dia nak Omar sedar semua tu.
“ Memang
Husna banyak kekurangan dia tapi kalau kita nasihat elok-elok, Omar yakin Husna
akan berubah.”
“Berubah?
Lepas apa Husna dah buat kat Omar, Omar masih yakin Husna tu akan berubah!
Kenapa dengan Omar ni, hah? Takkanlah sebab cinta, mata tu buta nak lihat apa
yang terjadi sekarang ini disebabkan Si Husna tu.” Semakin bengis wajah Puan
Nabila. Nama Husna saja dah buat telinganya rasa nak meletup. Nama Husna tak
pernah lekang di bibir anak bongsunya itu. Omar masih berharap kepulangan
Husna. Kenapa anaknya begitu naïf sangat?
“Ibu!”
“Mulai hari
ini, ibu tak nak dengar nama Husna lagi! Faham!” jerkah Puan Nabila.
Omar
terdiam. Wajahnya sedih. Mustahil dia dapat lupakan Husna sekali gus. Hampir
sepuluh tahun mereka bercinta. Memori-memori indah antara mereka berdua takkan
mudah dipadamkan. Hatinya benar-benar terluka.
“Sekarang
ni! Ibu nak Omar mandi. Siap cepat! Sekejap lagi, Mariam datang.”
“Mariam nak
datang? Buat apa?”
“Hey, Omar
dah lupa ke Mariam tu tunang Omar ! Jangan buat perangai Omar! Bulan depan,
kamu berdua dah nak nikah! Kad kahwin pun dah siap. Ibu yang call Mariam datang
sini! Barang-barang hantaran tak beli lagi kan? Bila Mariam ajak Omar keluar,
macam-macam alasan Omar bagi kan!”
Omar
mengeluh kuat.
“ Bulan
depan Mariam akan jadi isteri Omar! Ingat tu! Mandi cepat!” tegas Puan Nabila.
Dia terus berlalu keluar.
Selepas
Puan Nabila berlalu keluar, Omar meraup wajahnya berkali-kali. Dihentak tangannya di atas katil berkali-kali
untuk lepaskan geram. “ Kenapa ibu suka sangat paksa aku terima Mariam, hah!”
kata Omar. Dia mengetap bibirnya rapat. Hatinya masih lagi pada Husna. Itulah
kenyataannya….
******************************
Mariam duduk
menanti Omar di ruang tamu. Diletakkan bag tangannya di sebelahnya. Kemudian Mariam
betulkan tudungnya. Dia tak sabar nak keluar dengan Omar hari ini.
Sebaik saja
melihat Omar menuruni anak tangga, Mariam terus bangun dan tersenyum lebar. Dah
lama dia tak jumpa Omar. Paling tepat sekali dia rindukan Omar.
Senyuman
Mariam sedikit demi sedikit hilang apabila melihat keadaan Omar yang nampak tak
terurus. Rambut pula panjang dan kusut. Selalunya Omar seorang yang berpenampilan
kemas dan bergaya. Omar benar-benar nampak lain. Dia risau melihat keadaan
Omar. Ternyata kehilangan Husna memberi impak besar dalam hidup Omar.
“ Omar, kau
okey ke? Kalau kau tak nak pergi, aku seorang saja pergi. Kau bagi saja list
barang hantaran tu.” Mariam bersuara apabila Omar dekati Mariam. Dia faham
perasaan Omar. Dia tak nak kehadiran dia beri tekanan lagi pada Omar. Dia tahu
perkahwinan ini beri tekanan berat dalam hidup Omar. Sudah lama dia tak nampak
senyuman dan gelak ketawa Omar, kini Omar benar-benar berubah. Hidup Omar sudah
tak ceria.
Omar
pandang Mariam. Renungan matanya begitu redup. “Aku…”
“Tunggu apa
lagi, pergilah!” Puan Nabila muncul secara tiba-tiba. Dipandang sekejap ke arah
Omar dan dipandang sekejap ke arah Mariam semula.
“ Yalah!
Yalah! Kami gerak sekarang.” Jawab Omar. Dia beralah. Ikutkan hati dia memang
malas nak pergi tapi dia tak mahu bergaduh besar dengan ibunya di depan Mariam.
Langkah terus diatur menuju ke pintu.
Puan Nabila
tersenyum lebar.
“Auntie!
Saya pergi dulu yer!” kata Mariam seraya bersalaman dengan Puan Nabila.
Puan Nabila
angguk kepala. “ Keluar beli barang tu biar lama-lama sikit. Sesekali itu Omar
tu kena keluar rumah jugak, asyik terperuk dalam bilik saja. Tak elok! Nanti
Mariam ajak Omar lunch lepas tu dinner sekali yer…”
“Ya,
auntie!” jawab Mariam dengan senyuman. Dia terus bergerak keluar. Omar pasti
sedang menantinya di kereta.
Semakin
panjang senyuman Puan Nabila. Rasa sejuk saja hati ini setiap kali bercakap
dengan Mariam. Cakaplah apa-apa pun, selalu iyakan saja. Tak pernah melawan.
Lain pulak dengan Husna, panas hati setiap kali bercakap dengan Husna.
Kata-kata yang keluar dari mulut Husna buatkan darahnya mendidih. Dia sendiri
hairan macam mana Omar boleh pilih Husna dari Mariam. Apa Omar nampak pada
Husna, dia sendiri tak tahu! Apa-apa pun, niatnya nak bermenantukan Mariam
tercapai jugak!
***********************
Sebaik saja
masuk ke dalam kereta Honda City Omar, Mariam tersenyum melihat Omar di tempat
memandu.
“ Husna ada
contact kau tak?” tanya Omar.
Senyuman
Mariam terus mati. “ Tak!” jawab Mariam. “ Husna ada call kau tak?”
Laju saja
Omar geleng kepala. Yang jelas Omar kecewa.
Mariam
terdiam.
“Kita nak
pergi mana?” tanya Omar.
“Pavillion!”
jawab Mariam.
Kemudian
suasana dalam kereta antara mereka terus sunyi sepi. Sesekali Mariam pandang ke
arah Omar yang begitu leka memandu. Dia dapat rasakan kehadirannya tidak
dipedulikan Omar seolah-olah dirinya tak wujud pun. Dalam hati, Mariam mengeluh
kuat. Semakin dekat hari perkahwinan mereka, Mariam mula rasa tak sedap hati.
Patut ke mereka berdua teruskan perkahwinan ini sedangkan di hati Omar masih
mengharap kepulangan Husna. Sebenarnya sehingga kini hatinya berbelah bahagi.
Antara gembira dan realiti. Gembira kerana dapat menjadi isteri Omar tak lama
lagi. Realitinya pula Omar tak cintakan dia. Apa yang akan terjadi jika Husna
tiba-tiba pulang? Semestinya Omar akan
kembali semula ke pangkuan Husna. Habis itu nanti, dirinya pula bagaimana?
Hari-hari dia fikir pasal hal ini. Letih dibuatnya.
“Mariam!
Dah sampai!”
Mariam
tersedar. Dia menoleh kiri dan kanan. Dia terkejut melihat sekelilingnya. Dah
sampai di Pavilion. Kereta pun dah siap parking. Nampak sangat begitu panjang
dia mengelamun.
Omar terus
keluar dari perut kereta Proton Persona.
Mariam
bergeges keluar. Dia terus ekori Omar dari belakang. Mereka berdua bergerak
masuk ke dalam Pavilion. Sudah ramai orang memenuhi kompleks membeli belah itu.
“ Mariam!”
Omar bersuara.
“Ya!”
segera Mariam menjawab. Dipandang tepat anak mata Omar.
“Kau
belilah apa barang kau nak! Aku beli sendiri barang yang aku nak.”
“Kita pergi
beli sama-samalah.” Kata Mariam.
“Aku rasa
better kita berpecah. Cepat-cepat cari barang untuk hantaran lepas tu
cepat-cepat balik. Aaa… Aku tunggu kau kat bangku tu. Lepas aku dah selesai cari barang aku, aku
tunggu kau kat situ.” Omar menunding jari ke arah kerusi yang berdekatan dengan
mereka berdiri.
Mariam
hanya mampu angguk kepala.
Melihat
reaksi Mariam, Omar terus berlalu pergi.
Mariam
masih berdiri dari situ. Renungan mata masih setia melihat kelibat Omar sudah
semakin jauh darinya. “ Sampai bila Omar
nak dingin dengan aku? Takkanlah lepas kahwin nanti perangai Omar tetap macam
ni? I don’t really know why I’m still hoping?” kata Mariam dengan nada sedih.
No comments:
Post a Comment