Bab 8
Talia
melihat penampilan dirinya di cermin. Mekap sudah selesai. Hampir sejam jugak
dia makep. Menyusahkan betul. Macam-macam step ada, mujurlah dia boleh makep
sendiri selepas hampir dua minggu belajar dengan Mona. Iyalah sebelum ni, dia
tak ambil kisah langsung pasal makep. Gara-gara nak tipu keluarga Cikgu Hawa ,
terpaksalah dia belajar semua ni.
Telefon
pintarnya berbunyi.
“Assalammualaikum,
Mona.” Talia tersenyum. Awal betul Mona telefon hari ini. Agaknya photo shoot Mona kat Bali
dah selesai kot. Rasanya mesti Mona kat airport.
“Waalaikumussalam….
Wei, macam mana semalam? Plan kau menjadi tak?”
Talia
ketawa. “ Kau ni tak sabar betul? Kau kat aiport ke? Photo shoot dah habis ke?”
“Dah…. Aku
tengah tunggu flight ni. Wei, cerita la apa jadi malam tadi?”
“Seperti
yang dijangka, mereka memang tengah tunggu aku.” Kata Talia dan kemudian
mengeluh. “ Rasalah bersalah pun tapi terpaksalah aku mulakan lakonan aku ni.
Masa aku keluar kereta saja, mereka terkejut tengok aku. Iyalah style retro
70an yang korang pilih ni terlebih menyerlah, aku keluar saja tukar baju kat R
& R saja, semua orang tengok aku. Malu weiiii…..” cerita Talia.
Mona
ketawa. “ Tapi style tu bagi impak besar kan? First impression tu penting,
betul tak?”
“ Cikgu
Hawa nampak aku saja, mata dia terus terbuka luas. Muka terus bertukar jadi singa bila aku cakap
aku lambat sebab berborak dengan BFF yang tak wujud pun. Sikit saja Cikgu Hawa
nak sound aku tapi Cikgu Din sempat masuk campur. Kalau tak, memang teruk aku
kena sound malam tadi. Aku rasa tak sampai tiga hari aku akan kena kick out
dari sini. Harap-harap skrip yang Meera buat tu menjadi…..” kata Talia. Dia
ikut saja skrip yang Meera tulis khas untuk dirinya. Cara-cara nak menjadi
calon menantu kurang ajar, itu tajuk skrip Meera. Sepatutnya Meera jadi penulis
skrip bukannya pelakon. Meera ada skill nak jadi penulis
“Baguslah
macam tu. Cepat-cepat kau blah dari situ sebelum Amir tu datang. Hari ni hari pertama kau kat sana? Dah ada
test ke?”
“ Tak tahu
la tapi ada perjumpaan pukul 8 pagi ni. Rasanya sesi perkenalan kut . Nak kenal
dengan calon-calon yang lain. Sekarang ni aku tinggal kat rumah sewa milik
Cikgu Din. Rumah sewa ni dekat dengan rumah Cikgu Hawa. Tak sampai seminit pun
berjalan….Oklah, Mona! Aku nak kena pakai rambut palsu Afro lagi, kuku palsu
warna merah pun aku nak kena jugak. Banyak betul benda nak kena buat ni….” Kata
Talia.
“Stop
complain, Talia. Sekarang ni kau nak kahwin ke tak nak?”
“Tak nak….”
Jawa Talia dengan lemah.
“So kau
kena buat apa yang yang kami suruh. Oklah, malam nanti aku call kau balik….
Bye! Semoga berjaya….” Ucap Mona sebelum tamatkan perbualan mereka.
Talia terus
tundukkan kepalanya dan kemudian mengeluh dengan kuat.
*****************************
Cikgu Hawa
menggengam erat tanganya. Dilihat sekali ke arah jam dinding di ruang tamu.
Sudah 15 minit, mereka menunggu Talia. Tiba-tiba Cikgu Hawa bangun.
“Kak Long,
biar Aini pergi tengok Talia. Mungkin dia terlewat bangun kut? Semalam kan dia
sampai lewat dari KL.” Puan Aini sempat menahan Cikgu Hawa dari bertindak
terburu-buru.
Sakinah dan
Marfuzah yang ada di situ hanya diamkan diri.
“ Hi !
Hello !” Tiba-tiba saja terdengar suara, Talia muncul di muka pintu rumah Cikgu
Hawa. Talia terus masuk dan tersengih.
Sakinah dan
Marfuzah terkejut melihat penampilan Talia.
“Hi ! Hello
!” Nada suara Cikgu Hawa terus tinggi. Dah lewat datang lepas tu boleh Hi Hello
dengan orang pulak. Budak bernama Talia ni hari pertama saja dah buat darah ni
mendidih. “ Orang kalau masuk rumah orang, kena bagi salam dulu. Mak ayah kamu
tak ajar ke?”
“Opsss….
Terlupa nak bagi salam. Mak ayah ajar bagi salam tapi Talia yang selalu lupa. My bad! Lepas ni Talia
janji tak buat lagi…. Hmmm… Kalau macam tu Talia start balik yer….” Kata Talia
tersengih. Dia terus keluar semula dari rumah Cikgu Hawa. Kemudian Talia masuk
semula ke dalam rumah Cikgu Hawa. “ Assalammualaikum, semua…..” Talia
tersenyum. Dia melihat ke arah semua orang yang ada di situ.
Puan Aini
geleng kepalanya tanpa disedari.
Tanpa
disedari, Cikgu Hawa urut kepalanya. Tiba-tiba saja rasa pening.
“Tak jawab
salam berdosa…..” tambah Talia apabila tiada siapa jawab salam darinya.
“Waalaikumussalam….”
Jawab Sakinah dan Marfuzah serentak.
Puan Aini
turut sama menjawab salam dengan suara perlahan-lahan.
“Cepat
duduk!” arah Cikgu Hawa. Kepalanya sudah pening dengan kerenah Talia.
Dengan
segera Talia terus duduk di sofa sebelah Sakinah. “Hi ! I’m Talia.” Talia
perkenalkan dirinya. Dia melambai tangan dekat Sakinah dan Marfuzah.
Cikgu Hawa
mengetap. “ Dah datang lewat lepas sibuk nak perkenalkan diri pulak. Macam
manalah mak berkenaan sangat dengan budak ni?” kata Cikgu Hawa dengan nada
perlahan. Renungan tepat masih pada Talia yang nampak sibuk perkenalkan dirinya
tanpa hiraukan langsung kehadiran Cikgu Hawa dan Puan Aini.
Puan Aini
terus pegang tangan kanan kakanya.
“Sabar, Along! Mengucap banyak-banyak. Apa kata Kak Long duduk dulu?”
nasihat Puan Aini. Hampir saja kakaknya nak meletup tadi.
Atas
nasihat adiknya, Cikgu Hawa duduk semula dan menarik nafas perlahan-lahan. Dia
cuba kawal perasaan marahnya. Renungan tajam masih pada Talia.
“Talia!”
panggil Puan Aini.
Talia
menoleh.
“Mak Cik
Hawa nak cakap sesuatu.” Beritahu Puan Aini.
“Okey,
Auntie Aini.” Jawab Talia. Dia terus pandang Cikgu Hawa. “ Ok, Auntie Hawa!
Cakaplah…. ” Talia betulkan kedudukkannya di kerusi.
Cikgu Hawa
pejam matanya beberapa saat dan buat semula kelopak matanya. Perangai Talia
benar-benar menguji dirinya.
“ Semua
sudah berkumpul di sini jadi kita akan
mulakan first program hari ini. Masing-masing dah tahu kenapa kita berkumpul di
sini kan! Sekarang ini kita mulakan sesi perkenalkan diri. Kita mulakan dari
Sakinah.” Cikgu Hawa tersenyum. Dia memandang gadis bertudung litup berwarna
pink. Sakinah adalah pilihannya. Gadis yang berasal dari Ipoh ni sudah dua
tahun mengajar di sekolah yang sama dengannya.
Sakinah
berdiri dan tersenyum. “ Assalammualaikum, semua! Nama saya Siti Sakinah Bt
Seman. Berumur 26 tahun. Anak kedua dari 3 adik beradik. Berasal dari Ipoh.
Saya seorang cikgu. Hobi saya ialah membaca buku dan memasak. Saya calon
pilihan Mak Cik Hawa.”
Cikgu Hawa
tersenyum lebar. Ternyata pilihannya tak pernah silap. Tengok cari Sakinah
bercakap lemah lembut dan sopan santun. Inilah ciri-ciri yang perlu ada untuk
bakal isteri Amir.
“Kak
Sakinah, nice meeting you….” Talia bersuara seraya tepuk tangan selepas Sakinah
selesai perkenalkan diri.
Senyuman
Cikgu Hawa terus mati melihat telatah Talia. “ Nexttttt……”
Selepas
Sakinah duduk, Marfuzah pula bangun. “ Assalammualaikum….. Nama saya Nurul
Marfuzah Bt Musa. Berumur 27 tahun. Anak sulung dari 5 adik beradik. Berasal
dari Pulau Pinang. Saya bekerja sebagai cikgu tadika. Hmmm… hobi saya ialah
memasak dan bercucuk tanam. Saya calon pilihan
Puan Zainab, ibu mentua Mak Cik Hawa.”
“ Kak
Marfuzah, nice meeting you too….” Talia bersorak seraya bertepuk tangan.
Marfuzah
tersenyum ke arah Talia dan terus duduk.
Wajah Cikgu
Hawa begitu serius pandang Talia.
“Okey! Turn
Talia pula….” Puan Aini bersuara.
Talia terus
bangun. Dia betulkan wide leg jumpsuit berwarna neon yang dipakainya. “ Hi ….
And Assalammualaikum, everyone. My name is Talia Lana Bt Wahid. Berumur 25
tahun. Maknanya Talia paling muda dalam rumah ni…” Talia ketawa kecil. “ Talia
anak bongsu dari 2 adik beradik dan of course Talia seorang yang manja.
Everyone in the family adores me. Berasal dari KL, ibu negara Malaysia. Hmmm….
Talia tak bekerja. Kiranya penganggur terhormat ke rumah. Buat masa ni Talia
tak bercadang nak bekerja lagi. Lagipun mak ayah still bekerja, mereka mampu
sara Talia lagi. Pasal wang ringgit tu, tak payah risau. Right now this is my
golden time to be happy and enjoy. Hmm… Hobi pulak, shopping. Talia suka
shopping. Hari-hari Talia pergi shopping. Kat sini ada shopping mall tak?
Sekarang ni kan hujung tahun, mesti ada banyak year end sale? Banyak tak
shopping mall kat Sungai Petani? ” tanya Talia dan pandang ke arah Cikgu Hawa
dan Puan Aini. Terkebil-kebil matanya pandang mereka berdua. Tiba-tiba Talia
teringat sesuatu. “ Oh ya, Talia calon pilihan Datin Maimun, ibu Auntie Hawa.”
Talia terus tersengih.
Suasana
sunyi sepi.
Cikgu Hawa
mengecilkan anak matanya. Memang darahnya tengah mendidih sekarang ini.
Manakala
dahi Puan Aini berkerut.
Cikgu Din
yang berdiri tidak jauh dari situ menggaru kepalanya beberapa kali. “ Kalau
macam nilah, nampak gayanya tak sampai seminggu anak Wahid ada kat sini.” Cikgu
Wahid masih masih perhatian suasana di rumah tamu rumahnya.
*********************************************
Puan Aini
berdiri di sebelah kakaknya. Selepas saja makan tengahhari , program kedua akan
dilaksanakan. Mereka berlima ada di ruang dapur terbuka di luar rumah.
“Seterusnya
mak cik nak tahu skill memasak kamu semua tahap mana, syaratnya kamu boleh
masak apa saja. Semua bahan dah tersedia. Masak saja apa kamu nak masak. Satu
lauk saja dalam masa sejam.” Terang Cikgu Hawa.
“So tak
kisah lauk apa pun?” Talia bertanya.
“Ya. Apa
saja….” Jawab Cikgu Hawa sambil lewa.
Pandangan mata ke arah lain. Dia malas nak layan kerenah anak Wahid.
“ Talia dah
fikir ke nak masak apa?” tanya Puan Aini. Dia tersenyum melihat anak gadis yang
berambut afro itu.
“Dah ada
idea tapi tak tahu nak pilih nak masak aper…. Sebab mak ada cakap, kunci untuk
menjadi sihat adalah dengan menjaga perut
so apa yang kita nak makan itu benda penting sebenarnya. Pemakanan perlu
dijaga dan amalkan pemakanan yang sihat. Untuk kekalkan tubuh badan yang sihat,
kita sebenarnya hanya perlukan protein, lemak, karbohidrat, sayur, vitamin dan
mineral yang seimbang. So dengan masak sendiri makanan kita adalah cara yang
baik untuk kita tahu berapa kalori makanan yang kita makan lepas tu pulak kita
boleh meneliti dengan lebih baik apa yang kita makan. Berkhasiat ke tak? Sebab
itu pentingnya kita makan makanan yang sihat.” Kata Talia dengan panjang lebar.
Tanpa
disedari Cikgu Hawa angguk kepala perlahan-lahan. Cakap Talia tadi ada point
jugak.
Puan Aini
tersenyum. “ Oklah, kalau macam tu boleh start sekarang. Lepas sejam kami akan
datang semula.” Kata Puan Aini. “ Jom, Kak Long!”
Cikgu Hawa
mengekori adiknya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Talia melihat bahan-bahan
masakan yang tersedia di atas meja.
“Kak Long!”
panggil Puan Aini.
“Ya! Ya!”
Cikgu Hawa sambung semula langkahnya dan kemudian memasuki pintu dapur.
******************************
Selepas
sejam, Puan Aini dan Cikgu Hawa muncul. Mereka lihat Sakinah, Mahfuzah dan
Talia sudah bersedia dengan lauk yang sudah siap dimasak. Mereka bertiga berdiri
di hadapan lauk masing-masing yang ditutup dengan tudung.
“ Bagus.
Semuanya dah siap tersedia.” Puji Cikgu Hawa. Dia hampiri meja empat segi.
“Ok… Kalau
macam tu, kita mula dulu dengan Sakinah.” Kata Puan Aini. Tak sabarnya nak rasa
masakkan mereka bertiga.
Sakinah
tersenyum. Dia buka tudung saji. “ Tom Yam Campur.” Beritahu Sakinah.
Cikgu Hawa
tersenyum. “ Bau tom yam ni saja dah harum semerbak. Macam tahu-tahu saja tom
yam campur kegemaran Amir.” Belum rasa lagi, Cikgu Hawa sudah memuji.
Puan Aini
terlebih dulu rasa tom yam campur itu. “ Sedap! Pekat dan pedas !”
Cikgu Hawa
turut sama merasa. “ Memang sedap! Ada rasa manis yang datangnya dari seafood.
Amir pasti suka.” Puji Cikgu Hawa lagi. Dia gembira dengan skill memasak
Sakinah.
Senyuman
terukir di bibir Sakinah.
“Okey!
Seterusnya, Mahfuzah…” kata Puan Aini. Dia dan kakaknya bergerak dekati
Mahfuzah pula.
“ Saya
masak ayam masak merah ala kenduri orang utara.” Mahfuzah perkenalkan
masakkannya. Tudung saji dibuka.
“ Wah….
Tengok saja dah tahu mesti sedap.” Kata Puan Aini. Masakkan ayam masak merah
nampak begitu menarik lagi. “ Ini pun salah satu makanan kegemaran Amir. Ini
kalau makan dengan nasi tomato, confirm sedap…..”
Cikgu Hawa
ambil sedikit isi ayam dan kuahnya. Disuap
ke mulut. “ Hmm… Memang sedap. Ada rasa pedas.” Cikgu Hawan angguk kepalanya
perlahan-lahan.
“Ayam pula lembut.
Memang sedap.” Puji Puan Aini.
“Terima
kasih.” Ucap Mahfuzah.
Puan Aini
dan Cikgu Hawa beralih ke arah Talia.
“Jeng Jeng
Jeng!” kata Talia seraya buka tudung saji.
Cikgu Hawa
dan Puan Aini terkejut. Mereka berdua masih tak percaya dengan apa yang ada di
hadapan mereka sekarang ini.
“Telur
rebus!” kata Puan Aini.
“Dalam masa
sejam ini, kamu masak telur rebus saja.” Suara Cikgu Hawa terus tinggi.
Sakinah
menutup mulutnya dari ketawa.
“ Ya. Telur
rebus. Tergolong dalam makanan kan. Hanya 77 kalori. Sangat kaya dengan sumber
nutrisi. Miliki vitamin D, Zinc dan kalsium yang dapat bantu menyihatkan badan.
Lagipun cepat nak masak, terus rebus saja. Tak rugi masa. Jangan pandang telur
rebus ni sebelah mata! Telur rebus ni ada khasiat jugak. Menjaga kesihatan
mata, kuku jadi sihat dan kuat, baik untuk tulang, tingkatkan kesihatan otak
lepas tu pulak boleh turunkan berat badan.” Terang Talia dengan wajah serius.
“Habis tu
kalau kamu kahwin dengan Amir, hari-harilah kamu bagi Amir makan telur rebus?”
tanya Cikgu Hawa. Nafasnya turun naik.
“Auntie ni,
takkanlah Talia nak bagi Amir makan telur rebus hari-hari. Tapi kalau boleh
dalam seminggu, mungkin tiga atau empat kali kut makan telur rebus.” Jawab
Talia dengan menampakkan barisan gigi putih dan teratur.
Jawapan
Talia terus buat Cikgu Hawa mencekak pinggang. Wajahnya kini merah menyala.
Rasa marah membuak-buak.
No comments:
Post a Comment