DUNIAKU HANYA ADA KAMU
“Cinta
bertepuk sebelah tangan, kenapa nasib aku begini? ”
“Abang long! Omar tu milik Husna. Tak ada siapa
boleh rampas Omar dari Husna. Orang yang Omar cinta… Husna, bukan Mariam. Anak
angkat tak guna tu ada hati nak ambik Omar dari Husna. Cermin diri tu dulu.”
Bagi MARIAM, niatkan menggantikan tempat Husna
semata-mata ingin menjaga hubungan semua pihak. Biarlah dirinya berkorban
berkali-kali walaupun pengorbanannya sedikit pun tidak dipandang oleh Husna.
Memang diam-diam dia mencintai Omar, tapi apa gunanya kalau hanya bertepuk
sebelah tangan?
Akhirnya Mariam merawat lukanya jauh di utara
semenanjung Malaysia. Namun tanpa disangka, jantungnya sekali lagi berdegup
kencang apabila melihat seorang lelaki. Bertahun-tahun mencintai Omar, yang
hairannya, kenapa cepat sangat jantungnya mencari sasaran pengganti?
“Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung ni degup
laju macam ni? Jangan cari pasal, cik jantung oiii!” - MARIAM
Perkenalan dengan seorang jejaka bernama Raja
Luth mengubah hidup Mariam. Kehadiran Raja Luth memberi sinar baru dalam hati
Mariam. Mariam yakin Raja Luth turut sama merasai perasaan yang sama. Tingkah
laku dan layanan Raja Luth pada Mariam adalah bukti segala-galanya. Kerana
tidak mahu pisang berbuah dua kali, Mariam memberanikan diri meluahkan
perasaannya.
“Saya… Saya tahu kita baru kenal tapi saya
betul-betul sukakan awak, Luth. Saya nak awak tahu. Aaa… Awak macam mana pulak?
Apa jawapan awak?” - MARIAM
“Saya minta maaf, Mariam. Selama ni saya anggap
awak sebagai seorang kawan. Itu saja.” – RAJA LUTH
Sekali lagi cinta Mariam bertepuk sebelah
tangan. Malu, memang malu! Akhirnya Mariam nekad untuk mengunci hatinya. Namun
setelah dia memasang tekad, lain pula yang terjadi. Husna masih lagi menuduhnya
setiap kali bergaduh dengan Omar. Dan yang paling misteri, setiap pagi dia
mendapat kejutan sehingga membuatkan dirinya tidak lena ridur.
Apakah kesudahan hubungan Mariam dan Husna?
Adakah kasih sayang dan pengorbanan Mariam mampu melembutkan hati Husna? Dan
betulkan cinta Mariam hanya bertepuk sebelah tangan? Akankah ada bahagia untuk
Mariam?
Dapatkan novel terbaru saya melalui penerbitan karyaseni dan kedai-kedai buku berhampiran.
1 comment:
Izin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))
Post a Comment