Bab 3
Aziz melihat ke luar rumah. Dia tersengih
melihat Azhar yang sedang sapu sampah di halaman rumah. Tanpa buang masa
seliper terus disarungkan, langkah diatur hampiri Azhar.
“Morning!” ucap Aziz.
“Morning, Abang Aziz! Dah breakfast ka?” tanya Azhar. Dia tersengih.
“Dah.”
“Ooo.... Mak cik Ida dah pi keja baru Abang Aziz keluar bilik. Pandai
betul Abang Aziz mengelak.”
“Bukan mengelak tapi nak selamatkan telinga ni dari dengaq mummy
berleteq. Semakin tua ni, semakin menjadi-jadi. Asyik pot pet pot pet ja,
mengalahkan mesin gun. Malam tadi masa dinner, asyik cakap benda yang
sama saja sampai nak telan nasi pun rasa terlekat.” Aziz mengadu.
Azhar tersengih.
Kedengaran bunyi
pintu pagar utama terbuka, kereta Honda HRV bergerak masuk dan parkir di anjung
kereta.
Aziz panjangkan
lehernya melihat siapa yang datang. Dahi berkerut.
“Awat PA mummy mai rumah, mummy dah pi keja kan?” tanya Aziz.
“Laaa.... Abang Aziz tak tau ka?”
“Tak tau apa?”
“Kak Diana memang tinggal sini. Bilik Kak Diana sebelah ja bilik Abang
Aziz.”
“Apa!”
“Malam tadi Kak Diana tak balik, mesti kerja banyak kat ofis tu.
Ini mesti Kak Diana balik sebab nak salin baju.”
Semakin berkerut
dahi Aziz perhatikan gerak geri Diana sehinggalah Diana masuk ke dalam rumah.
*******************************************
Sesekali Aziz
mendongak ke tingkat atas. Sudah hampir 20 minit, dia menunggu Diana turun. Dia
terus duduk di anak tangga.
“Apa la lama sangat, dia buat kat atas tu? Bersiap lama giler.” Aziz mengeluh. Ada hal dia nak cakap dengan Diana.
Bunyi tapak kaki
menuruni anak tangga buatkan Aziz terus bangun. Matanya tepat ke arah Diana. Dia
guna tangannya menghalang Diana.
Anak mata Diana bergerak merenung Aziz. Wajah begitu serius.
“Saya nak barang saya balik. Phone saya! Laptop saya! Wallet saya! Yang
penting sekali kamera saya. Saya nak awak pulangkan balik.” Aziz bersuara.
“ Larikan diri takkan dapat selesaikan masalah. You should know that? Nak
buat sesuatu pun fikir dengan otak bukan dengan emosi.” Akhirnya Diana bersuara. Diari yang ada di tangannya digunakan untuk
pukul tangan Aziz yang menghalang perjalanan dia turun.
Aziz mengerang
kesakitan. Sakitnya seperti tulang patah pun ada. Ganas betul minah ni!
Diana ambil
kesempatan yang ada untuk loloskan diri.
Namun Aziz segera
pintas, dia masih tak putus asa asalkan dia dapatkan semula barang-barang
miliknya.
Diana pandang Aziz
dengan wajah kelat.
“Barang-barang saya! Saya nak balik. Pulangkan!” tegas Aziz dengan wajah serius.
“You tahu apa Datin nak kan? Rasanya you sendiri tahu kan! Tepilah…” Diana terus
tolak tubuh Aziz dengan kuat.
Begitu kuat tenaga Diana sehingga tubuh Aziz hampir saja jatuh terlenting ke
belakang. Mujurlah Azhar ada di belakang dan sempat tahan Aziz.
Manakala Diana sudah
keluar tinggalkan Aziz.
“Wah! Dia tu lembu ke kerbau, hah!” marah Aziz dengan mata terbuka luas. Kuat betul Diana tolak dia tadi.
“Sabaq, Abang Aziz! Jangan lupa
barang-barang Abang Aziz ada kat Kak Diana! Kalau gaduh macam ni, jangan harap
la Abang Aziz nak dapat balik barang-barang Abang Aziz tu.” Azhar bersuara.
Aziz terdiam. Betul
jugak cakap Azhar! Tipislah harapan dia nak dapatkan balik.
Dahi berkerut fikirkan sesuatu.
************************************
Keluar saja dari
bilik tidurnya, Aziz menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan line clear.
Tanpa buang masa, tombol pintu bilik tidur Diana
dipulas perlahan-lahan.
Aziz segera masuk.
Gaya tak ubah seperti pencuri.
Yang jelas, bilik
tetamu yang kini dijadikan bilik tidur Diana masih tak berubah. Interior design
masih sama. Dahi Aziz sedikit berkerut.
Keadaan bilik itu jelas kemas dan bersih seolah-olah tiada penghuni yang
tinggal di dalamnya. Memang pelik.
Mata Aziz meliar dan
mulakan misi mencari bagnya. Semua barang-barang ada di dalam bag itu. Segenap
pelusuk bilik dicarinya namun bag itu tetap tak jumpa.
“Mana dia sorok bag tu, hah?” Aziz garu kepalanya. Takkan la bag itu memang tak ada dalam bilik ini.
Aziz mula resah.
“Abang Aziz!”
Hampir saja Aziz nak
terlompat apabila ada suara menegur.
Azhar tersengih
seraya kepala terjengul di muka pintu. Kebetulan dia nampak Aziz
masuk ke dalam bilik tidur Diana tadi. Di sebalik pintu bilik tidur
Diana yang tak ditutup sepenuhnya, Azhar skodeng gelagat Aziz.
“Buat apa tu?” tanya Aziz. Saja buat-buat tak tahu.
“Dah tahu tapi dok tanya lagi. Barang-barang aku la!” jawab Aziz. Dia lihat pula di bawah katil.
Kot-kot tersorok kat situ. Namun wajah Aziz hampa. Tiada apa-apa pun.
“Abang Aziz, mustahil la Kak Diana simpan bag tu dalam bilik dia. Awal-awal lagi mesti Kak Diana dah budget
Abang Aziz akan cari dalam bilik ini. Bazir tenaga ja cari pun. Dalam nak pi
sembahyang Jumaat, sempat lagi ceroboh masuk
bilik Kak Diana. Kalau Kak Diana tahu, masak Abang Aziz nanti.” kata Azhar. Dia melihat penampilan Aziz yang berbaju
melayu berwarna biru lembut. Dalam masa yang sama dia nak panggil Aziz
sama-sama ke masjid.
“Aku tak takut dengan Diana tu. Masalah sekarang ni, IC aku pun tak ada.
Dibuatnya pi masjid tiba-tiba saja polis tahan, lepas tu pulak IC tak dak,
mesti polis suspect aku ni pendatang tanpa izin,
jawabnya tidur dalam lokap la.”
“Ishhh… Ke situ pula pikiq, tak ada maknanya polis nak
buat roadblock kat masjid. Masjid tu pulak kat depan rumah ja pun. Jalan lima
minit ja dah sampai. Jom, Abang Aziz! Ayah dah tunggu kat bawah itu. Lambat
nanti kita dok kat suf belakang.” tambah Aziz lagi sebelum melangkah keluar. Sempat lagi mata kerling kat
jam dinding.
Aziz mengeluh hampa.
Ternyata plan dia gagal. Habuk pun tak ada. Dengan langkah
berat, kaki menapak keluar dari bilik tidur Diana.
******************************
Kepala Aziz menoleh
ke kiri dan kanan. Wajah nampak sedikit ceria.
“Lama jugak aku tak datang ke sini. Gurney Paragon tetap sama, tak
berubah sikit pun.” Aziz tersengih. Selepas solat Jumaat, Azhar ajak dia jalan-jalan kat
Gurney Paragon. Lagipun dia memang dah bosan terperuk dalam rumah. Kini mereka
berdua lepak di Starbucks sambil minum.
Azhar turut sama
tersenyum. Sedikit sebanyak mood Aziz berubah selepas keluar dari rumah.
Sebelum keluar tadi, dia dah report kat Diana. Bila Diana cakap
okey, dia terus ajak Aziz keluar.
Tiba-tiba Aziz
selongkar hobo bag miliknya. Dikeluarkan dua batang stainless
steel straw dan satu batang straw dihulurkan pada Azhar.
“Kita kena eco friendly. Kasihan kat bumi. Guna straw ni!” kata Aziz.
Azhar angguk kepala
dan ambil straw itu. Dia terus masukkan ke dalam bekas minuman green tea ice
yang dia pesan tadi. Disedut perlahan-lahan. Lega tekak ni bila dapat minum air ais.
“Si Diana tu? Bila start kerja dengan mummy?” Aziz mulakan misi nak korek rahsia perempuan muka ketat itu.
“Dah tiga tahun. Tiba-tiba saja mak cik
Ida bawa Kak Diana balik rumah masa tu. Dua minggu jugak Kak Diana terperuk
dalam bilik. Tak keluar pun. Makan minum, mak yang bawa ke bilik tapi sikit
saja Kak Diana jamah. Bila Azhar tanya, mak ayah cakap jangan sibuk nak tahu.
Memang misteri giler. Mak cik Ida, mak ayah memang berahsia. Mulut ni kunci
betui, sikit pun tak mau citer kat Azhar.” cerita Aziz apabila ingatkan semula kehadiran Diana di rumah banglo dua
tingkat itu.
Aziz dengar penuh
minat.
“Lepas dua minggu, Kak Diana keluar dari bilik. Dia asyik
termenung saja. Muka dia masa tu memang sedih giler macam something bad happend
to her. Tak cakap dengan sesiapa pun, Kak Diana buat hal sendiri. Azhar pernah
tegur tapi Kak Diana buat tak tahu saja. Mak warning Azhar, jangan cakap dengan
Kak Diana. Lepas sebulan, Kak Diana nampak okey sikit. Bila tanya,
sepatah jawab. Itu pun kira okey. Mak cik Ida ajak Kak Diana kerja sama-sama
kat AB Group, sejak itu Kak Diana nampak okey la sikit. Kak Diana memang jarang
berbual dengan orang. Ada hal penting, baru Kak Diana
cakap. Walaupun Kak Diana tu nampak dingin, muka macam tak ada perasaan tapi
hati Kak Diana baik. Percayalah….”
“Ya ke baik? Azhar jangan lupa, mulut Diana tu celupar jugak bila
bercakap.” Mulut Aziz terus herot.
“Ya tak ya jugak!” Azhar ketawa jugak.
“Yang penting sekali, jangan cari pasal dengan Kak Diana. Itu
saja nasihat Azhar kat Abang Aziz. Sekian!” tambah Azhar lagi.
“Dia cari pasal dengan aku boleh la pulak!” kata Aziz dengan suara tak puas hati.
“Oh my godddddd…….”
Aziz dan Azhar
terkejut apabila ada wanita menjerit ke arah mereka berdua.
Wanita yang berbaju
gaun ketat separas atas lutut terus tanggalkan spek hitamnya.
Dengan langkah catwalk ala-ala supermodel, wanita itu dekati Aziz.
Wajah Aziz berubah
pecat lesi. Adui! Macam mana boleh terserempak dengan minah ni! Aziz mula tak
tentu arah. Ini salah satu sebab kenapa dia malas nak balik.
“Abang Aziz! Is this really you!” Adriana rasa tak percaya. Dia terus pegang wajah Aziz. Ditenung segenap
wajah lelaki pujaan hati dia.
Aziz turut sama
terkejut dengan tindakkan berani Adriana tadi. Dia terus tolak tangan Adriana
supaya tak sentuh wajahnya.
“Apa pegang-pegang ni, hah? Haram tahu tak?” marah Aziz. Dia kurang senang. Mata Aziz terus jegil ke arah Adriana.
“Cengeiii macam ni memang confirm my Abang Aziz!” Adriana tersenyum lebar hingga ke telinga. Tanpa dipelawa, dia terus
tarik kerusi dan duduk di sebelah Aziz. Bag-bag kertas
yang dijinjing tadi terus letak di tepi.
Azhar hanya diam
perhatikan gelagat mereka berdua. Siapa yang tak kenal
dengan anak bongsu Datin Annisa, Adriana. Dari kecil lagi memang
tergila-gilakan Aziz.
“ Abang Aziz, kenapa balik tak beritahu I? Kalau tak, I boleh jemput kat
airport!” tanya Adriana. Mata masih tak lepas merenung Aziz. Bertahun-tahun dia
tak jumpa pujaan hatinya! Rindu tu memang bergunung-gunung.
“ Hmm… you datang shopping ke?” Cepat-cepat Aziz ubah topik. Malas nak jawab soalan Adriana tadi.
“ Of course la. Ini kan syurga shopping I. Lepas ini jom teman I
shopping, ada banyak barang I nak beli lagi. Dalam masa yang sama, I boleh
belikan something untuk you.” kata
Adriana. Dia terus kenyit mata.
“Eh! Eh! Cik Adriana tak kerja ke hari ini? Baru pukul 3 petang, takkan
dah balik kerja?” Azhar yang diam tadi terus bersuara.
Air muka Adriana
yang jernih tadi terus bertukar keruh. Dipaling ke arah Azhar.
“Hey anak driver! Better you diam! I tengah cakap dengan My Abang Aziz
bukan dengan you. Orang tak sedar diri macam nilah! Ada hati ingat diri tu
setaraf dengan kita.” marah Adriana.
Air muka Azhar
berubah. Sedikit sebanyak hatinya memang terguris. Dia sedar siapa dia di mata
Adriana.
Selepas dengar
Adriana cakap begitu pada Azhar, Aziz
terus bangun dengan wajah
bengang. Adriana memang dah melampau.
“Hey Adriana! Azhar ni dah macam adik I! Cakap tu elok-elok sikit. You
hina dia, bermakna you hina I jugak, faham!” Aziz naik angin.
Terjegil terus mata
Adriana apabila dimarahi Aziz.
“Jom Azhar! Kita balik! Tak payah dengaq sangat cakap perempuan
ni.” ajak Aziz. Dia ambil bekas minuman dia dan Azhar. Langkah diatur
tinggalkan Adriana.
Azhar cepat-cepat
bangun dan ekori Aziz.
Terdengar suara
Adriana menjerit panggil nama Aziz namun Aziz tak peduli langsung.
No comments:
Post a Comment