Bab
4
HIDUNG Aziz mula bergerak. Terbau sesuatu yang sedap yang datangnya dari
arah ruang dapur. Aziz yang baru saja bangun dari tidur percepatkan langkahnya menuruni
anak tangga. Laju saja kakinya masuk ke situ.
“Wow! Nasi
lemak! Memang kegemaran Aziz ni!” Aziz muncul dengan rambut serabut. Nampak
sangat baru lepas bangun tidur.
“ Mak Eton
masak sambal kerang kegemaran hang! Hang kan suka makan nasi lemak dengan
sambal kerang kan?” Mak Eton tersengih seraya mengangkat pinggan yang berisi
ikan bilis yang sudah siap digoreng.
Datin Ida yang sedang mengupas kulit
telur yang baru selepas direbus hanya mampu geleng kepala tengok anak terunanya
itu. Dengan seluar pendek dan singlet putih, Aziz selamba saja masuk ke ruang
dapur.
“Good
morning, mummy!” tegur Aziz. Ditarik kerusi dan
terus duduk di sebelah ibunya.
“Ni dah
basuh muka ka belum? Gigi tu confirm tak gosok lagi kan! Eee…. hang ni
tak senonoh betui! Mandi la dulu sebelum makan! Orang tengok hang, terus tak
ada selera nak makan! !” Datin Ida mula membebel pasal penampilan Aziz.
“Amboi!
Amboi! Mummy ni, cakap ikut sedap mulut! Kita kat rumah! Nak melawa buat apa?
Ini bukan first time Aziz macam ni! Mak Eton dengan Azhar dah
bertahun-tahun tengok Aziz macam ni! Tak kisah pun! Betul tak, Azhar?”
Azhar yang sedang menyiapkan minuman
ketawa kecil.
“Eeee… Hang
ni! Masalah sekarang ni ada anak dara dalam rumah ini! Agak-agak la nak pakai
macam ni depan Diana nanti! Malu tahu tak?”
“Ada Aziz
kisah!” jawab Aziz.
Datin Ida mengetap bibir. Boleh naik
darah setiap kali bercakap dengan Aziz. Air muka Datin Ida berubah apabila
Diana masuk ke ruang dapur. Dimaniskan wajahnya.
“Diana dah
nak keluar ke?” tanya Datin Ida.
“Ya. Dah
janji dengan Puan Sri Zaiton pukul 9 pagi, auntie!” Diana menjawab. Dia
berpakaian t-shirt polo dan seluar panjang untuk main golf dengan Puan Sri
Zaiton pagi ini.
Aziz membuat muka menyampah melihat
Diana bercakap dengan ibunya.
“Kak Diana!
Jus Kak Diana dah siap!” kata Azhar. Dia berjalan dekati Diana dengan bawa
gelas air berwarna merah itu. Minuman kegemaran Diana setiap pagi.
Aziz cepat-cepat bangun dan merampas
gelas itu. Diteguk dengan rakus. Sebaik saja telan, mula Aziz terus berubah
dengan dahi berkerut.
“Air apa ni?
Ini bukan jus tembikai. Rasa tak sedap langsung.” tanya Aziz. Dipandang ke arah
Azhar. Meremang tekak dia sekarang ini. Tak tahu macam mana nak gambarkan rasanya.
Rasa yang pertama kali dia rasa.
“Jus
paprika!” jawab Azhar.
“Apa!” Nada
suara Aziz terus tinggi.
Datin Ida dan Mak Eton terus ketawa
terbahak-bahak.
“Yang Abang
Aziz ambil buat apa? Jus ni untuk Kak Diana la.” Azhar bersuara.
Aziz terus berjalan ke sinki dan mengumur
mulutnya. Dengan harapan, rasa itu hilang. Memang tak sedap langsung. Mati-mati
ingat tadi jus tembikai, kalaulah dia tahu jus paprika, jangan harap la dia nak
minum.
“Itu la
balasan orang kata, nak sangat ambil minuman orang. Rasakan!” kata Datin Ida
seraya masih tak berhenti ketawa. Geli hati dengan perangai anak bujangnya itu.
Perangai macam budak-budak.
Wajah Aziz masam. Dia renung ke arah
Diana yang wajahnya masih bersahaja. Tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Muka macam
tu la buat dia rasa annoying.
“Sat na Kak
Diana, Aziz blender lain jus paprika tu!” kata Azhar.
“It’s
okey, Azhar! Kak Diana dah nak kena gerak. Esok saja
blend lain.” jawab Diana. Dia melihat semula ke arah Datin Ida dan Mak
Eton.
“Auntie! Mak Eton! Saya gerak dulu!” beritahu Diana sebelum bergerak keluar
dari dapur malah dalam yang sama, sekilas pandang dia melihatAziz.
“Mummy
tengok! Muka Diana tu annoying giler!” Aziz mengadu.
“Perangai
hang tu lagi annoying! Baik hang naik atas, mandi dulu. Busuk tahu dak?
Kalau tak, jangan harap nak breakfast!” Datin Ida memberi arahan.
Aziz mengetap bibir. Ibu dia nampak
sangat lebih-lebihkan Diana. Tak boleh jadi ni! Wajah Aziz benar-benar jelas
nampak wajah tak puas hati.
******************************
ANAK mata Aziz bergerak ke
arah kerusi kosong yang berhadapan dengannya. Selalunya Diana akan duduk di
situ. Takkan la tak balik lagi main golf. Dah tengahhari kot.
Tiba-tiba ada bunyi orang berdehem
memecah kesunyian di ruang makan.
Mata Aziz bertaut dengan mata
ibunya.
“Tunggu apa lagi? Baca la doa makan!"
Aziz terus menadah tangan. Dia membaca
doa makan dan kemudian mula menjamu selera dengan ibunya. Sedap betul nasi ayam
hasil tangan Mak Eton. Ayam, sambal dan sup memang meletup pong pang pong
pang! Rasanya perfect, kena dengan selera dia. Berkali-kali dia
tambah nasi, ayam ni dah berketul-ketul dia makan. Pinggan pun dah licin.
Sebutir nasi pun tak ada.
“Hang ni
gelojoh betul! Tak ada sapa nak rebut makanan hang pun.” Datin Ida bersuara.
Sakan betul anak teruna dia makan, macam orang seminggu tak makan pun ada.
“Sedap,
mummy! Nasi ayam Mak Eton memang the best. Mummy patut belajar dengan Mak Eton. Skill
memasak mummy dengan Mak Eton, macam langit dengan bumi. Seingat Aziz la,
makanan yang mummy masak tak ada satu pun yang sedap.”
Mulut Datin Ida terus herot. Macam
nak cili-cili mulut Aziz sekarang ini. Bab mengata ibu sendiri memang nombor
satu. Patut la orang cakap, anak ni bila dah besar panjang, memang tak guna
sesen pun.
“ Hari Isnin
ni hang dah start kerja.” beritahu Datin Ida secara tiba-tiba.
“Apa! Isnin ni?”
Wajah Aziz terkejut beruk.
“Ya. Lusa
hang dah start kerja kat AB Group.”
“Mummy, Aziz
baru balik. Takkan dah suruh keja kot,
bagi la Aziz rest dulu.” Aziz membantah. Dia tak setuju langsung.
“Rest! Hang nak rest berapa lama lagi? Tempoh rest hang dah
tamat. Hang jangan lupa, suka atau tak ,hang kena tunaikan janji hang. Mummy
dah tunaikan janji mummy nak bagi hang jadi travel blogger selama tiga
tahun tapi hang ambil kesempatan kebaikkan mummy ni. Geram betul hati mummy ni
bila ingatkan hari mummy tunggu hang balik kat aiport Penang tahun
lepas.” Datin Ida mula mengungkit apa yang terjadi tahun lepas. Tak sangka dia
kena tipu dengan anak sendiri.
Selepas itu, Aziz hilang tanpa khabar berita. Tak call!
Tak mesej! Datin Ida sudah hilang sabar untuk menunggu lagi, Datin Ida arahkan
Diana mula mencari Aziz. Tak kisah di mana pelusuk negara di dunia Aziz
menyorok, Aziz akan dijejaki sampai jumpa. Satu hari, Diana berjaya mengesan
Aziz. Tak sangka pula Aziz berada di Pulan Aman, dekat sangat dah tu! Peluang
sebegitu mustahil akan lepaskan. Apa-apa pun alasan Aziz, dia takkan beri muka
dan bertolak ansur lagi. Suka atau tak, Aziz tetap kena kerja di AB Group.
Aziz terdiam. Bab itu memang dia
yang bersalah. Mungkir janji!
“Janji tetap
janji, Aziz!” tegas Datin Ida. Dia terus menyambung makan tengahhari.
Mulut Aziz terus muncung. Nampak
sangat macam tak ada peluang untuk talian hayat. Dalam hati Aziz mengeluh
kecewa.
*********************************************
SUDAH setengah jam, Aziz
duduk mengambil angin di tingkat satu balkoni. Mulut Aziz masih muncung seperti
itik. Apa yang ibunya cakapkan tadi masih jelas kedengaran di telinga. Dia
melihat ke arah cuaca yang kini bertukar mendung walaupun baru pukul 3 petang.
Awan hitam mula berarak manakala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bila-bila
masa saja hujan akan turun. Bagus jugak hujan turun, sekurang-kurangnya sejuk
hati ini.
“Dah la tu,
hodoh bila buat mulut itik macam tu!” Azhar menyapa. Dia terus duduk di kerusi
besi di sebelah Aziz.
“ Otak aku
tengah berserabut. Aku tak faham la kenapa mummy suka sangat paksa aku.” Aziz
mengadu. Masih tidak puas hati dengan arahan ibunya.
“Mungkin ada
sebab kenapa Mak Cik Ida buat macam tu. Mungkin Mak Cik Ida perlukan Abang Aziz
kat ofis.”
“Ya lah tu!
Mesti suka tengok aku seksa bekerja kat situ.”
Azhar terdiam. Sebenarnya dia tahu
sebabnya. Kalau dia cerita pun, mustahil Aziz akan percaya. Lebih baik Aziz
nampak sendiri apa yang berlaku di syarikat nanti.
Bunyi pintu pagar utama bergerak
menarik perhatian mereka berdua. Kereta Honda HRV berwarna merah masuk dan
parkir di garaj kereta. Diana keluar dari perut kereta.
“Itu seorang
lagi makhluk buat aku menyampah. Berlagak nak mampus.” Aziz bersuara. Dia
memang meluat betul dengan Diana.
“Abang Aziz
tak baik cakap macam tu. Abang Aziz tak kenal Kak Diana lagi. Kak Diana baik.
Percayalah!”
“Azhar ni
tak habis cakap Diana tu baik! Kalau dia baik, dia dah pulangkan balik
barang-barang aku tu. Aaa…. Aku nak tahu Diana tu tak ada family ke?
Takkan la dok merempat ka sini setiap hari.”
“Hmm.. Tak
tahu. Sebabnya, setiap kali hari raya Kak Diana beraya dengan kita semua. Balik
kampung tu memang tak pernah langsung. Agaknya Kak Diana ni anak yatim piatu
kut. Sebab itu mak cik Ida bawa Kak Diana tinggal kat sini.”
Aziz terdiam selepas mendengar
cerita Azhar. Pandangan Aziz tertarik ke arah Diana yang masuk semula ke dalam
kereta selepas menukar pakaian.
“Nak pergi
mana pulak tu?” Aziz bersuara apabila kereta Honda HRV itu bergerak keluar dari
perkarangan rumah. Baru balik lepas tu keluar lagi? Ingat rumah ni hotel ke?
Aziz mengetap bibir.
“Itu mesti
Kak Diana pi kelas bahasa Jepun.” jawab Azhar. Dia sudah hafal aktiviti Diana
sepanjang hujung minggu.
“Apa!”
“Kak Diana
tu boleh cakap 6 bahasa. English! BM! Thai !Mandarin! Korea! Tamil ! Bahasa
jepun tu dari start belajar bulan lepas. Esok pulak Kak Diana ada kelas
Bahasa Jerman.”
“Buat apa
dia belajar semua tu? Nak jadi translator ke?” Dahi Aziz berkerut.
“Ala… Tak
salah kan kalau berminat! Tak semestinya nak jadi translator baru
belajar semua itu.”
“Azhar ni…
Kalau bab backing Diana tu memang nombor satu. Fan dia ka?”
“Lebih
kurang macam tu la….” kata Azhar diakhiri dengan ketawa.
Aziz mendengus kuat . Nampak sangat satu rumah ini sebelahkan
Diana.
****************************
MUK teh tarik yang sudah suam
diangkat dan dibawa ke mulut. Sedapnya. Air teh tarik buatan Pak Atan memang
berlemak berkrim. Kalah teh tarik mamak kat nasi kandar tu.
“Skill Pak Atan buat teh tarik masih mantap! The best! Aziz bagi
seratus bintang.” puji Aziz melambung-melambung.
“Terima
kasih. Apa orang puteh cakap, thank you so much and i love you too!”
jawab Pak Atan diakhiri dengan ketawa. Loghat orang utara tetap ada.
Semua orang yang ada di meja makan
dapur ketawa terbahak-bahak lepas mendengarnya.
“Pelik la
abang cakap lagutu. Lingkup terus bahasa orang puteh.” Laju saja Mak
Eton geleng kepala.
Mereka berlima makan mi kari
bersama-sama petang itu. Hujan lebat membuatkan mereka bertambah berselera.
Maklumlah cuaca sejuk seperti ini kalau makan makanan berkuah memang ada kick.
“ Rasa macam
hujan dah nak berhenti.” Mak Eton bersuara. Dia melihat ke arah pintu dapur
yang terbuka. Sudah sejam hujan lebat, sekarang ni hujan mula renyai-renyai.
“Baguslah
kalau dah berhenti, kalau hujan sampai ke malam, bermasalah jugak.” balas Datin
Ida yang duduk berhadapan dengan Mak Eton.
Pak Atan dan Azhar hanya pandang antara
satu sama lain.
“Kenapa nak
bermasalah pulak? Kalau hujan sampai malam, itu dah besar rahmat. Tidur masa
hujan kan best! Rasa rileks! Tidur enak dibuai mimpi. Sejuk pulak tu. Confirm
tidur sampai ke pagi.” Aziz menyampuk. Dia paling suka kalau hujan malam.
“Hang tu tak
tau apa-apa, baik hang diam. Orang tua-tua tengah cakap, boleh pulak dia
menyampuk.” bidas Datin Ida. Sempat lagi menjeling.
“Cakap sikit
pun nak marah!” Aziz melawan.
Diana muncul di ruang dapur.
Suasana terus sunyi sepi.
“Diana baru
balik ke?” tanya Datin Ida.
Diana hanya mengangguk kepala. Dia
berjalan ke peti ais dan terus ambil botol air mineral di dalamnya.
“Diana nak
makan ka? Mak Eton masak mi kari petang ni.” Giliran Mak Eton bersuara pulak.
Soalan Mak Eton dijawab dengan hanya
gelengan kepala. Dia terus berjalan keluar ruang dapur.
“Wah! Dalam
mulut tu ada emas ke? Susah sangat ke nak jawab.” Tinggi terus suara Aziz.
Sakit hati tengok apabila melihat perangai Diana tadi. Kecik besar kecik besar
tengok! Orang tanya sebab ambil berat. Boleh pulak Diana tu angguk kepala macam
tu saja. Dia yang menyaksikan apa yang berlaku pulak yang rasa panas hati.
“Ishh… budak
ni! Itu cara Diana interaksi dengan orang. Hang jangan cari pasal dengan Diana.
Mummy bagi warning. Diana akan jadi PA hang nanti. Perangai tu jaga
sikit!”
“What!” Aziz rasa tak percaya dengan berita yang dia dengar dari mulut
ibunya. Hilang terus selera dia nak makan mi kari.
No comments:
Post a Comment