Bab 5
USAI sembahyang Subuh, Datin
Ida mula mengemas katilnya sendiri. Walaupun dia ada orang gaji sendiri namun
dia lebih selesa membuat kerja sendiri.
Pintu bilik tidur dibuka secara
tiba-tiba.
Datin Ida mengurut dada kerana
terkejut. Hampir nak gugur jantung ini. Tajam renungan Datin Ida ke arah Aziz.
“Mummy! Aziz
tak setuju! Keputusan mummy nak lantik Diana tu jadi PA Aziz, Aziz tetap tak setuju.”
Aziz menerjah masuk ke dalam bilik tidur ibunya. Semalaman dia tak tidur
semata-mata kerana fikirkan pasal Diana. Dengan rambut berserabut, Aziz bertentang
mata dengan Datin Ida. PA! Diana nak jadi PA dia! Langkah mayat dia dulu. Sukar
untuk dia membayangkan Diana yang dingin dan muka ketat itu ikut dia ke
mana-mana. Takkan 24 jam nak hadap muka Diana tu. Nanti tak pasal-pasal dia
yang jadi gila.
“Aziz! You
need Diana whether you like it or not! She’s a good PA. Trust me!”
“Trust
you? Really?”
Datin Ida mengetap bibir apabila
Aziz mengejek cakapnya.
“Aziz! Diana
akan jadi PA dan mentor hang. Diana tahu selok belok pasal AB Group. She
will guide and teach you everything.” tegas Datin Ida. Dia yakin dengan
keputusan dia. Apa yang dia buat ini terbaik untuk Aziz. Dia tahu, hari pertama
Aziz jejakkan kaki di AB Group, Aziz akan jadi buruan.
“ Aziz tak
suka dia, mummy! Muka dia pun, Aziz meluat nak tengok. Inikan pula nak hadap
hari-hari! Lagi stress tahu tak! Kalau Mummy nak Aziz kerja kat AB
Group, mummy tukar orang lain jadi PA Aziz!” ugut Aziz. Apa-apa pun dia
menentang keras pasal hal ini. Direnung wajah Datin Ida dengan serius.
Datin Ida mendengus kuat.
“Hang tak
layak nak negotiate dengan mummy! Kali ini giliran hang ikut cakap
mummy, Aziz! Hang kena ingat hang pewaris tunggal AB Group, itu dah jadi
tanggungjawab hang ambil alih AB Group.”
“Tak
habis-habis cakap benda yang sama! Pewaris! Tak habis-habis dengan pewaris.
Telinga ni dah tak larat nak dengar. Ini salah mummy dengan daddy! Patutnya
mummy dengan daddy usaha lebih sikit supaya ada anak ramai. Dah jadi macam ni,
semua benda nak letak kat kepala Aziz. It’s not fair for me!” Nada Aziz
tinggi. Dia sudah hilang sabar. Tanpa buang masa, Aziz terus menapak keluar
bilik ibunya dengan wajah bengang.
“Aziz!”
jerit Datin Ida begitu kuat sekali. Dia terkejut apabila Aziz cakap macam itu.
“Budah
bertuah ni! Dia salahkan kita pulak! Umur dah 30 tapi fikiran tak matang
langsung!”
Datin Ida mencekak pinggang. Terasa
bahang di wajahnya. Agaknya kalau badannya boleh mengeluarkan api, dah terbakar
bilik ini dibuatnya. Perangai Aziz betul-betul menguji kesabaran.
*********************************************
PAGI-PAGI lagi, Aziz
melangkah laju masuk ke ruang dapur. Tiba-tiba tekak rasa dahaga selepas
bertikam lidah dengan ibunya.
Aziz berhenti melangkah.
Mak Eton dan Diana ada di situ.
Bertambah masam wajah Aziz dengan
kehadiran Diana.
“Kat sini
pun dia ada jugak! Menyampah betul!” Aziz bersuara.
Mak Eton yang sedang basuh sayur
sawi di sinki menoleh.
“Aziz cakap
apa tadi, Mak Eton tak dengaq! Awai hang
bangun ! Nak Mak Eton bancuh kopi ka?” Mak Eton bersuara. Aziz seperti cakap
sesuatu tapi dia tak dengar tadi.
“ Tak apa,
Mak Eton. Aziz nak minum air masak ja.” jawab Aziz.
Mata Aziz lihat ke arah Diana yang
sedang mengupas kulit bawang merah di meja makan dapur tanpa pedulikan
kehadiran Aziz di situ.
Aziz menghampiri peti sejuk dan membawa
keluar jug air sejuk. Dia sengaja letak jug air sejuk di atas meja dengan kuat.
Ekor mata Mak Eton melihat ke arah
Aziz dan Diana. Dia mula tak sedap hati. Apa la Aziz cuba buat itu? Tengok cara
Aziz ,macam nak cari pasal dengan Diana saja!
Aziz berjalan dan ambil mug dekat
almari. Dia terus menarik kerusi dengan kasar agar tindakkannya menarik
perhatian Diana.
Manakala Diana buat tak tahu saja,
dia tetap teruskan mengupas bawang merah untuk dibuat bawang goreng.
Bibir Aziz digigit rapat apabila
Diana tetap tak peduli kehadiran dia di hadapan Diana. Tercabar diri ini
apabila Diana buat dek saja.
Tiba-tiba Aziz mendapat idea.
Dengan sengajanya, jug air dituang
di atas meja. Air dari jug mengalir ke arah Diana. Habis basah tempat Diana
duduk.
Diana terus berhenti mengupas. Kini
baju dan seluarnya habis basah. Dia melihat ke arah Aziz yang turut sama
memandang ke arahnya.
“Now I
get your attention!” Aziz tersenyum sinis.
“Ya Allah,
Aziz! Apa hang buat ni?” kata Mak Eton. Dia terkejut melihat apa yang berlaku
di depan mata.
Pisau di tangan Diana digenggam
erat.
“ Awak yang
plan semua ni kan! Awak cadang kat mummy supaya awak jadi PA saya kan! Kenapa?
Awak seronok nak tengok saya terseksa kerja kat AB Group kan!” tuduh Aziz.
“Grow up
and stop being childish!” Diana bersuara. Renungan
tajam tepat pada Aziz.
“Apa!”
Diana terus bangun. Dia melihat
lantai turut sama basah dengan air. Sepantas kilat mata Diana bergerak merenung
Aziz semula.
“ Tak
habis-habis nak menyalak bila ada benda tak kena!” tambah Diana lagi.
“Aaaa…. Apa!
Menyalak! Awak kata saya anjing?” Bulat terus mata Aziz. Rasa tak percaya
dengan kata-kata yang keluar dari mulut Diana. Terus berdesing telinga ini
dengar. Dia turut sama bangun.
“ Rasanya
anjing jauh lebih baik dari you. Sekurang-kurangnya anjing setia dan
hargai orang yang bagi makan minum dan tempat tinggal kat dia. Tak macam you,
sikit pun tak hargai dan berterima kasih kat Auntie Ida yang besarkan you.
Dah besar panjang tapi otak sikit pun tak guna. Tak ada guna pun belajar sampai
graduate universiti kalau dengan mak sendiri pun nak berkira. Salah ke
kalau you sebagai anak berkorban demi mak you sendiri? Dah
bertahun-tahun Auntie Ida berkorban demi you, you tak nampak ke?
Atau you jenis anak yang tak ada hati perut langsung!”
Aziz terdiam apabila kata-kata dari
Diana itu bagaikan tamparan hebat di mukanya.
“ Air ni , you
yang tumpah kan! So you better lap semua ni sebelum I datang
balik. Kalau tak, tahulah nasib you nanti!” Diana memberi amaran. Pisau
yang ada di tangannya tadi, ditikam kuat di meja makan kayu itu. Dia terus
berlalu pergi. Gara-gara perangai Aziz tadi, dia terpaksa tukar baju lain.
Tubuh Aziz masih kaku. Dalam masa
yang sama, dia terkejut lihat pisau yang tercacak di atas meja makan. Ditelan
air liur, terus rasa kelat.
“Baik hang
lap cepat-cepat sebelum Diana turun. Nanti tak pasal-pasal pisau tu tercacak
atas kepala hang pulak!” kata Mak Eton. Dia cuba menahan diri dari ketawa. Mana
taknya, kini wajah Aziz terus pucat lesi. Mula-mula tadi bukan main berani lagi
bagaikan Raja Rimba, sekarang ni terus bertukar jadi tikus. Mak Eton menyambung
semula kerjanya. Tak sabar nak cerita apa yang berlaku tadi pada Datin Ida.
Tanpa buang masa, Aziz segera mencapai
kain lap. Meremang bulu roma apabila tengok pisau itu sekali lagi. Dia perlu
cepat-cepat lap sebelum Diana turun.
***********************
DULANG yang siap dengan
sarapan pagi dihulurkan pada Azhar.
“Nah! Ambil
ni! Bawa kat bilik Aziz!” kata Mak Eton.
“Takkan la
Abang Aziz tak nak turun makan langsung.” kata Azhar. Masa sarapan pagi, Azhar
tak join mereka semua di dapur. Hanya Datin Ida dan Diana saja yang
makan sama-sama. Lagipun maknya dah cerita apa yang terjadi pagi tadi.
“ Lepas apa
dah jadi tadi, mesti Aziz tu dah fobia nak masuk dapuq. Itulah cari
pasal tak kena gaya. Nak sembuq orang, last-last orang yang dia
nak sembuq itu bukan dalam kategori singa tapi naga. Berapi! Nasib baik
pisau tu tercacak kat meja, kalau terpacak kat tempat lain. Naya jadinya!”
Azhar menggelengkan kepala apabila
mengingatkan perangai Aziz.
“Dah! Pi cepat
hantaq breakfast. Dah pukul 9 lebih, mesti Aziz lapaq.” kata Mak
Eton. Sempat lagi ekor mata melihat ke arah jam dinding di dapur.
Azhar bergegas memanjat anak tangga.
Pintu bilik diketuk sebaik saja tiba
di depan pintu bilik tidur Aziz.
“Abang Aziz!
Azhar ni! Boleh Azhar masuk? Azhar bawak breakfast ni.” kata Azhar di
sebalik pintu.
Suasana sunyi sepi.
Azhar rasa pelik.
“Abang Aziz!
Abang Aziz tidur ka?” panggil Azhar lagi.
“Aku dah
kenyang!”
Azhar tersenyum apabila dengar suara
Aziz. Ini mesti kes merajuk!
“Dah kenyang
makan apa? Takkan makan hati kut!” kata Azhar lagi. Dia cuba tahan ketawa. Tak
sangka dah besar panjang, Aziz tetap kuat merajuk lagi. Tetap tak berubah.
“Buka la
pintu ini. Mak masak bihun goreng ini. Sedap. Mak letak udang banyak kat
pinggan bihun goreng ini. Alaaa…. buka la pintu ini. Atau Abang Aziz nak Kak
Diana bawa breakfast kat Abang Aziz.” Azhar sengaja memetik nama Diana.
Tiba-tiba saja pintu bilik terbuka.
Aziz berdiri di muka pintu dengan
wajah masam.
“Azhar ni
kannnn…..” Aziz mengetap bibir seraya mata berlari ke arah bilik Diana yang
bertentangan dengannya. Pandai betul Azhar ugut dia dengan nama itu. Dia memang
menyampah dengar. Nak sebut huruf D pun, dia tak nak.
Azhar tersengih. Dia menunjukkan
dulang berisi sarapan pagi yang ada di tangannya. Dia sedar Aziz melihat ke
arah bilik Diana.
“Kak Diana
tak ada. Dia pi memanah. Selalunya pagi Ahad dia pi memanah.”
beritahu Azhar.
“Aku tak tanya
pasal dia la.” Wajah Aziz berubah. Dia terus berjalan ke sofa bilik. Dia terus
duduk. Wajah masih kelat. Ishhh…. Azhar ni, tahu-tahu ja. Confirm Mak
Eton dah cerita apa yang terjadi pagi tadi.
Azhar tersenyum. Dia terus bagi
dulang itu pada Aziz.
“Makan!
Mesti Abang Aziz dah lapar. Lagi satu! Ini dompet dan phone Abang Aziz,
Kak Diana suruh bagi balik. Patutnya Azhar bagi petang semalam tapi terlupa nak
bagi. Keluar dating terus lupa nak bagi. Sorry! ” Aziz tersengih.
Dompet dan phone dihulurkan pada Aziz. Kerana keluar dating
dengan Mawar, dia terus lupa nak bagi.
Mata Aziz terus bercahaya.
Cepat-cepat dia ambil dan belek . Memang betul dia punya.
“Laptop! Camera! Mana?” tanya Aziz. Kenapa hanya dompet dengan phone
saja? Mana barang-barang milik dia yang lain?
“ Abang Aziz
ni, dah dapat phone dengan dompet, patutnya Abang Aziz dah bersyukur.
Lepas apa dah jadi kat dapur tadi, rasa-rasa Kak Diana nak bagi ka yang
lain-lain?”
Wajah Aziz terus berubah. Cakap
Azhar ada betulnya! Jangan harap la laptop dan kamera nak dapat balik!
Dia masih belum lupa di saat Diana tikam meja makan dengan pisau. Berderau
darah dia. Ketar lutut pun ada.
“Makanlah
cepat! Nanti sejuk tak sedap.”
Tanpa buang masa, Aziz menjamu
selera. Perut yang tadi kosong kini sudah kenyang. Maklumlah dah isi minyak,
mood terus berubah.
“Alhamdulillah!
Kenyang!” kata Aziz. Perut digosok beberapa kali.
“ Aaa….
Tengahhari nanti kita keluaq makan sebab mak ayah dengan mak cik Ida pi
makan kenduri. Kita pi makan kat nasi kandar beratur, nak tak? Mesti dah
lama abang Aziz teringin makan kat situ.” Ajak Azhar.
“Boleh!
Boleh! Dah lama aku tak makan. Azhar cakap macam tu air liur aku ni. Ayam
berempah dengan sayur bendi lepas tu banjir dengan kuah kari. Aduh,
gerenti berselera. Lepas tu kita makan Mee Sotong Hameed Pata. Ditambah pulak
dengan coconut shake, confirm lepas makan aku termimpi-mimpi malam ini”
kata Aziz dengan wajah berubah berseri-seri. Seronok apabila dapat keluar.
Azhar tersenyum. Nak bagi Aziz happy
senang saja. Ajak keluar, ajak makan, terus settle. Serta merta mood
Aziz akan berubah.
No comments:
Post a Comment