Trip To Kelantan
Plan ke Kota Bharu dibuat last
minute oleh adik saya selepas dua tahun. Maklum la sepanjang pkp memang duduk
di rumah saja. First time kami pergi Kota Bharu sendiri. Iyalah dulu kami pergi
dengan mak ayah. Sekarang dah besar panjang, nak pergi mana pergi la sendiri.
Hahaha …. Trip kali ini disertai mak saudara dan sepupu. Kebetulan ada seorang
sepupu yang bekerja di Kota Bharu. Dia akan join kami di sana.
Seawal pagi kami bertolak ke Kota
Bharu. Perjalanan ke sana memang mencabar. Mujurlah cuaca cerah sehingga kami
tiba di sana. Sebelum tengahhari kami sudah sampai di Kota Bharu. Sepupu kami
sudah pun tunggu maklum la rumah sewa dia dekat saja dengan tempat penginapan
kami. Disebabkan kami sampai terlalu awal, tak boleh nak check in dulu.
Destinasi seterusnya dah tentu tempat makan.
Kami pergi makan kat Warung Pak
Mat Pulau Pisang. Ramai orang masa itu sebab dah time lunch. Kami minum teh
tarik madu dan nasi putih dengan sup daging. Memang sedap. Sup ikan kami tak
cuba pun. Lapar sangat sampai terlupa nak ambil gambar. Ha ha ha .....Selepas itu kami pergi Pasar
Siti Khatijah dan Bazar Buluh Kubu.
Jalan-jalan dan window shopping. Penat jugak la jalan. Beli barang yang
orang pesan dulu.
Bila dapat saja check in, semua
terus terlentang. Melekat kat sofa dengan katil. Selepas ini kami tak ada plan
ke mana-mana selain nak makan malam. Plan seterusnya nak makan kat SIAM tetapi
apabila kami tiba kat sana, memang ramai giler orang. Tempat parking jangan
harap la nak ada kosong so jadi kami plan makan kat tempat lain. Nampak saja
kedai makan, kami berhenti makan. Terus melantak sampai kenyang.
Keesokkannya awal-awal pagi kami
bangun awal sebab nak breakfast kat Kopitiam Kita. Kata sepupu, kena pergi awal
sebab ramai orang. Pukul 7 lebih kami dah sampai, memang terkejut bila ada
orang yang lebih awal dari kami. Mata ni macam helang mencari meja kosong.
Mujur la ada kosong. Special kat sini roti Titab. Sudah tentu kami oder, jauh
kami datang. Roti Titab ni roti bakar yang atasnya ada telur separuh masak dan
kaya. Memang sedap! Lain dari yang lain. Servis juga cepat! Jangan bimbang ada
makanan lain jugak yang disediakan di situ. Sepantas kilat kami makan sebab nak
bagi peluang kat orang lain pula. Memang terkejut bila lihat orang beratur
panjang di luar kedai.
Next, kami pergi ke Kawasan Bebas
Cukai Pangkalan Kubor. Perjalanan ke sana dekat saja dengan Kota Bharu.
Disebabkan kami sampai awal, semua kedai tak buka lagi. Hahahaha …. Banyak
parking kosong, kami parking kereta depan kedai! Kan senang! Cuaca redup tapi
panas tetap terasa walaupun awal pagi. Kami pun jalan-jalan dulu. Nampak saja
kedai buka, kami terus terjah. Sini ada jual coklat jugak macam kat Langkawi. Macam kat Padang Besar pun ada. Memang murah, kami borong sampai tak ingat dunia. Barang-barang sini ada jugak
murah, kena pandai nego. Nak dekat dua jam kami kat situ. Orang semakin ramai, sekelip
mata parking penuh.
Pantai Senok Cantik kan ... Berbaloi singgah Jeng-jeng .. Tu dia pantai ,,,,
Destinasi seterusnya ialah Pantai
Senok. Memang tak pernah sampai sebelum ini. Orang kata Pantai Senok ala-ala
kat Nami Island. Nak pergi sana kena ikut jalan kampung, memang jalan kecil.
Kalau selisih kereta, kena la bertolak ansur. Sampai saja kat situ, terus wow!
Pokok-pokok ru memang tinggi dan tersusun. Suasana redup dan berangin.
Pemandangan yang unik dan luar biasa. Walaupun tengahhari, sudah ramai orang.
Jangan risau tempat parking ada banyak. Siapa yang suka bergambar pasti suka
datang ke sini. Ada juga orang picnic dan bermain wau. Kalau lapar ada gerai
kat sini, boleh la minum air kelapa dan makan keropok lekor. Kami makan ringan-ringan saja sebab nak pergi
SIAM pula.
Kami singgah sekali lagi di Pasar
Siti Khatijah. Beli tudung, kain batik dan kain pelikat! Sejam jugak la kat
sini. Selesai membeli, kami ke SIAM untuk makan. Maklum la malam tadi, kami tak
dapat nak makan. Mujur la bila kami sampai pukul 3 petang, dia orang baru saja buka.
Alhamdulillah, memang rezeki kami sebab tak ada orang. Kat sini, tempat parking
memang banyak. Kami parking depan kedai. SIAM atau restoran ikan bakar &
thai street food memang popular kat Kota Bharu. Kat sini konsepnya ala food
court. Hidangan Thai memang enak, tak payah susah-susah nak pergi Bangkok.
Kawasaan luas dan banyak meja makan. Kami try makan ikan talapia bakar garam.
Mula-mula tu memang teragak-agak nak makan, mana taknya atas ikan itu penuh
dengan garam. Beranikan diri try, tak sangka sedap. Tak masin pun. Habis
tinggal tulang ikan talapia tu. Hahaha… Kami try jugak daging harimau manis,
tom yam dan mangga pulut. Ternyata sedap. Sebenarnya ada banyak lagi makanan,
jangan risau. Rasa nak makan, terus saja oder, jangan teragak-agak. Servis pun
cepat. Lama jugak kami melantak kat sini. Sebelum balik kami oder nasi goreng
untuk take away. Sudah malas nak keluar dinner sebab esoknya awal-awal pagi
kami bertolak balik. Nasi goreng pun sedap jugak. Wajib singgah SIAM kalau
jalan-jalan kat Kota Bharu.
SIAM Ikan Talapia Bakar Garam Rugi Kalau Tak Singgah
Tamat sudah trip kami ke Kelantan
selama tiga hari dua malam. Seterusnya trip kami ke Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment