Thursday, November 24, 2022

PA Aku Ratu Sejuk Beku - Bab 7

 

Bab 7

 

            TALI leher dibetulkan agar lebih kemas. Aziz melihat penampilan dirinya yang sudah berubah. Dia kini berbaju kemeja putih dan berseluar slek hitam. Rambut yang sudah pendek disisir rapi.

            Pintu bilik diketuk.

            Aziz menoleh ke arah pintu.

            Datin Ida melangkah masuk. Senyuman begitu lebar sekali melihat anak terunanya.

            Handsomenya anak mummy ni!” puji Datin Ida.

            Mana tak handsome, Anak Dato’ Adam dengan Datin Ida!” Aziz tersengih.

            Bab puji diri sendiri, hang memang expert!” Datin Ida geleng kepala. Dia tersenyum. Nampak hari ini Aziz macam okey saja. Harap-harap tak buat perangai masa kat ofis. Setiap kali selesai solat, dia tak pernah berhenti berdoa agar hati Aziz lembut. Yang penting sekali, dia berharap segala-galanya berjalan dengan lancar hari ini

            Nak ikut perangai sapa lagi, dah tentu la mummy!”

            Ishhh…. Budak ni!” Datin Ida terus menampar lembut belakang badan Aziz.

            Sakit la mummy!”

            Mummy tampaq pelahan ja pun. Hang jangan nak berlakon. Jom turun, breakfast dah siap. Nanti lewat sampai, kita ada board meeting pukul 10 nanti.”

            Aziz terus mencapai coat baju yang ada atas katil.

            Mummy, budak depan tu dah turun ka?” tanya Aziz seraya menjuih bibir ke arah bilik Diana.

            Apa! Budak depan? Diana! Nama dia Diana la. Cakap tu baik-baik sikit.” tegur Datin Ida.

            Muncung terus mulut Aziz apabila ditegur. Kecik hati la katakan.

            Diana tu awai-awai lagi dah pi keja. Nanti kan ada meeting, dia pi awai nak prepare semua tu.” jawab Datin Ida.

            Saja la tu nak tunjuk rajin. Macam dia seorang pekerja kat situ.” sindir Aziz.

            Tengok tu, mulut tu memang tak ada insurance! Nanti kat ofis, jangan pulak cari pasal dengan Diana tu. Ingat tu! Dah, jom turun!” Datin Ida terus memaut lengan anaknya. Diheret Aziz supaya mengikut dia turun makan.

            Bibir Aziz terkunci rapat. Dia mengikut saja jejak langkah ibunya. Tunggulah nasib Diana nanti. Apa! Jangan nak tunjuk kuasa yang tak berapa sangat tu? Wah, berani betul Diana tu cabar dia! Kat ofis nanti, Diana akan tahu siapa bos. Ada sedikit senyuman di bibir Aziz. Dia sudah ada plan.

                                    *************************************************

            SEBAIK saja keluar dari perut kereta mewah, Aziz mendongak kepala. Mata terbuka luas melihat bangunan biru yang berdiri megah di tengah-tengah kota Georgetown. Ada tertulis AB Group di situ. Seingat dia, ini bukan bangunan yang sama. Semasa dia umur 17 tahun, dia pernah mengikut ayahnya datang ke AB Group. Selepas itu, dia tak pernah datang. Maklum la dia memang tak pernah terfikir pun nak bekerja di situ.

            Aziz menoleh ke kiri dan kanan. Lokasi tetapi sama. Ini bermakna, bangunan lama sudah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Dia menoleh ke arah Datin Ida. Ingin tanya sesuatu tetapi bunyi tapak kaki kasut tumit tinggi menarik perhatian.

            Diana datang menyambut ketibaan mereka.

            Aziz perhatikan penampilan Diana yang berubah imej wanita berkerjaya. Dengan mekap tebal, rambut diikat kemas menjadi satu malah sut wanita serba merah itu memberi aura garang pada sesiapa yang melihat. Yang pasti, wajah Diana tak pernah nak senyum.

            Semua ahli lembaga pengarah dah sampai termasuk Puan Sri Raja Dahlia” beritahu Diana. Puan Sri Raja Dahlia merupakan chairman board of director dan juga sepupu Dato’ Adam.

            Datin Ida mengangguk kepala. Dia melangkah masuk ke lobi AB Group apabila pintu gelongsor kaca terbuka dengan sendirinya.

            Aziz segera mengekori ibunya. Dia berjalan seiringan dengan Azhar. Mujur Azhar ada bersama. Dia gembira apabila mendapat tahu Azhar akan jadi driver dan juga setiausaha dia. Sekurang-kuranganya dia tak sunyi nanti.

            Bunyi air terjun menarik tumpuan Aziz. Mata dia meliar mencari dari mana datangnya bunyi itu. Kelihatan jelas air terjun buatan di lobi AB Group setinggi 40 meter. Mulut Aziz sedikit terbuka. Yang jelas dia terpegun dengan interior dalaman yang nampak mewah itu. Ada kaunter reception dan beberapa buah sofa putih malah chandelier moden yang terletak di tengah-tengah siling nampak  versatil . Nak macam hotel pun ada. Entah berapa kos ruang lobi ni? Dahi Aziz sedikit berkerut. Agaknya perniagaan mereka  semakin maju.

            Aziz! Cepat masuk! Awat berdiri kat situ!”

            Aziz menoleh apabila ibunya bersuara.

            Semua orang sudah masuk ke dalam perut lif. Mereka melihat Aziz yang masih tercegat di luar.

            Kelam kabut Aziz masuk.

            Sorry!” Aziz bersuara.

            Pintu lif tertutup. Aziz sempat curi pandang ke arah Diana. Sikit pun Diana tak bersuara. Diana nampak lebih serius.

            Tiba saja di tingkat 10, pintu lif terbuka.

            Mereka semua melangkah keluar.

            Datin Ida tiba-tiba berhenti dan memandang Aziz. Dia membetulkan tali leher Aziz agar nampak kemas. Dia pastikan Aziz nampak sempurna lebih-lebih lagi di mata-mata ahli lembaga pengarah. Ada segelintir ahli lembaga pengarah tidak setuju melantik Aziz sebagai Managing Director (MD). Ahli-ahli pengarah yang tidak setuju itu sebenarnya orang Datin Annisa. Macam-macam alasan diberi, yang buat dia sakit hati apabila mereka cakap Aziz tak ada kriteria menjadi peneraju AB Group. Ikut sedap mulut mereka nak mengata anak dia. Apa pun yang terjadi, dia akan buktikan yang tanggapan mereka pada Aziz adalah salah.

            Don’t be nervous, okey! Mummy ada!” kata Datin Ida. Dia tersenyum. Ditepuk lembut lengan Aziz.

            Aziz cuba tersenyum. Sebenarnya dia memang rasa gementar. Namun, dia berlagak seperti tiada apa-apa.

            Datin Ida menyambung semula langkahnya.

            Good luck, bos!” kata Azhar. Dia menunggu di luar sehingga mesyuarat tamat.

            Aziz menghela nafas kuat . Dia mula mengekori Datin Ida.

            Diana mempercepatkan langkahnya dan membuka pintu bilik meeting untuk Datin Ida dan Aziz.

            Mata Aziz bertembung dengan mata Diana. Berderau darah Aziz. Dengan mata Diana yang smokey eye tu, renungan Diana begitu tajam sekali seolah-seolah beri amaran supaya jangan buat silap semasa meeting nanti.

            Aziz masuk ke dalam bilik meeting. Terus saja matanya kaku melihat semua ahli lembaga pengarah yang ada perhatikan setiap gerak gerinya. Terus rasa gugup. Air liur ditelan, rasa kelat.

                                                **********************************

            AZHAR bergegas menghampiri Aziz sebaik saja Aziz keluar dari bilik meeting. Mesyuarat ahli lembaga pengarah sudah selesai.

            Macam mana?” tanya Azhar dengan wajah ingin tahu.

            Aziz menjawab dengan keluhan berat. Dia betul-betul rasa tak selesa dalam bilik itu. Dingin semacam. Mungkin sebab air cond ke? Argh… lantaklah. Dia memang tak peduli apa pun pandangan semua ahli lembaga pengarah. Ada yang tersenyum manakala ada pula yang beri jelingan tajam ke arahnya.

            Jom, tunjuk mana ofis aku!” kata Aziz.

            Datin Ida?” Azhar menoleh melihat Datin Ida masih berborak dengan Puan Sri Raja Dahlia bersama Diana yang berdiri di sisi Datin Ida.

            Mummy suruh kita pergi dulu. Jom!” jawab Aziz. Dia terus mulakan langkah dekati lif.

            Azhar ekori Aziz.

            Pintu lif terbuka dan mereka berdua melangkah masuk. Tibanya di tingkat 19, pintu lif terbuka.

            Azhar keluar terlebih dahulu dan diekori Aziz dari belakang.

            Pintu bilik kaca dibuka.

            Ada tertulis Managing Director dan nama penuh Aziz di pintu itu.

            Ini ofis bos. Cantik kan! Macam mana? Suka tak?” Azhar tersengih.

            Aziz melangkah masuk dan lihat sekeliling ofis. Nampak simple dan moden.

            Nak kata suka, tak la suka sangat la. Boleh la.” kata Aziz. Dia terus duduk di sofa panjang yang berwarna putih itu.

            Kalau macam tu, bos nak interior design bilik ni macam mana? Habaq saja, nanti Azhar bagitau Cik Diana! Datin Ida ada cakap, kalau bos tak puas hati dengan interior design bilik, boleh tukar!”

            Ishhh… Tukar? Tak payah la! Tukar buat apa, bazir duit!  Aaa…. Nak tanya sikit, kenapa bina bangunan baru ni? Ada masalah dengan bangunan lama ke? ” tanya Aziz.  

            Bangunan baru ni siap dua tahun lepas. Bangunan lama ada masalah sikit. Dah bangunan lama kan! Rosak sana sini! Lagipun pekerja semakin ramai, tak cukup! Jadi Datin Ida buat keputusan bina bangunan baru untuk AB Group. Bos tahu kan kita ada business lain selain AB Jewels.”

            Business apa lagi?” Aziz nampak terkejut. Setahu dia, hanya AB Jewels business family dia.

            AB Hotel lepas tu AB Nasi Kandar lepas tu lagi AB convenience stores.” jawab Azhar.

            What!” Wajah Aziz lagi nampak terkejut.

            Itu la salah bos jugak! Buat dek saja bila Datin Ida cakap pasal AB Group. La ni AB Group dah bertambah maju.”

            Sindir aku lagi! Dah! Dah! Aku nak rehat. Penat!” kata Aziz kemudian terus baringkan diri di sofa. Mata terus ditutup. Tanda tak ingin diganggu.

            Azhar mengeluh perlahan. Baru meeting saja, dah penat! Apa nak jadi! Dia terus berlalu keluar.

                                    *************************************************

            TANPA buang masa, Datin Annisa dekati Datin Ida. Inilah peluang dia ada untuk ucapkan tahniah pada isteri sepupunya.

            Congrats, Ida! Akhirnya hasrat you nak Aziz kerja kat sini tercapai jugak!” ucap Datin Annisa dengan senyuman meleret. Namun hakikatnya, tak ikhlas pun.

            Thank you!” jawab Datin Ida acuh tak acuh.

            Diana berdiri perhatikan Datin Annisa.

            Tapi kan, tak baik you paksa Aziz tu kerja kat sini. Masa meeting tadi, nampak sangat Aziz tu tak minat langsung nak take over AB Group. Badan saja kat sini tapi fikiran kat tempat lain. Managing Director ni bukan jawatan yang boleh dibuat main-main, silap langkah sikit saja, boleh tersungkur empayer AB Group.” kata Datin Annisa. Dia masih mengekalkan garisan senyuman dia itu. Seronok apabila dapat melihat air muka Datin Ida berubah sedikit.

            Don’t worry about that, Annisa! Minat tu boleh dipupuk perlahan-lahan. Aziz satu-satunya darah daging Abang Adam. Aziz smart macam Abang Adam. Lagipun AB Group memang dah milik Aziz sejak kecil lagi.” Datin Ida menjawab. Dia membela Aziz. Takkan biarkan Datin Annisa perlekehkan anak tunggalnya itu.

            Datin Annisa ketawa. Jawapan Datin Ida buatkan dia geli hati.

            Minat boleh dipupuk? Itu semua nonsense, Ida! Mana nak datangnya minat kalau dah tak suka! Sudah-sudah la paksa Aziz tu, terimalah kenyataan yang Aziz tak suka kerja kat sini. Lebih tepat lagi, Aziz tak ada langsung pengalaman dan pengetahuan untuk handle AB group. Stop dreaming and face the fact, Ida!” Matanya tepat bertentang mata dengan Datin Ida yang dulunya merupakan kawan baik dia. Kerana sepupunya, hubungan persahabatan dia dan Datin Ida terputus dan mereka berdua menjadi musuh ketat.

            Tangan Datin Ida digenggam erat. Berasap kepala dia apabila dengar kata-kata Datin Annisa.

            Pengalaman! Pengetahuan! Tak ada masalah. I akan train Encik Aziz supaya lebih berpengalaman dan lebih pengetahuan sehinggakan tiada sesiapa pun berani nak kritik kewibawaan Encik Aziz menerajui AB Group. Waktu itu jugak, siapa yang ada niat tak baik kat AB Group, serta merta kick out from AB Group. I sendiri akan pastikan Encik Aziz tahu siapa orang tu.” Diana yang tadi hanya memerhati, tiba-tiba saja bersuara. Direnung wajah wanita yang rambutnya disanggul tinggi. Wajah Diana nampak lebih serius.

            Datin Annisa mengetap bibir . Rasa geram dan sakit hati. Yang jelas Diana ada niat nak halau dia keluar dari AB Group. Jangan harap la! Rancangan dia takkan berubah. Dia akan pastikan AB Group jatuh tersungkur. Itu sumpah dia.

            Jom, Diana! Kita ada banyak lagi kerja nak buat.” ajak Datin Ida. Dia tak mahu keadaan bertambah tegang. Ditarik lembut lengan Diana agar beredar dari situ.

            Dada Datin Annisa berombak. Kedua-dua tangannya menggeletar menahan marah. Berapi telinga ni . Kurang ajar betul! Diana memang dah melampau. Diperhatikan gerak geri Diana dan Datin Ida yang sudah jauh meninggalkan dia.




No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 9

  Bab 9             SAMBIL berjalan ke dapur, Widad mengikat rambutnya menjadi tocang satu. Dibetulkan rambutnya agar tersisir rapi. Dia m...