Bab
8
JAM dinding ofis dikerling sekali
lagi. Jarum pendek baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aziz
menyandarkan diri di kerusi pejabat dan kemudian menyambung semula bermain
games di telefon pintarnya.
“Sikit lagi!
Eeee… Cepat! Cepat! Sikit lagi! Cepat laaaa….” kata Aziz dengan wajah yang
serius.
Tiba-tiba pintu ofis terbuka, Aziz
terkejut dan meletak telefon pintarnya ke tepi. Nasib baik tak terpelanting
telefon pintarnya kerana terkejut. Dia berpura-pura berlakon dan membaca fail
yang ada di atas meja.
“Cik .. Cik
Adriana tak boleh masuk macam ni!” Kedengaran suara Azhar.
Aziz mendongak kepala. Ciss… Ingatkan mummy tadi! Apa pulak Adriana ni buat kat sini. Aziz
merenung wanita tinggi lampai berbaju gaun melebihi lutut dengan gaun terbelah
sehingga ke peha.
“Hey, Azhar!
Baik you buat kerja you, I ada hal nak cakap dengan bos you!
Penting, tahu tak?” Adriana merenung Azhar dengan wajah tak puas hati. Berani
betul anak driver ni! Ada hati nak ajar dia! Tak sedar diri!
“ Adriana!
Azhar just buat kerja dia. You kalau nak jumpa I, kena
buat appointment dulu. Jangan main redah saja! Ini ofis bukan rumah!”
Aziz bersuara.
Adriana hampiri Aziz.
“ My Abang Aziz! I datang sebab nak welcome you jadi
sebahagian AB Group. Tak salah kan!” Suara Adriana terus berubah manja.
“Tak payah
nak welcome sangat! I ada banyak kerja nak buat so you dah
welcome kan, apa kata you balik ofis you dan sambung kerja
you. I pun nak sambung kerja I.”
“Abang Aziz
ni sombong betul! Okeylah… I takkan ambil masa you tapi lunch
nanti kita keluar sama-sama . I belanja you makan untuk raikan first
time you kerja di sini.”
Otak Aziz ligat memikirkan alasan.
Tak ingin la dia nak makan dengan Adriana ini! Dah serik! Dulu pernah first time
makan dengan Adriana, memang taubat tak nak makan dah. Mana taknya, tangan
Adriana tu dah macam ulat bulu, asyik merayap saja. Tak reti duduk diam. Dia
memang tak suka perempuan gatal macam Adriana. Sepatutnya lelaki yang kuat
menggatal, terbalik la pulak.
“No!
Today bos
ada lunch meeting.” Diana tiba-tiba melangkah masuk. Wajah memang ketat
habis. Dia bertentang mata dengan anak bongsu Datin Annisa.
Azhar menarik nafas lega melihat
Diana.
Adriana mendengus geram. Menyampah melihat
Diana. Berlagak nak mampus.
“So tunggu apa lagi, silakan keluar. I ada hal dengan bos!”
tegas Diana.
Adriana mengetap bibir. Geram
apabila dihalau sebegitu.
“Atau you
nak security escort you keluar dari bilik ini.” Diana bersuara lagi.
Wajah Adriana berubah. Dia terus
berlalu keluar dengan wajah bengang.
Ada sedikit senyuman di wajah Aziz.
Rasa gembira apabila Adriana beredar dari situ. Bagus jugak Diana ni, ada jugak
gunanya.
“Let’s go!” ajak Diana tiba-tiba.
“Nak pergi
mana?”
“First
impression tu penting. You should say hello to
everyone! Semua staff wajib kenal you. You MD AB Group!”
“Apa! Hari
ini first day, saya kerja! Bagi saya rileks dulu, first thing first
awak kena bagi saya sesuaikan diri dengan environment baru kat sini!”
Aziz memberi alasan. Dia malas lebih-lebih lagi nak berkenalan dengan semua
orang dalam bangunan ini. Ingat bangunan ni kecik, ada 20 tingkat! Memang kerja
gila.
“Like it
or not, you have to meet them! Atau you nak I
panggil Cik Adriana balik ke sini! She will love to be here, right!”
Wajah Diana serius.
Aziz cepat-cepat bangun. Terkejut
apabila nama Adriana dipetik.
“Okey, jom!
Nak pergi tingkat mana dulu!” Aziz melangkah keluar dan Diana mengekori dari
belakang.
Azhar menahan diri dari ketawa.
Memang kelakar tadi.
“Azhar! Hurry
up!” terdengar suara Diana memanggil.
Kelam kalut Azhar keluar seraya menutup
pintu bilik ofis Aziz.
***************************
TIBANYA di bilik ofis, Datin
Annisa terus baling telefon pintarnya kea rah sofa. Dada masih berombak laju
kerana marah. Dia masih tak dapat melupakan apa yang Diana cakapkan tadi. Diana
tu memang sudah melampau. Ada hati nak kick out dia dari AB Group,
jangan harap la. Datin Annisa terus mencekak pinggang. Dia mula fikirkan plan
bagaimana nak singkirkan Diana dari AB Group.
Pintu bilik terbuka dan Adriana
meluru masuk.
“Mama! You
should do something about Diana! Diana tu dah melampau! Sampai bila mama
nak biarkan Diana tu bermaharajalela kat sini. Tadi Diana tu halau Adriana
keluar dari bilik Aziz, siap ugut nak panggil security lagi.” cerita
Adriana. Dia memang tak puas hati dengan perangai Adriana. Nampak sangat nak
tunjuk kuasa. PA saja kot.
Datin Annisa mengetap bibir. Otaknya
serabut dengan masalah. Datang pulak satu masalah lain. Aziz dah mula kerja kat
sini, dah tentu Adriana akan cuba apa saja cara nak mengorat Aziz. Dia memang
tak suka dengan Aziz. Nak restu jadi menantu, no way! Dia lebih suka
kalau Adriana berbaik semula dengan Daniel.
Tiba-tiba pintu terbuka sekali lagi.
Datin Annisa tersenyum lebar melihat
kedatangan anak sulungnya. Dah lama dia tak jumpa Aizat! Rindu!
“Mama! Betul
ke Diana dah berhenti kerja? Auntie Ida cakap Diana dah tak jadi PA dia lagi.”
Wajah Datin Annisa terus berubah
apabila mendengar soalan Aizat. Ini seorang lagi. Tergila-gilakan Diana.
Beberapa kali cinta Aizat ditolak tapi tetap tak putus asa mengejar Diana.
Perempuan muka ketat sejuk beku tu jugak Aizat boleh jatuh cinta, pelik betul!
Stress betul, bila anak-anaknya sukakan orang yang dia tak suka.
“Abang ni
tak habis-habis dengan Diana! Sampai Penang saja, terus cari Diana. Tak ada
orang lain ke nak cari?” Adriana bersuara.
“Apa masalah
kau, hah? Suka hatilah aku nak cari siapa pun! Jangan sibuk!” marah Aizat. Dia
merenung adiknya.
“Diana tu
dah jadi PA Abang Aziz sekarang ni!” beritahu Adriana.
“What! Aziz dah balik ke?” Wajah Aizat nampak terkejut.
“Ya!”
“Ofis Aziz
tingkat berapa?” tanya Aizat.
Adriana mendengus kuat. Jangan harap
la dia nak beritahu. Dia memang tak suka Diana. Dia segera keluar.
“Hey,
Adriana! Aku tanya ni! Nak pergi mana pulak tu? Kau tak jawab soalan aku lagi.”
jerit Aizat. Dia terus mengejar adiknya.
Keluahan kuat dilepaskan. Kedua-dua
tangan Datin Annisa menggigil kerana geram. Kehadiran dia di situ tak
dipedulikan oleh Aizat dan Adriana.
“Dua-dua
beradik sama saja, buat aku ni macam tunggul kayu! Ada anak pun, menyusahkan
saja!” Datin Annisa bersuara. Wajah jelas bengang.
*******************************
KELUHAN kuat dilepaskan. Aziz
terus melabuhkan punggungnya di sofa. Dia baru saja balik dari berkenalan
dengan semua orang. Penat nak mampus! Ramai betul staff AB Group. Muka ni rasa
kebas pun ada, iyalah asyik nak kena senyum saja.
“Bos! Air
sejuk!” Azhar menghulurkan botol air mineral.
“Thanks!” Aziz segera buka penutup botol dan meneguk air itu. Lega tekak
ini selepas minum air. Hilang terus rasa dahaga.
Pintu diketuk beberapa kali dan
Diana masuk dengan membawa beberapa buah fail di tangannya.
Wajah Aziz berubah. Apa lagi la
Diana ni nak? Seminit pun tak bagi dia rehat. Mesti ada saja kerja nak bagi. Stress
betul!
“Ini info
pasal AB Jewels, AB Hotel, AB Nasi Kandar dan AB Convinence Store! You wajib tahu selok belok semua business operations
AB Groups. Baca dan ingat! Lepas tu you dah boleh balik.”
Terus saja wajah Aziz bercahaya
selepas dengar perkataan balik. Maksudnya dia boleh balik awal. Segaris
senyuman di wajahnya. Yahoo, boleh balik awal!
“Balik pukul
5 petang! Ikut office hour! Bukan balik awal! Faham!”
Wajah Aziz berubah keruh serta
merta. Terus saja mendung! Mulutnya terkumit-kumit. Macam-macam sumpah seranah
keluar, siap dengan jampi lagi. Marah punya pasal.
Diana meletakkan semua fail itu atas
meja.
“Lunch
meeting hari ini …..” Azhar bersuara. Setahu dia,
Aziz tak ada lunch meeting dengan sesiapa pun. Dia ada tengok schedule
Aziz pagi tadi tapi bila Diana beritahu kat Adriana yang Aziz ada lunch
meeting, dia terkejut jugak.
“Tak ada! Lunch
meeting tak ada. You boleh keluar lunch dengan bos!” jawab
Diana.
“Okey!”
“Bos kalau
tak ada apa-apa I keluar dulu!” kata Diana. Dia terus berlalu keluar.
Selepas saja Diana keluar, Aziz
terus bangun.
“Kalau tak
ada apa-apa, I keluar dulu!” Sengaja Aziz ejek cari Diana bercakap.
Azhar ketawa kecil.
“Argh…. Baru
sehari kerja, dah stress! Dapat pulak PA macam Diana tu. Lagi bertambah
stress!” Aziz mendekati meja dan diselek fail yang dibawa Diana tadi.
“Bos! Jangan
la nak stress sangat. Jom kita pi lunch. Dah waktu lunch
ni, kita pi makan kat AB Nasi Kandar. Fuh, memang sedap ! Confirm
stress hilang.” ajak Azhar.
“ Aku memang
nak ajak makan kat sana pun. Aku nak try jugak. Jom! Jom!” Tiba-tiba Aziz teringat, dia teringin nak
makan kat situ. Lagipun perut dia pun sudah mula berbunyi, yang penting perut
perlu diisi. Wajah Aziz kembali ceria.
Azhar mengikuti Aziz keluar. Kalau
bab makan saja, laju betul! Azhar tersengih.
****************************************
“ Bos, try nasi kandar ayam berempah set! Sedap! Wajib cuba.”
cadang Azhar. Dia selalu makan dengan mak ayahnya.
“Ya ke? Kalau macam tu, aku ikut saja. Air…. pulak! Aku nak teh tarik
la. Panas!” Aziz tersengih.
Azhar terus
mengangkat tangan dan seorang pelayan datang ke meja mereka berdua. Pelayan itu
mengambil oder mereka dan terus berlalu pergi.
“Wah, ramainya orang time lunch ni!” Aziz memanjangkan
lehernya. Hampir seluruh meja penuh dengan orang. Famous sangat ke nasi kandar
ni? Tak sangka baru tiga tahun buka dah ada 25 buah cawangan di sekitar utara
Semenanjung Malaysia.
“Sebab tu la depa ambil tiga lot kedai! Dulu satu lot kedai ja! Sebut
saja AB Nasi Kandar, semua orang tau!” cerita Azhar.
Beberapa
minit kemudian, minuman dan makanan sampai. Bau saja sudah buat perut Aziz
berkeroncong, dia terus menadah tangan membaca doa makan.
“Makan! Makan!” jemput Aziz.
Azhar
tersengih lihat telatah Aziz makan. Macam tak makan breakfast pun ada.
Lahap betul Aziz makan. Mulut Aziz tak henti-henti memuji. Azhar mula menjamah.
Selesai
makan, Aziz menyisip air teh tarik buat kali terakhir.
“Alhamdulilah, kenyang! Memang sedap! Thumbs up!” kata Aziz. Tisu
dicapai dan mulut dilap.
“Stress dah hilang kan! Jom, balik! Dah
nak dekat pukul dua.” ajak Azhar. Dikerling ke arah jam tangannya. Lambat balik
nanti kena marah pulak. Dia dapat membayangkan Diana menunggu kepulangan mereka
berdua dengan wajah bengis. Bulu roma terus meremang.
“Awal lagi la. Lepak la dulu, kelam kabut nak balik buat apa! Aku ni
bos besar kat ofis tu! Suka hati aku la nak balik ofis pukul berapa! ” jawab
Aziz. Hakikat sebenar dia malas nak balik ke pejabat.
“Bos ni sengaja kan nak cari pasal dengan Cik Diana!” Azhar mula susah hati.
“Eh! Eh! Diana tu PA ja! Pangkat aku lagi besar, Azhar patut ikut
cakap aku bukan Diana tu! Diana patut tahu sapa bos! Aku ni bos dia, faham!”
tegas Aziz. Dia akan tunjukkan pada Diana siapa kepala kuasa. Jangan harap la
dia nak ikut cakap Diana saja. Tangan terus diangkat memanggil pelayan.
“Bos ni memang sengaja cari penyakit!” kata Azhar dengan suara
perlahan. Dia melihat Aziz oder lagi makanan dan minuman. Dia hanya mampu
melepaskan keluhan
***********************************
MAK ETON yang ada di ruang
tamu tersenyum melihat kepulangan Aziz dan Azhar. Yang jelas wajah Aziz nampak
keletihan. Pukul 9 malam baru balik.
“Lambatnya
balik, banyak sangat ka kerja? Takkan first day dah banyak kerja?” tanya
Mak Eton.
Azhar menoleh melihat Aziz.
“Asalnya
boleh balik awal, Abang Aziz buat hal pulak. Kononnya nak tunjuk kat Kak Diana,
sapa bos kat AB Group! Jawabnya balik lambat la!” beritahu Azhar. Mereka berdua
balik ofis pukul 4 petang, Diana sudah terpacak menunggu mereka berdua di pintu
masuk lobi.
Mulut Aziz terus muncung. Sakit hati
bercampur geram apabila memikirkan perangai Diana!
“ Aaa… La ni
hang dah tahu kan sapa bos!” kata Mak Eton diakhiri dengan ketawa.
“Mak Eton ni
kan, tak habis-habis nak backup Diana tu!” kata Aziz. Muka dah macam
kena makan cuka. Masam!
“Sapa suruh
hang cari pasal dengan Diana. Aaa… Pi naik atas mandi sembahyang lepas
tu turun makan! Mak Eton masak nasi tomato dengan ayam masak merah. Hampa dua makan
sama-sama nanti. ”
“Nasi
tomato! Sedapnya. Perut memang dah lapar ni.” Aziz tersengih. Matanya
terpandang ke arah gelas kosong di meja kecil ruang tamu.
“Ada tetamu
ke tadi, Mak Eton?” tanya Aziz.
“Hmm… Aizat!
Baru lima minit balik.” jawab Mak Eton. Gelas kosong itu diambil.
Wajah Aziz nampak terkejut. Apasal
pulak Aizat datang rumah!
“Abang Aizat
tunggu Kak Diana balik ka?” Azhar bertanya.
Mak Eton tersenyum kelat.
“Kenapa
Aizat tunggu Diana?” tanya Aziz dengan wajah terpinga-pinga.
“Laaa… Mesti
Azhar lupa nak cerita kat hang! Aizat tu tergila-gilakan Diana. Macam Adriana
tergila-gila kat hang.”
“Apa! Aizat playboy
tu sukakan Diana! Biar betul! Perempuan muka ketat sejuk beku macam tu
Aizat suka. Mata Aizat ada masalah ka!” Aziz terkejut dan tak percaya.
“Hang tu
yang ada masalah. Diana tu baik orangnya. Jangan tengok orang dengan mata
kasar!” tambah Mak Eton lagi.
“Tengok backup
Diana lagi. Tak apa la, dalam rumah ni, Aziz seorang saja jahat.” Mulut Aziz
kembali muncung. “ Aziz naik atas dulu!”
“Mula la nak
berdrama Si Aziz tu.” Kata Mak Eton. Dia melihat Aziz mendaki anak tangga ke
tingkat atas.
“Mak ni!
Macam la tak kenal perangai Abang Aziz tu. Biaq la. Nanti lama-lama, Abang Aziz
akan kenal siapa Kak Diana!”
“Mana Diana?
Tak balik sama-sama dengan hampa ka?” tanya Mak Eton. Dia baru teringatkan
Diana.
“Kat ofis
lagi! Ada banyak kerja nak kena settle katanya.”
“Itu seorang
lagi! Kat kepala otak tu, asyik ingat kerja saja.” Mak Eton mula membebel.
“Mak! Dari
mak dok pot pet pot pet laguni, kan baik mak pi perangat nasi
dengan lauk sekali. Makan panas-panas lagi sedap!” Azhar tersengih. Tangan
diletakkan di bahu Mak Eton.
“ Mak jugak
yang kena perangat! Hang tak reti nak perangat sendiri ka!” Mak
Eton menjeling.
Azhar tersengih seraya sama-sama
berjalan dengan Mak Eton ke dapur.
No comments:
Post a Comment