Bab
9
SEKALI lagi Aziz bangun, keluhan kuat dilepaskan. Dipandang ke arah jam
dinding, jam pendek menunjukkan pukul 2 pagi. Kenapalah dia tak boleh tidur
lagi? Sebab stress ke? Sejak dia mula bekerja, dia ada masalah nak tidur. Esok
dia nak kerja lagi. Aziz mengalihkan posisi tubuh dari mengiring ke
menelentang. Wahai mata, kenapalah susah sangat nak tidur ni?
Tanpa buang masa, Aziz terus keluar
dari biliknya. Rasanya dia perlu minum chamomile tea lagi,
Dengan lampu suram di anak tangga,
Aziz menuruni satu persatu anak tangga.
Lembaga berambut panjang yang ada di
hadapannya buatkan Aziz menjerit sekuat hati. Bergetar tubuh badannya. Mata
terus dipejam rapat. Jantung berdegup laju. Bila masa rumah ini ada hantu?
Itulah gatal sangat nak turun ke dapur masa begini. Dia ingin lari tetapi
kakinya tak boleh nak gerak langsung. Takut punya pasal.
“ You ni dah kenapa, hah? Pagi-pagi dah terjerit, nak semua orang dalam
rumah ni terjaga ke?”
Dahi Aziz berkerut mendengar suara
yang sangat dikenali itu. Dia cepat-cepat membuka mata.
Diana menyisir rambutnya yang
menutupi separuh wajahnya tadi. Dia turut sama terkejut dengan jeritan Aziz.
Aziz menghela nafas lega apabila
Diana yang ada di hadapannya. Kalaulah benar-benar hantu, dia tak tahu la apa
akan jadi. Diperhatikan Diana dari atas bawah, berdasarkan dari penampilan
Diana sepertinya Diana baru balik dari kerja.
“ Waktu-waktu
ini baru balik kerja, awak ni biar betul! Ingat la sikit, awak tu perempuan.
Bahaya balik lewat malam, tahu tak!” kata Aziz dengan wajah serius.
Diana merenung Aziz.
“ Kita ada
masa bekerja kan? Tak payah nak kerja keras sangat la. Kalau kerja tak habis,
esok boleh sambung kan!” sambung Aziz.
“ You apa tahu, hah! Cakap saja lebih! Tepilah…” Diana bersuara. Dia
terus menolak tubuh Aziz ke tepi.
Aziz hilang pertimbangan selepas
ditolak Diana. Mujurlah tangan dia sempat berpaut pada pemegang tangga. Lega
dibuatnya. Kalaulah jatuh tadi, patah kaki tangan. Tak pasal-pasal masuk
hospital.
Mata Aziz tepat ke arah Diana.
Selamba saja Diana mendaki anak tangga.
“Perempuan
ni memang hati sejuk beku!” kata Aziz seraya mengetap bibir.
*******************************
LANGKAH Aziz terhenti apabila
melihat tiada kelibat Diana di meja kerja. Semasa dia keluar pagi tadi, kereta
HRV milik Diana sudah tiada. Selalunya awal-awal pagi sebegini, Diana sudah ada
di ofis.
“Dia mana?”
tanya Aziz pada Azhar.
“Kak Diana
ada hal kat Kuantan. Kalau tak silap, pasal pembukaan showroom AB Jewels kat
Kuantan awal bulan depan.”
“Hmm… Ya
ke?” kata Aziz. Tiba-tiba ada senyuman di bibir Aziz. Kalau Diana tak ada,
inilah peluang yang dia tunggu.
“Lama ke dia
pergi? Dua hari? Seminggu?” tanya Aziz dengan sinar mata bercahaya.
“Petang ni
Kak Diana balik!” jawab Azhar diakhiri dengan ketawa. Dia faham di sebalik
soalan Aziz tadi. Ini mesti nak cari peluang ponteng kerja.
Wajah Aziz terus masam. Ciss… sekejap aje pergi. Kalau pergi lama-lama kan bagus jugak! Semak
kepala ni!
“Abang Aziz,
cubalah serius sikit. Jangan asyik nak main-main saja.”
“ Azhar tahu
kan, aku ni bukannya ikhlas sangat nak kerja kat sini! Aku buat ni sebab
terpaksa.”
Azhar bingung. Dia sendiri tak tahu
bagaimana nak nasihatkan Aziz lagi.
“Oh ya!
Sebelum pergi tadi Kak Diana pesan, dia suruh Abang Aziz baca fail-fail yang
dia bagi hari tu. Dia balik nanti dia nak buat test.”
“Apa! Test!
Dia ingat aku ni budak-budak lagi ke, hah?” Aziz terus naik angin.
“Abang Aziz,
rileks! Dengaq dulu.” Azhar cuba tenangkan Aziz.
“Begini,
kalau Abang Aziz dapat markah 90 ke atas, Abang Aziz akan dapat semula kamera
kesayangan Abang Aziz tu.” tambah Azhar lagi.
“Betul ke,
Diana cakap macam tu?” Aziz seperti was was nak percaya.
“Betul!”
“Habis tu laptop
aku?”
“Abang Aziz
ni, jangan la gelojoh sangat. Orang dah nak bagi kamera balik, itu dah kira
bagus.”
“Okey!
Kamera pun dah kira okey! Berani betul Diana tu cabar aku! Apa dia ingat aku ni
bodoh sangat! Pejam mata aku boleh skor 90 ke atas la. Aku ni pelajar cemerlang
kat sekolah. Result aku semua gempak!” kata Aziz. Dia akan tunjukkan
pada Diana. Biar Diana tu malu. Ada hati nak malukan orang.
Azhar tersenyum lebar. Nampaknya
plan Diana menjadi jugak.
“Assalammualaikum….”
“Waalaikumussalam.”
Serentak Aziz dan Azhar menjawab.
Wajah Aziz berubah dengan kedatangan
Aizat. Dia memang tak suka dengan Aizat. Walaupun Aizat muda setahun darinya,
perangai Aizat yang berlagak dan budget handsome tu, dia memang tak
berkenanan langsung.
“Aaa…. Diana
mana?” tanya Aizat dengan sejambak bunga ros di tangan. Seawal begini dia
datang semata-mata nak ajak Diana breakfast bersama-sama.
“ Diana ada
hal kat Kuantan.” jawab Aziz dengan wajah serius.
Aizat buat mimik muka tak puas hati.
Kenapa susah sangat nak jumpa Diana? Petang ini, dia nak balik KL. Dia akan
terbang ke Tokyo esok.
“Next
time you call Diana dulu.” kata Aziz. Dia mengorak
langkah masuk ke dalam bilik ofis. Dia memang tak boleh lama-lama bertentang
mata dengan Aizat. Tak sebulu!
“Wah! Begini
rupanya bilik MD AB Group, well well not bad!”
Aziz berpaling ke belakang. Dia
terkejut apabila Aizat turut sama mengekori dia masuk.
Tanpa dipelawa, Aizat duduk di sofa.
Jambangan bunga diletak di tepi.
“Sapa sangka
akhirnya you bekerja jugak dengan AB Group. Iyalah, dulu kan you
tak suka kerja kat sini sampaikan larikan diri ke luar negara.” Aizat
tersenyum.
“Larikan
diri? Dari mana you dengar gossip ni? I tak larikan diri pun, I
kejar impian I dulu sebelum I ambil alih AB Group.” bohong Aziz.
Dia cuba mengawal air mukanya agar Aizat tak syak sesuatu. Mana mungkin dia membiarkan
Aizat memalukan dia.
“ Oh, really?” Senyuman Aizat penuh makna.
Aziz memandang Aizat dengan renungan
membara. Senyuman sinis Aizat menambahkan panas di hatinya ketika ini.
“Aaaa… Encik
Aizat, nak minum apa?” Azhar bersuara. Dia dapat rasakan ketegangan antara
mereka berdua.
“It’s
okey! I dah nak balik. Lagipun I tak nak
ganggu MD AB Group, Aziz mesti ada banyak kerja nak kena buat. Oh ya, bunga ni
nanti Azhar bagi kat Diana yer. Tell her, I miss her!” Azhar bangun dan memberikan
jambangan bunga itu pada Azhar. Dia tersenyum lebar.
“Baiklah!”
jawab Azhar. Jambangan bunga itu bertukar tangan.
“ Oh ya,
Aziz! I harap you jangan bagi Diana kerja kuat sangat. Dia tu
manusia biasa bukannya robot. Okeylah! I gerak dulu.” pesan Aizat dan
terus beredar keluar.
“Wah! Dulu
sampai sekarang, annoying giler si Aizat tu.” kata Aziz seraya mencekak
pinggang. Dia terpandang jambangan bunga ros itu.
“Bak bunga
tu, aku nak lempar kat tong sampah.” kata Aziz.
“Bos, tak
boleh! Ini amanah orang, tetap kena bagi kat Kak Diana. Lagipun bos jangan
bimbang, bunga ini tempatnya tetap kat tong sampah.” jawab Azhar dengan
tersenyum lebar. Setiap kali Diana dapat bunga dari Aizat, jambangan bunga itu
pasti dibuang ke dalam tong sampah.
Aziz turut sama tersenyum.
“Okeylah!
Azhar keluar dulu, tak nak ganggu bos study.” kata Azhar. Dia segera
keluar dengan membawa jambangan bunga itu.
Fail yang ada di atas meja diambil.
Aziz duduk dan baring di sofa sambil membaca fail itu. Dia akan pastikan dia
dapat semula kamera dia. Ini Ungku Aziz, takkan mengaku kalah. Tumpuannya kini
pada isi kandungan dalam fail itu.
*****************************
SEKALI lagi Aziz menguap. Dia
cepat-cepat menutup mulutnya tanpa mengeluarkan bunyi. Digeleng kepala beberapa
kali agar hilang mengantuk. Mata yang mula layu itu dijegil luas. Lagi beberapa
helai lagi nak habis baca. Aziz takkan mengalah dan dia akan berusaha habiskan membaca
fail itu.
Cawan kopi diambil dan kemudian dahi
berkerut melihat cawan itu sudah kosong. Ingatkan ada lagi, tak sangka pula dah
habis.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
Azhar masuk seraya tersengih.
“Dah habis
baca ka?”
“ Sikit lagi
tapi baru pasal AB Jewels.” Aziz mengeluh perlahan. Ditunjukkan fail yang
dibaca selama sejam itu.
“Bos nak air
kopi lagi ka?” tanya Azhar. Dia lihat cawan putih itu sudah kosong.
“It’s okey!
Minum kopi pun, tetap tak boleh lawan rasa mengantuk.” jawab Aziz.
“Bos, Azhar
nak minta izin nak keluaq sat. Sat ja, kat luaq ofis ja, nak jumpa
orang.” Azhar tersengih hingga nampaknya giginya.
“Sapa? Buah
hati ka? Yang mana satu? Mawar? Jenny?” tanya Aziz bertubi-tubi.
“Mastura.”
jawab Azhar malu-malu.
“Mastura?
Mastura mana pulak ni? Kasanova betul la! Banyak betui mak we !” Aziz terkejut.
Tak sangka Azhar ni jejaka terhangat di pasaran. Senang betul dapat mak we,
biasalah orang muda macam Azhar. Semangat tu lebih sikit. Nak sesuatu, terus
dapat.
Azhar ketawa.
“Pergi la.”
Aziz memberi kebenaran.
“Okey!
Terima kasih, bos! Bos memang the
best!” kata Azhar dengan suara gembira.
“Cepat. Aku
nak sambung baca ni!” kata Aziz.
Azhar cepat-cepat berlalu keluar.
Aziz menyambung semula membaca.
Tinggal lagi sehelai saja nak habis. Mata Aziz kini terbuka luas. Sedikit
sebanyak berborak dengan Azhar tadi, rasa mengantuknya terus hilang.
*******************************************
TIBANYA di lobi, Aziz menoleh
kiri dan kanan. Dia mencari kawasaan yang sesuai untuk dirinya. Dia tersenyum
melihat ada beberapa meja kosong di hadapan air terjun buatan.
“Perfect!” Aziz tersengih. Dengan fail yang ada di tangannya, langkah
dipercepatkan. Tempat ini sesuai untuk dia sambung membaca. Tiada sesiapa yang
akan ganggu. Kena ubah angin jugak, takkan asyik nak baca kat dalam ofis saja.
Bosan lepas tu asyik mengantuk saja. Menguap tu dah tak terkira.
Sekurang-kurangnya bunyi air terjun memberikan ketenangan. Dalam masa yang sama
dia boleh bayangkan yang kini dia ada di dalam hutan. Aman dan damai!
Meja yang terletak di sudut yang
jauh dari pandangan orang menjadi pilihan Aziz. Kerusi putih ditarik dan
cepat-cepat Aziz duduk. Pandangan dia kini pada air terjun yang ada di depan
matanya. Senyuman diukir di bibir. Tenang saja hati ini.
Selepas beberapa minit perhatikan
air terjun itu, Aziz segera membuka fail yang dibawanya tadi.
“Kamera!
Kamera! Kamera!” kata Aziz berulang kali dengan nada perlahan. Itu penyuntik
semangat dia membaca.
Wajah Aziz mula serius membaca.
Helaian demi helaian diselak.
Kedengaran suara orang berbual
hampiri meja Aziz. Badan Aziz terus kaku. Mujurlah dia duduk membelakangkan
meja yang baru saja diduduki dua orang wanita. Risau jugak kalau ada orang
kenal dia maklumlah satu bangunan ini kenal siapa dia.
“Cik Diana
tak ada kan hari ini?”
“Dengar-dengar
dia ada hal kat Kuantan.”
“Bagus la
dia tak ada. Setiap kali terserempak Cik Diana, macam nak gugur jantung aku ni.
Hari tu sedap-sedap saja dia tegur aku, aku bukannya sengaja tak nak basuh muk
aku guna hari tu, aku dah lewat nak pergi meeting, so aku tinggal dulu
kat sinki, nanti lepas meeting, aku basuh la. Cik Diana kata, company
ni tak ada hired tukang basuh muk, jangan tahu letak saja muk tu. Tahu
minum, basuh la sendiri. Wah, mulut Cik Diana tu memang tak ada insuran betul.
Geram aku masa tu.”
“Ala…. Semua
orang kat bangunan ni semuanya pernah kena sound dengan Cik Diana. Ingat
tak dengan Mak Siti cleaner, Mak Siti berhenti pun sebab Cik Diana. Siapa
nak tahan kalau asyik kena marah dengan Cik Diana.”
“ Betul tu!
Kita ni manusia, ada perasaan! Cik Diana tu saja macam tak ada perasaan. Muka tu kelat memanjang. Nak senyum,
jangan harap la. Sebab tu orang bagi macam-macam gelaran kat dia! Red witch
la! Black witch la! Iyalah! Asyik pakai baju color merah dengan hitam
saja!”
“Bukan tu saja,
ada lagi! Ratu sejuk beku la! Ratu muka kelat la! Cik Medusa la! Macam-macam
gelaran ada.”
“Tu la
pasal! Tapi Datin Ida memang sayang teramat sangat kat Cik Diana tu. Apa-apa
pun Cik Diana buat, semuanya okey. Cik Diana buat salah pun, Datin Ida pejam
mata saja.”
Sejak dari tadi, Aziz mencuri dengar
perbualan mereka berdua. Hilang terus tumpuan dia membaca. Dia sudah agak mesti
pekerja-pekerja tak suka Diana. Iyalah dah la dingin lepas tu mulut celupur
pulak tu, siapa nak kawan! Tanpa disedari, Aziz dekatkan diri dengan mereka
berdua agar dapat dengar dengan lebih jelas lagi.
“Bos! La kat
sini rupanya, puas satu ofis cari.”
Air muka Aziz berubah apabila dengar
suara Azhar. Dia berpaling dan melihat Azhar tersengih ke arahnya. Kenapa la
Azhar datang masa ni? Baru nak dengar apa mereka
dua ni nak gossip lagi pasal Diana. Kacau daun la, Azhar ni!
Dua orang pekerja wanita itu
terkejut dan terus bangun apabila sedar siapa yang ada di meja berdekatan
dengan mereka. Wajah mereka berdua pucat lesi. Dah tak tentu arah jadinya.
“Aaaa….
Encik Aziz! Kami tak tahu Encik Aziz ada kat sini. Aaaa… Kami gerak dulu, ada
banyak kerja nak buat.”
Aziz hanya mampu tersenyum. Dia melihat
mereka berdua begitu laju beredar dari situ.
“Pasal pa
dengan depa tu? Jalan laju nak mampus macam nampak hantu.” kata Azhar. Dia pun
pelik melihat mereka berdua. Kerusi ditarik dan terus duduk. Selepas dia jumpa
mak we dia tadi, dia terkejut melihat Aziz tiada dalam ofis. Bimbang jugak kalau
Aziz lari tapi apabila nampak telefon pintar Aziz ada atas meja, dia rasa lega.
Itu bermakna Aziz ada dalam bangunan itu. Satu persatu tingkat dia cari
akhirnya dia jumpa Aziz di lobi. Macam mana la dia tak boleh nampak Aziz tadi
sebelum naik semula ke ofis?
“Sebab Azhar
la! Aku baru dok syok nak dengar mereka gossip, tiba-tiba saja Azhar panggil.
Kantoi la.”
“Laaa… Tak
sangka bos suka gossip tapi depa gossip pasal sapa?” tanya Azhar seraya
tersenyum.
“Rahsia.”
jawab Aziz.
“Share la… Depa gossip pasal sapa?” tanya Azhar lagi.
“Azhar kecik
lagi, tak sesuai dengar.” kata Aziz diakhirnya gelak tawa. Seronok bila dapat
usik Azhar.
Mulut Azhar terus muncung.
No comments:
Post a Comment