Bab 10
SENYUMAN Adriana lebar
apabila pintu lif terbuka di tingkat 19. Dia membetulkan rambutnya sebelum
melangkah keluar. Diangkat bag kertas yang berisi makanan dan minuman yang
dibelinya tadi. Hari ini dia akan pastikan Aziz tiada lagi alasan nak menolak
ajakkan dia makan bersama. Lagipun dia tahu Diana tiada sebab ada hal di
Pahang. Inilah peluang dia untuk berdua dengan pujaan hati dia.
Pintu utama ditolak. Suasana sunyi
sepi dan kosong.
Wajah Adriana berubah.
Langkah dipercepatkan.
Adriana segera membuka pintu bilik
ofis Aziz. Mata dia meliar mencari Aziz setiap sudut namun tiada.
Kerana bengang, Adriana terus
menjerit sekuat hati. Harapan dia musnah sama sekali. Mana pulak Aziz pergi?
Bag kertas dihempas dengan kasar di
lantai.
Telefon pintar segera dikeluarkan
dari bag tangan. Dia hubungi seseorang.
“Mama! Mama
tahu tak mana Abang Aziz pergi mana? Adriana kat ofis dia tapi tak ada sesiapa
pun.”
“Kamu ni tak
ada kerja lain ke, hah? Mama malu dengan perangai kamu, asyik sangat
terkejar-kejar Si Aziz tu!”
“Mama ni
kan! Suka sangat marah-marah! Adriana tanya saja maybe mama tahu.” Wajah
Adriana terus masam.
“Argh! Mama
ni bukan PA si Aziz tu so mama tak tahu. Mama banyak kerja nak buat ni!”
Datin Annisa terus tamatkan panggilan.
“Mama!
Mama!” jerit Adriana. Sakit hati setiap kali cakap dengan ibunya. Adriana
mengetap bibir. Otaknya ligat berfikir di mana Aziz pergi. Dia terus hubungi
Aziz namun seperti selalu Aziz takkan jawab panggilan dia. Namun Adriana takkan
putus asa, dia akan hubungi Aziz sehingga dapat.
*******************************************
KEDATANGAN Datin Ida dan Aziz
di AB hotel disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Hari ini lunch,
ibunya mengajak dia makan di AB hotel malah dalam masa yang sama dia berkenalan
dengan pekerja-pekerja AB hotel serta meninjau keadaan AB hotel.
Walaupun rasa janggal, Aziz cuba
tersenyum. Kehadiran dia dan ibunya menarik perhatian orang di situ. Disambut
seperti orang kenamaan. Dia sempat
menoleh melihat Azhar dengan dahi berkerut.
Azhar hanya tersenyum dan mengekori dari
belakang.
Mereka bertiga dibawa ke restoran
hotel itu. Bilik makan disediakan khas untuk mereka bertiga.
Sebaik saja hanya tinggal mereka
bertiga, Aziz menghela nafas lega.
“Macam mana?
Okey tak hotel kita ni?” Datin Ida bersuara. Dia ingin tahu pendapat anak
tunggalnya itu.
“Okey! Very
nice hotel! Yang penting sekali, location strategik.” kata Aziz.
Datin Ida tersenyum.
“Dengaq-dengaq nak beli resort kat Pulau Langkawi, betui ka?” tanya Azhar.
“Resort?”
Wajah Aziz jelas terkejut.
“Baru dalam
perancangan, insya Allah kalau ada rezeki, ada la tu.” jawab Datin Ida. Semua
itu masih dalam perancangan. Bunyi vibrate telefon dari arah Aziz menyebabkan
dahi Datin Ida berkerut. Dari dalam kereta lagi, telefon pintar Aziz berbunyi.
“Awat tak jawab call tu? Dari tadi dok bunyi.” Datin Ida memandang
tepat ke arah Aziz.
Dengan lemah, Aziz mengeluarkan
telefon pintar dari poket seluarnya. Ditunjukkan ke arah Datin Ida.
Datin Ida mengetap bibir melihat
nama yang tertera di skrin telefon Aziz.
“Adriana! Eee….
Mummy tak suka la Adriana tu asyik kacau hang. Mummy takut kalau satu hari hang
tersangkut dengan Adriana tu. Dah la lawa lepas tu seksi pulak tu. Tak hairan
la kalau hang terjatuh cinta dengan janda tu.” Datin Ida membuat mimik muka tak
suka. Dalam diam dia sebenarnya susah hati, jika satu hari betul-betul Aziz
sukakan Adriana tu. Hidupnya pasti gelap gelita.
“Mummy! Barbie
doll macam Adriana tu bukan taste Aziz la. Asyik nak melawa saja.
Tak mahu la dapat isteri macam Adriana tu. Hidup boleh bankrupt. Maintenance
tinggi! Kalau boleh Aziz nak isteri yang serba sederhana saja, aman damai hidup
Aziz!”
“Hang ni kan
asyik nak hidup aman damai memanjang. Aaa… Hang dah ada calon ka? Mummy tak
kisah. Mummy setuju saja sapa pilihan hang kecuali Adriana tu! Kalau hang
kahwin cepat-cepat, mummy tak la risau sangat. Mummy pun nak hidup aman damai
jugak.” Datin Ida tersengih.
“ Calon?
Mana ada? Duit pun tak ada. Nak sara anak orang ni kena ada duit jugak, mummy!
Kalau ada anak nanti, banyak duit nak guna!” jawab Aziz. Dia masih belum
terfikir nak mencari calon isteri. Hidup dia sekarang ni pun tunggang terbalik,
ada hati nak kahwin. Apa-apa pun, dia kena stabil dulu. Masalahnya tiada lagi
wanita yang mampu buat dirinya jatuh cinta.
“ Apa! Duit
tak ada? Hang tu anak mummy! Anak Datin Ida! Semuanya akan jadi milik hang
jugak. AB Group! Ni hotel ni pun milik hang! Perempuan mana yang bodoh tolak
hang, hah? Hang petik jari saja, berderet perempuan beratur nakkan hang! Anak
mummy ni handsome lepas tu baik pulak tu! Sapa yang tak mahu!” Mata
Datin Ida terus bulat. Anak tunggalnya itu tak ada cacat cela langsung.
“Betul tu!”
Azhar bersuara menyokong kata-kata Datin Ida.
Aziz memandang Azhar dan Datin Ida.
Dua-dua orang ni sama saja. Dua kali lima! Semuanya itu bukan hasil penat lelah
dia pun. Dia tak berhak miliki semua itu. Dia lebih suka usaha sendiri.
Baru saja Aziz nak membuka mulut,
pintu bilik terbuka. Pelayan wanita masuk dengan membawa minuman. Aziz membuat
keputusan untuk diamkan diri saja.
******************************************
BUNYI ombak menghempas pantai
buatkan hati Aziz tenang. Kelopak mata ditutup rapat. Yang jelas senyuman
terukir di wajah Aziz. Dia memang sukakan pantai. Kalau boleh, dia nak buat
rumah tepi pantai. Hari-hari dia akan habiskan masanya tepi pantai. Itu impian
dia. Mungkin disebabkan dia anak pulau sebab itu dia lebih sukakan pantai dan
laut.
“ Mak cik
Ida balik dulu. Ada hal katanya. Mak cik Ida cakap lagi, tak payah balik ofis
dan suruh Abang Aziz round hotel ini.” beritahu Azhar. Dia berdiri di
sebelah Aziz.
Kelopak mata Aziz dibuka
perlahan-lahan.
“Cantik kan
pemandangan kat sini! Mak cik Ida buat pilihan tepat beli hotel ini.”
“Azhar, aku
rasa aku tak mampu nak handle AB Group. Business ni terlalu besar.
Aku ni tak ada apa-apa pengalaman pun. Aku takut kalau aku buat silap, lain
pulak jadinya.”
“Laaa… Abang
Aziz! Awat cakap lagu tu? Belum cuba lagi, dah nak putus asa. Azhar percaya
Abang Aziz boleh. Sapa nak ambil alih AB Group kalau bukan Abang Aziz.”
“Tapi
aku…..”
“Abang Aziz
pernah cakap kan satu hari nanti Abang Aziz nak buka agensi perlancongan
sendiri. Itu pun business jugak kan! Apa kata abang ambik peluang ni
timba pengalaman, semua tu akan berguna jugak satu hari nanti.”
“Amboi!
Amboi! Bab nasihat aku nombor satu! Azhar tu, kenapa tak mahu sambung belajar?
Mak Eton cakap result SPM Azhar bagus. Dapat tawaran sambung belajar
tapi tolak! Kenapa?”
Seraya tersengih Azhar garu
kepalanya berkali-kali.
“ Sebenarnya
Azhar tak tahu apa Azhar nak, Abang Aziz! Azhar tak tahu apa Azhar minat!
Selama ini Azhar belajaq pun sebab mak ayah. Hati ni belum jumpa lagi
apa Azhar nak!” Azhar tersenyum tawar. Hati ini seolah-olah seperti kehilangan
sesuatu. Dalam masa yang sama dirinya keliru.
Aziz menghembus nafas perlahan.
Ditepuk lembut bahu Azhar.
“Tak apa!
Perlahan-lahan la fikir, lepas dah tau apa Azhar nak! Beritahu kat aku. Aku
tanggung kos belajar. Nak belajar luar negara pun, aku tanggung semua tu.” kata
Aziz memberi semangat. Ada masanya kita akan sesat dan merasakan kita berada di
landasan yang salah. Dia pernah berada di tempat Azhar satu ketika dulu.
“Terima
kasih, Abang Aziz! Tapi Abang Aziz ada duit ka nak tanggung kos belajar Azhar
nanti!”
“Aku ni
memang la tak ada duit tapi duit mummy duit aku jugak!” kata Aziz diakhiri
dengan gelak ketawa yang kuat.
Azhar turut sama ketawa.
************************************
DENGAN wajah bengang, Datin
Ida menerjah masuk bilik ofis Datin Annisa. Walaupun dihalang oleh PA Datin
Annisa, Datin Ida tak peduli. Dia perlu bersemuka dengan Datin Annisa. Berita
buruk yang disampai oleh Diana tadi benar-benar buat dirinya hilang sabar. Dari
hotel, dia terus ke sini.
“Itu okey,
Marion! You sambung kerja you.” kata Datin Annisa pada PA dia.
Marion mengangguk kepala dan berlalu
keluar tinggalkan mereka berdua.
Sebaik saja pintu ditutup rapat,
Datin Ida dekati Datin Annisa.
“Apa masalah
you, Annisa? You sengaja nak sabotaj opening showroom kita
kat Kuantan tu kan!” marah Datin Ida.
“ Apa you
merepek ni, hah? Dah la terjah masuk bilik orang, lepas tu ikut sedap mulut
tuduh I bukan-bukan!”
“You tak payah nak pura-pura tak tahu, Annisa! I ni dah lama
kenal you. Kalau Diana tak pi Kuantan, sapa pun tak tahu apa dah
jadi kat sana! Kenapa hati you busuk sangat, Annisa? Dalam progress
report, you cakap dah siap 95 percent. Hanya tinggal lighting
saja tak complete lagi. Tapi bila
Diana sampat kat sana, dia terkejut bila tengok situ kosong. Cat pun tidak, jewelry
display case dan counter pun tak pasang lagi, lighting memang
confirm la tak buat. Apa you dah buat kat Mr Lim, hah? Opening
next week, you dah hilang akal ke? ” Intonasi suara Datin Ida semakin
tinggi. Dia terkejut mendengarnya dari Diana. Sekarang ini Mr Lim, renovation
kontraktor menghilangkan diri.
Datin Annisa terus bangun dengan
wajah terkejut.
“Apa you
cakap ni, Ida? Kosong? You sendiri tengok gambar Mr Lim bagi kat you
kan!”
“Wah! Hebat
betul lakonan you ni, Annisa!” Datin Ida menggelengkan kepala.
“Nak tuduh
orang tu biar ada bukti dulu, Ida!Memang I yang in charge, setiap
kali Mr Lim update progress, I report kat you kan! I mana
tahu Mr Lim nak buat hal. You kena ingat Mr Lim tu, kontraktor yang you
cari sendiri kan! Bukan I!”
“Oooo…. La
ni you nak salahkan I pulak!” Mendidih darah Datin Ida apabila dirinya
pula dipersalahkan. Jari telunjuk diangkat dan dituju ke arah Datin Annisa.
“ I akan cari Mr Lim sampai dapat! Dan I akan siasat sampai ke
akar umbi !” tegas Datin Ida. Dia terus berlalu keluar dan sengaja menutup
pintu dengan kasar.
Datin Annisa mula ketawa dengan
kuat. Dia tersenyum puas.
“Jangan
harap la you dapat cari Mr Lim, Ida! Apa pun plan you, semua tu
sia-sia saja. Next week opening, takkan terjadi. Tak sabar I nak
tengok muka you minggu depan! Macam mana you nak hadap client
VVIP you tu!” Datin Annisa mula membayangkan apa yang akan terjadi
nanti. Maklumlah kad jemputan sudah diedarkan. Tak sabar nak tengok Datin Ida
dimalukan. Dia akan pastikan wartawan tahu dan nama baik AB Group pasti akan
terjejas. Bila hari itu tiba, dia akan jadi orang yang paling gembira.
******************************************
SEBAIK saja melangkah masuk
bilik ofis, Datin Ida menjerit sekuat hati. Dilepaskan rasa marahnya ketika
itu. Dadanya berombak laju. Sakit hati selepas bercakap dengan Datin
Annisa. Sikit pun dia tak percaya cakap
Datin Annisa tadi. Semua itu lakonan! Semua ini memang rancangan Datin Annisa.
Ini bukan pertama kali Datin Annisa buat hal.
Tiba-tiba
saja dada Datin Ida terasa sakit, dia segera membuka laci dan mengambil ubat.
Ditelan pil itu. Dadanya digosok perlahan-lahan. Dia cuba menenangkan diri.
Telefon pintarnya berbunyi.
Datin Ida cepat-cepat menyelongkar bag
tangannya dan telefon pintarnya dikeluarkan.
“Hello!
Assalammualaikum, Diana! Macam mana?”
“ Waalaikumussalam,
Datin! Seperti yang kita jangka, Mr Lim dah lari ke luar negara.” beritahu
Diana.
Datin Ida mengetap bibir dan
tangannya menggeletar seraya memegang telefon.
“ Saya dah
buat report polis. Saya ada pergi ke ofis Mr Lim tapi tutup. Pekerja-pekerja
dia ada cakap tiba-tiba saja Mr Lim berhentikan mereka kerja. Lepas bayar gaji,
Mr Lim terus hilangkan diri. Family Mr Lim sendiri tak tahu ke mana Mr
Lim pergi.”
“Tak sangka
Mr Lim sanggup buat auntie macam ni!” Datin Ida berasa bodoh kerana
percayakan Mr Lim. Ini kelemahan dia! Mr Lim kawan baik arwah suaminya sebab
itu dia bagi kepercayaan sepenuhnya uruskan projek renovation itu. Tak
sangka ini balasan yang dia dapat. Hancur luluh hatinya ketika ini.
“ Don’t
worry, Datin! Saya cuba selesaikan masalah di sini.
Saya akan stay di Kuantan sehingga opening nanti.”
“ Diana rasa
sempat ke siap? Nak cari contractor lain lagi. Security system pun tak settle
lagi. Masa dah suntuk! Tinggal 8 hari saja lagi opening!”
“Insya
Allah, Datin. Saya akan pastikan semuanya complete. Hari-hari saya akan update
progress. Datin , I can handle this! Saya dah nak kena gerak,
Datin! Bye! Assalammualaikum….”
kata Diana sebelum mematikan panggilan itu.
“Waalaikumussalam!”
jawab Datin Ida. Wajah dia kembali tenang selepas bercakap dengan Diana.
Mujurlah ada Diana. Dia tak tahu apa akan jadi kalau Diana tiada. Diana banyak
membantu dia menguruskan syarikat. Dia bersyukur kehadiran Diana ada hikmahnya.
**************************************
PINGGAN berisi bihun goreng
diletakkan di hadapan Aziz. Dahi Mak Eton sedikit berkerut melihat betapa
tekunnya Aziz menelaah. Pelik pun ada. Entah fail apa yang Aziz baca dari tadi
sampaikan air teh tarik yang ada di sebelah tak disentuh langsung.
“Dah la tu
baca! Kat dapur ni tempat makan, bukan tempat baca. Makan cepat bihun tu, dah
sejuk nanti tak sedap!” Mak Eton bersuara.
“ Ala, Mak
Eton! Sikit saja lagi, bagi Aziz baca habis satu mukasurat saja lagi. Penting
ni!” jawab Aziz.
“Ala, mak! Biaq
la Abang Aziz baca! Penting sangat tu melibatkan masa depan!” Azhar menyampuk.
Dia yang duduk di sebelah Aziz sejak tadi tersengih. Balik saja dari hotel
tadi, Aziz begitu serius membaca. Bersungguh-sungguh nak lulus ujian itu
semata-mata nak dapatkan ganjaran dari Diana.
“Suka hati
hampa la.” kata Mak Eton.
Pak Atan melangkah masuk.
“Aaa… Abang,
awal balik!” Mak Eton bersuara sebaik saja bertentang mata dengan suaminya. Dia
sempat jeling ke arah jam dinding. Baru pukul 6 petang. Selalunya suaminya akan
balik bila dah senja.
“Mood Kak
Ida tak baik hari ini.” jawab Pak Atan. Dia terus tarik kerusi dan duduk.
“Pasal apa,
Pak Atan?” Aziz bertanya.
“Apa lagi,
Datin Annisa tu la! Dia buat hal lagi.” jawab Pak Atan. Dia mengeluh perlahan.
“Perempuan
tu buat hal apa pulak kali ini? Eeee… Sakit hati Eton bila pikiq pasal
Datin Annisa tu!” Wajah Mak Eton terus bertukar bengis. Dari dulu lagi, dia
memang tak suka Datin Annisa. Perempuan hipokrit! Hati tu memang busuk!
“Minggu
depan kan opening showroom baru kat Kuantan, entah jadi ka tak?
Kontraktor lari ! Rupa-rupanya renovation tak siap pun! Huru-hara
jadinya. Mujurlah Diana tu terdetik hati nak pi tengok kat sana. Kalau
la hari opening baru dapat tahu, tak tahu la apa nak jadi.” cerita Pak
Atan dengan penuh perasaan.
“Tapi apa
kaitan pulak dengan Auntie Annisa?” Wajah Aziz nampak blur. Kenapa pula
Datin Annisa yang dipersalahkan?
“Itu la
hang, tak pernah nak ambik tau pasal mak hang! Datin Annisa tu ada niat buruk
kat mak hang. Perempuan macam Datin Annisa tu hati dia busuk!” Besar terus mata
Mak Eton apabila mendengar pertanyaan Aziz. Geram rasanya apabila Aziz tak
ambil serius pasal hal ini.
“Aziz tak
faham la kenapa semua orang tak sukakan Auntie Annisa! Aziz tengok Auntie
Annisa okey jer!” tambah Aziz lagi.
Dada Mak Eton terus bergelora. Rasa
panas telinga ini mendengar kata-kata Aziz.
Dahi Pak Atan terus berkerut.
Dipandang ke arah isterinya yang sudah berubah wajah. Aziz dah lupa ke yang
isterinya dengan Datin Annisa memang tak sebulu sejak dulu lagi. Maklumlah bini
dia geng Datin Ida.
“Itulah
lelaki! Tengok orang dengan mata kasar saja! Mudah sangat tertipu! Luar memang
nampak baik, tapi kat dalam hati tu penuh tipu muslihat. Datin Annisa tu bukan
sebarangan orang, hang belum kenal dia macam mana kami kenal dia.” Intonasi Mak
Eton terus tinggi. Rasa sakit hati apabila Aziz berpihak pada Datin Annisa.
Aziz terus diam. Gerun apabila
dirinya direnung sebegitu oleh Mak Eton. Kalau dia bersuara lagi, dah tentu dia
ditelan hidup-hidup. Serta merta, Aziz mengunci mulut dia. Dipandang ke arah
Azhar.
Azhar memberi isyarat mulut supaya
Aziz tak naikkan lagi kemarahan Mak Eton. Dapur ini boleh terbakar hangus
dengan api kemarahan maknya.
“ Cakap
dengan hang, buat sakit hati saja. Baik Mak Eton naik atas, jumpa Kak Ida lagi baguih!
Bihun ni tak payah makan, baik bagi Kak Ida makan.” kata Mak Eton. Sepantas
kilat pinggan bihun goreng depan Aziz diambil . Buat bazir makanan saja kalau
bagi makan kat orang yang tak tahu nak sebelahkan ibu sendiri! Mak Eton terus
beredar dari situ dengan membawa pinggan tadi agar jauh dari Aziz. Tangan
begitu pantas menyiapkan makanan dan minuman untuk Datin Ida.
Mulut Aziz sedikit ternganga.
“ Mak kalau
bab Datin Annisa memang sensitif.” Azhar bersuara dengan nada perlahan. Bimbang
jika Mak Eton terdengar.
Aziz diam membisu. Badan masih keras
kaku di kerusi.
No comments:
Post a Comment